Panduan Permohonan UPU Online Sesi 2017/2018


Panduan Permohonan dan Cara Mengisi Borang UPU secara Online untuk kemasukan ke IPTA/ Matrikulasi/  ILKA dan Politeknik Sesi Akademik 2017/2018. Adalah penting bagi pemohon memahami mdan melakukan setiap prosedur permohonan dengan betul kerana sedikit kesilapan akan menggagalkan anda.

Oleh itu fahami dan lakukan ia mengikut setiap arahan yang telah diberikan dalam tempoh masa yang telah di tetapkan. Rujuk "5 Prosedur atau Panduan Asas yang perlu diketahuiuntuk kemasukan ke IPTA Sesi 2017/2018

Permohonan UPU Online ke IPTA Sesi 2017/2018

Permohonan UPU Secara Online akan mula di BUKA pada Januari 2017 dan di TUTUP April 2017 (tarikh tepat akan dimaklumkan)

Prosedur atau Cara Memohon UPU secara Online

1. Beli nombor pin Unik ID UPU (nombor Pin UPU)
  • Nombor pin Unik ID UPU (nombor Pin UPU) ini hanya boleh dibeli di kaunter atau mesin ATM Bank Simpanan Nasional seluruh negara. 
  • Terdapat dua Kategori pilihan Nombor pin Unik ID UPU (nombor Pin UPU)
  • Kategori A (harga RM15.64) - Untuk lepasan SPM/Setaraf, SKM, Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti, Sijil ILKA.
  • Kategori A (harga RM15.64) - Untuk lepasan STPM/Setaraf, Matrikulasi KPM/PASUM/Asasi, Diploma/Setaraf, STAM, Diploma Politeknik.
Cara Beli Nombor Pin UPU Di BSN

A. Cawangan BSN
  1. Pergi kemana-mana cawangan BSN di sekitar anda.
  2. Bawa kad pengenalan (IC) dan wang secukupnya.
  3. Anda akan diberikan nombor Pin UPU dengan serta merta. Simpan resit nombor Pin UPU sebagai rujukan.
B. Mesin ATM (Mesti ada kad ATM BSN)
  1. Masukkan kad dan nombor Pin
  2. Pilih Urusan - 'Beli Pin'
  3. Pilih Jenis Permohonan - 'IPTA'
  4. Pilih jenis Program IPTA - 'SPM' atau 'STPM'
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan/ Mykad
  6. 'YA' -  untuk meneruskan urusan
  7. Semak maklumat
  8. Klik 'SETUJU' untuk meneruskan urusan, dan 'BATAL' untuk membatalkan urusan
  9. Resit dicetak.

2. Isi Borang UPU Online
  • Sila ke laman web permohonan UPU di sini: http://upu.mohe.gov.my/web/
  • Selepas klik, sila pilih Jenis Permohonan, Program Pengajian & Kategori (jika berkenaan) dan klik butang "Masuk" untuk akses ke laman utama permohonan.
Panduan Permohonan UPU Online

* Tarikh permohonan tahun 2017/ 2018 akan dikemaskini dari masa ke semasa - sila bookmark page ini

Rujukan Maklumat dan Informasi:
  • Portal Rasmi: http://upu.mohe.gov.my
  • Facebook: FB Rasmi UPU
  • Instagram: INSTAGRAM @kemasukanbpkp
  • Talian Helpline:  (03) 88706767 atau (03) 8870 6777. (Hanya hari bekerja - jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang)

2 Komentar untuk "Panduan Permohonan UPU Online Sesi 2017/2018"

goodluck dan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang memohon upu

Assalam..sy tinggal hanya 1 sem lagi utk tamat kan diploma di politeknik..sem akhir sy adalah praktikal..sy habis praktikal pada pertengahan bulan 4..kalau upu ditutup pada bulan 4..boleh ke sy mohon upu sbb full result sy maybe blom keluar lagi masa tu.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved