Cara Masak Bihun Goreng Yang Sedap


Cara Masak Bihun Goreng Yang Sedap: Bihun goreng antara menu makanan yang paling mudah di masak dan menjadi makanan yang tidak terlalu berat berbanding nasi berlauk.

Nak makan bihun goreng juga tidak ada masa-masa tertentu, ianya boleh diambil bila-bila masa yang anda suka. Boleh dijadikan pengganti kepada menu berat anda dikala ingin mengubah selera.

Bihun goreng boleh dijadikan menu disebarang majlis sebagai makanan pilihan bagi mereka yang tidak mahu mengambil makanan yang terlalu berat.

Bihun Goreng Yang Sedap

Berikut adalah resepi cara untuk masak bihun goreng yang sedap dan mampu menepati citarasa anda dan orang ramai.

Bahan-Bahan Buat Bihun Goreng
  • Satu bungkus bihun (rendam sehingga lembut dan toskan)
  • 1 ulas bawang sederhana besar ( dihiris)
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Setengah gengam ikan bilis ( direndam)
  • Setengah gengam udang kering ( direndam)
  • Setengah senduk cili kering yang sudah dikisar.
  • Air secukupnya untuk rendam bihun.
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap ( saya guna kicap lemak manis Jalen)
  • Garam, gula dan perasa jika suka.
  • Minyak masak anggaran satu senduk untuk menggoreng.

Sebagai penambah perisa dan selera, boleh tambah bahan-bahan berikut:
  • Bebola ikan, udang, sotong atau potongan ayam atau daging (potongan dadu kecil) mengikut kehendak anda.

Bahan-bahan sampingan (bergantung kepada selera dan kehendak selera anda. Boleh sahaja letakkan apa jua sayuran yang anda inginkan):
  • satu mangkuk kecil taugeh yang sudah dibasuh bersih
  • satu mangkuk kecil sawi yang sudah dipotong
  • bawang goreng atau daun sup

Cara Masak Bihun Goreng
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan udang kering.
  • Panaskan minyak dan masukkan hirisan bawang besar sehingga naik bau.
  • Masukkan semua bahan yang ditumbuk tadi dan kacau rata sehingga naik bau juga.
  • Masukkan pula cili kering yang sudah dikisar tadi dan kacau sekali lagi supaya sama rata dengan bawang besar dan bahan yang ditumbuk tadi.
  • Masukkan sos tiram, kicap, gula, garam dan perasakan.
  • Masukkan sedikit air.
  • Biarkan sambal pecah minyak dulu, kemudian baru masukkan bihun yang sudah direndam tadi.
  • Masukkan lagi sedikit air supaya bihun cepat lembut. Tutup dengan penutup kukus sehingga air kering dan balik-balikkan bihun tersebut.
  • Kecilkan api ketika ingin melembutkan bihun tadi.
  • Akhir sekali bila bihun sudah lembut, masukkan sawi dan taugeh.
  • Kacau sekali lagi supaya semua sayur tadi bergaul rata.
  • Tabur bawang goreng atau daun sup untuk hiasan.

Dah siap bihun goreng yang sedap dan enak dimakan! Perbezaan rasa bihun goreng ini bergantung kepada jumlah kandungan bahan-bahan yang digunakan dan juga bahan sampingan yang dicampurkan.

Ikutlah pilihan anda apabila menggunakan campuran-campuran bahan tadi untuk menjadikan bihun goreng yang sedap mengikut selera anda.

0 Komentar untuk "Cara Masak Bihun Goreng Yang Sedap"

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved