Kadar Baru Tambang KTM Komuter & ERL KLIA Ekspress


Berikut adalah kadar baru harga tambang bagi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) - Komuter dan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) - KLIA Ekspress dan KLIA Transit


Kadar Baru Tambang KTM Komuter & ERL KLIA Ekspress


Tambang Baru KTM Komuter (2 Disember 2015)

KTM Komuter yang telah diumumkan oleh pihak KTMB. Kenaikan ini hanya melibatkan laluan Tanjung Malim-Sungai Gadut dan Batu Caves-Pelabuhan Klang.

Tambang baru ini adalah kenaikan sebanyak 58% iaitu naik dari 4 sen satu kilometer dengan maksimum kenaikan RM7.10 bagi satu perjalanan dan akan mula berkuatkuasa pada 2 Disember 2016.

Presiden KTMB, Lt. Kol. (B) Sarbini Tijan berkata, kadar kenaikan tambang baharu itu mengikut perjalanan stesen ke stesen, tetapi harga tambang komuter bagi laluan antara Sungai Gadut ke Tampin dan Kamunting ke Gurun tidak mengalami sebarang perubahan.

“Kadar tambang baru ini adalah bagi menampung kos operasi serta kos penyelenggaraan yang meningkat setiap tahun," katanya pada sidang media pengumuman kadar baru itu di Stesen KL Sentral di Kuala Lumpur - sumber

Sebahagian Contoh Kenaikan Harga Baru Tambang KTM Komuter
Kadar baru harga tambang tanpa tunai KTM Komuter
Kadar baru harga tambang tanpa tunai

Kadar baru harga tambang tunai KTM Komuter
Kadar baru harga tambang tunai

Untuk rujukan lengkap (harga tiket antara stesen) kadar baru tambang KTM Komuter, sila ke link pilihan berikut (pdf file):

Kadar Tambang Baru ERL, RM55 (1 Januari 2016) 

Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) hari ini mengumumkan struktur tambang baharu bagi perkhidmatan perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit yang akan bermula dari 1 Januari 2015.

Ketua Pegawai Operasinya, Noormah Mohd Noor, berkata melalui penstrukturan kadar baharu itu, tambang bagi perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit naik kepada RM55 bagi perjalanan sehala dari KL Sentral ke KLIA /KLIA2. (sebelum kenaikan berharga RM35)

Katanya, penstrukturan itu adalah yang pertama dilakukan selepas beroperasi selama 14 tahun dan diluluskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengikut Seksyen 120 Akta Pengangkutan Darat 2010.

Kadar Baru Tambang  ERL KLIA Ekspress dan Transit


Ketahui juga harga baru kadar tambang KL LRT dan Monorail di sini : Tambang LRT dan Monorail 

0 Komentar untuk "Kadar Baru Tambang KTM Komuter & ERL KLIA Ekspress "

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved