Jadual Peperiksaan STPM & MUET 2016


Kalendar Takwim atau Jadual (Tarikh) Peperiksaan STPM dan MUET bagi tahun 2016 yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (MPM).

Berikut adalah Jadual Peperiksaan STPM & MUET 2016 untuk rujukan mereka yang memerlukan. Dengan adanya jadual ini dapatlah calon-calon membuat jadual dan perancangan sendiri dalam pembelajaran agar tersusun serta teratur untuk beroleh kejayaan yang cemerlang.

Jadual Peperiksaan STPM & MUET 2016

Jadual Peperiksaan STPM 2016

Jadual Peperiksaan MUET 2016

Lihat juga:

Nota penting bagi calon-calon Peperiksaan STPM 2016:

1. Semua maklumat yang tertera tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.

2. Pendaftaran bagi calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dibuat sekaligus pada penggal 1.
3. Calon yang ingin memperbaiki keputusan peperiksaan STPM 2015 boleh mendaftar pada penggal 2 sebagai calon sekolah swasta atau calon persendirian individu. Calon akan menduduki peperiksaan bertulis bagi penggal 1 dan penggal 2 sekaligus pada penggal 3.

4. Calon yang ingin memperbaiki keputusan Peperiksaan STPM 2015 dikehendaki memilih menduduki kertas peperiksaaan altenatif bertulis bagimenggantikan Kerja Kursus (KK). Namun demikian, sekiranya tidak terdapat kertas peperiksaan bertulis altenatif yang sedemikian bagi sesuatu mata pelajaran, maka calon boleh memilih sama ada hendak melaksanakan Kerja Kursus atau tidak melaksanakannya mengikut pilihan yang berikut:
  • Jika calon memilih untuk tidak melaksanakan Kerja Kursus, maka markah KK akan diperoleh oleh calon dalam peperiksaan STMP sebelumnya akan digunakan untuk skor KK tahunmengulang. Kemudian iani hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh digunakan sekiranya calon mengulang peperiksaan STPM dua tahun atau lebih selepas menduduki peperiksaan pertama.
  • Jika memilih untuk melaksanakan Kerja Kursus yang baharu pada tahun mengulang, maka markah KK yang diperoleh oleh calon dalam peperiksaan STPM sebelumnya akan terbatal dan tidak boleh merayu untuk diambil markah KK STPM sebelumnya. (Maklumat lanjut sila rujuk pada Perkara 3 dalam Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2016 tentang Pendaftaran Lewat.)
5. Bagi calon yang mengambil mata pelajaran baharu berbanding tahun lepas dan tiada markah KK tahun sebelumnya, calon dikehendaki mengambil kertas peperiksaan altenatif bertulis bagi menggantikan KK. Namun demikian, sekiranya mata pelajaran tersebut tidak menawarkan kertas peperiksaan altenatif bertulis bagi menggantikan KK, calon dikehendaki melaksanakan KK. (Maklumat lanjut sila rujuk pada Perkara 3 dalam Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2016 tentang Pendaftaran Lewat.)

6. Semak semula dibuka selama 7 hari bermula daripada keputusan Peperiksaan penggal 1, penggal 2 dan penggal 3 dimuat naik.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia
  • Telefon: 03-61261600 samb. 1661/1662/1663/1664/1665
  • Faksimili: 03=61361488
  • Portal MPM: www.mpm.edu.my
  • E-mel: ppa@mpm.edu.my
0 Komentar untuk "Jadual Peperiksaan STPM & MUET 2016 "

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved