Novel Pantai Kasih Komsas Tingkatan 4 2015-2020


Berikut adalah Sinopsis, kupasan dan ulasan mengikut Bab Novel Pantai Kasih. Novel Pantai Kasih telah dipilih sebagai novel Komsas bagi Tingkatan 4 tahun 2015-2020

Novel Pantai Kasih adalah karya Azmah Nordin

Novel Pantai Kasih Komsas Tingkatan 4 2015-2020

SINOPSIS NOVEL PANTAI KASIH

Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas  menghadapi kegagalan dalam perkahwinannya, dia akhirnya  menerima pelawaan  mentornya, Doktor Uwang agar menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang komplikasi pesakit namun mereka  masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu.  Anehnya,  yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa.  Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah tertekan.

Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan  dan menyayat hati. Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang perubatan.

Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyata mentornya itu agak tidak senang.  Padahal sebelum itu,  Doktor Uwang adalah  guru demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya.  Malah, hatinya perrnah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor. Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.

Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor. Uwang  dan ditugaskan untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah.  Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya. Dan peristiwa  aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.

Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana.

SINOPSIS NOVEL PANTAI KASIH IKUT BAB

Novel Pantai Kasih - BAB 1
Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) menghadapai masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam yang mengiringi perjalanan hidupnya. Raiha amat terkesan dengan tugasan yang diberikan oleh Doktor Uwang untuk membuat pembedahan kali keenam ke atas pesakit yang bernama Unong Siron. Raiha berasa curiga mengapa pembedahan yang sama dilakukan sebanyak lima kali ke atas pesakit pada tempat pembedahan yang sama. Walaupun selesai menjalankan tugasan dengan jayanya, namun Raiha berpendapat bahawa pembedahan tersebut tidak harus berulang kali terutama kepada pesakit daripada kalangan golongan menengah dan ke bawah. Prinsip hidup Raiha iaitu memuaskan semua pihak, sebaik mungkin dan seboleh mungkin telah mencurigakan kredibiliti Doktor Idolanya itu. Raiha juga dibayangi dengan kenangan silam iaitu rasa pendam cintanya terhadap Doktor Uwang tetapi telah terpadam selepas dia memilih Doktor Sadiz sebagai suami. Namun, kenangan itu sukar dilupakan terutama sewaktu dia memberikan bantuan kepada Doktor Uwang dalam pembentangan seminar. Raiha juga teringat akan ayahnya yang membentak apabila Raiha menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan Doktor Sadiz. Ayahnya yang Berjaya membesarkan dua orang adik lelaki tirinya menjadi golongan professional berpendapat bahawa pemilihan Doktor Sadiz sebagai suaminya adalah kurang tepat dan akan menyebakan kesengsaraan pada masa depan. Ingatan terhadap larangan ayahnya supaya bidang pakar pembedahan tidak menjadi pilihan kerana berpendapat bidang tersebut tidak sesuai dan tidak berfaedah kepadanya dalam jangka masa panjang.

Sister Felicia Landosi, jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu tidak menyenangi Raiha apabila dia telah ditegur akibat melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan di PRPK. Sister Felicia ditawarkan dengan  gaji yang lumayan supaya bertugas di PRPK setelah bertugas di hospital kerajaan sebelum ini. Felicia berpendapat teguran Raiha dan amaran Doktor Uwang terhadap aku janjinya sebelum ini menyesakkan dadanya dan tidak adil terhadap dirinya seterusnya membakar semangatnya hingga rentung. Dia berhasrat untuk melupakan peristiwa hitam pada malam yang menggemparkan itu. Doktor Alex pula mengesyaki bahawa beliau bergaduh dengan Doktor Razak. Ingatannya juga kembali kepada kenangan lalu sewaktu anak Raiha disambar api di hadapan matanya. Ingatan itu sukar dilupakan dan menghantuinya selama ini. Dia juga sentiasa dibayangi keresahan khuatir tingkah lakunya diperhatikan terutama di ruang farmasi. Dalam keadaan rakan sejawat yang sedang leka melaksanakan tugas Felicia dibayngi dengan prasangka. Sehingga jururawat Ariana yang sedang bercakap di gagang telefon dengan Doktor Razak turut diteguri kerana asyik bergayut di telefon sahaja. Atas permintaanya sendiri dia tidak bertugas pada sebelah pagi sebaliknya pada sebelah malam dan tugas rutin harian tidak perlu dilaksanakannya memberi peluang kepadanya untuk mengelakkan diri daripada bertembung dengan Rahia.

Novel Pantai Kasih - BAB 2
Doktor Uwang perpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju sekiranya ada orang gaji di rumahnya. Malahan anak tunggal hasil keterlanjurannya dahulupun dihantar belajar di sekolah swasta berasrama  seawal usia tujuh tahun lagi sehingga anaknya itu kekok untuk bersama-samanya apabila ada peluang pulang bercuti semesternya. Doktor Uwang berpendapat anaknya itu tidak harus pulang  langsung kerana memalukannya sahaja. Ketegasan Doktor Uwang terhadap bisnes kesihatan menjadikannya sebagai salah seorang doktor berwibawa yang banyak membawa keuntungan kepada PRPK. Ayah mentuanya yang menyerahkan PRPK kepadanya turut berpendapat bahawa untuk kaya tidak harus ada halangan asalnya berusaha. Walaupun agak kesal menyerahkan PRPK kepada Doktor Uwang, namun akur dengan kehebatan menantunya menerajui PRPK.

Doktor Uwang menganggap ayah mentuanya sama seperti Raiha yang adakalanya seperti memperkecil-kecilkannya kewibawaannya tetapi dia berpendapat bahawa untuk mendapat kesihatan yang baik mestilah menggunakan kecanggihan alat perubatan. Doktor Uwang juga sering mengeluh kesakitan pada pergelangan tangannya dan kepala lututnya namun belum sempat membuat diagnosis tepat terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab dia kurang sihat untuk melakukan pembedahan terhadap Unong Siron pada kali ini, tugas itu diserahkan kepada Raiha.

Namun sikap Raiha yang menjengkelkannya. Raiha mempersoalkan kejadian infeksi yang berlaku kepada Unong Siron. Peribadi Raiha yang dikenali sewaktu menjadi siswi dengan yang ada sekarang amat berbeza. Dahulu Raiha menaruh hati terhadapnya tetapi sekarang sudah lenyap dan menganggap Raiha sudah angku dan beranggapan Raiha tidak bersyukur dengan tawaran berkhidmat di PRPK miliknya. Doktor Uwang juga teringat kembali terhadap kanak-kanak perempuan yang sudah meninggal dunia dan sentiasa membayang hidupnya. Lamunannya tersentak apabila ingatanya juga turut dibayangi oleh peristiwa pencerobohan doktor palsu yang menyamar di PRPK miliknya.

Novel Pantai Kasih - BAB 3
Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat mamai ketika itu. Dia menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel bertaraf lima bintang. Dia mengambil suhu dan mengukur nadi pesakit yang bergelar Datin itu dengan berhati-hati serta bersopan santun. Baginya merawat pesakit berkelas menengah atas ini perlukan kesabaran dan layanan yang tinggi. Pesakit itu perasan akan perubahan diri Sister Felicia yang kelihatan pucat lalu ditegurnya tetapi dia mengatakan bahawa keadaannya seperti biasa sahaja, barangkali cuaca musim kemarau panjang ini menyebabkan keadaanya begitu. Dia terbayang kembali peristiwa ketika dia bersama Doktor Sadiz yang berkesudahan dengan gambaran kematian anak perempuannya yang rentung akibat disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah doktor itu.

Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke dapur dan menikmati ais krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia menjadi pelajar bidang kejururawatan dahulu.  Walaupun dia mempelajari bidang perubatan tetapi dia masih tidak berupaya mengubati dirinya yang kelukaan. Malah dia mengambil ubat batuk sebagai penawar kelukaan hatinya. Felicia juga sering mendengar keluhan ibu Unong Sairon yang mengeluh tentang pembedahan anaknya yang keenam sama ada Berjaya ataupun tidak kerana kemampuannya hanya setakat itu sahaja disebabkan semua wang insurans anaknya sudah dihabiskan untuk belanja perubatan tersebut.

Raiha masih teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menyerpa benaknya tentang punca kematian anaknya juga tentang keputusan perbicaraan Raiha vs Sadiz yang akhirnya berpihak kepada bekas suaminya itu. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang menyalahkan dirinya atas kematian anak perempuan mereka. Raiha pula memberitahu bahawa semuanya berpuca daripada Doktor Sadiz menyebabkan sanak saudara yang selama ini menyokongnya semakin berundur dari hidupnya. Raiha juga teringat akan layanan kasar Felicia terhadap ibu pesakitnya Unong Siron, masyarakat kelas menengah bawah. Sergahan Raiha terhadap Felicia menyebabkan Felicia kecil hati dan berasa amarah dengan tindakan Raiha walaupun sebenarnya tindakannya mengasari ibu pesakit adalah salah. Raiha berasa bersalah akan tindakannya menegur sikap Felicia. Dia teringat kisah lama antaranya dengan Felicia. Mereka bersekolah di sekolah yang sama, tetapi Felicia menghilang selepas kematian ibunya. Mereka bertemu di Hospital Kinabalu selepas sekian lama menghilang. Pada ketika itu Felicia seorang jururawat manakala Raiha sudah menjadi doktor.

Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya. Doktor Sadiz menyatakan bahawa Raiha sengaja melarikan diri kereta mewahnya. Bukan itu sahaja Doktor Sadiz juga meyatakan bahawa barang kemas yang dibelikannya juga turut dibawa lari oleh Raiha.  Namun Raiha cuba menyangkal dengan mengatakan bahawa barang kemas yang dibawa adalah barang kemas miliknya hasil titik peuhnya sendiri. Doktor Sadiz menyatakan bahawa sampai mati sekalipun dia tidak akan  melepaskan Raiha. Doktor Sadiz mahu Raiha merana, gantung tidak bertali sebagai balasan tergamak memalukannya di mata golongan masyarakat elit.

Novel Pantai Kasih - BAB 4
Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam milinya yang terletak tidak jauh dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat akan peristiwa hitam misteri kematian anaknya, dan kekalahan kes tersebut di tangan bekas suaminya. Setibanya dia di apartmentnya itu, dia berasa sangat sunyi dan teringat pula kisah neneknya yang membesarkannya selama ini.  Arwah neneknya yang berketurunan Idaan menyatakan bahawa nenek moyangnya dahulu berasal dari Nunuk Ragang. Daerah itu terletak di Tampias suatu kawasan di hulu lubuk dalam daerah Ranau.

Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang melayani dengan baik sebelum peristiwa hitam muncul. Raiha ingat ketika dia mengandungkan bayi hasil persenyawaan sperma suaminya itu. Dia juga teringat akan permintaan Doktor Sadiz supaya menggugurkan bayi yang sedang dikandungnnya itu kerana kehadiranya bayi tersebut tidak direstui apatah lagi sudah diketahui fizikal bayi tersebut yang kelebihan kromosom akan menyebabkan dia malu dengan masyarakat. Anak-anak dengan bekas isterinya tidak ada yang cacat. Raiha tidak tergamak hendak membunuh bayi tersebut apatah lagi bayi tersebut sah hukum dan mempunyai hak untuk hidup. Akhirnya bayi tersebut lahir dan diberi nama Rohayu atau panggilannya ‘Ayu’.

Kegelisahan Dotu Untong terhadap panggilan palsu dan pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih miliknya sebelum diserahkan kepada anaknya Doktor Uwang amat jelas. Dia berharap selepas daripada insiden tersebut perkara sebegitu tidak berulang. Kegelisahan turut dirasai oleh isteri Doktor Uwang, namun tidak diendahkan oleh Doktor Uwang akan rungutan dan kegusaran isterinya itu.  Doktor Uwang berpendapat isterinya yang sah dan yang tidak rasmi serta bapanya juga tidak harus ambil peduli tentang pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Baginya, mereka tidak tahu akan perniagaan kesihatan kini.

Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh emak Unong Siron yang mempersoalkan kewibawaannya menangani kes pembedahan penggantian tulang pinggul hingga keenam kalinya itu. Namun, dia sudah menetapkan pendiriannya bahawa dia akan berbuat apa-apa sahaja untuk memberikan hasil baik berpihak kepadanya. Asalkan keuntungan berlipat kali ganda masuk ke ke poketnya sudah memadai, tidak perlu memikirkan bagaimana mereka mendapatkan wang membayar kos perubatan di situ. ‘Doktor Uwang mengelamun sambil menonton rancangan ‘Money Matters’ di televisyen. Lamunannya hingga ke peristiwa anak pak ciknya rentung dan disaksikan di hadapan matanya sendiri.  

Felicia memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki yag pernah mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Dengan garangnya pesakit itu membincangkan tentang infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia bingkas ingin memanggil Doktor Mohammad namun dihalang oleh pesakit tersebut. Lalu Felicia mencadangkan Doktor Uwang. Cadangannya itu tidak dipersetujui oleh pesakit tersebut sebaliknya dia mahukan Doktor Raiha. Feilcia memberitahu bahawa Doktor Raiha tiada dan tidak dipercayai oleh pesakit itu sebaliknya menganggap Felicia berbohong dan sengapa mahu menipu. Felicia juga dituduh sengaja menceritakan yang baik-baik tanpa memberitahu risiko yang terpaksa dihadapi oleh pesakit.

Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit itu digambarkan melemparkan simen dan splinnya ke arahnya menyebabkan  Felicia terjelopok, namun itu hanyalah hayalan Felicia semata-mata. Apabila Felicia mengangkat muka suasana menjadi berubah apabila didapati dia berada di stor Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Novel Pantai Kasih - BAB 5
Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak ciknya yang mati secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif. Walaupun dia mencari ketenangan namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu, kerana asyik diperhatikan oleh seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah Raiha muncul dalam fikiran Doktor Uwang, begitu juga dengan Unong Siron yang baharu selesai menjalani pembedahan penggantian sendi pinggul yang keenam. Dia tidak mahu bayangan mereka menggangu hasratnya untuk mengaut keuntungan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu.

Doktor Uwang yang menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam sememangnya seorang yang pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri tidak rasminya haruslah dipastikan akan kebersihan dan kesihatan mereka terlebih dahulu. Doktor Uwang melihat gelagat pengunjung kelab malam mewah itu. Tiba-tiba wanita-wanita yang dilihatnya dalam kelab malam itu berubah menjadi gadis mirim Unong Siron dan seorang lagi berubah menjadi anak perempuan pak ciknya. Kehadiran mereka dalam fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-tiba kepala lutut dan kedua-dua pergelangan tangannya ngilu yang amat sangat.

Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba menganggu kredibilitinya selama ini.  Hal ini seolah-oleh menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk mencari kelegaan. Felicia juga berasa terkejut apabila Doktor Mohammad menyatakan bahawa dia mendapat panggilan palsu. Sister Felicia mencadangkan supaya Doktor Mohammad pulang sahaja dan berehat di rumah sebaliknya ditolak malah Doktor Mohammad bercadang untuk bermalam di bilik rehat Pusat Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam itu.  Dalam keadaan separa khayal dan didatangi dengan beberapa peristiwa hitam dalam hidunya, Sister Felicia didapati terjelepok di lantai bilik air oleh Ariana namun Sister Felicia menafikan bahawa dia tergelincir di situ.

Novel Pantai Kasih - BAB 6
Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar. Kisahnya bermula apabila ayah; Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang menghantar pak usunya Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di rumahnya. Dalam perjalanan sewaktu hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz pulang, Doktor Sadiz mendapati pindu kondo tempat tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor Sadiz juga berasa aneh kerana kereta Porsche yang diletakkan di garaj juga tidak ada di tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari kereta itu bingkas menuju ke kondminiumnya. TIdak sampai lima minit kemudian, Doktor Sadiz muncul lagi dengan wajah muncung dan merungut-rungut.

Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa tidak menggunakan keretanya sendiri sekalipun minyak keretanya habis isilah sendiri. Doktor Uwang menawarkan diri untuk membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz meminta Doktor Uwang menghantarnya ke lokasi tempat tinggal Raiha. Sister Felicia yang ada dalam kenderaan Doktor Uwang bercadang untuk pulang sendiri tetapi dihalang oleh Doktor Uwang yang akan menghantarnya pulang selepas selesai membantu Doktor Sadiz. Doktor Uwang juga menyatakan hasrat untuk menaikkan pangkat Sister Felicia kerana didapati Felicia komited dengan tugasnya selama ini. Mereka memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul dengan gelen minyak yang kosong. Lamunan Doktor Uwang tersentak apabila ada panggilan kecemasan dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin membincangkan hal pesakit Uning Siro dan panggilan tersebut amat penting.

Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak tenteram. Raiha teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga terpaksa menjalankan pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di tempat yang sama membuatkan Doktor Uwang marah dan tersinggung. Raiha juga berasa resah apabila Pusat Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta peristiwa hitam yang sering datang dalam ingatannya.  Raiha juga terbayang saat dia memarahi Sister Felicia yang melayan kasar emak Unong Siron. Felicia yang memanggil emak Unong sebagai ‘sapi tua’ menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku antaranya dengan emak Unong ketika itu.  Felicia menganggap ‘sapi tua’ itu keterlaluan dan menuduhnya tidak jujur membuat cadangan pembedahan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak sepatutnya melayan emak Unong dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting adalah kebajikan para pesakit dan ahli keluarga yang turut terlibat dalam preawatan itu. Mengasari orang yang memang sedia menderita sakit pada badan dan mental, adalah kejam dan meminta Felicia supaya tidak mengulanginya lagi.

Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu memintanya datang segera ke Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana sebaliknya wajah arwah ayahnya  menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya memang tidak merestui hasratnya untuk menjadi pakar bedah. Walaupun arwah bapanya seorang pakar bedah tetapi dia berpendapat tugas sebegitu tidak sesuai digalas oleh Raiha. Hati Raiha geram dengan telahan bapanya itu lalu dia bingkas bangun dan tergopoh gapah melangkah keluar dari apartmentnya menuju ke Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Novel Pantai Kasih - BAB 7
Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai mempertikaikan kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia ketika mengikuti Kursus Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’ iaitu ibu Unong Siron tentang musibah anaknnya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia berasa bahawa dirinya diperendahkan hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih dalam alam kanak-kanak hingga alam remaja menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan hidupnya menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat batuk supaya dia dapat melupakan kisah silamnya.

Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan karib sekelas yang berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu tertekan dengan peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering teringat akan masyarakat jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan golongan masyarakat kelas menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya yang tiada diketahui bapa kandungnya. Kenangan hitam itu menghantui dirinya kerana ibunya yang dianggap liar itu menjadikan dia sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah.

Keadaannya semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu. Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap berpakaian seperti seorang doktor. Keadaan mamai menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan jelas doktor muda itu, Doktor Muda itu bersimpati dengan keadaan Felicia dan kerana sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup percaya dengan doktor muda itu.

Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat panggilan kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha bergegas ke wad yang dihuni oleh Unong SIron. Doktor Alex Ng menegurnya dengan mesra dan bertanya sebab dia kembali semula sedangkan waktu bertugasnya sudah tamat.  Raiha menyatakan bahawa dia menerima panggilan kecemasan tentang Unong Siron.  Doktor Alex Ng menjelaskan bahawa mereka tidak membuat panggilan kecemasan tersebut. Raiha teringat bahawa yang membuat panggilan tadi ialah Doktor Uwang sedangkan menurut Alex, Doktor Uwang sudah pulang siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan palsu. Alex turut menjelaskan bahawa doktor-doktor lain turut juga menerima panggilan palsu seperti itu.  Terlanjur sudah berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja dibedah senja tadi. Dalam benak fikirannya, Raiha berharap Unong akan Berjaya pada kali ini.

Novel Pantai Kasih - BAB 8
Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz dan kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti. Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia berjanji supaya tidak berulang lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi kesukaran terutama apabila semua wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada derita lagi pada Unong yang terpaksa menghabiskan masa lama di hospital. Setelah memastikan bahawa semuanya berada dalam keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan anak gadis kecil itu sehinggakan ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang kembali. Apatahlagi ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu agar dipelihara oleh orang lain.

Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia Landosi ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah. Keadaan menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron  menawarkan diri untuk menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang tinggal bersebelahan dengan kampungnya. Ibu Unong Siron meminta penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu membantu menyelamatkan anaknya yang parah. Hati penceroboh itu tersentuh dan membuka pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi dihalangi oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah dan dibawa ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan  dan meminta penceroboh itu ke hospital tersebut  Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan bahawa sebenarnya penceroboh itu adalah bekas penuntut bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal dalam peperiksaan akhir semester.

Novel Pantai Kasih - BAB 9
Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex Ng memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada kengiluan pada kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga terimbas kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun pembedahan kali keenam dilakukan ke atas Unong Siron dan menganggap sekiranya menjadi akut sekaipun bukanlah salahnya. Dia juga terbayang semua wajah pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan yang seluruh badannya melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu hidupnya belakangan ini.

Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang selepas menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang marah apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama aak perempuannya. Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak petrol selepas itu dan berhenti di sebuah rumah tumpagan pada tengah malam dan teringat saat kereta Porsche itu dijilat api tidak lama kemudian sehingga menyambar kanak-kanak perempuan yang secara kebetulan berada di situ.

Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati sebagaimana wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain. Perempuan tua itu bertanya tentang kesan sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun anaknya sudah dibedah sebanyak enam kali. Doktor Uwang masih mengatakan bahawa urusan wang bukanlah urusannya. Kemarahan perempuan tua itu menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila dicop sebagai doktor mata duitan. Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya kembali kepada penceroboh yang masuk dan menyamar sebagai Doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih yang sepatutnya sesuai menangani kes anak peremuan tua itu.

Novel Pantai Kasih Komsas Tingkatan 4 2015-2020Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun sampai dia meninggal dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha tergantung-gantung. Raiha turut melihat sikap Doktor Sadiz yang keluar melangkah dari mahkamah keluarga dengan senyum sinis. Dia juga masih ingat dengan tidak dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan sedang memngekori lori minyak petrol merempuh belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba di persimpangan lampu trafik.

Akhirnya Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat seluruh tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas dan lututnya kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan bantuan pekerja-pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih menyelematkan nyawanya dan melakukan pembedahan apabila didapati kecederaan teruk di bahagian pergelengan tangan  dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan penggantian sendi pada anggota tersebut.

Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf adaripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya berjaya menjejaki Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram dengan membakar kereta itu sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha muncul di situ dan langsung disambar api dan dia turut menyatakan bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak tampil sebagai saksi kerana takut. Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka adalah mangsa keadaan.

Tema
Ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dalam hidupnya. 

  •  Tabah menghadapi kematian anak peremuannya o Raiha   tabah   menghadapi   kematian   anak   perempuannya.   Anak   perempuantunggalnya itu adalah seorang anak istimewa, berkromosom lebih iaitu ‘downsinDoktorom’. Sejak mengetahui keadaan anaknya dalam kandungan, suaminyameminta agar kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkananak tersebut walaupun mendapat tentangan daripada suaminya. Selain dimintaagar anak tersebut dihantar ke asrama yang mengasuh anak istimewa sepertiRohayu   atau   Ayu   itu, namun   Raiha   bertegas   untuk   memelihara   sendiri   danmenghabiskan   masa   dengan   anaknya   itu   menyebabkan   Doktor   Sadiz   beradakecewa kerana isterinya itu melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan Raihamenyebabkan suaminya berasa marah dan membakar kereta mewah yang dibawaoleh Raiha untuk melarikan diri. Tiba-tiba kanak-kanak istimewa itu berada ditempat kejadian dan tidak semena-mena tersambar api kereta yang sedang marakitu sehingga rentung. Kematian anaknya itu amat menyiksakan jiwa Raiha yangtetap menyalahkan bahawa Doktor Sadizlah dengan sengaja membakar anaknya

PERSOALAN 
  1.  Persoalan tentang kepentingan diri melebihi kepentingan masyarakat.  Sikap lebihmementingkan keuntungan syarikat digambarkan melalui watak Doktor Uwang yangtidak menghiraukan kesusahan pesakitnya Unong asalkan berkemampuan mendapatkanrawatan. Doktor Uwang juga sanggup menghantar anak perempuan tunggalnya duduk disekolah berasrama seawal usia 7 tahun semata-mata untuk tidak menggangu rutin danstatusnya. Apatah lagi anak itu adalah hasil keterlanjurannya sedangkan dia memangtidak menginginkan anak apabila berumah tangga. 
  2.  Persoalan tentang sikap berfoya-foya di luar walaupun sudah berumah tangga.Sikap   Doktor   Uwang   yang   masih   berfoya-foya   walaupun   sudah   berumah   tanggamenggambarkan bahawa dia seorang yang suka  bebas dan  tidak mahu  dikongkong.Walaupun sudah berumah tangga tetapi beliau tetap mengunjungi kelab-kelab malam danminum arak bersama-sama gadis pelayan dan kemudiannya berakhir ke ranjang. Namunsikapnya yang memastikan kebersihan setiap ‘isteri tidak sah’ menjadikan dia seorangyang pemilih. 
  3.  Persoalan   tentang   tanggungjawab   yang   harus   dipikul.Raiha   bersetuju   untukmelakukan pembedahan ke atas Unong walaupun dia berasa bahawa Dokor Uwanglahyang selayaknya melakukan pembedahan tersebut. Raiha juga berasa bahawa menjaditanggungjawabnya melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang yang cedera akibatkemalangan   merempuh   tempoh   Pusat   Rawatan   Pantai   Kasih.   Dia   terpanggil   untukmelakukannya demi menyelamatkan nyawa doktor tersebut.
  4.  Persoalan tentang sikap berani mengaku kesalahan. Felecia mengaku kesalahannyaWalaupun pada peringkat awal Felecia berasa sangat marah dengan emak Unong yangmenuduhnya bersubahat menipu namun akhirnya Felecia mengakui kesalahannya itudihadapan Raiha. Felicia juga mengakui bahawa dia tahu kejadian sebenar peristiwa yangmeragut nyawa anak peremuan Raiha. Dia meminta maaf kerana merahsiakannya keranatakut.
  5.  Persoalan tentang reda dengan ketentuan tuhan. Walaupun Raiha sudah mengetahuipunca kematian anaknya disebabkan sikap amarah bekas suaminya Doktor Sadiz yangmembakar kereta Porsche tanpa menyedari kehadiran anaknya di situ namun Raiha redadengan kejadian tersebut dan menganggap semua yang berlaku sebagai ketentuan tuhandan   mereka   adalah   mangsa   keadaan.   Dia   tidak   menyalah   sesiapa   termasuk   Feliciasebaliknya  reda menerima berita tersebut.

WATAK DAN PERWATAKAN 

Watak Utama Raiha
 Seorang doktor  di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) yang baharu berkhidmat selama6 bulan
 Doktor pakar bedah
 Anak kepada doktor pakar bedah
 Pernah  berkahwin   dengan   Doktor  Sadiz   selama   10  tahun.  Beliau  merupakah   Pakar Perunding Pembedahan.
 Ibunya meninggal dunia sewaktu melahirkannya
 Seorang yang tegas dengan pilihan hati dan pendirian
 Seorang yang dicengkam kenangan lalu dan berasa curiga dengan kemampuan  diri sendiri.
 Sentiasa   terkenang   peristiwa   malang   yang   mengikabatkan   kematian   anak kesayangannya.
 Mempunyai prinsip memuaskan hati semua pihak, sebaik mungkin, seboleh mungkin.
 Pernah membedah banyak orang kenamaan dan orang biasa
 Neneknya berketurunan Idaan yang mempunyai kepercayaan bahawa nenek moyangmereka berasal daripada Nunuk Ragang. 

Watak Sampingan Doktor Uwang
 Doktor Pakar Bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih
 Pernah menjadi guru demonstrator dalam bidang  surgery
 Guru yang pernah mengajar raiha unsur-unsur
 Doktor yang kerap member ceramah-ceramah perubatan
 Pernah berkhidmat di hospital kerajaan di Kota Kinabalu
 Berwajah kacak dan segak
 Berusia pertengahan empat puluhan
 Bertubuh sederhana
 Dikenali sebagai ahli bongkar pasang
 Badannya tegap dan berotot-otot bah pahlawan dalam dongengan silam.
 Wajahnya memiliki tulang pipi yang tirus dan kukuh 

Unong Siron
 Bekas Pesakit Doktor Uwang
 Berasal dari keluarga berpendapatan sederhana atau lebih ke bawah namun mampu untukbertugkus lumus menabung wang untuk mendapatkan rawatan operasi di PRPK.
 Kurus cengkung dan pucat
 Gadis remaja yang lincah suatu masa dahulu
 Mempunyai masa depan yang cerah
 Baharu sahaja meraih gelaran sarjana dengan bantuan biasiswa kerajaan pusat
 Dijangkakan melanjutkan pelajaran pengajian luar Negara  

Doktor Sadiz
 Adik kepada Datu Ontong iaitu pak cik kepada Doktor Uwang
 Duda beranak dua kelihatan seorang yang gentleman
 Pakar Perunding Pembedahan
 Pakar Bedah Otak
 Lelaki angkuh yang dilabelkan oleh ayah Raiha
 Mati akibat merempuh belakang lori tangki minyak petrol selepas gembira pulang dari Mahkamah Keluarga kerana menang perbicaraan.
 Orang yang membakar kereta mewah posche miliknya akibat rasa marah kerana isterinyaRaiha   membawa   lari   anak   perempuan   dan   kereta   mewahnya,   tanpa   disedari   anakperempuannya itu ada di tempat kejadian tersebut lalu disambar oleh minyak petrol danrentung.
 Orang yang meminta agar Raiha menggugurkan kandungannya kerana sudah diketahuikelebihan kandungan kromosom bayi tersebut.  

Ayah Raiha
 Doktor Pakar Bedah di hospital kerajaan
 Seorang yang optimistic
 Seorang   yang   tegas   terhadap   anak-anaknya   termasuk   keputusan   Raiha   mengahwini Doktor Sadiz yang dianggap sebagai lelaki angkuh yang lebih tua daripadanya.
 Sudah meninggal dunia
 Mempunyai tiga orang anak iaitu Raiha dan dua orang anak lelaki dengan isteri baharu.
 Anak-anak lelakinya seorang hakim dan pengarah urusan di sebuah jabatan kerajaan.
 Tidak menggalakkan Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya bidang itu tidak sesuai,tidak berfaedah sama sekali kepada hidupnya dalam jangka masa panjang.
 Isterinya yang terdahulu adalah seorang jururawat. 

Sister Felicia Landosi
 Jururawat kanak yang bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
 Pernah bertugas sebagai jururawat di Hospital Kinabalu bersama-sama Raiha dan DoktorSadiz
 Anak luar nikah hasil keterlanjuran ibunya yang liar sewaktu mudanya.
 Menyimpan rahsia kematian anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz kerana ketakutan.Kematian yang disebabkan anak perempuan Raiha disambar api yang sedang marakakibat kereta yang disimbah dengan petrol oleh Doktor Sadiz.
 Berkonflik dengan Raiha walaupun pernah belajar di sekolah rendah yang sama danberkhidmat di hospital yang sama.
 Sakit hati dengan Raiha kerana dimarahi akibat bersikap keterlauan teradap ibu UnongSiron   yang   menuduhnya   sebagai   punca   anaknya   terus-terusan   membuat   rawatanwalaupun sudah lima kali menjalani pembedahan.

Latar Tempat
Latar Pusat Rawatan
  • o Pusat rawatan mewah milik keluarga Doktor Uwango Tempat Rahia bertugas sebagai pakar  bedah.
  • o Tempat Unong Siron mendapat rawatan pembedahan tulang pinggulnya selamaenam kali pembedahan
  • o Tempat   Doktor   Uwang   mengalami   kekejangan   otot   kaki   dan   kemalangan sehingga terpaksa pembedahan dilakukan ke atasnya.
  • o Pusat rawatan bagi pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana atau menengah bawah mendapatkan rawatan.
  • o Tempat   Sister   Felicia   bekerja   dan   ditahan   oleh   penc
  •  Pantai Kasih eroboh   yang   menyamar sebagai doktor.  

Apartment Raiha 
  • o Tempat tinggal Raiha selepas peristiwa hitam kematian anaknya dan dibiarkan hidupnya tergantung-gantung oleh Doktor Sadiz.
  • o Tempat Raiha melepaskan penat lelah selepas seharian bertugas di Pusat RawatanPantai Kasih
  • o Tempat   Raiha   memendam   rasa   dan   menyendiri   serta   merasai   kesukaranmenghadapi peristiwa hitam yang dialami beberapa tahun lalu. 

Rumah Tumpangan 
  • o Tempat Raiha dan anaknya bermalam selepas Raiha membawa anaknya keluardari rumah agam milik Doktor Sadiz
  • o Tidak jauh dari rumah inilah anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz rentungakibat kereta mewah Porsche milik mereka terbakar, kebetulan anak perempuanmereka berada di situ pada waktu itu. 

Rumah Doktor Uwang 
  • o Tempat tinggal Doktor Uwang dan keluarganyao Tempat   berlangsungnya   sambutan   ketibaan   tahun   baru,   sehingga   memaksaDoktor Uwang menghantar Sister Felicia dan Doktor Sadiz pulang.
  • o Tempat isterinya yang jelita mengurut kakinya di hadapan TV. 

Mahkamah Keluarga 
  • o Tempat perbicaran kes perceraian Raiha dan juga Doktor Sadiz selepas peristiwakematian anak perempuan mereka akibat rentung. 

Wad Super VVIP 
  • o Salah satu bilik rawatan kelas mewah yang ada di Pusat Rawatan Pantai Kasiho Hampir menyerupai bilik hotel bertaraf lima bintango Dihuni oleh pesakit elit bergelar datino Datin sedang mendapatkan rawatan D& C di pusat rawatan itu. 

Daerah Inanam 
  • o Tempat Raiha dan Felicia sama-sama belajar di sekolah rendaho Tempat tinggal Felicia di muara sungai di daerah Inanam ini  
  
Hospital Kinabalu 
  • o Tempat Raiha baharu bertugas di situ.o Sempat bertugas beberapa tahun di situ
  • o Tempat Sister Felicia berkhidmat sebagai jururawa

Latar Masa 

Malam Hari - Kemalangan Doktor Uwang 
 Doktor   Uwang   menerima   panggilan   paslu   yang   menyatakan   bahawaberlakunya kecemasan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
 Sewaktu membelok ke kawasan pusat rawatan, lutut kakinya kejang danpergelangan   tangannya   juga   kebas   menyebabkan   dia   terbabas   danmelanggar tembok di pusat rawatan tersebut.
 Kemalangan tersebut telah menyebabkan Raiha melakukan pembedahan ke   atas   Doktor   Uwang   menggunakan   kelengkapan   hospital   milik keluarganya yang biasa digunakan untuk membuat pembedahan terhadappesakit gologan menengah dan sederhana.

 Pencerobohan Pusat Rawatan Pantai Kasih 
o Seorang lelaki telah menceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih dan telah menahanSister Felicia yang dalam keadaan mamai di Farmasi pusat rawatan tersebut.
o Lelaki   tersebut   akhirnya   telah   dapat   dikawal   apabila   emak   Unong   Siron membantu   secara   psikologi   yang   menyatakan   bahawa   anaknya   Unong memerlukan   bantuannya   sebagai   doktor.   Walau   bagaimanapun   Unong   sudah dipindahkan ke hospital lain dan meminta dia ke hospital tersebut. Dengan helah tersebut, lelaki itu dapat diperdaya. 

 Kemalangan yang Meragut Nyawa Anak Perempuan Raiha dan Doktor Sadiz 
o Anak perempuan hasil perkahwinan Raiha dan Doktor Sadiz rentung selepas diadisambar api yang sedang marak membakar kereta mewah milik Doktor Sadiz.
o Pada   malam   tersebut   Doktor   Sadiz   dihantar   pulang   oleh   Doktor   Uwang   kerumahnya dan turut ditemani oleh Sister  Felicia, namun setibanya di rumahdidapati Raiha sudah membawa anak perempuannya itu lari. Doktor Sadiz dengan rasa marah meminta Felicia membeli minyak petrol dan dia menyimbah minyak petrol tersebut ke kereta mewah miliknya kerana berasa marah dengan tindakanRaiha. Tanpa disedari anak perempuannya itu ada di situ pada waktu itu dan disambar   api   yang   sedang   marah   membakar   kereta   mewahnya   itu   sehingga meragut nyata anak perempuannnya itu. 

 Kunjungan Raiha ke Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Raiha berkunjung ke Pusat Rawatan Pantai Kasih apabila mendapat panggilankecemasan.   Walau   bagaimanapun   sebenarnya   itu   hanyalah   panggilan   palsu.Namun, Raiha mengambil peluang itu untuk menziarahi Unong yang  baharusahaja dibedah buat kali keenam dan melihat keadaannya pada waktu.
o Pada   waktu   yang   sama   juga,   Doktor   Uwang   terlibat   kemalangan   sehinggamenyebabkan   Raiha   membuat   keputusan   untuk   melakukan   pembedahan   keatasnya. 

1. Waktu Senja - Pembedahan keenam 
 Pembedahan keenam yang dilakukan ke atas Unong Siron berlangsungpada waktu senja. Pembedahan itu telah Berjaya dilakukan oleh Raihaselepas diminta oleh  Doktor Uwang. Walaupun Raiha mempersoalkan peranannya,   namun   dia   mengambil   alih   pembedahan   tersebut   dengan penuh   tanggungjawab   dan   mengharapkan   agar   pembedahan   tersebut adalah pembedahan terakhir untuk gadis lincah Unong Siron. 

Latar Masyarakat

1. Latar masyarakat yang mementingkan keuntungan 
o Doktor Uwang memikirkan keuntungan yang berlipat ganda selepas mengambilalih   Pusat   Rawatan   Pantai   Kasih   daripada   ayahnya   Datu  Untong.   Dia  tidakmenghiraukan sama ada pesakit yang mendapatkan rawatan di pusat rawatannyaitu mampu atau tidak asalkan dia mendapat keuntungan dengan meletakkan hargayang dirasakan munasabah untuknya. 

1. Latar masyarakat yang takut berterus terang 
o Sister Felicia Londusai tidak berterus terang dengan Raiha tentang kemalanganyang berlaku sehingga meragut nyawa anak perempuan Raiha kerana takut. Felciatahu   bahawa  Doktor   Sadiz  yang   menyiram   minyak   petrol   ke   kereta   mewahPorsche miliknya akibat rasa marah yang membawa terhadap Raiha. 

1. Latar masyarakat yang ego 
o Doktor Sadiz menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuan mereka. DaktorSadiz menganggap Raiha bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian tersebutsedangkan   kemalangan   tersebut   adalah disebabkan   sifat   marahnya   yangmembakar   kereta   mewah   miliknya   sendiri   dengan   menyiram   minyak   petrolsehingga   menyebabkan   anak   perempuan   mereka   yang   kebetulan   ada   disitudisambar api tersebut. 

1. Latar masyarakat yang mempunyai matlamat tinggi 
o Walaupun sudah dinasihati oleh ayahnya, Raiha masih berdegil untuk belajar sehingga menjadi doktor pakar seperti ayahnya itu. Menurut ayahnya, jawatan tersebut tidak sesuai dengan kemampuan seorang wanita, namun berkat usaha dan matlamat yang ada pada Raiha, dia mampu   menjadi pakar pembedahan yang ternama di Pusat Rawatan Pantai Kasih. 

1. Latar masyarakat yang berusaha di luar kemampuan 
o Emak Unong Siron berusaha untuk membayar kos rawatan anaknya walaupun anakanya   itu   terpaksa   menjalani   pembedahan   sebanyak   lima   kali   sedangkanmereka adalah daripada kalangan orang kelas menengah bawah sahaja. 


1. Latar masyarakat yang hidup dengan pergaulan bebas 
o Emak Sister Felicia keterlanjuran sehingga mengandungkan anak luar nikah hasil pergaulan bebas sewaktu mudanya.
o Doktor Uwang juga mempunyai anak luar nikah yang cacat dan kelainan upayasehingga menyebabkan dia berasa malu dan menghantar anaknya itu di asrama. 

1. Latar masyarakat yang Berjaya dalam kerjaya 
o Doktor Uwang adalah seorang yang Berjaya dalam kerjaya. Kejayaannya bermula apabila   ayahnya   Datu   Untong   menyerahkan   Pusat   Rawatan   Pantai   Kasihkepadanya.
o Beberapa  perubahan  sudah dilakukan oleh  Doktor  Uwang sehinggakan  PusatRawatan   Pantai   Kasih   dahulunya   terdiri   daripada   tiga   orang   doktor   tetapi sekarang sudah memiliki deretan doktor dan barisan jururawat dan staf yang terlatih.



NILAI

1. Nilai Kerajinan 
o Nilai kerajinan diperlihatkan melalui sikap Sister Felicia yang asalnya belajar dikawasan pedalaman di Inanam tetapi atas sikap kerajinannya itu dia Berjayabelajar hingga menjadi seorang jururawat di Hospital Kinabalu.
o Nilai kerajinan juga diperlihatkan melalui watak Raiha yang rajin belajar daripadamentornya iaitu Doktor Uwang sewaktu menuntut di pusat pengajian tinggi dansanggup melakukan apa-apa sahaja yang diminta oleh mentornya itu termasukmembuat demonstrasi. 

1. Nilai Ketekunan 
o Nilai ketekunan kelihatan dalam Novel melalui watak Raiha yang tekun belajarsehingga menjadi seorang pakar bedah sama seperti ayahnya. Walaupun cita-citanya itu tidak direstui oleh ayahnya yang merupakan seorang pakar bedah,namun atas ketekunannya mengharungi pelbagai cabaran telah menjadikan diaseorang pakar bedah dan diterima berkhidmat di Pusat Rawatan Pantai Kasih. 

1. Nilai Keberanian 
o Raiha   berani   mempertahankan   bahawa   kesalahan   atas   kematian   anakperempuannya adalah disebabkan oleh Roktor Sadiz. Sikapnya itu tidak disenangioleh Doktor Sadiz sehinggakan kes mereka itu berlarutan dan menjejaskan namabaiknya sendiri. Sikapnya itu juga tidak disenangi oleh keluarganya sendiri keranamempertahankan benang yang basah. Apatah lagi Sister Felicia tidak munculuntuk menjadi saksi di mahkamah sehingga Raiha kalah dalam kes tersebut. 

1. Nilai Bertanggungjawab 
o Raiha bertanggungjawab untuk menjadikan pembedahan ke atas Unong Sironsebagai pembedahan yang keenam dan yang terakhir. Hal ini demikian keranaRaiha   berpendapat   tidak   sewajarnya   gadis   remaja   itu   menghabiskan   masamenghadapi hidup dengan waktu sukar yang sangat panjang. Tidak sepatutnyagadis tersebut menjalani pembedahan yang sama di tempat sama dan atas sakityang sama sehingga lima kali. 

1. Nilai Keprihatinan 
o Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong Siron. Baginya pembedahansebanyak enam kali tidak sepatutnya berlaku apatah lagi doktor yang melakukanpembedahan   tersebut   adalah   doktor   pakar   yang   bukan   calang-calang.   Rasaprihatin itu terbit dan mengharapkan agar pembedahan keenam pada senja tadimerupakan pembedahan yang terakhir dan berakhirlah penderitaan dan kesakitanyang dialami oleh Unong selama ini. 

1. Nilai Ketabahan 
o Raiha   tabah   menghadapi   bangkangan   ayahnya   terhadap   cita-citanya   hendakmenjadi pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untukmenjadi   pakar   bedah   sepertinya   kerana   beranggapan   bahawa   tugas   sebagaiseorang pakar bedah hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahandari segi fizikal dan mental. Namun pandangan ayahnya itu dibangkang olehRaiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi seorang pakar bedahyang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam bidang itu di sebuah hospital kerajaanakhirnya selepas beberapa tahun Raiha mengambil keputusan menerima pelawaanuntuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

 PENGAJARAN

1. Kita hendaklah mempunyai matlamat hidup. 
o Untuk  Berjaya  seseorang   mesti  ada   matlamat   hidup.   Raiha   Berjaya   menjadiseorang   pakar   bedah   setelah   belajar   bersungguh-sungguh   dalam   pelajaran.Walaupun cita-cita Raiha untuk menjadi pakar bedah tidak direstui tetapi denganmatlamat hidup yang jelas, cita-cita Raiha akhirnya Berjaya dikecapi. 

1. Kita hendaklah menghormati hak orang lain 
o Setiap orang  mempunyai hak.  Hak orang lain perlu  dihormati. Unong Sironberhak untuk mendapat kesihatan baiknya semula, tetapi Pusat Rawatan PantaiKasih telah menyebabkan wang insurans akibat kemalangan jalan raya anaknyaitu dihabiskan untuk membayar kos enam kali pembedahan. Pusat Rawatan PantaiKasih tidak menghormati hak pesakitnya. 

1. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap perkara yang dilakukan 
o Apabila seseorang melakukan sesuatu perkara, dia seharusnya bertanggungjawabsepenuhnya   terhadap   apa-apa   tindakan   yang   diambil.   Doktor   Sadiz   tidakbertanggungjawab menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuannya. Diamerahsiakan perkara sebenar yang berlaku dan menghukum Raiha atas peristiwahitam itu. 

1. Kita hendaklah prihatin terhadap orang lain. 
o Kesukaran   yang   dihadapi   oleh   golongan   pertengahan   terutama   melunaskanbayaran pembiayaan perubatan haruslah diberikan perhatian. Bukan semua orangmampu   untuk   membayar   sejumlah   wang   apatah   lagi   telah   dijanjikan   untukmenerima rawatan yang terbaik. Ibu Unong Siron berusaha dan tidak lokek untukmembelanjaan wang insurans anaknya demi melihat anaknya kembali lincah dansihat seperti anak orang lain. 

1. Kita hendaklah tekun belajar untuk menjamin masa depan yang lebih cerah. 
o Ketekunan seseorang akan membuahkan hasil pada masa hadapan. Raiha tekunbelajar untuk mencapai cita-citanya sebagai pakar bedah seperti ayahnya juga.Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha mempunyai matlamat hidup dan belajardengan tekun hingga cita-citanya sebagai pakar bedah tercapai juga. 

1. Kita hendaklah tabah menghadapi kesukaran hidup. 
o Raiha tabah menghadapi dugaan dan kesukaran hidup. Walaupun ditentang olehayahnya, Raiha tetap tabah dan belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya diamenjadi pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai kasih. Raiha juga dimarahi olehDoktor Sadiz kerana tidak mahu menggugurkan anak cacat yang dikandungnyasering   menjadi   bahan   melampias   kemarahan   Doktor   Sadiz.   Kematian   anakperempuannya iaitu Rohayu memberikan tamparan yang besar kepada Raiha,namun dia tabah menghadapi semuanya itu walaupun mendapat cemuhan dantentangan daripada suaminya Doktor Sadiz.

Novel Komsas Tingkatan 4

Sinopsis yang dikongsikan ini mengikut bab dalam novel Pantai Kasih sebagai rujukan kajian Komsas Tingkatan 4 tahun 2015-2020
.
Kupasan lengkap lain tentang Tema, Persoalan, Plot, Watak dan Perwatakan, Latar, Gaya Bahasa, Nilai dan Pengajaran dalam novel Pantai Kasih boleh ke laman Cemerlang A+ BM SPM.

Novel Komsas Tingkatan 4 2015-2020
5 Komentar untuk "Novel Pantai Kasih Komsas Tingkatan 4 2015-2020"
Tanpa Nama
delete

Cun....

Tanpa Nama
delete

hurmmmm

Tanpa Nama
delete

l

Tanpa Nama
delete

boik laaa

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved