Novel Darah Titik Di Semantan- Komsas Tingkatan 2


Novel Darah Titik Di Semantan merupakan novel telah dipilih menjadi rujukan Komsas Tingkatan 2 yang mula digunakan pada tahun 2016. Novel ini adalah hasil karya Arman Sani

Novel Darah Titik Di Semantan- Komsas Tingkatan 2

Tema Novel Darah Titik Di Semantan
Novel ini bertemakan semangat Patriotisme. Datuk Bahaman dan orang-orangnya telah berjuang menentang Inggeris.

Sinopsis keseluruhan Novel Darah Titik Di Semantan
Mengisahkan perjuangan Datuk Bahaman menentang penjajahan Inggeris di Semantan. Perjuangan Datuk Bahaman turut dibantu oleh Datuk Panglima Raja Awang Ishak, Imam Perang Weh dan Mat Lela. Mereka merupakan pahlawan-pahlawan yang sering bersama Datuk Bahaman di Semantan.

Disamping itu, Mat Kilau dan Tok Gajah juga adalah penggerak kebangkitan rakyat Pahang menentang Inggeris. Kemunculan Tuan Owen, Desborough dan Rodge adalah watak-watak penjajah yang sering menggugat keamanan bumi Semantan.

Perjuangan mengembalikan kedaulatan bangsa pasti akan nada cabaran dan dugaan. Ada kalangan yang menangguk di air yang keruh, menjadi talam dua muka, mengkianati bangsa sendiri demi kepentingan peribadi. Hal ini menjadikan perjuangan menjadi semakin sukar.

Pihak Inggeris mempunyai pelbagai cara untuk mendapatkan apa yang dimahukan. Termasuklah sanggup menggugut sultan untuk mencapai apa yang dihajati oleh mereka. Penglibatan sultan menimbulkan rasa serba salah buat penggerak kebangkitan rakyat, Datuk Bahaman. Perjuangan yang bersejarah ini akan meninggalkan kesan yang nyata untuk seluruh generasi yang akan datang.

Sinopsis Bab demi Bab Novel Darah Titik Di Semantan

Bab
Sinopsis
Bab 1 (Cemas)
Menceritakan empat orang sahabat iaitu Aku, Samad, Rahman dan Awang Muhamad telah menyedari perubahan sikap Datuk Bahaman sejak pulang dari pulau tawar. Sikapnya suka memencilkan diri dan sering termenung sendiri. Perubahan ini telah disedari oleh ‘aku’. Pelbagai andaian telah dibuat oleh mereka berempat terhadap perubahan sikap Datuk Bahaman dan yang paling memahami perubahan sikap Datuk Bahaman ialah Rahman kerana pernah bekerja sebagai jurutulis pelatih kepada Datuk Bahaman.
      Pada suatu hari, Datuk Bahaman telah mengumpulkan orang ramai di masjid. Turut hadir ialah Mat Lela, Datuk Panglima Raja Awang Ishak, Iman Perang Weh. Datuk Bahaman telah memberi amanat  penting tentang kemaraan British. Datuk Bahaman juga meminta penduduk  bersedia sebelum melawan Inggeris.
      Setelah selesai mereka berkumpul di masjid ‘aku’, Samad, Rahman, dan Awang Muhamad telah sepakat untuk membuat kubu di pangkal  Merbau Berdarah di tebing Lubuk Sengarat. Semasa mereka sedang membina kubu tiba-tiba Mak Long Esah berlari dalam ketakutan. Mak Long Esah mengatakan Inggeris akan sampai ke Lubuk Terua dan meminta supaya disampaikan berita itu kepada Datuk Bahaman yang masih berada di masjid.
Bab 2 (Lubuk Terua Tergugat)
‘Aku’ menyedari Inggeris telah menceroboh Semantan dengan melihat mereka membina kubu panjang ditepi tebing sungai. Datuk Panglima Raja sangat marah dengan tindakan Inggeris itu. Pak Long Abas meminta izin untuk mengamuk tetapi dihalang oleh Datuk Bahaman. Datuk Bahaman menyatakan mereka akan melawan Inggeris tetapi mengikut perancangan. Datuk Bahaman juga memuji tindakan ‘aku’ dan rakan-rakan membina kubu di tebing Lubuk Sengarat kerana cukup sesuai.
Bab 3 (Mencari Penyelesaian)
Dua minggu  selepas Inggeris membina rumah pasung, ‘aku’ dan samad pergi ke kubu mereka di lubuk Sengarat hanya Rahman tidak dapat ikut serta kerana telah mengikut ayahnya ke Johor. Pelbagai andaian dibuat atas pemergian Datuk Bahaman ke Johor. Datuk Bahaman pergi ke Johor mengikut jalan sungai yang lebih selamat.
      Ketiadaan Rahman, ‘aku’ dan rakan-rakan telah menukarkan cara berkawal. Mereka telah bersetuju untuk meronda secara bersama-sama untuk mengelakkan daripada ditangkap. Mereka juga meronda ke Mempatih untuk melihat persiapan disana.
      Pada tengah hari, mereka terserempak dengan beberapa buah perahu Inggeris. Mereka berniat untuk menyerang perahu Inggeris tersebut tetapi telah membatalkan niat tersebut kerana memikirkan Datuk Bahaman tiada di Semantan.
Bab 4 (Budi Kepadatan)
Seperti biasa ‘aku’, Samat dan Awang Muhamad meninjau sekitar kampung. Mereka telah pergi ke mempatih dan melihat pemuda-pemuda Melayu berlatih membaling bambu runcing dan belajar bersilat dengan Abang Lajis.
    ‘Aku’ diberitahu oleh dua orang pemuda Melayu Melayu yang tidak dikenali pergi hilir. Apabila sampai disana, mereka menyelamatkan Kak Minah iaitu isteri Lajis yang diganggu oleh pemuda yang tidak dikenali. Mereka sebenarnya ialah pembanci yang diupah oleh Tuan Owen (Inggeris). Pada masa yang sama, Datuk Bahaman muncul dan meminta tali barut Inggeris itu pulang kepangkuan Inggeris. Beliau juga mengingatkan kepada pemuda tersebut bahawa dia masih berkuasa di Semantan.
Bab 5 (Inggeris Mencabar Lagi)
 Menceritakan situasi semakin genting apabila orang Inggeris yang di ketuai oleh Syres sering datang ke Lubuk Terua. Kedatangan Syres telah mengundang persoalan pada ‘Aku’, Samad, Rahman dan Awang Muhamad. Lajis menjelaskan Datuk Bahaman telah membuat perancangan untuk membuat bengkel membuat senapang dan segala bahan telah diatur dengn teliti. Lajis juga telah ditugaskan sebagai pengintip di Kuala Semantan untuk mengawasi gerak-geri Inggeris.
Bab 6 (Kedatangan Mat Kilau)
Penduduk Semantan berkumpul di masjid untuk bacaan Yassin dan solat Mahgrib. Semasa berkumpul mereka telah didatangi oleh Mat Kilau. Mat Kilau diutuskan oleh ayahandanya untuk menyampaikan hasil mesyuarat antara Clifford dengan sultan dan orang-orang besar di Pulau Tawar. Datuk Bahaman tidak dijemput ke mesyuarat itu.
    Mat Kilau menyatakan Syres mengadu kepada sultan yang Datuk Bahaman tidak memberi kerjasama untuk membina rumah pasung. Selain itu, sultan dipaksa membuat membuat pengisytiharan yang Datuk Bahaman telah menderhaka. Sultan telah diingat untuk membuat pengisytiharan dan segala pangkat dan kuasa Datuk Bahaman telah ditarik balik. Keadaan ini telah membuatkan Datuk Bahaman semakin rasa tercabar.  
Bab 7 (Retak Menanti Belah)
Kehilangan Samad, Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail sewaktu mengail ikan di sungai Semantan telah mengundang pelbagai persoalan. Kedatangan Lajis telah menjawab persoalan akan kehilangan mereka. Rupa-rupanya mereka telah ditangkap oleh Inggeris kerana tidak mempunyai surat kebenaran untuk membawa rotan.
      Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja dan Iman Perang Weh telah mengetuai usaha pembebasan Samad, Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail. Akhirnya mereka Berjaya dibebaskan dan Datuk Bahaman mengerti tindakannya akan menyebabkan Inggeris memburunya nanti.
Bab 8 (Darah Titik di Semantan)
Persiapan untuk membuat senjata telah dilakukan oleh Datuk Bahaman dan anak buahnya. Mereka telah menjual rotan manau di Batu Hampar bagi mendapat sumber kewangan untuk membayar besi laras senapang dan ubat bedil dari saudagar singapura.
   Telah berlaku kejadian Pak Long Abas dan
Ismail telah ditahan oleh Desborough semasa membawa rotan untuk dijual tanpa surat kebenaran. Desborough telah menyatakan akan menangkap dan membunuh Datuk Bahaman. Mereka telah di tembak oleh orang-orang Desborough. Hanya Pak Long Abas Berjaya menyelamatkan diri dan telah melarikan diri ke rumah Datuk Bahaman untuk memberitahu kejadian tersebut. Kesan daripada kejadian tersebut Datuk Panglima Raja,Iman Perang Weh dan penduduk semantan telah menjadi semakin bersemangat untuk menentang Inggeris ke titisan darah terakhir dan sentiasa menyokong Datuk Bahaman. Datuk Bahaman telah mengingatkan anak buah bersiap sedia untuk menentang Inggeris apabila mereka tiba di Lubuk Terua.
Bab 9 (Ada Ubi Ada Batas)
Menceritakan kesediaan dan perancangan Datuk Bahaman dan orang-orangnya untuk menghadapi pihak Inggeris yang akan menyerang Semantan. Datuk Bahaman telah merentangi sungai Semantan di Lubuk Sengarat dengan seutas rantai besi sebesar ibu jari bagi menhalang kemaraan Inggeris.
    Datuk Bahaman juga telah mengarahkan Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh mengumpul kekuatan untuk mengepung balai polis serta mata-mata sikh di rumah pasung. Perintah Datuk Bahaman lagi agar merampas senjata seperti senapang kopak, peluru atau ubat bedil yang boleh digunakan untuk menentang mata-mata Sikh yang lain. Secara tidak langsung Datuk Bahaman telah mengistiharkan perang terhadap Inggeris.
     Lajis datang ke kubu untuk memberitahu bahawa dia mendapat tahu Desborough dengan lima puluh orang mata-mata Sikh sedang berkayuh di hilir sungai Semantan. Lajis turut menyatakan dia melihat Desborough turut membawa mayat Ismail menuju ke kubu untuk menangkap Datuk Bahaman sama ada hidup atau mati.
     Menjelang senja pihak Inggeris telah tiba di hilir lubuk untuk menyerang Datuk Bahaman. Apabila perahu  Desborough dan perahu yang lain tiba di kawasan rantai Datuk Bahaman telah merentap rantai itu sehingga perahu Desborough dan perahu lain terbalik. Seterusnya Datuk Bahaman telah menyerang Desborough dan mengarahkan orang-orangnya untuk menghapuskan semua mata-mata Sikh sehingga mereka memperolehi kemenangan.
Bab 10 (Inggeris Mesti Dikalahkan)
Malam itu, Datuk Bahaman membuat satu mesyuarat. Beliau mengarahkan Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh memimpin enam puluh orang menyerang Bentung dengan mengepung pusat kawalan lombong Inggeris. Beliau pula akan ke Temerloh bersama Datuk Panglima Raja dan Mat Lela untuk mengambil mayat Ismail. Mayat Ismail akan dikebumikan di Semantan.
     Selain itu, Datuk Bahaman mahukan pertolongan Hassan Tahmid untuk menguatkan semangat para pahlawan dan mengumpulkan derma. Beliau juga menyampaikan pesan kepada Tuk Selampit, batin orang Asli supaya sama-sama berjuang kerana mereka pandai menyumpit.
    Mereka juga bergerak ke hilir sungai Semantan melalui Batu Hampar dan Pasir Rawa. Datuk Bahaman dan Mat Lela memimpin pasukannya mengepung rumah pasung dan membunuh mata-mata Sikh yang berada di situ. Setelah selesai , mereka berehat di tanjung yang memisahkan sungai Semantan dengan sungai Pahang. Perang akan meletus bila-bila masa sahaja.
Bab 11 (Desborough Datang Lagi)
Tengah hari itu, dua pasukan dibentuk. Satu pasukan diketuai oleh Datuk Bahaman dan satu lagi pasukan diketuai oleh Datuk Panglima Raja. Setiap pasukan terdiri daripada 25 orang yang muda dan tahan lasak.
    Datuk Panglima Raja mengarahkan pasukannya meronda di luar kawasan Bandar Kuala Semantan. Apabila tiba di sebuah bukit mereka terserempak dengan mata-mata Sikh dan berlakulah pertempuran. Keesokannya, mereka menyambung perjalanan. Datuk Panglima Raja mengarahkan pasukannya membuat helah untuk membunuh mata-mata Sikh. Mereka membuat bubur ubi gadung yang beracun. Apabila pasukan mata-mata Sikh seramai 40 orang yang diketuai oleh Desborough tiba di kawasan tersebut dan mereka makan bubur itu. Mereka mengalami kepanasan dan mabuk. Akhirnya mereka mati kelemasan apabila mata-mata Sikh terjun ke sungai akibat kepanasan.
     Setelah lima hari berada di kuala Semantan mereka bertemu semula dengan pasukan Datuk Bahaman. Mereka mara ke Lubuk Terua dengan perahu. Di sana, mereka disambut oleh Imam Perang Weh.
     Perjuangan mereka semakin mendapat sambutan. Rahman dan Hassan mendapatkan nama beratus-ratus pejuang. Tuk Selampit juga datang untuk menyertai perjuangan mereka menentang Inggeris. Keesokan harinya, mereka pergi ke kubur arwah Ismail untuk membuat sedikit tahlil.
Bab 12 (Tipu Helah Inggeris)
Tiga minggu selepas perang, Semantan kembali tenang. Mat Lela menyediakan jadual bertugas bagi mengawal kampung. Imam Perang Weh pula menyusun jadual latihan menembak manakala Tuk Selampit pula mengarahkan orang Asli menyiapkan khemah dan kubu di Darat Kelubi.
     Keesokannya, semua perajurit Semantan dikumpulkan oleh Datuk Bahaman. Beliau memerintahkan Datuk Panglima Raja menyertai seratus orang ke Batu Hampar. Imam Perang Weh dan Tuk Muda Bidin akan mengetuai dua ratus orang membuat kubu di Pasir Tuk Anjang. Datuk Bahaman, Mat Lela dan Tuk Selampit akan mengawal Lubuk Senggarat.
     Datuk Bahaman juga menyampaikan amanat bahawa pertempuran ini akan lebih sulit dan besar. Mereka akan menghadapi lima puluh orang mata-mata Sikh yang di ketuai oleh Desborough manakala satu lagi pasukan terdiri daripada tiga ratus askar-askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali.
    Beliau memutuskan sekiranya askar sultan bersama-sama dengan askar Sikh, mereka akan berundur sahaja. Mereka tidak ingin berbunuhan dengan askar sultan.
    Mereka meneruskan perjalanan ke Batu Hampar. Apabila sampai di sana, mereka membina kubu. Zahid dan Samad diarahkan mengintip musuh di sebelah hilir. Zahid berpura-pura memancing untuk memantau pergerakan musuh. Apabila terlihat tiga buah perahu musuh, mereka segera melaporkan kepada pasukan.
     Namun, Datuk Bahaman dan pasukan berada dalam dilemma apabila melihat askar sultan bercampur dengan mata-mata Sikh. Mereka mengambil keputusan  untuk pulang ke Lubuk Terua. Di situ mereka membina kubu pertahanan.
     Menjelang senja,perahu yang dinaiki Desborough tiba di Lubuk Terua. Perahu itu tidak membawa askar sultan. Datuk Bahaman bertindak menebalikkan perahu mereka dengan menggunakan rantai besi. Tuk Selampit menyumpit diselang-seli dengan hujanan buluh bambu. Kejayaan mengiringi mereka.
    Selang beberapa hari, Mat Kilau datang dari Pulau Tawar. Beliau memberitahu Datuk Bahaman bahawa Clifford tidak berpuas hati dan akan melancarkan serangan besar-besaran.
Bab 13 (Sebuah Perjanjian)
Berita kedatangan musuh ke Semantan menyebabkan keadaan mula kelam kabut. Datuk Bahaman membuat keputusan untuk pergi ke Batu Hampar bagi menyiasat dakwaan sama ada Rodger datang bersama dengan sultan. Selepas empat hari, Datuk Bahaman kembali membawa perkhabaran yang sultan turut serta bersama Rodger dalam serangan terbaru itu.
    Tuk Selampit menawarkan kepakarannya untuk menyumpit Rodger tetapi ditolak oleh Datuk Bahaman. Beliau risau akan keselamatan sultan ketika Tuk Selampit menyumpit. Tindakan Datuk Bahaman menyebabkan Tuk Selampit  tidak berpuas hati.
     Pada sebelah malam, mereka berpindah ke Darat Pasir Tuk Anjang. Di situ, mereka akan berkubu untuk pertempuran. Datuk Bahaman menggunakan ilmunya untuk berjumpa dengan sultan. Beliau menyatakan satu perjanjian telah dibuat. Askar sultan akan menembak ke udara semasa pertempuran nanti dan pasukan Datuk Bahaman diminta melarikan diri. Ini untuk mengaburi Rodger.
Bab 14 (Jatuhnya Lubuk Terua)
Hari pertempuran telah tiba. Askar-askar sultan muka mengambil kedudukan dan menghalakan senapang ke udara. Kedua-kedua pasukan mula berbalas tembakan ke udara.
     Namun, tanpa disangka-sangka Mat Lela telah ditembak oleh askar sultan yang belot. Begitu juga dengan Awang Muhamad yang ditembak di dada. Keadaan mula menjadi cemas. Datuk Bahaman dan Datuk Panglima Raja datang memberi bantuan. Namun Awang Muhamad meninggal dunia.
      Datuk Bahaman dan Datuk Panglima Raja telah berselisih faham. Datuk Panglima Raja yang marah mula bertindak tetapi ditembak. Imam Perang Weh dan Tuk Muda Bidin mengambil langkah menyerah diri tetapi dibunuh oleh ketua askar sultan. Menjelang zuhur, perajurit Semantan mula berundur ke Darat Kelubi. Askar-askar sultan mula bersorak di atas kemenangan mereka.
     Pada suatu petang, Mat Kilau datang ke Darat Kelubi menemui Datuk Bahaman. Beliau membawa satu salinan surat pengampunan beramai-ramai kecuali pengampunan untuk Datuk Bahaman. Datuk Bahaman meminta Hassan Tahmid menghebahkan orang ramai supaya pulang ke kampung masing-masing.
     Mat Kilau memberitahu satu perancangan besar untuk melawan Inggeris. Namun, rancangan itu gagal kerana Inggeris berjaya mengesan terlebih dahulu. Akhirnya Datuk Bahaman mengambil keputusan untuk mudik ke sungai Tembeling dan bersatu dengan Tuk Gajah serta Mat Kilau.


Persoalan

  • KegigihanMat Lela dan Datuk Panglima Raja gigih mengajar ilmu silat kepada para perajurit Semantan.
  • KecekalanDatuk Bahaman cekal menghadapi cabaran dan dugaan sewaktu ancaman Inggeris.
  • KeberanianMat Lela yang berusia 20 an berani menghadapi ancaman musuh yang menapak di bumi Semantan.

Novel Komsas Tingkatan 2 (2016~2020)
ZON 1 : NEGERI PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG, DAN PERAK
1. Novel Jalan ke Puncak - Juri Durabi

ZON 2 : NEGERI SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA
2. Novel Meniti Impian - Osman Ayop

ZON 3 : NEGERI MELAKA, PAHANG, TERENGGANU, DAN KELANTAN
3. Novel Jejak Monpus - Zulaiha Paikon

ZON 4 : NEGERI JOHOR , SABAH, SARAWAK, DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
4. Novel Darah Titik di Semantan - Arman Sani

0 Komentar untuk "Novel Darah Titik Di Semantan- Komsas Tingkatan 2"

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved