Berikut adalah panduan format dan contoh menulis surat rasmi untuk permohonan peruntukan atau sumbangan kepada Yang Amat Berhormat, Majlis Daerah, Syarikat atau Sesiapa sahaja.
Setiap permohonan peruntukan dan sumbangan mestilah dilakukan dengan cara yang formal dengan menghantar surat permohonan rasmi. Ianya amat penting sebagai salah satu dokumen rasmi yang boleh dijadikan bukti andai berlaku sebarang masalah dikemudian hari.
Menulis surat rasmi |
Contoh surat permohonan yang diberikan di bawah ini boleh dijadikan rujukan asas bagaimana untuk mengolah format sebuah surat rasmi untuk memohon sumbangan atau peruntukan.
Susun atur format dan isi kandungan surat adalah paling penting. Selebihnya...anda hanya perlu mengubah topik dan penerimanya sahaja.
Surat Rasmi Mohon Peruntukan Dan Sumbangan
Persatuan Penduduk Taman Sari,Taman Sari Indah,
44100 Sari,
Selangor
(Note: Sekiranya anda menggunakan kepala surat rasmi, tidak perlulah lagi nak letak nama dan alamat anda ya!)
Tarikh : 28/03/2015
YB Tuan Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan
Pusat Khidmat Dun N07 Batang Kali,
Laluan Utama, 44300
Batang Kali,
Selangor Darul Ehsan.
Tuan,
PEMOHONAN SUMBANGAN KELENGKAPAN BALAI SERBAGUNA
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa AJK Persatuan Penduduk Sari Indah, Selangor sedang dalam proses menyiapkan Balai Serbaguna bagi kemudahan penduduk Taman Sari Indah.
Sehubungan dengan itu, bagi melengkapkan kemudahan balai tersebut, kami memerlukan peralatan berikut:
- Kerusi - 150 unit
- Meja - 20 unit
Maka dengan penuh rasa rendah diri, kami ingin memohon jasa baik dari pihak YB untuk menghulurkan sumbangan peralatan tersebut atau peruntukan wang tunai untuk kami membelinya sendiri.
Kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini dan semoga melalui sumbangan tersebut dapatlah kami melengkapkan kelengkapan serta fungsi balai serbaguna Taman Sari Indah untuk kemudahan penduduk taman ini dalam menjalankan sebarang aktiviti.
Sumbangan pihak tuan boleh disalurkan dengan cara berikut :
- Wang Tunai / Barangan : Terus kepada penama tandatangan di bawah atau Bendahari Persatuan.
- Cek : Atas nama Persatuan dan diserahkan kepada penama tandatangan di bawah atau diposkan ke alamat di atas.
- Akaun Persatuan : Public Bank, akaun No. 3XXXXXX00
Kerjasama dan bantuan daripada pihak tuan ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Semoga tuan akan beroleh keberkatan dan amal jariah yang berkekalan hingga ke hari akhirat.
Yang benar,
……………………………………………….
Haron Aziz Bin Shuip
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Sari Indah
Tel. No : 019-9999888
2 Komentar untuk "Surat Rasmi Mohon Peruntukan Dan Sumbangan"
bank apre yg akn peruntukn kpde kite?
Terima kasih..ilmu yang sangat bergunA.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”