Pilihan Haluan Pelajar Selepas Keputusan SPM


Panduan Pilihan Haluan Pelajar Mengikut/Berdasarkan/Selepas Keputusan SPM: Berikut adalah sekadar pandangan dan panduan buat lepasan SPM setelah melihat keputusan masing-masing dalam memilih tindakan dan arah seterusnya untuk menyambung pelajaran dan pilihan pusat pengajian.

Ini berdasarkan realiti dan situasi semasa yang memperlihatkan persaingan yang sengit dalam menempatkan diri untuk menyambung belajar dalam institusi pengajian dan jurusan yang diinginkan.

Semoga ianya dapat dijadikan panduan asas sebagai rujukan. Namun janganlah pula ianya dijadikan aras penentu yang wajib diikut kerana ianya juga bergantung kepada subjek, jurusan dan kelebihan seseorang itu.

Panduan Haluan Pelajar Mengikut Keputusan SPM

Keputusan SPM 

Bagi pelajar-pelajar yang mempunyai status keputusan SPM seperti berikut dan mempunyai semangat untuk terus menyambung pelajaran anda:

9A ke atas 
  • Disyorkan untuk buat asasi untuk bidang-bidang pilihan kursus professional dan perlulah skor untuk pilih kursus professional ini dengan pointer 3.9 ke atas. 
5A ~ 8A
  • Disyorkan buat diploma dan dapatkan skor pointer 3.5 supaya boleh sambung dalam kursus professional 
5A ke bawah 
  • Disyorkan pilih matrik atau tingkatan 6/STAM. Dapatkan keputusan cemerlang untuk pilihan kursus di IPTA nanti.
1A ~ 3A 
  • Disyorkan buat kursus pra di IPTA kerana sudah tentu boleh sambung diploma di IPTA dan merancang langkah seterusnya. 
1A atau tiada A..
  • Disyorkan pilih bidang-bidang kemahiran yang diminati. Kini terdapat banyak kolej kemahiran disediakan oleh pihak kerajaan seperti kolej komuniti, giatmara, IKM, IKBN dll.
  • Bagi yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan ini, ia tidak bermakna laluan anda untuk menyambung pelajaran sudah tertutup.Anda boleh bekerja dahulu dan timba ilmu dan pengalaman bekerja selama 5 tahun juga boleh digunakan untuk memohon kursus tertentu dalam mendapatkan Ijazah Pertama. Kementerian Pengajian Tinggi KPT ada menyediakan ruang dan laluan khas untuk mereka yang bekerja dengan pengalaman lebih 5 tahun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. 
Note:
Cuba dapatkan peluang memasuki IPTA terlebih dahulu dan jika sudah tiada pilihan baru pilih IPTS.


Bagi ibu bapa yang mempunyai sumber kewangan sewajarnya memilih untuk menghantar anak-anak anda ke pusat pengajian swasta di dalam atau luar negara yang mempunyai status yang tinggi. Tak perlulah nak bersaing dengan pelajar-pelajar lain. Berilah peluang buat mereka yang kurang berkemampuan untuk mengisi ruang yang terhad ini.

Tiada Minat Belajar

Bagi yang tidak berminat untuk sambung pelajaran, mulakan kerjaya anda. Terus masuk ke bidang pekerjaan yang anda minat dan lakukan dengan bersungguh-sungguh.

Sudah banyak contoh yang boleh kita lihat bahawa kejayaan hidup seseorang bukan ditentukan oleh keputusan peperiksaan atau setinggi mana pengajiannya tetapi hasil dari usaha dan tidak malas untuk memajukan diri sendiri serta bijak merebut peluang yang terhidang!

Panduan Haluan Pelajar Mengikut Keputusan SPM

Semoga apa yang dikongsikan di atas dapat dijadikan panduan serta rujukan asas buat lepasan SPM untuk memilih haluan atau jurusan serta pusat pengajian berdasarkan keputusaan peperiksaan anda agar mudah membuat pilihan

1 Komentar untuk "Pilihan Haluan Pelajar Selepas Keputusan SPM "

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved