5 Pilihan Aliran Mohon Masuk MRSM


Sekiranya nak memohon masuk MRSM, terdapat 5 pilihan aliran di MRSM iaitu
  1. MRSM Biasa , 
  2. MRSM Ulul Albab, 
  3. MRSM IGCSE, 
  4. MRSM IB MYP, 
  5. MRSM Teknikal
Pelajar yang memohon ke Tingkatan 1 boleh memilih MRSM Biasa (MRSM PKP dan MRSM bukan PKP), MRSM IGCSE, MRSM Ulul Albab, MRSM IB MYP, MRSM Teknikal.

Pelajar yang memohon ke Tingkatan 4 boleh memilih MRSM Biasa (MRSM PKP dan MRSM bukan PKP) dan MRSM Teknikal sahaja. Pelajar hanya boleh mengambil jurusan sains tulen dan sains teknikal sahaja.

Jenis Aliran MRSM

1. MRSM Biasa (MRSM PKP dan MRSM bukan PKP)
Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).
Mereka akan mengambil PT3 (Tingkatan 3) dan SPM (Tingkatan 5).
Program Khas Pendidikan (PKP) merupakan program yang disediakan oleh MRSM Bitara yang telah diiktiraf menghasilkan pelajar yang cemerlang melalui peperiksaan awam dan penglibatan aktif dalam kokurikulum di samping merupakan antara maktab terawal. MRSM Bitara dianggap sebagai maktab paling unggul dalam kalangan sekolah di Malaysia, walaupun maktab lain masih berpeluang menyainginya.

Kebanyakan pelajar yang dipilih untuk kemasukan ke MRSM Bitara biasanya merupakan pelajar yang memperoleh 8A atau 9A dalam Penilaian Menengah Rendah dan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah di samping mendapat keputusan yang cemerlang dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM) dan aktif dalam bidang kokurikulum.

Bagi pelajar yang mengambil PT3, kelayakan minimum ke MRSM PKP adalah 6A 4B. Selain itu, terdapat faktor-faktor lain yang menentukan ciri-ciri pengambilan pelajar ke sesebuah MRSM Bitara seperti taraf hidup, penduduk luar bandar, dan anak kakitangan MARA.

Senarai MRSM PKP adalah seperti berikut:
  • MRSM Taiping
  • MRSM Pengkalan Chepa
  • MRSM Tun Ghafar Baba
  • MRSM Langkawi-PKP IGCSE
  • MRSM Kuantan-PKP IGCSE
  • MRSM Pontian-PKP IB MYP
Hal ini sekali gus menjadikan MRSM lain yang terdapat dalam sistem pendidikan MARA dikenali sebagai MRSM Bukan BITARA/PKP (MRSM BB)

2. MRSM IGCSE
Transformasi pendidikan yang dicetuskan MARA The Way Forward mencabar MRSM untuk melahirkan pelajar yang global, cemerlang dan kompetitif (GEC) khususnya untuk membantu Negara menjayakan Model Ekonomi Baru (MEB). Oleh itu MRSM berhasrat menghasilkan modal insan yang memenuhi keperluan pasaran pekerjaan bertaraf dunia.

Justeru program dwisijil diperkenalkan sebagai wacana untuk memenuhi keperluan local dan global denga mementingkan keperluan Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa. Program dwisijil ialah program gabungan kurikulum kebangsaan dan kurikulum International General Certificate of Secondary Education atau lebih dikenali sebagai IGCSE

IGCSE diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) system pendidikan MRSM sedia ada. Hasratnya supaya pelajar MRSM should learn and go beyond SPM. Tambahan pula sijil IGCSE merupakan kelayakan peperiksaan yang berprofil tinggi dan bereputasi cemerlang serta diiktiraf di kebanyakan university pada peringkat antarabangsa.

Pelajar akan mengambil dua peperiksaan :SPM (Tingkatan 5) dan IGCSE (Tingkatan 4). Selain itu, mereka juga akan mengambil PT3 (Tingkatan 3) dan Cambridge Checkpoint (Tingkatan 2)
  1. Cambridge Checkpoint (Tingkatan 2)
  2. PT3 (Tingkatan 3)
  3. IGCSE (Tingkatan 4)
  4. SPM (Tingkatan 5)
Pelajar akan mengikuti pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris serta dapat menyambung ke pringkat tertiari dengan lebih cepat kerana pelajar akan menduduki IGCSE pada bulan November tingkatan empat.

3. MRSM Ulul Albab
Program Ulul Albab merupakan satu program pendidikan integrasi antara program pendidikan sedia ada (Sains Tulen) dengan program aliran agama termasuk tahfiz Al-Quran. Program pendidikan MRSM Ulul Albab ini akan melahirkan ahli professional, teknokrat, usahawan dan mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.

Sebagai tambahan, sistem pendidikan MRSM Program Ulul Albab ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.

Program ini adalah hasil cetusan idea bekas Pengerusi MARA sendiri iaitu Y.B. Dato’ Seri Idris bin Jusoh dalam usaha memberi inovasi dan menerajui system pendidikan Negara. Sehubungan dengan itu, MRSM Kepala Batas telah dipilih sebagai MRSM yang ketiga selepas MRSM Kota Putra dan MRSM Gemencheh untuk melaksanakan program tersebut.

Objektif utama pelaksanaan program ini adalah untuk melahirkan generasi Ulul Albab yang beriman, bertaqwa, berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab dan berbakti kepada agama, bangsa dan Negara.

Bagi merealisasikan program Ulul Albab dalam sistem pendidikan MARA, aspek multilingual diutamakan dengan menjadikan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sebagai teras dan bahasa-bahasa antarabangsa seperti Bahasa Jepun, Bahasa Mandarin dan lain-lain juga ditawarkan sebagai subjek pilihan.

Semua pelajar diberi tempoh selama 3 tahun untuk khatam hafazan 30 juzu’ Di samping itu, mereka akan mengambil PT3 (Tingkatan 3) dan SPM (Tingkatan 5) dan juga sijil tahfiz Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM sepanjang mereka berada di MRSM Ulul Albab.

4. MRSM Teknikal
Dalam bengkel Rancangan Malaysia ke-11(MARA), satu daripada inisiatif yang dicadangkan ialah supaya MARA mengambil langkah memperkenalkan subjek teknikal di MRSM. Sehubungan dengan itu, Bahagian Pendidikan Menengah MARA (BPM) menyediakan satu kurikulum teknikal yang selari dengan program pendidikan menengah yang berkualiti kepada pelajar MRSM.

Dalam usaha untuk merealisasikan program ini, MRSM Bentong telah dipilih sebagai MRSM Teknikal. MRSM Bentong akan dijadikan Pusat Pembelajaran Teknikal dan Robotik MRSM dengan mengaplikasikan modul Sains Kejuruteraan seawal Tingkatan 1 di samping penggunakan peralatan makmal yang canggih.

Kurikulum asas Menengah rendah dan menengah atas seperti MRSM lain, cuma terdapat tambahan subjek bagi MRSM Teknikal :
i. Menengah Rendah : Sains Kejuruteraan
  • Modul pengajiannya lebih kepada penerokaan teknikal dari segi minat, asas kemahiran, kerja tangan dan budaya. Pendedahan awal pada bidang robotik, pengaturcaraan komputer dan teknikal.
ii. Menengah Atas :
  • Lukisan Kejuruteraan - diwajibkan (modul asas & autocad)
  • Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik atau Kejuruteraan Mekanikal - Pilihan pelajar.
iii. Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi subjek teknikal, sains dan matematik.
iv. Pelajar juga dikehendaki untuk menguasai satu bahasa asing. (Pilihan bahasa bergantung kepada tenaga pengajar).

5. MRSM IB MYP
SPMRSM MYP adalah sistem pendidikan MRSM yang menawarkan Program Pertengahan Tahun disediakan oleh Pendidikan Baccalaureate Antarabangsa (IB education). SPMRSM MYP berjalan dalam program sekolah lima tahun.

Middle Years Programme (MYP) menyediakan rangka kerja pembelajaran yang menggalakkan pelajar untuk menjadi kreatif, kritikal dan pemikiran yang reflektif. MYP adalah cukup fleksibel untuk menampung keperluan kurikulum luar negara atau tempatan.

5 Komentar untuk "5 Pilihan Aliran Mohon Masuk MRSM"
Tanpa Nama
delete

Alhamdulillah ank perempuan sy ditawarkn tmt di MRSM Terendak ..syukur kpd Allah

Alhmdulillah..ank saya baru seminggu mendaftar di mrsm k.terengganu..tapi homesick dan selalu mengadu nak balik ke sekolah lama..huhu

Tanpa Nama
delete

I can't read any info about MRSM IB MYP cours..

bole sy tau mrsm mana yg ad tawarkan bahasa jepun?tq

Selamat sejahtera.
Bolehkah saya menyertai MRSM IGSCE atau MRSM IB MYP? Tahun depan anak saya menduduki PT3 jadi saya ingin untuk masuk ke MRSM dan bolehkah bukan orang islam dan perempuan menyertai MRSM?

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved