Takwim Kalendar Hijrah 2016-1437H & Tarikh Penting


Takwim Kalendar Hijrah 2016-1437/38H & Tarikh Penting Dalam Islam: Salam Maal Hijrah 1437H kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga tahun ini segalanya akan lebih baik dari tahun lepas.

Takwim Hijrah atau Takwim Islam merupakan takwim yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Ia merupakan sejenis kalendar berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun.

Takwim Kalendar Hijrah 2016-1437H & Tarikh Penting

Pengiraan Takwim Hijrah

Dalam takwim Hijrah, terdapat 12 bulan. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam turutan yang tetap. Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula setelah anak bulan (hilāl) kelihatan ketika matahari terbenam. 

Jika hilāl tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan tersebut, sama ada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila bulan terbenam, maka, hari tersebut dikira sebagai hari yang ke-30. 

Pencerapan atau rukyah tersebut haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan dan mengakuinya dihadapan pemimpin.

TAKWIM HIJRI 1437H (2015/2016) - by JAKIM



Takwim 2016 / Miladiah 1437 -1438 HijriahTakwim Kalendar Hijrah 2016-1437H

Tarikh-tarikh penting dalam kalendar Islam tahun 1437H / 2016

 Tarikh Hijrah (1437)   Tarikh Masihi (2016)   Peristiwa
 27 Rejab 1437  5 Mei 2016  Israk dan Mikraj
 * 1 Ramadhan 1437  6 Jun 2016  Awal Ramadhan/Berpuasa
 17 Ramadhan 1437  22 Jun 2016  Nuzul al-Quran
 * 1 Syawal 1437  6 Julai 2016  Hari Raya Puasa/Aidilfitri
 1 Zulhijjah 1437  3 September 2016  Awal Zulhijjah
 * 10 Zulhijjah 1437  12 September 2016  Hari Raya Korban/Aidiladha 
 1 Muharam 1438  2 Oktober 2016  Awal Muharam/Maal Hijrah
 12 Rabiulawal 1438  12 Disember 2016  Maulidur Rasul

Sejarah PenggunaanTahun Hijrah

Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil daripada ilham Khulafa Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Sayyidina Umar Al-Khattab r.a (Radiallahu Anhu). Ini adalah turutan daripada Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.

Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-Asya'ari telah mengirimkan surat kepada Sayyidina Umar r.a. minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya.

Maka dengan ini beliau (Umar r.a.) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.

Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Parsi, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah.

Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah SAW untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / takwim Islam.

Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan.

Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil daripada pilihan Umar itu.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan daripada Empayar Rom dan Masjid Al-Aqsa dibangunkan.

Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Parsi dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Takwim Islam yang rasmi.

1 Komentar untuk "Takwim Kalendar Hijrah 2016-1437H & Tarikh Penting "

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved