TEMA - Novel Jendela Mengadap Jalan
- Tema novel ini ialah Kehidupan masyarakat yang menghadapi pelbagai masalah diselesaikan dengan cara bermuafakat.
NOVEL JENDELA MENGADAP JALAN IKUT BAB
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab Satu 1Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk menghabiskan cuti di kampung datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun, Terengganu. Sebenarnya perasaan Lili tidak gembira untuk pulang bercuti ke kampung, namun terpaksa berpura-pura demi menjaga hati ibunya.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab Dua 2.
Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas ekspres dengan mengandang dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika itu kerana musim tengkujuh. Dari Kuala Lumpur ke kampung datuk neneknya mengambil masa selama lapan jam perjalanan. Di dalam bas Lili sibuk membaca buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayur-sayuran dan Buah-buahan. Lili berkenalan dengan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti Malaya yang bernama Geetha juga ingin menuju ke daerah yang sama. Mereka bersembang tentang masa depan. Lili menyedari bahawa dia sedang diperhatikan oleh seorang pemuda Cina atau kacukan.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab Tiga 3.
Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke Pekan Sentosa. Lili sedang menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya pulang. Dalam kesibukan Lili disapa semula oleh pemuda tersebut kerana tertinggal buku penjagaan kesihatannya. Pemuda itu mempelawanya untuk tumpang sama, tetapi Lili menolak pelawaan itu kerana dia sedang menunggu Abang Rashid untuk pulang.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab Empat 4.
Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan begitu damai dengan sawah bendang luas terbentang. Lili bertemu dengan nenek di bendang, lalu bersalaman dan bertanya khabar. Menurut nenek datuk sibuk dengan urusan gotong-royong menaikkan kubah masjid kampung bersama-sama dengan masyarakat kampung.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab Lima 5.
Datuk bercerita tentang keunikan reka corak jendela dan pintu. Sepanjang malam pula datuk begitu pakar bercerita kemujaraban akar-akar kayu ubat yang dapat menyembuhkan penyakit secara tradisional. Menurut datuk, khasiat tumbuh-tumbuhan lain juga menjadi amalan penduduk-penduduk kampung dalam pemakanan dan pengubatan tradisional, malah pihak hospital juga menggunakan herba sebagai bahan untuk mengubat penyakit. Tetapi nenek menegur datuk supaya tidak mempengaruhi segala pendapatnya berkaitan dengan pengubatan tradisional yang belum tentu kepastiannya.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab Enam 6.
Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua cermin yang terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan mata kilat. Kemudian nenek membakar kulit bawang putih pemberian perempuan berbangsa India, Letchumi, supaya isi rumah berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni taman ala Bali, yang dipenuhi reka bentuk dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan, tahan lasak dan menghalau nyamuk. Manakala, di halaman rumah, ditanam dengan herba pembuka selera makan. Masyarakat kampung lebih gemar berurusan dengan datuk apabila berdepan dengan masalah kesihatan dan menjadi kepercayaan serta sumber rujukan.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab Tujuh 7.
Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan terserempak dengan Geetha. Lili tidak menyangka bahawa selama ini, neneknya begitu akhrab dengan ibu Geetha. Menurut Geetha, ibunya merupakan pelanggan setia mengamalkan minuman herba buatan datuknya yang telah berjaya menyembuhkan penyakit ibunya yang sebelum ini sakit teruk. Walaupun ketika ini saiz badan ibunya terlalu gemuk, tetapi kelihatan begitu sihat. Geetha menasihati Lili supaya mempelajari ilmu penyediaan herba dan rawatan tradisional dari datuknya yang begitu terkenal di Pekan Sentosa ini. Lili merasa bangga kerana mendapat penghargaan atas kepakaran datuknya dalam ilmu pengubatan tradisional, apatah lagi yang memujinya bukanlah sebangsa dengannya.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab Lapan 8.
Datuk banyak mengajar Lili berkaitan dengan ilmu keagamaan, malah datuk selalu menguji Lili tentang ilmu-ilmu keagamaan yang selama ini Lili tidak mengetahuinya. Datuk mengakui bahawa ibu Lili tidak kisah dengan ilmu-ilmu keagamaan adalah berpunca daripada kesilapannya. Semasa zaman kanak-kanak ibu Lili lebih berminat belajar silat di gelanggang Tuk Wali berbanding ilmu agama. Tambahan pula setelah berjaya melanjutkan pelajaran keluar negara, menjawat jawatan penting dan berumah tangga sehingga terlupa segala-galanya. Sepanjang berada di kampung Lili merasa keenakan buah-buahan tempatan yang terdapat di dusun yang dikutip oleh Abang Rashid. Pak Sahak datang ke rumah datuk memaklumkan bahawa berlaku kekecohan di surau kerana William cuba dipengaruhi penduduk-penduduk kampung supaya tidak mempercayai pengubatan tradisional disamping memujuk supaya menjualkan tanah bagi tujuan membina rumah sewa.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab Sembilan 9.
Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk untuk menjelaskan isu yang hangat dibincangkan oleh masyarakat kampung berkaitan pembinaan kubah surau. Wakil Rakyat telah memberi pilihan sama ada ingin membina sebuah dewan masyarakat atau mendirikan sebuah masjid.. Kebanyakan penduduk kampung memilih untuk membina kubah surau berbanding membina sebuah masjid kerana masalah kekurangan tanah. Disamping itu juga, Danel telah menjelaskan kebaikan mendapatkan rawatan moden berbanding dengan rawatan tradisional. Hujah-hujah telah dikemukakan oleh Danel dari segi sains perubatan untuk menyakinkan penduduk-penduduk kampung termasuk datuk, walaupun datuk sukar untuk menerima hakikatnya. Memang kaedah perubatan tradisional baik jika digabungkan dengan kaedah perubatan moden, kerana semua bahan-bahan ramuan tradisional diawet dalam bentuk moden supaya penggunaannya lebih selamat dan terjamin mengikut kaedah saintifik. Danel terpaksa berhujah secara berhemah demi menjaga hati datuk agar tidak terguris.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 10.
Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai pengubat tradisional, kerana masih ramai penduduk yang percaya dengan rawatan tersebut termasuk ibu Geetha. Hati datuk tersentuh dengan penerangan yang diberikan oleh Danel, walaupun hujah-hujah yang diberikan itu belum tentu dapat menyakinkannya. Jangkaan Datuk juga kuat mengatakan William juga tidak dapat menerima penerangan yang diberikan oleh Danel. Jika dahulu semua kata-kata datuk boleh diterima pakai oleh penduduk-peenduduk kampung termasuk William, malah Berjaya mengislamkannya, tetapi kini tidak lagi. Nenek pula sekarang sudah mula menyindir dan menidakkan kata-kata datuk. Sugi anak sulung William pula telah menggalakkan pemaju datang untuk membangunkan tanah penduduk-penduduk kampung, yang akhirnya berlaku pertelagahan antara penduduk sama ada mahu menjual tanah atau sebaliknya.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 11.
Sebelum solat, datuk tercari-cari tasbihnya yang hilang entah ke mana, namun sebaik sahaja masuk waktu datuk bersolat dan berzikir tanpa menggunakan tasbih. Selepas itu datuk membaca kitab dua halaman dan berhenti. Dengan linangan air mata yang tidak bertakung, tanda menahan kesedihan dalam mengharung segala dugaan kehidupan. Usia datuk kini sudah mencapai lebih tujuh puluh tahun. Datuk menyuruh Lili ke dapur supaya nenek membuatkan secawan kopi untuknya. Tanpa berlengah Lili akur dengan arahan datuk dan terus ke dapur. Nenek membawa secawan kopi untuk datuk. Apabila melihatkan ada sesuatu yang ingin dibincangkan antara datuk dan nenek, Lili mohon izin keluar, tetapi datuk terus memanggilnya. Lili duduk semula dan datuk meminta Lili menceritakan tentang ibunya. Lili terus bercerita, namun berdasarkan soalan-soalan yang datuk kemukakan, jelaslah bahawa terlalu banyak rahsia hidup ibu yang Lili tidak ketahui.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 12.
Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara penduduk-penduduk kampung. Sama ada ingin mendirikan masjid atau membina kubah surau lama telah menyebabkan penduduk-penduduk kampung hidup berpuak-puak. Bekas ketua kampung, iaitu arwah Haji Salihin merupakan orang alim di kampung ini, juga berasal dari tanah Jawa Barat bersama-sama membangunkan surau lama ini, telah berpesan bahawa surau lama ini tidak boleh dibangunkan kerana bimbang kesannya akan mengganggu ketenteraman kampung. Mengikut pendapat nenek itu hanyalah kepercayaan yang tiada penghujungnya dan ada alasannya yang tersendiri. Ketika Lili meniti bendang untuk menemui nenek, dia ternampak seorang lelaki mengepit seekor ayam jantan dan seorang lagi mengepit seekor ayam betina. Abang Rashid telah menasihatinya supaya balik ke rumah kerana keadaan kampung begitu tegang. Tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki tua melaung-laung dan bertakbir serta menghalang mereka melakukan perkara-perkara haram dan pengkhianat. Berlakulah kejar-mengejar antara kumpulan tersebut. Abang Rashid terus menghantar Lili pulang ke rumah kerana bimbangkan keselamatannya. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Lili ternampak ada tetamu datang yang terdiri daripada empat orang lelaki dan seorang perempuan.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 13.
Menurut cerita nenek, kelima-lima orang yang datang itu adalah berasal dari Kuala Lumpur. Mereka datang hanya ingin memberitahu bahawa sakitnya lebih awal sembuh daripada menggunakan herba yang datuk berikan. Lili ke anjung bertemu dengan datuk. Datuk memberitahu Lili mulai sekarang datuk hanya akan menumpukan tugas-tugasnya berkebun dan berperahu, tidak boleh bergantung hidup dengan herba-herba lagi. Pada sebelah malamnya, datuk menyusun kayu-kayu api di bangsal belakang rumah untuk menenangkan fikirannya. Keesokan harinya datuk menyusun barang-barang lama yang bertaburan di lantai dan bekerja tanpa henti-henti. Pada sebelah petangnya Lili memohon kebenaran nenek untuk ke rumah Geetha, dengan ditemani Abang Rashid, tetapi memandangkan sudah senja, Lili membatalkan niatnya, tetapi terus bersama-sama Abang Rashid ke pekan. Semasa berjalan-jalan Lili sempat bertanyakan Abang Rashid tentang zaman bujangnya dan bilakah Abang Rashid akan berkahwin? Soalan itu tidak berjawab.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 14.
Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya, dan Geetha menyatakan rasa bosannya kerana tiada kawan. Lili mempelawa Geetha untuk bermalam di rumah neneknya, Geetha setuju. Setelah mendapat kebenaran daripada ibu Geetha, mereka bertolak menuju ke perhentian bas. Lili berharap mereka akan sampai ke rumah neneknya sebelum waktu zohor, tetapi mereka merancang untuk pergi bersiar-siar di perkampungan pada sebelah petang. Mereka tertarik dengan keindahan kampung tersebut dengan mendaki bukit, tempat melihat matahari terbit dan terbenam, suatu keunikan. Geetha bercerita tentang budaya masyarakat India yang tinggal berjiran dengannya, terdapat pelbagai karenah dan ragam hidup.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 15.
Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur sambil bersembang kosong. Geetha memberitahu nenek bahawa tekanan darah dan kandungan gula dalam badan ibunya stabil kerana memakan herba dan rebusan akar-akar kayu. Nenek gembira dengan khabaran tersebut. Datuk masih lagi belum pulang ke rumah menyebabkan nenek berasa risau. Abang Rashid telah pergi mencari datuk dengan menolak basikalnya dalam kegelapan malam. Keesokan paginya datuk pulang ke rumah dengan dileteri nenek, dan di tepi dinding terdapat dua buah bakul berisi akar-akar kayu dan daun-daun hutan.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 16.
Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan untuk dijadikan herba di hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tetiba sahaja Danel muncul dengan membawa buah-buahan dan makanan lalu diberikan kepada nenek. Datuk menyambut kedatangan Danel seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini. Manakala, Geetha dan Lili menyiapkan minuman kepada tetamu yang datang. Mereka bercerita tentang Danel yang kali pertama bertemu di dalam bas yang sama dinaiki oleh Lili dan Geetha sewaktu pulang ke kampung. Geetha memohon untuk balik kerana telah berjanji kepada ibunya bahawa dia hanya dibenarkan bermalam semalam sahaja di rumah nenek Lili. Sebelum Geetha dihantar pulang, nenek berpesan kepada Lili supaya pergi ke kedai Ah Kwan untuk membeli barang-barang keperluan dapur. Dalam perjalanan pulang Lili, terserempak dengan adengan kejar-mengejar beberapa orang pemuda yang bersenjatakan parang. Lili mungkin kenal pemuda-pemuda tersebut dan mereka pernah datang ke rumah nenek dulu. Sebaik sahaja tiba di rumah, Lili terkejut apabila melihat Danel dalam keadaan meniarap sedang diurut oleh Datuk. Sebenarnya menurut kata nenek, semenjak kebelakangan ini hubungan datuk dengan Danel begitu baik. Danel kini lebih gemar menulis artikel berkaitan buah-buahan terutamanya pisang.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 17.
Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang Pisang telah menghuraikan secara panjang lebar berkaitan produk pisang di Tenom, Sabah. Penanaman pisang secara besar-besaran di Sabah telah berjaya di eksport keluar negeri. Pendapatan lumayan ini juga dibantu dengan tanaman sampingan lain seperti buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Hasil pertanian ini telah berjaya memberi pulangan tinggi kepada peladang dan hidup mewah. Mengikut kajian perubatan, pisang bukan sahaja dapat mendatangkan pulangan yang tinggi, malah boleh menghasilkan tenaga segera kepada tubuh badan disamping boleh menyembuhkan pelbagai penyakit jika pengambilannya seimbang. Kulit pisang pula boleh menyembuhkan bintat dan rasa gatal akibat gigitan nyamuk.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 18.
Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi dan seorang pemuda. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya masalah yang buntu ini dapat diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang Berhormat diperlukan. Tetiba, Lili yang ternampak juluran ranting di jendela mendapati Danel memberi isyarat mengajak Lili menemaninya ke pekan untuk membeli minyak gamat, setelah mendapat kebenaran nenek. Mereka ke pekan menaiki bas kerana kereta Danel digunakan oleh abangnya. Semasa di dalam bas, Danel memberi alasan kenapa dia menulis artikel mengenai pisang.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 19.
Sebelum pulang, Danel dan Lili singgah di restoran makanan segera untuk makan dua biji burger, kentang goreng dan minuman berkarbohidrat, ini boleh mengundang penyakit darah tinggi. Danel juga memberitahu, bahawa nenek Lili memang pandai memasak dan masakannya sungguh sedap. Dia juga selalu ke rumah nenek membantu nenek masak tanpa pengetahuan Lili. Menu masakan semuanya menggunakan pisang sebagai bahan campuran. Mereka singgah di pasar raya untuk membeli beberapa barang keperluan, seterusnya Lili merancang untuk singgah ke rumah Geetha. Setelah selesai mereka pulang menaiki bas seperti biasa, sehinggalah sampai menyusuri jalan ke kampung dan Danel mengekori sahaja Lili dari belakang. Sebaik sahaja sampai ke jalan besar yang berturap, kelihatan seorang budak lelaki dikejar oleh beberapa orang lelaki dengan suara yang memekik. Lili mengenali itulah anak-anak Che Jah yang sering menimbulkan masalah. Tiba-tiba tangan Lili dipulas, Danel tergamam kerana senjata tajam yang dipegang oleh Rafiq telah diacukan ke leher Lili. Sebaik sedar, Lili telah berada di tempat perculikan yang dilakukan oleh kedua-dua anak lelaki Che Jah.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 20.
Lili disembunyikan di sebuah rumah usang berlantaikan buluh. Danel telah datang menyelamatkan Lili pada waktu kegelapan malam, kerana Danel memang tahu tempat persembunyian Rafiq dan Haziq. Danel tidak memaklumkan kejadian itu kepada penduduk-penduduk kampung atas alasan tertentu. Menurut Danel, Haziq satu sekolah dengannya dan merupakan seorang pelajar pintar. Namun, pergaulan bebas kutu-kutu rayau menyebabkan dirinya terperangkap dengan jenayah seperti mencuri, hisap dadah dan pecah rumah. Sehinggakan mereka sanggup melakukan kekerasan dan mengugut ibunya sendiri, juga orang-orang kampung menyumpah-yumpah supaya anaknya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah nenek menyambut kepulangan Lili dengan tangisan kerana bimbang akan keselamatan cucunya. Sebenarnya nenek tahu tentang kejadian yang menimpa Lili.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 21.
Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana berpunca dari masalah keluarga yang dihadapi. Sebaik sahaja berjumpa Danel, Lili terus bertanyakan khabar berita nasib mereka dua beradik. Ketua kampung pula telah mengarahkan penduduk-penduduk kampung merobohkan pondok tempat persembunyian mereka. Namun Lili tetap berasa simpati dengan keadaan hidup malang yang menimpa Che Jah, Rafiq dan Haziq. Menerusi maklumat yang diperolehi dari neneknya, sudah tentu banyak yang bersifat negetif dan menyedihkan. Oleh itu, Lili bercadang untuk berjumpa dengan Geetha untuk mendapatkan maklumat yang lebih telus dan bersifat terbuka. Bagi Lili, Rafiq dan Haziq adalah manusia biasa yang memerlukan pertolongan dan perhatian semua pihak, bukan mengutuk dan menghina secara berterusan. Lili memohon kebenaran untuk ke rumah Geetha, tetapi neneknya tidak membenarkannya atas faktor keselamatan.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 22.
Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah ditangkap oleh penduduk-penduduk kampung dan salah seorang daripadanya teruk dibelasah oleh ayah mereka. Lili bercadang ke rumah Che Jah untuk mengetahui keadaan yang sebenar dan kemudiannya merancang ke pekan bersama-sama dengan Abang Rashid. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Che Jah, Lili dipersilakan disambut dan dipersilakan masuk ke dalam rumah. Che Jah menjelaskan Haziq teruk dibelasah dengan tali pinggang oleh ayahnya. Menurut cerita Che Jah lagi, Haziq semasa alam persekolahan dulu merupakan seorang pelajar yang pandai, tetapi telah dibuang sekolah kerana selalu ponteng dan melawan guru. Haziq menjadi nakal kerana bergaul bebas dengan budak-budak nakal sehingga perangainya tidak dapat dilentur. Che Jah memohon maaf kepada Lili tentang apa yang dilakukan oleh anaknya terhadap Lili, tetapi Lili secara ikhlas telah memaafkannya. Che Jah memuji-muji kebaikan hati Lili yang sanggup datang menjenguk dan bertanya khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk makan tengah hari di rumahnya, dia tidak menolak pelawaan itu.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 23.
Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga orang lain. Nenek juga memberitahu bahawa orang-orang kampung memang suka bermuka-muka. Kekadang boleh mengumpat hanya melalui jendela sahaja. Lili menghampiri datuk yang masuh belum selesai dengan isu kubah surau dan herba-herba ubatan tradisionalnya. Seman suami Che Jah merupakan seorang bapa yang sangat garang. Seman bukan sahaja garang terhadap anak-anaknya, tetapi juga terhadap orang-orang lain yang berurusan dengannya. Kelakuan buruk Seman ialah suka berjudi, berhutang, menipu, minum arak dan anak-anak serta isterinya akan menjadi mangsa kekejamannya. Lili melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap segala tindakan dan perbuatan Seman yang tersalah mendidik anak-anak dalam membina keluarga bahagia.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 24.
Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori membawa kubah di puncaknya terdapat bulan sabit. Selepas jam sepuluh malam, barulah Lili mendapat berita dari datuk bahawa kubah surau akan dipasang dalam masa terdekat. Kini isu kubah surau telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan penduduk-penduduk kampung. Abang Rashid lebih suka sebuah masjid didirikan di kampung tersebut sebagai tanda pembangunan, begitu juga dengan Lili. Bagi datuk pula tidak kisah, sama ada kubah surau atau sebuah masjid, yang penting ilmu-ilmu agama ditegakkan.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 25.
Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada di luar, sama ada melihat kubah surau atau bertemu dengan Che Jah. Nenek menasihati Lili agar dalam keadaan sebegini lebih selamat tidak berjumpa dengan sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada hari ini Lili perlu berkomunikasi dengan seseorang. Danel datang membawa gulai kari pisang ikan masin yang dimasak sendiri dan menyampaikan suatu pesanan khas ayahnya kepada datuk. Berita kenaikan harga minyak petrol dan disel telah menenggelami isu kubah surau ketika ini. Di mana-mana sahaja semua penduduk akan membincangkan kenaikan harga bahan api tersebut dan mengeluh tentangnya. Begitu juga kenaikan harga barangan yang lain termasuk perubatan. Datuk sempat memperli Danel, bahawa kos perubatan tradisional sahaja yang tidak naik. Lili ke rumah Che Jah menziarahinya dan sempat melihat keuzuran Haziq yang belum sembuh akibat kesan dibelasah oleh ayahnya. Che Jah begitu mesra melayan Lili, jangkaan dan gambaran buruk perwatakan Che Jah oleh nenek, jauh berbeza. Lili memberitahu Che Jah, bahawa dia akan kembali ke Kuala Lumpur seminggu lagi.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 26.
Lili berpendapat, dua cadangan yang perlu diketengahkan iaitu perlunya dibina sebuah masjid dan melaporkan kepada biro pengaduan jenayah yang dilakukan oleh Seman terhadap ahli-ahli keluarganya. Datuk menasihati Lili agar tidak memikirkan hal-hal yang berat dan lebih member tumpuan menghabiskan masa cuti persekolahan. Danel pula telah banyak membantu, seperti menyelamatkan nyawa, membawanya ke pekan dan dalam segala hal juga mereka bersependapat. Lili juga berpandangan bahawa tugas membangunkan kampung terletak di bawah tanggung jawab Danel sebagai penduduk tetap dan perlu memperjuangkannya.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 27.
Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang Rashid. Abang Rashid pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk membawa nenek ke rumah Che Jah. Ada sesuatu perkara yang berlaku di sana sehingga menyebabkan nenek bergegas ke rumah Che Jah. Lili dan Danel juga segera ke rumah Che Jah tetapi masih belum pasti apa yang berlaku. Sebaik-baik sahaja sampai kedengaran tempikan seorang lelaki, pastinya Seman sedang berang. Terdapat beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika itu. Tiba-tiba seorang pemuda jatuh terhumban dari atas rumah, iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya berdarah. Seman yang naik angin dan dalam keadaan yang tidak siuman telah menerajang Haziq sehingga menyebabkan mulutnya berdarah. Tiada seorangpun yang berani meleraikan ketegangan itu, mereka hanya berani melihat tentang apa yang berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta cerai kerana tidak sabar lagi dengan karenah suaminya yang bertindak melulu.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 28.
Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya, Seman masih dengan perangai buruknya, kaki judi, sering pulang lewat malam dan sering memukul anak-anak dan isterinya. Seorang pesakit baru yang datang berubat dengan datuk kerana penyakit gout. Datuk meminta Lili mengambilkan sebotol herba untuk pesakit wanita tersebut dan menerangkan pantang larang tentang sakit tersebut. Pesakit wanita tersebut bernama Puan Hamimah dalam usia tiga puluhan lebih selesa dengan panggilan Kak Mimah sanggup bermalam di rumah datuk kerana untuk habiskan berubat. Hasil perbualan dengan Lili, Kak Mimah bekerja sebagai penolong pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga. Tugasnya berkaitan dengan keganasan rumah tangga, penganiayaan kanak-kanak dan pengabaian warga tua. Lili telah mengambil kesempatan dan peluang ini untuk membuat aduan terus kepada Kak Mimah untuk memanjangkan kes keluarga Che Jah untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 29.
Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga yang dihadapi oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Kak Mimah akan balik ke Kuala Lumpur dan akan membuat laporan berkaitan dengan kes tersebut dan Lili akan menjadi saksi. Danel datang ke rumah ketika datuk dan nenek tiada di rumah. Lili bersembang dengan Danel hanya di pangkin sambil membincangkan pembinaan masjid dan merancang untuk meengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 30.
Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk mengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung ketika majlis pernikahan anak pak busu pada hari Jumaat nanti. Danel dan Lili bercadang bertemu Geetha untuk memintanya menyelesaikan masalah keluarga Che Jah. Geetha bersetuju dan ingin bertemu dengan Che Jah terlebih dahulu. Mereka ke rumah Che Jah setelah mendapat kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah tiada di rumah.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 31.
Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam menyelesaikan masalah pembinaan masjid dan surau kampungnya. Mereka juga berbincang tentang bioteknologi berkaitan dengan madu lebah, kambing dan pokok vanila mampu memberi pulangan yang cukup lumayan. Kak Mimah telah menghubungi datuk, selain membincangkan berkaitan rawatan mereka juga menyentuh isu keganasan rumah tangga Che Jah. Lili tercengang dengan keputusan datuk untuk mengambil tindakan terhadap suami Che Jah dan mengheretnya ke penjara. Mereka berbincang cara untuk menangkap suami Che Jah dan menghukumnya mengikut lunas undang-undang.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 32.
Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang wanita mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan Haziq ke halaman rumah, penduduk-penduduk akan membelasah mereka dua beradik. Datuk meminta semua penduduk kampung berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam keadaan lesu dan badannya lebam-lebam akibat dibelasah. Datuk mencarikan herba untuk memulihkan mereka tetapi badan mereka langsung tidak bermaya. Badan Haziq lebam, manakala hidup Rafiq berdarah dan rebah di lantai rumah. Geetha memberitahu Danel, biarlah datuk yang menyelesaikan masalah masjid dan surau. Dia hanya ingin membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 33.
Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan pertemuan di balai raya. Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat pengakuan untuk dipanjangkan kepada pihak berkuasa. Suaminyalah yang telah melarikan kubah surau kampung, bukannya Rafiq dan Haziq. Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan wajar supaya suaminya dihantar ke pusat pemulihan akidah. Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat laporan polis, tindakan mahkamah boleh diambil, dan kes ini akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat bagi membiayai kos rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh penduduk-penduduk kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai penawar, manakala Rafiq dihantar ke hospitan untuk mendapatkan rawatan.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 34.
Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan yang datang memujuk penduduk-penduduk kampung menjualkan tanah mereka.Datuk pula dituduh cuba melindungi Che Jah yang terlibat melindunginya anak-anaknya dari kes culik cucunya, Lili. Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman rumah, menuduh datuk terlibat dengan pemaju perumahan. Datuk tidak ambil kisah kerana itu bukan urusannya. Sugi pula menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan untuk membangunkan kampung dengan projek rumah kos rendah, tetapi ingin memajukan tanah-tanah penduduk kampung dengan projek agropolitan, penanaman Jatropha Cuncas dan selama ini semuanya tersalah anggap. Haziq semakin pulih dari keletihan dan mampu tersentum, manakala Rafiq disahkan mengambil terlalu banyak dadah jenis syabu sehingga system tubuh badannya banyak yang rosak. Kak Mimah berjanji akan membantunya sehingga pulih.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 35.
Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk membawa Lili balik ke Kuala Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan pembinaan sebuah masjid diterima oleh semua penduduk dan ketua kampung.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 36.
Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu tiba ke kampung dan akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk menghadiri majlis perpisahan pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman menceritakan maksud yang tersembunyi tentang jendela menghadap jalan yang terlalu banyak kisah-kisah silam, sejak zaman penjajahan hinggalah ke zaman komunis yang mereka tidak memasukkan sejarah jendela menghadap jalan. Neneknya pula, Hajah Aisyah Tan Abdullah menceritakan kisah zaman silam berasal dari Tanah Besar China sehinggalah pertemuannya dengan datuk di Tanah Melayu ke hari ini. Lili kerap berjumpa dengan Geetha di Kuala Lumpur dan meneruskan pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula akan menduduki PMR pada tahun hadapan dan hidupnya telah banyak berubah. Danel berharap Lili akan kembali semula ke Kampung Sentosa dan berharap Lili telah mengetahui tentang jendela menghadap jalan, manakala Danel telah banyak menulis artikel tentang pisang.
TEMA
Tema novel ini ialah Kehidupan masyarakat yang menghadapi pelbagai masalah diselesaikan dengan cara bermuafakat.
Masalah keganasan rumah tanggayang berlaku kepada keluarga Che Jah akibat sikap suaminya Seman dapat diatasi apabila Che Jah sendiri dengan suka rela membuat laporan polis. Akibat tidak tahan dengan sikap suaminya dan kesan kenakalan anak-anaknya Che Jah akhirnya Berjaya diselamatkan.
Masalah masa depan perubatan tradisional.Datuk yang sememangnya menjadi sumber rujukan masyarakat setempat dan luar tentang perubatan tradisional sudah mulai dipinggirkan. Bertambah parah apabila isterinya sendiri mulai menyindir akan kemujaraban herba yang diadun kerana boleh mendatangkan kesan sampingan kepada penggunanya.
Masalah buruk sangka atas orang lain.Masyarakat di Pekan Sentosa buruk sangka terhadap anak-anak Che Jah yang selama ini terkenal kenakalannya. Mereka menyangkakan bahawa Haziq dan Rafiq yang melarikan kubah surau. Masalah terlerai apabila Che Jah menyatakan bahawa suaminya Seman yang melarikan kubah surau tersebut.
Keprihatinan masyarakat terhadap masalah yang dihadapi. Lili begitu prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh Che Jah. Penduduk kampong yang selama ini menganggap keluarga Seman sebagai contoh institusi kekeluargaan yang buruk, namun dengan bantuan kefahaman Geetha yang bukan berbangsa Melayu menjadikan Lili tersedar bahawa Che Jah perlukan bantuan bukannya cemuhan.
PERSOALAN
Persoalan tentang keganasan rumah tangga. Seman suami Che Jah seorang yang suka berjudi, berhutang dan minum arak telah menyebabkan rumah tangga Che Jah berantakan. Anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang baru belasan tahun turut berperangai seperti ayahnya apabila tersalah memilih kawan. Che Jah meminta cerai daripada suaminya kerana sudah tidak tahan dengan perangai suaminya.
Persoalan tentang penggunaan ubat tradisional. Datuk sering disindir oleh nenek akibat terlalu prihatin dan membantu penduduk kampung yang bermasalah kesihatan dengan membekalkan ubat tradisional yang dibuatnya sendiri. Ada satu ketika datuk tidak pulang ke rumah hingga menyebabkan nenek berasa risau kerana datuk masuk ke hutan mencari akar-akar kayu tanpa pengetahuannya.
Persoalan tentang sikap prihatin. Lili begitu prihatin dengan Che Jah yang mengalami keganasan rumah tangga. Walaupun Haziq dan Rafiq menculiknya tetapi Lili memaafkan tindakan mereka kerana beranggapan keluarga tersebut memerlukan bantuan pemulihan. Lili sering ke rumah Che Jah untuk memberikan motivasi dan akhirnya meminta bantuan Puan Hamimah seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat aduan tentang sikap suaminya yang buruk selama ini.
Persoalan tentang masalah sosial penduduk kampung. Hidup di kampung walaupun berada dalam keadaan selesa, nyaman dengan pemandangan yang cantik namun terdapat pelbagai masalah sosial. Penduduk kampung didatangi oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk menjual tanah-tanah mereka. Penduduk kampung juga memberontak untuk lebih menyetujui penggantian kubah surau berbanding pembinaan masjid baru. Penduduk kampung juga berhadapan dengan masalah sosial apabila wujudnya keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh Che Jah akan sikap suaminya yang kurang bertanggungjawab diikuti kelakuan anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang tersalah memilih kawan.
PLOT
Permulaan- Lili pulang ke kampung datuknya di Dungun, Terengganu dengan menaiki bas. Walaupun dia tidak gembira dengan percutiannya pada kali ini, namun dia ikutkan sahaja kehendak ibunya supaya ibunya tidak berasa kecil hati.
- Dalam perjalanan ke Dungun, Lili bertemu Danel dan juga Geetha dalam bas.
- Rumah datuk dan nenek Lili di Pekan Sentosa sungguh nyaman, cantik dan dipenuhi dengan bendang.
- Datuk menghadapi situasi getir di kampung akibat penggantian kubah surau.
- Kekalutan turut timbul apabila Sugi dikatakan memujuk orang kampung untuk menjual tanah bagi pembinaan kawasan perumahan di kampung datuk.
- Datuk didatangi oleh orang dari bandar untuk mendapatkan rawatan secara tradisional.
- Geetha memaklumkan kepada Lili bahawa datuknya telah Berjaya menyembuhkan ibunya Latchumi yang sakit dengan menggunakan herba tradisional.
- Danel sering datang untuk membantu nenek memasak kerana menganggap nenek seorang yang pandai memasak dan masakan nenek sangat sedap.
- Danel berbual mesra dengan datuk dan menerangkan kepentingan perubatan moden. Namun cara Danel yang berhemah dapat memastikan bahawa datuk tidak berkecil hati.
- Danel sering menulis artikel tentang pisang.
- Lili diculik oleh anak-anak Che Jah, namun Berjaya diselamatkan oleh Danel.
- Konflik dengan diri sendiri
- Datuk berhasrat untuk tidak lagi mencari akar-akar kayu akibat sindiran nenek namun minatnya tetap dengan perubatan tradisional menyebabkan datuk keliru.
- Konflik dengan orang lain
- Datuk berasa terkesan apabila nenek selalu menyindir akan sikapnya yang lebih mengutamakan perubatan tradisional berbanding perubatan moden.
- Che Jah berasa sangat kecewa dengan sikap suaminya Seman yang melakukan keganasan dengan memukul anak-anaknya Haziq dan Rafiq sehingga cedera. Oleh sebab tidak tahan dengan tindakan suaminya yang sering mengecewakan itu Che Jah minta diceraikan.
- Lili berkonflik terhadap permintaan ibunya supaya dia tinggal di kampung setelah tamat persekolahannya. Namun, Lili tidak gembira dengan permintaan ibunya itu tetapi demi kegembiraan hati ibunya, permintaan ibunya itu dituruti.
- Che Jah memaklumkan bahawa suaminyalah yang melarikan kubah surau. Selama ini penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq, namun telahan mereka tersasar.
Peleraian
- Che Jah dicadangkan oleh Kak Hamimah supaya membuat laporan polis supaya suaminya itu dapat diberkas dan dipulihkan.
- Suami Che Jah ditangkap di belakang pondok dusun.
- Haziq diberi herba sebagai penawar oleh datuk.
- Rafiq dihantat ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
- Sugi tidak mengaku ada kaitan dengan wakil pemaju perumahan yang memujuk penduduk kampung menjualkan tanah mereka.
- Datuk dituduh melindungi anak-anak Che Jah yang menculik Lili.
- Sugi memaklumkan bahawa dia berhasrat memajukan tanah penduduk kampung dengan projek agripolitan dan penanaman Jatropha Cuncas.
- Ibu pulang menaiki bas tanpa ayah.
- Lili pulang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perpisahan pengetuanya.
- Haziq dan Rafiz kembali semula ke sekolah untuk menduduki PMR.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak UtamaLili
- Lepasan sekolah menengah
- Tidak gembira pulang ke kampung datuk dan neneknya
- Berpura-pura menjaga hari ibunya
- Rajin membaca buku panduan pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan
- Akur cakap orang tua
- Suka berkawan dan peramah
- Menjadi teman baik Geetha
- Cepat bersimpati dengan orang lain iaitu Haziq dan Rafiq anak Che Jah yang nakal,
- Prihatin dan meminta bantuan Kak Hamimah supaya mengambil tindakan terhadap suami Che Jah yang melakukan jenayah keganasan rumah tangga.
- Mesra dengan Danel dan sama-sama berbincang untuk pembinaan masjid baru di kampungnya itu.
Datuk (Haji Abdul Rahman)
- Pakar Akar Kayu Dan Ubat Tradisional
- Jadi Sumber Rujukan Masalah Kesihatan Penduduk Kampung
- Berjaya Sembuhkan Letchumi Daripada Sakit Teruk Dengan Herba Yang Dibuat Oleh Datuk
- Ajar Lili Ilmu Kegamaan
- Menguji Lili Dengan Ilmu Agama
- Saying Akan Pekerjaannya Mengumpulkan Akar Kayu
- Berjaya Mengislamkan William
- Dahulu Orang Mendengar Cakap Datuk Tetapi Sekarang Tidak
- Berumur 70tahun
- Rajin Beribadat, Solat, Zikir Dengan Tasbih
- Rajin Membaca Kitab
- Berjaya Mengubati Lima Orang Dari Kuala Lumpur Menggunakan Herba
- Tidak Balik Malam Kerana Mencari Herba Di Hutan\
- Pandai Mengurut (Menngurut Danel)
- Anak William
- Jelaskan Isu Pembinaan Kubah Surau
- Jelaskan Kebaikan Rawatan Mden
- Berhujah Dengan Berhemah Supaya Datuk Tidak Berkecil Hati
- Percaya Perubatan Moden
- Akrab Dengan Datuk
- Menulis Artikel Tentang Buah Pisang Di Tenom Sabah
- Sering Membantu Nenek Memasak
- Memasak Menggunakan Pisang
- Bantu Menyelamatkan Lili Daripada Diculik.
- Kurang Yakin Dengan Ubat Tradisional Yang Datuk Sediakan
- Isteri Kepada Datuk
- Percaya Pantang Larang (Terbalikkan Semua Cermin Untuk Terbalikkan Mata Kilat)
- Bakar Kulit Bawang Putih Untuk Bau Harum Dalam Rumah
- Suka Menyindir Datuk Tentang Ubat Tradisional.
- Pandai Memasak Dan Masakannya Sering Dipuji Oleh Danel.
- Kenalan Lili Dalam Bas Sewaktu Pulang Ke Terengganu
- Siswa Tahun Pertama Jurusan Kejuteraan Awam Universiti Malaya
- Anak Letchumi Yang Ada Kedai Runcit Dan Sembuh Selepas Makan Ubat Tradisional Yang Datuk Sediakan.
- Menjadi Akrab Dengan Lili.
- Seorang Yang Tepati Janji.
- Sering Membantu Datuk Dan Nenek
- Mengambil Lili Di Perhentian Bas Untuk Membawa Pulang Sewaktu Lili Pulang Ke Kampung.
- Kutip Buah Dari Kebun Datuk
- Belum Berkahwin
- Suka Seni Taman Ala Bali Yang Penuh Reka Bentuk Dan Tumbuhan
- Tanam Herba Pembuka Selera Makan
- Tidak Kisah Ilmu Agama Akibat Kecuaian Datuk
- Gemar Belajar Silat.
- Belajar Di Luar Negara
- Menjawat Jawatan Penting.
- Anak Remaja Berumur Belasan Tahun.
- Menduduki Pmr
- Anak Che Jah Yang Sering Menimbulkan Masalah
- Memulas Tangan Lili Dan Menculik Lili
- Menggunakan Senjata Tajam Dan Mengacukan Di Leher Lili
- Berubah Sikap Menjadi Lebih Baik.
- Suami Che Jah
- Kaki judi, berhutang dan minum arak
- Melarikan kubah surau
- Seorang yang pemarah dan sering menjadikan Che Jah isterinya dan anak-anaknya Haziq dan Rafiq sebagai tempat melepaskan geram dan marah.
- Membelasah Haziq dan Rafiq hingga teruk
- Ditangkap di belakang pondok dusun dan diserahkan kepada pihak berwajib untuk dijalankan pemulihan akidah.
Latar Tempat
Dungun
- Daerah Tempat Nenek Dan Datuk Tinggal
- Daerah asal ibu Lili
- Tempat Tinggal Geetha
- Kedai milik Letchumi ibu Geetha terletak di sini.
- Tempat Tinggal Datuk Dan Nenek Lili
- Tempat Lili Bertemu Neneknya Sewaktu Tiba Di Kampung
- Tempat Datuk Bergotong-Royong Menaikkan Kubah Masjid Bersama-Sama Penduduk Kampung.
- Tempat Datuk Bersolat Berjemaah
- Rekabentuk Yang Unik Dengan Corak Jendela Dan Pintu
- Tempat Datuk Bercerita Tentang Kemujaraban Akar Kayu Dengan Lili.
- Tempat Danel datang dan membantu nenek memasak
- Tempat Danel berurut dengan datuk
- Tempat Nenek Membawa Lili Berbelanja
- Tempat Lili Bertemu Geetha
- Tempat Geetha Bercerita Tentang Datuk Kepada Lili.
- Tempat Lili Diminta Membeli Barangan Dapur
- Terletak Berhampiran Dengan Rumah Nenek.
- Tempat penduduk kampung berkumpul bagi menyelesaikan masalah pembelian tanah orang kampung oleh orang yang tidak dikenali.
- Tempat Che Jah membuat pengakuan bahawa suaminya Seman yang melarikan kubah surau
Latar Masa
Maghrib
- Menjelang Waktu Isyak, Lili Melihat Melalui Jendela Sebuah Lori Membawa Kubah Di Puncaknya Terdapat Bulan Sabit.
- Lili Meminta Izin Nenek Untuk Berada Di Luar Bagi Melihat Kubah Surat Atau Bertemu Che Jah.
- Lili Ke Rumah Che Jah Untuk Bertanya Khabar Tentang Haziq.
Latar Masyarakat
Latar Masyarakat Yang Bermasalah Istitusi Kekeluargaan
- Suami Che Jah Merupakan Seorang Yang Suka Berjudi, Berhutang, Menipu, Minum Arak Dan Anak-Anak Serta Isterinya Seraing Menjadi Mangsa Kekejamannya. Haziq Anak Che Jah Merupakan Pelajar Yang Pintar Tetapi Tersalah Pergaulan Dan Menyebabkan Dia Diberhentikan Sekolah.
- Nenek Memberitahu Bahawa Orang Kampung Suka Bermuka-Muka. Suka Mengumpat Walaupun Melalui Jendela.
- Lili Prihatin Dengan Masalah Yang Menimpa Keluarga Che Jah Atas Sikap Tidak Bertanggungjawab Seman Suami Che Jah
- Lili Meminta Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Untuk Memaklumkan Sikap Seman.
- Lili Berpendapat Bahawa Danel Bertanggungjawab Membagunkan Kampung Kerana Danel Penduduk Tetap Dan Perlu Memperjuangkannya.
- Danel Prihatin Terhadap Lili Dengan Menyelematkan Lili Sewaktu Diculik, Membawanya Ke Pean Dan Banyak Perkara Mereka Bersependapat Dengan Lili.
- Penduduk kampung buruk sangka terhadap datuk kerana disangkanya datuk yang mencadangkan penjualan tanah orang kampung kepada pemaju perumahan.
- Penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq yang mencuri kubah surau memandangkan kisah silam mereka yang memang nakal.
- Penduduk kampung menuduh Sugi merayu penduduk kampung menjual tanah sedangkan Sugi mencadangkan supaya tanah-tanah dimajukan dengan penanaman agripolitan
Teknik Penulisan
Pemerian
- Penulis menceritakan keadaan kampung tempat tinggal nenek dan datuk Lili.
- Penulis menceritakan sebak hati Lili untuk pulang ke kampung nenek dan datuknya kerana tidak bersetuju dengan cadangan ibunya supaya tinggal di kampung selepas tamat persekolahan.
- Penulis menceritakan sikap Seman iaitu suami Che Jah yang melakukan keganasan rumah tangga dan sering menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah keluarga yang mereka hadapi.
- Dialog antara Lili dan datuk tentang ilmu-ilmu agama sebagai menguji pengetahuan Lili terhadap ilmu-ilmu agama.
- Dialog antara datuk dengan Danel tentang perubatan moden dan tradisional. Danel berbincang dengan dtuk secara berhemah menyebabkan datuk tidak terguris hati sedangkan datuk lebih memilih perubatan secara tradisional.
- Dialog penduduk kampung dengan Sugi tentang penjelasan Sugi bahawa dia tidak terlibat dengan rayuan penjualan tanah kepada orang luar.
- Dialog antara Lili dengan Kak Hamimah supaya membantu Che Jah menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dialaminya sewaktu Kak Hamimah datang berubat dengan datuk.
- Datuk bermonolog tentang perubatan tradisional yang sekian lama dipeloporinya di kampung itu.
- Lili bermonolog dalam perjalanan pulang ke kampong nenek dan datuknya kerana kurang senang dengan permintaan ibunya supaya dia bercuti selepas tamat persekolahan.
- Datuk mengimbas kembali terhadap kesilapannya mendidik ibu Lili. Datuk menyesal kerana tidak memberikan pendidikan agama yang secukupnya menyebabkan ibunya kurang mengamalkan ilmu kegamaan
- Pembaca saspens tentang orang yang melarikan kubah surau. Semuanya menyangkakan bahawa kubah surau dilarikan oleh Haziq dan Rafiq sebagaimana penduduk kampung beranggapan yang sama.
Nilai
Nilai Jati Diri
- Datuk tetap menganggap perubatan secara tradisional yang diusahakannya selama ini dapat memberikan bantuan perubatan alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya.
- Penduduk kampong bergotong-royong membantu menyelesaikan masalah kubah surau.
- Lili prihatin Atas Nasib Rafik Dan Haziq Kerana Berpunca Dari Masalah Keluarga Yang Dihadapi Walaupun Mereka Pernah Menculik Lili. Lili Menjenguk Che Jah Untuk Mendapatkan Maklumat Lanjut Tentang Latar Belakang Haziq Dan Rafik.
- Penduduk kampong prihatin terhadap masalah yang berlaku dalam kampong mereka seperti kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya. Oleh sebab itu mereka berusaha menyelesaikan masalah walaupun ada antaranya menggunakan cara yang tidak sesuai dan salah
- Danel sering datang ke rumah nenek dan membantu nenek memasak. Apatah lagi Danel menganggap masakan nenek memang sedap.
- Datuk menggunakan kepakarannya untuk membantu orang lain dengan memberikan herba dan akar-akar kayu. Usahanya itu Berjaya sebagai cara memberikan alternatif kepada menyembuhkan penyakit selain berubat secara perubatan moden.
- Nenek dan datuk melayan baik Lili walaupun dahulu ibu Lili tidak mendengar nasihat datuk dan neneknya.
- Sebagai ketua keluarga, sikap Seman yang tidak menyayangi ahli keluarga amat mengecewakan. Keluarga yang penuh dengan kasih sayang akan menghasilkan keluarga yang bahagia.
Pengajaran
- Kita hendaklah prihatin terhadap masalah yang berlaku di sekeling kitasupaya masalah tersebut diatasi dan keadaan menjadi seperti sediakala.
- Kita hendaklah menghargai sumber alam supaya kegunaan herba dapat menfaatkan manusia sejagat.
- Kita hendaklah hidup dalam harmonisupaya semua kaum dapat menikmati hidup yang aman.
- Kita hendaklah menyelesaikan masalah secara bermusawarahsupaya segala masalah dapat diatasi tanpa menjejaskan hubungan akrab yang telah terbina selama ini.
- Kita hendaklah sayang akan ahli keluargasupaya melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni serta membesar dengan penuh kasih sayang.
Novel Komsas Tingkatan 4
- Novel Disebalik Dinara - Dayang Noor
- Novel Jendela Mengadap Jalan - Rohaini MatDarin
- Novel Pantai Kasih - Azmah Nordin
- Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Abdul Latip Bin Talib
18 Komentar untuk "Novel Jendela Menghadap Jalan Komsas Tingkatan 4"
terima kasih... ia amat membantu saya calon spm
Terima kasih, amat membantu saya
xde yg lebih ringkas???matilah saye...nk buat nota hwork...
Gaya bahasa x dak ka
knapa banyak sngt kesalahn ejaan.....
trima kasih krna mmbuat page ini...
Terima kasih
Terima kasih tntang maklumat nota ringkas ini tetapi knp gaya Bahasa Tak ada
Nota yang amat baik dan jelas. Lebih baik jika menyertakan huraian dengan lebih lanjut.
Sebagai peniruan untuk peperiksaan
Terima kasih. sangat membantu saya menghadapi ujian percubaan spm. terima kasih sangat2..
Terima kasih atas info ❤
Terima kasih atas info ❤
TERIMA KASIH . PAGE INI SANGAT MEMBANTU
Banyak ejaan salah tpi ini amat membantu
Gaya bahasa???
mohon share
Makasih yaaa saya amat menghargai apa yg di share....harap hidup kamu diberkati kerana berkongsi ilmu bersama kami yewooooo
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”