Geran Kereta Baru @ Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)

Kenali dan fahami apa itu Sijil Pemilikan Kenderaan (Vehicle Ownership Certificate - VOC) yang menggantikan Geran Kereta atau Registration Card (RC)

Ya... Sejak berkurun lamanya kita telah kenal dan biasa dengan Geran Kereta iaitu sehelai kertas yang penuh dengan informasi dan kemaskini maklumat sesebuah kenderaan. Namun akhrnya ia akan menjadi sejarah dalam beberapa tahun lagi apabila Sijil Pemilikan Kenderaan (Vehicle Ownership Certificate - VOC) mula diperkenalkan pada tahun ini.

Vehicle Ownership Certificate

Apakah itu Sijil Pemilikan Kenderaan (Vehicle Ownership Certificate) atau secara ringkasnya VOC? VOC sama seperti geran kereta sebelum ini namun ianya tidak lagi perlu dikemaskini secara manual. Semua data disimpan dalam sistem computer JPJ dan boleh diakses dengan mudah secara online.

Maka VOC umpama kad pengenalan yang hanya perlu disimpan. Sebarang urusan seterusnya seperti memperbaharui cukai jalan (roadtax), pertukaran pemilik atau alamat, pertukaran warna atau spesifikasi enjin dan sebagainya hanya perlu dilakukan secara online.

Sijil Pemilikan Kenderaan (Vehicle Ownership Certificate) -VOC

Objektif VOC

Objektif dan matlamat pertukaran Geran kepada VOC adalah:
  1. Memudahkan dan mempercepatkan urusan berkaitan tanpa perlu berbaris dan menunggu di Pejabat JPJ.
  2. Urusan boleh dilakukan pada bila-bila masa
  3. Sebagai langkah keselamatan dari masalah kereta klon.
  4. Menjimatkan kos JPJ dan pengguna
  5. Tiada lagi masalah Geran hilang atau tidak muat untuk di 'print'

Peringkat Perlaksanaan

Geran Kereta atau Registration Card (RC) dijangka akan berakhir penggunaannya apabila semua pemilik kenderaan telah bertukar kepada VOC menjelang Januari 2020. Ini berikutan JPJ telah memulakan program VOC ini pada tahun ini melalui 3 peringkat:

Peringkat 1 - Mulai 1 Jun 2016, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mula menggunakan VOC pada semua pendaftaran kenderaan baru mahupun kepada mereka yang melakukan pertukaran hakmilik.

Peringkat 2 - Bermula 1 September 2016, Semua pemilik kenderaan yang memperbaharui cukai jalan akan terus bertukar kepada VOC. Termasuk juga kepada mereka yang yang mehu membuat sebarang ubahsuai kenderaan, pembetulan dan apa jua urusan yang berkaitan dengan Geran Kereta akan terus ditukar kepada VOC.

Peringkat 3 - Bermula 1 Januari 2017, JPJ akan memulakan kempen pertukaran Geran kepada VOC secara sukarela kepada semua pemilik kenderaan.

JPJ akan memaklumkan secara rasmi akan tarikh akhir penggunaan Geran atau RC dan semua kenderaan di Malaysia mestilah menggunakan VOC untuk sebarang urusan tentang kenderaan anda.


Kini... Pada zaman dunia digital di mana semua informasi dan kemaskini telah berubah kepada sistem berkomputer. Kepesatan teknologi komunikasi telah memungkinkan ianya dapat dilakukan secara online di mana-mana sahaja.

Namun mampukah ianya mencapai objektif yang sasarkan?
Sumber: www.carsome.my

0 Komentar untuk "Geran Kereta Baru @ Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)"

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved