Cara Beza Beras Asli dan Beras Palsu Tiruan


Cara Beza Beras Asli dan Beras Palsu Tiruan: Kalau dulu kecoh pasal telur tiruan, kini kecoh pula tentang isu beras palsu tiruan. Siapa sangka, beras pun ada yang palsu. Walaupun belum ada laporan rasmi kejadian ini di Malaysia namun ianya sudah menular di Indonesia. Tidak mustahil ianya juga akan berada di negara ini?

Beras palsu tiruan ini dihasilkan di negara China. Begitu canggih kepakaran orang negara China ini dalam menghasilkan produk tiruan. Dari barangan hingga ke makanan pun semuanya ada yang tiruan. Semua ini demi keuntungan tanpa mengambil kira kesan negatif ke atas kesihatan.

Sebelum terkena, lebih baik berhati-hati. Pastikan tidak membeli beras import yang kurang dikenali jenamanya atau dipromosi dengan harga yang terlalu murah.

Beras Asli dan Beras Palsu Tiruan
Beras Palsu Tiruan VS Beras Asli

Walaupun rupa beras ini hampir serupa dengan beras asli, namun ianya masih dapat dibezakan. Berikut adalah panduan bagaimana untuk membezakan antara beras asli dan beras palsu tiruan.
  • Beras palsu tiruan kelihatan berkilat seperti plastik, tidak seperti beras asli yang berwarna putih susu
  • Tidak mengembang dan tetap keras walau dimasak
  • Mempunyai bentuk dan panjang yang seragam (sama)
  • Mempunyai bau dan rasa pelik sewaktu dimakan dan mempunyai kelainan rasa dari beras asli yang begitu ketara
  • Tidak menyerap air apabila dimasak malah tidak menjadi nasi
  • Ada juga yang dibuat dari tepung dan apabila dimasak akan jadi seperti kanji

Untuk lebih jelas, anda lihat video berikut bagaimana beras palsu tiruan ini dihasilkan serta cara untuk membezakannya.




Jangan sampai terbeli beras palsu tiruan ini... Hati-hati dan cerewetlah sebelum membeli

1 Komentar untuk "Cara Beza Beras Asli dan Beras Palsu Tiruan"

Bahaya kalau salah beli..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved