Harga Tiket & Yang Menarik Di Royal Floria Putrajaya 2016


Mulai 27 Mei hingga 4 Jun 2016 akan berlangsungnya Pameran dan Pesta Bunga Diraja Floria Putrajaya 2016 dengan berkonsepkan "Magical Floria". Bunga tema tahun ini adalah bunga kekwa atau Chrysanthemum.

Festival bunga terbesar di Malaysia ini akan menyajikan pelbagai pameran dan aktiviti menarik bertempat di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya.

Berikut adalah antara pameran dan aktiviti menarik yang menjadi tarikan utama pengunjung di Festival Diraja Floria Putrajaya 2016

Royal Floria Putrajaya 2016

Menarik Di Floria

Program dan Menarik di Festival Bunga Diraja - Royal Floria Putrajaya 2016:
  • Taman Magic (Magical Garden)
  • Taman Muzik (Musical Garden)
  • Taman Bunga Diraja
  • Taman Bunga Chrysanthemum
  • Taman Bunga Malaysia
  • Pameran Bonsai & Suiseki
  • Taman Bunga Persahabatan Malaysia-China
  • Taman Bunga Sekolah dan Universiti
  • Dewan Pameran (Pavilion)
  • Taman Pameran Kucing
  • Taman Bunga Pereka Hiasan Taman
  • Taman Bunga Badan-Badan Kerajaan, Korperat & NGO 
  • Taman Bunga Peserta Antarangbangsa
  • Terrarium: Tropical Magic In The Glass
  • Seni Floria dan Kraftangan
  • Seminar dan Bengkel
  • Bazaar Jualan Bunga dan Tanaman
  • Pertandingan Bunga Orkid Antarabangsa
  • Pertandingan Rekabentuk Taman
  • Pertandingan Mewarna
  • Pertandingan Fotografi
  • Dan lebih dari 300 aktiviti & program harian
Royal Floria Putrajaya 2016
Royal Floria Putrajaya 2016
Royal Floria Putrajaya 2016

Ketahui lebih lagi informasi dan gambar di sini: Royal Floria Putrajaya 2016
Sebagai imbasan lihat suasana di Floria 2015 : Sepetang di Festival Floria Putrajaya 2015

Magic Of The Night
Selain itu diadakan juga "Magic of The Night" yang diadakan di Marina Putrajaya, Presint 5, Putrajaya. Antara yang menarik di sini adalah:
  • Petunjukan bunyi dan cahaya
  • Perarakan bot berhias
  • Pertunjukan bunga api
  • Persembahan kebudayaan
Jadual Royal Floria Putrajaya 2016
  • Tarikh: 27 Mei 2015 sehingga 4 Jun 2015
  • Masa: 9.00 pagi hingga 10.30 malam (Isnin-Khamis) dan 9.00 pagi hingga 12.00 malam (Jumaat-Ahad)
  • Lokasi: Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya
  • Info: https://ms-my.facebook.com/FloriaPutrajaya

Tiket Masuk

Harga Tiket untuk masuk ke Festival Floria Diraja Putrajaya 2016:
1. Tiket Warganegara
  • Dewasa (MyKad) - RM7.50
  • Kanak-kanak (MyKid 7-12 thn), Warga Emas (60 tahun ke atas) & OKU - RM3.50
2. Tiket Bukan Warganegara
  • Dewasa (Non-MyKad) - RM22.00 
  • Kanak-kanak (Non-MyKid 7-12 thn), Warga Emas (60 tahun ke atas) & OKU - RM11.00 
3. Tiket Magical Garden
  • Dewasa - RM10.50 
  • Kanak2 (7-12 thn) - RM5.50

0 Komentar untuk "Harga Tiket & Yang Menarik Di Royal Floria Putrajaya 2016"

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved