Takwim atau Jadual Peperiksaan UPSR, PT3, SPM, PAV dan STAM untuk tahun 2017 telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Tarikh-tarikh penting dalam Jadual Peperiksaan ini amat penting bagi ibu bapa, pelajar serta semua yang terlibat dalam secara langsung atau tidak langsung dalam peperiksaan UPSR, PT3, SPM, PAV dan STAM untuk tahun 2017 membuat perancangan dan persediaan agar tiada program yang bertindih serta mengganggu.
Paling penting buat calon-calon UPSR, PT3, SPM, PAV dan STAM 2017 untuk merancang penjadualan pembelajaran serta ulangkaji dengan lebih sistematik dan tersusun demi mendapatkan kejayaan yang cemerlang.
Tarikh-tarikh penting dalam Jadual Peperiksaan
Jadual Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017- Ujian Bertulis : 11~14 dan 18 September 2017
Jadual Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2017
1. Pelbagai Instrumen
- Geografi : 9 ~ 31 Julai 2017
- Sejarah : 2 ~ 26 Mei 2017
- Mendengar (Bahasa Melayu) : 22 Ogos 2017
- Mendengar (Bahasa Inggeris) : 23 Ogos 2017
- Mendengar (Bahasa Arab) : 24 Ogos 2017
Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017
- Ujian Lisan : 6 Jun ~ 1 Julai 2017
- Ujian Bertulis : 6 November ~ 4 Disember 2017
Jadual Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2017
- Kerja Kursus : 1 Mac ~ 31 Julai 2017
- Ujian Lisan : 17 ~ 27 Julai 2017
- Ujian Bertulis : 23~25 Oktober 2017 dan 30~31 Oktober hingga 1 November 2017
Jadual Peperiksaan Pentaksiran Pendidikan Asas Vokasional (PAV) 2017
- Ujian Bertulis : 9 ~11 Oktober 2017
Semua maklumat yang tertera tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia
- Telefon: 03-61261600 samb. 1661/1662/1663/1664/1665
- Faksimili: 03=61361488
- Portal MPM: www.mpm.edu.my
- E-mel: ppa@mpm.edu.my
Lihat juga:
3 Komentar untuk "Jadual Peperiksaan UPSR, PT3, SPM, PAV & STAM 2017"
Jadual yang sangat berguna buat pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan tahun 2016 nanti. Thks for sharing
banyak pula peperiksaan sekarang. tengok jadual padat betul. apa2 pun, goodluck kepada semua candidates.
Nak tau jgk 2018 punya jadual
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”