Permohonan Masuk Tingkatan 1 Sekolah Asrama Penuh 2017


Perhatian kepada ibu bapa dan calon-calon UPSR yang berminat dan berkelayakan untuk ke Tingkatan Satu (1) sekolah asrama penuh. Permohonan secara online untuk masuk ke tingkatan satu (1) di sekolah-sekolah berasrama penuh (SBP) tahun 2017, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di seluruh negara kini telah mula dibuka.

Sila ke laman berikut dan ikut langkah di bawah untuk membuat permohonan anda :
Permohonan Masuk Tingkatan 1 Sekolah Asrama Penuh 2017
  • Isi Angka Giliran - Sila Pastikan Maklumat ANGKA GILIRAN Seperti Yang Tercatat Dalam Slip Pendaftaran UPSR 2016
Permohonan Masuk Tingkatan 1 Sekolah Asrama Penuh 2017

Berikut adalah Panduan Am permohonan di atas talian :
  1. Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN IBUBAPA/PENJAGA/GURU. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian;
  2. Pemohon dikehendaki mengisi semua MAKLUMAT yang diperlukan dengan BETUL dan TEPAT;
  3. Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon DAN BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN;
  4. Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat yang diisi dengan teliti sebelum mencetak. PENGEMASKINIAN BOLEH DILAKUKAN SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN.
Pastikan anda membaca dan memahami panduan mengisi borang permohonan atas talian (online) sebelum di isi selengkapnya. Sebarang kesilapan atau kecuaian akan membuatkan permohonan anda mungkin tidak diendahkan.
  • Tarikh Akhir Permohonan: 15 November 2016
  • Sila ke laman ini semula : https://sst1.moe.gov.my/  untuk semak keputusan permohonan anda. Klik Menu : [ SEMAKAN PERMOHONAN ] mulai 14 Disember 2016

SYARAT PEMILIHAN BAGI KEMASUKAN TINGKATAN SATU (1) SBP 2017
  • Murid mestilah Warganegara Malaysia  
  • Dari Sekolah Tahun 6 Kebangsaan  
  • Memperolehi 5A Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)  
  • Aktif dalam kokurikulum  
Kriteria berikut juga mungkin boleh dipertimbangkan untuk masuk SBP iaitu:-
  • Murid mencapai sekurang-kurangnya 4A 1B serta aktif sukan atau permainan sekurang-kurangnya mewakili negeri ke peringkat kebangsaan  
  • Murid dari keluarga miskin berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (Kumpulan Miskin Tegar) mendapat sekurang-kurangnya 3A 2B dalam UPSR dan aktif dalam kokurikulum 

SYARAT-SYARAT TAWARAN
  • Murid mestilah warganegara Malaysia;
  • Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat  tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, lelah (asthma) atau penyakit berjangkit;
  • Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan;
  • Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.

UPSR merupakan peperiksaan terakhir sebelum pelajar sekolah rendah melangkah ke satu fasa baru dalam hidup mereka iaitu masuk ke sekolah menengah. Selamat datang ke dunia baru....


Masuk Tingkatan Satu

Namun tidak semua akan bertuah... Persaingan untuk memasuki Tingkatan Satu di sekolah-sekolah berasrama penuh 2017 amat sengit berikutan jumlah yang ditawarkan amat terhad tetapi permohonan pula terlalu tinggi.

Jika permohonan gagal, janganlah kecewa kerana sekolah berasrama penuh bukanlah satu-satunya tempat untuk pelajar beroleh pembelajaran terbaik demi mencapai keputusan cemerlang. Semuanya adalah bergantung kepada diri sendiri.

Andai rajin berusaha dan bersungguh sungguh, belajar di mana-mana pun, InsyaAllah... Pasti akan cemerlang juga!

Senarai Penuh SBP Seluruh Negara
BILNEGERISBPALIRANLAMAN WEB
1PERLISSMS TUANKU SYED PUTRASainssmstsp2015.blogspot.my
2KEDAHSEK MEN SULTAN ABD HALIMSainswww.smsah.edu.my
3SMS SULTAN MOHAMAD JIWASainswww.sciencekedah.edu.my
4SMS POKOK SENASainswww.smsps.edu.my
5SBPI KUBANG PASUAgamawww.sbpikp.com.my
6SMS KUBANG PASUSainswww.smskp.edu.my
7P.PINANGSMS T.SYED SHEH SHAHABUDINSainswww.smstsss.net
8SMS KEPALA BATASSainswww.smskb.edu.my
9PERAKTHE MALAY COLLEGE KUALA KANGSARSainswww.mckk.edu.my
10SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMANSainswww.staripoh.edu.my
11SMS RAJA TUN AZLAN SHAHSainswww.seratas.edu.my
12SMS TELUK INTANSainswww.semesti.com.my
13SBPI GOPENGAgamawww.igop.edu.my
14SMS BAGAN DATOHSainswww.sabda.edu.my
15SMS TAPAHSainswww.sesta.edu.my
16K.LUMPURSMS ALAM SHAHSainshttp://asiskl.org
17SMS SERI PUTERISainshttp://seseri.edu.my
18SMS SELANGORSainswww.smss.edu.my
19PUTRAJAYASEKOLAH SULTAN ALAM SHAHSainswww.sas.edu.my
20SELANGORSEKOLAH SERI PUTERISainswww.seriputeri.edu.my
21SMAP KAJANGAgamasmapkajang.edu.my
22SMS KUALA SELANGORSainswww.kusess.edu.my
23SMS HULU SELANGORSainswww.semashur.edu.my
24SBPI RAWANGUlul Albabwww.sbpirawang.com
25SBPI SABAK BERNAMAgamawww.sbpisb.edu.my
26SBPI GOMBAKAgamawww.sbpigombak.edu.my
27SMS BANTINGSainsbasis.edu.my
28N.SEMBILANSEKOLAH DATO' ABDUL RAZAKSainswww.sdaronline.edu.my
29KOLEJ TUNKU KURSHIAHSainswww.tkc.edu.my/newtkc
30SMS TUANKU MUNAWIRSainswww.saser.edu.my
31SMS TUANKU JAAFARSainswww.smstj.edu.my
32SMAP LABUAgamawww.smaplofficial.blogspot.com
33SBPI JEMPOLAgamawww.sbpijempol.edu.my
34SMS REMBAUSainssmsainsrembau.blogspot.com
35SMS PEREMPUAN SEREMBANSainshttp://www.sgs.edu.my
36MELAKASMS MUZAFFAR SHAHSainswww.mee2141.edu.my
37SBPI SELANDARAgamasbpiselandarmel.blogspot.com
38JOHORSEKOLAH TUN FATIMAHSainswww.stf.edu.my
39SMS MUARSainssamura.ppictusm.com
40SMS JOHORSainswww.sciencejohor.com
41SMS KOTA TINGGISainswww.sakti.edu.my
42SMS SULTAN ISKANDARAgamasmssi.blogspot.my
43SMS SEMBRONGSainssmsainssembrong.blogspot.com
44SMS BATU PAHATSainswww.smsbatupahat.com
45PAHANGSMS SULTAN HAJI AHMAD SHAHSainswww.semsas.edu.my
46SMS TENGKU ABDULLAHSainswww.semesta.edu.my
47SEKOLAH SAINS SULTAN AHMAD SHAH, PEKANSainswww.shahpekan.edu.my
48SBPI TEMERLOHAgamawww.insoftemerloh.wix.com/sbpit
49SBPI TUN ABDUL RAZAKAgamainstar-pekan.blogspot.com
50SBPI KUANTANAgamawww.myintek.info
51SMAP BENTONGUlul Albabsuarasuperb.blogspot.com
52T'GANUSMS SULTAN MAHMUDSainswww.sesma.edupage.org
53SMS DUNGUNSainswww.smsdonline.edu.my
54SMS KUALA TERENGGANUSainswww.sester.edublogs.org
55SMS HULU TERENGGANUSainssahuttea5045.blogspot.com
56SBPI BATU RAKITUlul Albabwww.sbpibaturakit.net
57SMS SETIUSainswww.sais.edupage.org
58KELANTANSMS TM FARIS PETRASainswww.smstmfp.edu.my
59SMS MACHANGSainswww.smach.edu.my
60SMS JELISainssmsainsjeli.blogspot.com
61SMS PASIR PUTEHSainssmsppscipp.wordpress.com
62SMS GUA MUSANGSains
63SABAHSMS SABAHSainswww.smesh.edu.my
64SMS LAHAD DATUSainssemsald.blogspot.com
65LABUANSMS LABUANSainswww.smslabuan.edu.my
66SARAWAKSMS MIRISainswww.smsainsmiri@blogspot.com
67SMS KUCHINGSainswww.sainsku.com.my
68SMS KUCHING UTARASainssmskuchingutara.blogspot.com

32 Komentar untuk "Permohonan Masuk Tingkatan 1 Sekolah Asrama Penuh 2017"

Salam,
Adakah anak saya no giliran nyaBC0451028 Wafa Izzati Mohd Kasim..layak masuk ke tinfgkatan 1 Asrama Penuh 2016...dia mendapat 5A UPSR dan Jahid Jidan di PSRA...T/kaseh

Waalaikumsalam,
Tahniah d iatas keputusan cemerlang anak anda.

Saudara Mohd. Kasim sudah membuat permohonan untuk anak anda?
Jika sudah, nantikan keputusannya yang akan diberitahu dalam bulan Disember kelak.

azmadi yazid
delete

salam anak saya hanya memperoleh 4a 1b bolehkan saya memohon sbp ini..malah sebelum ini...saya tidak mengisi permohonan kerana saya menganggap yg permohonan akan ditutup selepas keputusan peperiksaan upsr.

azmadi yazid
delete

anak sy hanya memperoleh 4a 1 b..kami adalah penduduk luar banda semasa percubaan anak sy hanya memper olh 3a 2b.jadi bolehkan sy memohon untuk membuat rayuan agar anak saya dapat ditempatkan di sbp pihak tuan.

Maafkan saya, jika tuan tidak mengisi borang permohonan maka tiada peluang untuk masuk sbp.
Namun peluang masih ada, tuan boleh buat permohonan pada pengambilan kedua sbp 2016 yang biasanya akan dibuka pada awal Feb 2016.
Sila sentiasa rujuk portal Kementerian Pendidikan untuk mengetahui tarikh permohonan dibuka.

Tanpa Nama
delete

Saya sudah membuat permohonan ke asrama penuh untuk anak saya.
Tetapi terlepas pandang untuk mencetak Borang tersebut untuk simpanan.
Bagaimana boleh saya membuat cetakan Borang tersebut pada ketika ini.

Tiada cara untuk untuk mendapatkan cetakan semula borang tersebut secara online. Saya nasihatkan anda menghubungi pihak Kementerian Pendidikan untuk mendapatkan cetakan tersebut.

Boleh saya tau bila keputusan permohonan ke SBP akan diumumkan??

Biasanya pada pertengahan bulan Disember. Bermula 14 Dis ni...bolehlah selalu2 jengok website KPM tu...

salam en anak saya berjaya di tawarkan ke sek sultan alam shah putrajaya..tapi dia ada history asma n skng pun still medication so far ok medical checkup..mcmana situasi sekolah tersebut

Waalaikumsalam,
Terlebih dahulu, tahniah saya ucapkan...
Agak sukar saya nak menjawab persoalan anda. Mungkin anda perlu ke sekolah tersebut dan lihat sendiri keadaan di sana. Itu lebih akan lebih menyakinkan kerana takut2lah ianya indah khabar dari rupa.

Tanpa Nama
delete

saya dapat 3A2B sahaja boleh dapat asrama penuh plz

Kalau adik ada kelebihan yg luar biasa seperti wakil negeri atau negara dalam acara sukan dan sebagainya...Mungkin boleh dipertombangkan utk masuk. Sekarang ni persaingan sengit, yg dapat 5A pun ramai yg tak dapat masuk...

Tapi ketahuilah, menuntut ilmu itu tidak penting tempatnya, yg penting arajin berusaha utk berjaya.

Tanpa Nama
delete

Bilakah permohonan untuk kemasukan ke tingkatan 1 tahun 2017 nanti dibuka?

Biasanya dalam bulan Oktober setiap tahun. Kena rajin semak laman web KPM sepanjang bulan tersebut ya

Jika sya mendapat keputusan 4a 2b thun ini,boleh
Ke sya msuk ke sbpi ni?walaupun sukan sy x trlalu aktif krna asma?

Tanpa Nama
delete

Persaingan agak sengit, mungkin sukar tetapi tidak salah untuk mencuba.

Tanpa Nama
delete

Umm.. Hello.. Saya murid tahun 6 2016.. Saya ada satu sekolah yang mahu saya masuk tapi, jika saya dapat sekurang-kurangnya 5A 1B dan pernah mewakili sekolah, admin rasa boleh tak saya mahu masuk sekolah tersebut.. Oh ya.. Sekolah tersebut merupakan sekolah SBP..

Anda boleh cuba... Namun kini saya galakkan memohon sekolah asrama penuh yang ada di daerah anda kerana peluang utama diberi kepada pelajar cemerlang di daerah terlebih dahulu.

Tanpa Nama
delete

Bagaimanakah cara memohon untuk kemasukan ke tingkatan 4

Sila rujuk di sini: http://bmblogr.blogspot.com/2015/12/permohonan-masuk-tingkatan-4-sbp-2016.html

Tanpa Nama
delete

Adakah seseorang murid itu mendapat 6 A tetapi tidak mewakili apa2 dlm kokurikulum.Pernah menjadi setiausaha dan mempunyai pertalian darah dgn pelajar di sekolah yg dimohon

Tanpa Nama
delete

Assalam- boleh saya tahu sama ada permohonan ke SBP untuk Tingkatan 1 ambilan 2017 akan menyekat kemungkinan untuk mendapat MRSM ? Terima kasih

Tanpa Nama
delete

Assalam.. adakah terdapat yuran yg perlu dibayar jika memasuki sekolah ini ?

Assalamualaikum.. Saya hendak tnya admin. Sy terlepas pandang untuk print out borang yg telah diisi .. Adakah perlu salinan borang tersebut untuk kemasukan nnti sekiranya ditawarkan.. Terima kasih

Tanpa Nama
delete

Tak perlu salinan permohonan. Ianya untuk rujukan sendiri sahaja.

Tanpa Nama
delete

Assalamualaikum klu kita memperolehi 1a 2b dan 3c dalam upsr layak ke untuk masuk sbp

Tanpa Nama
delete

Assalamualaikum. Anak saya mendapat 2A 4B tetapi aktif di dlm sukan. Adakah dia berpeluang untuk mendapat SBP dan dari sumber mana kah pihak SBP melibat penglibatan sukan anak saya.

Assalamualaikum.Apakah ayat hafazan yang akan ditanya?

Assalamualaikum.Apakah ayat hafazan yang akan ditanya?

Skarang nak masuk SBP tak sengit sangat dah. Walaupun perlukan 6A dalam UPSR (bukan lagi 5A) .. namun kekosongan banyak disebabkan tak ramai capai UPSR 6A

Anak saya bersekolah di sekolah rendah antarabangsa swasta tetapi mengambil UPSR. Layak kah anak saya memohon untuk ke SBP kalau keputusan UPSR nya cemerlang?

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved