Panduan Tugasan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016


Kerja kursus sejarah PT3 2016 - Calon PT3 tahun 2016 dikehendaki melaksanakan tugasan kerja kursus Sejarah mengikut tajuk yang diberi dalam tempoh yang ditetapkan dengan teliti selain perlu menghuraikan, menganalisis dan menghubungkait aspek yang berkaitan

Hasil kerja yang terbaik mestilah mengandungi serta menepati beberapa perkara antaranya objektif, kaedah, tajuk kajian, nama penulis dan kandungan selain selaras dengan kehendak soalan/ tugasan. Selain itu, perlulah kreatif, tersusun dan olahan yang menarik diperlukan untuk menghasilkan sebuah kerja kursus yang bermutu tinggi untuk mendapat markah yang baik.

Calon PT3 perlu jujur dengan memastikan ketulenan tugasan dan tidak memplagiat dengan mengambil atau meniru tugasan (hasil kerja) daripada mana-mana pihak selain perlu melengkapkan borang akuan pengesahan ketulenan tugasan yang diberikan

Panduan Tugasan Kerja Kursus Sejarah PT3

Panduan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 yang diberikan berikut hanyalah sebagai rujukan untuk panduan agar calon mendapat idea kerangka asas bagaimana untuk menjalankan kerja kursus ini. Perlu diingatkan seandainya calon didapati melakukan plagiat, anda berkemungkinan digagalkan atau terus diberikan gred F!

Pemahaman Kerja Kursus Sejarah PT3

Arahan kepada calon
  • Tugasan – wajib dilaksanakan
  • Calon kena datang sekolah pada masa penulisan ini berlangsung. Jangan tak sekolah.
  • Masa - 8 waktu Sejarah di dalam kelas ( mungkin cikgu akan membuat jadual khas kepada anda. Biasanya cikgu akan memberikan taklimat kepada semua calon bagaimana tugasan ini dijalankan dari mula hingga akhir )
  • Tugasan / penulisan esei ini hanya dilakukan di sekolah dengan bimbingan guru
  • Mintalah bantuan guru sebelum anda menulis laporan seperti cara mendapatkan bahan yang sepatutnya anda dapatkan sama ada internet, buku, majalah , akhbar, akhbar online atau risalah/ makalah
  • Hasil tugasan dibuat dengan menulis esei di sekolah semasa anda di dalam kelas.
  • Tarikh menyiapkan tugasan - Calon mestilah bijak mengatur masa agar tugasan dapat disiapkan pada tarikh yang telah ditetapkan.

Sebelum membuat penulisan sepenuhnya tugasan anda diminta membuat rujukan awal berkaitan dengan tajuk di atas.

a.) Perancangan iaitu membuat jadual kerja agar tugasan teratur dan tersusun. Lakukan mengikut turutan dan satu persatu. 

b.)  Objektif kajian ( sebagai contoh sahaja )
  • Mengenalpasti topik tajuk
  • Mengenalpasti faktor berkaitan topik
  • Menghuraikan perkaitan topik dengan sejarah negara pada masa kini.
c.) Kaedah kajian ( boleh dihuraikan lagi )
  • Membaca akhbar tempatan dan online
  • Merujuk buku teks Sejarah atau buku rujukan yang sesuai
  • Melayari internet untuk merujuk bahan berkaitan dengan tajuk tugasan

Kerangka Kasar Kerja Kursus Sejarah PT3

Pendahuluan
  • Tajuk : Tajuk Tugasan
  • Nama penulis : nama calon
Pengenalan 
  • Huraikan latar belakang topik
Isi Kandungan
  • Latar belakang 
  • Penerangan
  • Huraian lengkap
  • Menganalisa
  • Memberi cadangan
Rumusan
  • Merumuskan dengan menulis kata kunci terpenting dari hasil keseluruhan tugasan atau kajian 
Rujukan 
  • Pastikan ada sekurang-kurangnya tiga sumber rujukan

Tips Melaksanakan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

  • Fahami kehendak soalan/tugasan
  • Mencari maklumat dan bahan rujukan pelbagai sumber berkaitan soalan
  • Mendapatkan ketepatan maklumat yang dicari dengan merujuk kepada guru yang terlibat
  • Calon digalakkan meminta bantuan guru sebelum menulis laporan seperti cara untuk mendapatkan bahan rujukan yang sepatutnya sama ada melalui internet atau pelbagai sumber lain
  • Digalakkan menyertakan foto, gambar, rajah dan grafik yang relevan bagi menjelaskan lagi hasil kajian
  • Hasil tugasan hendaklah ditulis dengan tangan

Info Terkini: 
Dapatkan sumber & bahan-bahan rujukan untuk kerja kursus Sejarah PT3 2016 - Kajian Bangunan Bersejarah Di Tempat Anda di sini: http://bmblogr.blogspot.com/2016/06/bahan-rujukan-kerja-kursus-sejarah-pt3.html

Semoga berjaya buat semua calon-calon PT3 2016... Usaha pasti berjaya!

3 Komentar untuk "Panduan Tugasan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016"
Tanpa Nama
delete

TQ MMG BERGUNA

Terima Kasih! Tips Yg Sgt Berguna... #SaveSyrian.

Assalamualaikum..nak tanya Bumiputera tu maksodnya Mak Bapak ic biru ea?Kalau mak bapak ic merah tak bole mohon la ae??terima kasih..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved