Panduan Permohonan Baru & Kemaskini BR1M 2017


Bagi pemohon baru dan penerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang layak, anda dikehendaki kemaskini maklumat agar dapat menerima bayaran BRIM 6.0 untuk tahun 2017.

Bagi penerima BRIM 5.0 (2016) sebelum ini, anda tidak perlu mengisi permohonan baru tetapi jika ada sebarang perubahan pada Alamat, No akaun, Waris, atau sebagainya maka perlulah melakukan kemaskini maklumat tersebut.

Bagi pemohon baru yang layak dan ingin mendapatkan BRIM 2017, anda mestilah mengisi borang permohonan.

Permohonan baru dan Pengemaskinian maklumat pemohon boleh dibuat melalui secara Online atau Mengisi borang secara manual. Sila rujuk cara dan panduan di bawah:

Panduan Pemohon Baru

Berikut adalah panduan dan cara untuk pemohon baru Bantuan Rakyat 1Malaysia BRIM 6.0 2017 secara online dan manual:

Permohonan baru BR1M 6.0 untuk tahun 2017 boleh dilakukan dengan memuat turun borang secara percuma di portal rasmi BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia:
Borang permohonan BR1M 2017 juga boleh diperoleh dari mana-mana cawangan LHDN, pusat khidmat hasil LHDN, dan pusat transformasi bandar LHDN.

Untuk permohonan baru BR1M 2017, pemohon perlu:
  • Kemukakan maklumat peribadi dengan lengkap
  • Kemukakan maklumat waris
  • Kemukakan maklumat akaun bank
  • Kemukakan nombor telefon yang boleh dihubungi. 
Permohonan baru BR1M 2017 hanya akan dibuka mulai Disember 2016 sahaja!

Permohonan yang layak akan diberitahu menerusi notis yang akan dihantar oleh LHDN. Notis dan surat makluman lulus atau gagal akan diposkan kepada pemohon mulai minggu terakhir bulan Januari 2017.

Panduan Kemaskini

Berikut adalah panduan dan cara untuk kemaskini maklumat pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia BRIM 6.0 2017 anda secara online serta manual:

1. Secara Online

 Permohonan BR1M 6.0 2017

2. Secara Manual
Mengisi borang kemaskini secara bertulis. Borang tersebut boleh didapati di:-
  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri 
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri 
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan 
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan 
  • Muat turun (Download) di laman sesawang www.hasil.gov.my  
Borang kemaskini yang sudah dilengkapkan hendaklah dihantar ke mana-mana cawangan/ Pusat Khidmat Hasil/ UTC Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan

Makluman : 
  • Sila pastikan komputer atau pelayar internet anda dilengkapi dengan perisian Adobe Reader bagi membolehkan setiap lampiran panduan dan borang dapat dipaparkan dan di muat turun (download)
  • Semakan Status permohonan anda di sini: Panduan Semakan Status Permohonan BR1M
  • Sebarang pindaan cara kemaskini adalah tertakluk pada pihak LHDNM.
  • Sentiasa peka dengan pengumuman pihak kerajaan tentang maklumat terbaru mengenai BR1M
  • Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau email kepada br1m@treasury.gov.my untuk sebarang pertanyaan lanjut

Kadar baru BRIM 2017

Seperti yang telah diumumkan dalam bajet 2017, Kadar BR1M 6.0 bagi tahun 2017 telah bertambah. Mengikut Bajet 2017, berikut adalah nilai pemberian BR1M 2017
  • Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tak melebihi RM2,000 - RM450
  • Pendapatan isi rumah bawah RM1,000 sebulan - RM1,200
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan - RM1,200
  • Pendapatan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 sebulan  - RM900
Kadar Baru BR1M 6.0 2017

1 Komentar untuk "Panduan Permohonan Baru & Kemaskini BR1M 2017"

semoga yang dapat br1m ni dapat gunakan ke arah kebaikan..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved