Harga Baru Kadar Tambang KL LRT dan Monorail


Kadar Baru Harga Tambang LRT dan Monorail: Prasarana Malaysia Berhad, Prasarana mengumumkan penyelarasan tambang baru berdasarkan jarak perjalanan. Struktur tambang baru itu akan digunakan di ketiga-tiga perkhidmatan, LRT Kelana Jaya, LRT Ampang dan Monorel KL berkuat kuasa 2 Disember 2015.

Melalui penyelarasan ini. kadar  tambang akan meningkatkan sebanyak 102 peratus dan 40 peratus. Seramai 79 peratus penumpang LRT dan Monorel dijangka terlibat dengan kenaikan tambang tersebut. 13 peratus pula akan menikmati penurunan dalam kadar tambang, manakala lapan peratus tidak akan mempunyai perubahan

Jadual Lengkap Tambang LRT & Monorail

Kadar Baru Harga Tambang LRT dan Monorail

Ketahui juga kadar baru harga tambang KTM Komuter di sini - Tambang KTM Komuter

Pengiraan Harga Tambang Baru

Di bawah struktur tambang baru, para penumpang akan dikenakan bayaran masuk atau 'flag fall' ditambah dengan jarak perjalanan sebenar, yang kemudiannya didarab dengan kadar yang berpadanan. Kadar yang dikenakan ini akan berkurangan apabila jarak perjalanan semakin jauh.

Kadar Baru Harga Tambang LRT dan Monorail

Sebab Kenaikan Harga Tambang

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Azmi Abdul Aziz berkata, penyelarasan itu diperkenal bersama mod pembayaran berbeza untuk tunai dan bukan tunai bagi menggalakkan penjimatan dalam kalangan penumpang.

Katanya, ketika ini struktur tambang bagi ketiga-tiga perkhidmatan adalah berbeza dengan LRT Laluan Kelana Jaya menggunakan kadar caj mengikut stesen di Kawasan Pusat Perniagaan, LRT Laluan Ampang menggunakan perkiraan berdasarkan jumlah stesen dan KL Monorel bergantung kepada jarak perjalanan.

"Untuk struktur tambang yang lebih adil dan konsisten, kita selaraskan semua mengikut jarak perjalanan iaitu sama seperti amalan operator rel seluruh dunia." sumber

0 Komentar untuk "Harga Baru Kadar Tambang KL LRT dan Monorail"

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved