Panduan Tugasan Geografi PT3 2016


Sebagai panduan untuk Tugasan Geografi PT3 2016, Pada tahun ini tajuk tugasan adalah: Sistem pengangkutan di kawasan tempat tinggal anda. Ianya perlu di siapkan dalam tempoh 17 hingga 29 Julai 2016.

Berikut adalah antara isi kandungan utama yang perlu ada dalam Tugasan Geografi PT3 2016: Sistem pengangkutan di kawasan tempat tinggal anda

Berikut adalah panduan mudah untuk memulakan tugasan Tugasan Geografi PT3 2016 anda:
1. Pendahuluan
Di sini anda perlulah menerangkan serba sedikit mengenai pemilihan tajuk dan lokasi di mana tugasan dijalankan.Terangkan sistem pengangkutan dikawasan tersebut.

2. Objektif kajian
Nyatakan takrif, konsep dan objektif kajian ini dilakukan

3. Masalah Pengangkutan Awam
Huraikan setiap masalah pengangkutan awam yang berlaku di tempat anda

4. Cadangan Mengatasi Masalah
Beri cadangan dan solusi pada setiap masalah yang dihadapi secara terperinci

5, Kepentingan dan Keperluan Pengangkutan Awam 
Nyatakan akan kepentingan dan keperluan pengangkutan awam pada masa kini dan masa hadapan serta potensinya.

6. Kaedah kajian
Nyatakan bagaimana cara kajian tugasan ini anda lakukan sama ada melalui soal selidik, temuramah, bahan bacaan, sumber internet serta apa jua cara yang digunakan untuk mendapatkan bahan tugasan.

7. Bahan Rujukan
Senaraikan semua bahan rujukan yang digunakan untuk kajian tugasan ini


Tugasan Geografi PT3 tahun 2015

Sebagai rujukan, berikut adalah Tugasan Geografi PT3 tahun 2015 di mana setiap calon dikehendaki menjalankan kajian lapangan tentang pekerjaan penduduk dalam pelbagai kegiatan ekonomi di sekitar kawasan tempat tinggal / sekolah calon. Ianya merangkumi :
  • Konsep dan takrifan kegiatan ekonomi.
  • Latar belakang kegiatan ekonomi di kawasan tersebut 
  • Cadangan usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan tersebut.
  • Kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di kawasan kajian anda dan alasannya. 

Pemarkahan Tugasan

Skema Pemarkahan PT3 2015 Kegiatan Ekonomi Negara
Tugasan Geografi PT3 2015 - Kegiatan Ekonomi


Senarai Tajuk Kegiatan Ekonomi Geografi PT3 2015
Berikut adalah senarai tajuk yang boleh anda pilih berdasarkan lokasi atau tempat kajian anda. Dinasihatkan memilih tajuk “Kegiatan Ekonomi” berdasarkan ekonomi yang dijalankan pendudu di kawasan tempat tinggal anda.
Contoh Kegiatan Ekonomi:
  • Sektor Perindustrian
  • Sektor Perikanan
  • Sektor Perlombongan
  • Sektor Pertanian
  • Sektor Pembalakan
  • Sektor Perkhidmatan
  • Sektor Perniagaan
  • Sektor Penternakan

Panduan Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Tingkatan 3

Berikut adalah Contoh Panduan Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Tingkatan 3. Ianya hanyalah panduan ringkas bagaimana untuk melaksanakan tugasan ini. Ianya bertujuan untuk memberi idea dan rujukan. Anda perlulah mengubah suai mengikut kesesuaian kegiatan ekonomi penduduk tempat tinggal atau kawasan kajian anda. 

Nota : Contoh tugasan kegiatan ekonomi di tanah perancangan FELDA, maka tajuk anda perlulah spesifik kepada Sektor Pertanian sebagai kegiatan ekonomi penduduk.
  • Tajuk: Kegiatan Ekonomi penduduk di Felda Jengka Pahang
  • Objektif kajian: Objektif utama adalah untuk mengkaji latar belakang kegiatan ekonomi penduduk di Felda Jengka Pahang.
  • Kaedah kajian: Borang kaji selidik, Kaedah Temubual, Rakaman Audio atau Visual

1. Konsep dan takrifan Kegiatan Ekonomi
Definisi Kegiatan Ekonomi : Kegiatan Ekonomi boleh didefinisikan sebagai aktiviti penduduk yang menjana pendapatan dalam kehidupan seharian. Kegiatan ekonomi boleh dibahagikan kepada beberapa sektor antara adalah Pembalakan, Pertanian, Perkhidmatan, Perindustrian mahupun Perlombongan. Di Malaysia, kegiatan ekonomi utama boleh dikategorikan kepada tiga antaranya adalah sektor sekunder, tertier dan Primer. Kegiatan ekonomi juga merupakan salah satu penyumbang kepada pendapatan kasar negara.

2. Latar Belakang Kegiatan Ekonomi Di Felda Jengka Pahang (Berdasarkan tajuk anda)
Penduduk sekitar Felda Jengka Pahang menjalankan kegiatan ekonomi utama iaitu aktiviti pertanian Kelapa Sawit. Sila huraikan latar belakang mengenai pertanian Kelapa Sawit secara terperinci.
  • Jadual Graf Kegiatan Ekonomi Penduduk (Sila sertakan persembahan dalam bentuk Graf). Maklumat adalah berdasarkan borang kaji selidik yang telah anda edarkan dikawasan kajian anda.
  • Borang Soal Selidik
Tugasan Geografi PT3 2015 - Kegiatan Ekonomi
klik SINI untuk contoh lengkap borang kaji selidik
  • Contoh Grafik Pekerjaan Penduduk (Di kawasan tempat tinggal anda). Lebih menarik jika foto tersebut diambil oleh anda sendiri di kawasan tempat tinggal anda. Lebih banyak foto adalah lebih baik.
Nota Penting: Pada grafik atau foto anda, Sila Sertakan Tajuk, Huraian dan label

Tajuk Grafik: Penduduk Sedang Menuai Hasil Kelapa Sawit
Huraian Grafik: Apabila buah kelapa sawit sudah masak, penduduk akan menuai kepala sawit menggunakan tombak sebelum dihantar ke kilang untuk tujuan pemprosesan.

3. Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk
Sila berikan 3 isi penting mengenai cadangan usaha meningkatkan pendapatan penduduk. Setiap isi penting haruslah disertakan huraian dan contoh. 
Contoh Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk :
  • Berniaga secara kecil-kecilan (Contoh: Restoran, Kedai Runcit)
  • Bercucuk tanam pokok tambahan selain dari Kelapa Sawit (Contoh: Sayuran boleh dijual)
  • Membuat Perniagaan Online (Contoh: Jual tudung atau Baju)
p/s : Pada setiap isi penting, sila sertakan fakta, huraian dan contoh.

4. Kegiatan Ekonomi Yang Berpotensi Dimajukan Dikawasan Anda
  • Sektor Perikanan (Ikan Air Tawar)
  • Sektor Perkhidmatan ( Buka Homestay dan Pelancongan)
  • Sektor Perindustrian ( Kilang buat sabun daripada kelapa sawit)
p/s : Pada setiap isi penting, sila sertakan fakta, huraian dan contoh.

5. Kesimpulan/ Rumusan
Kesimpulannya, kegiatan ekonomi penduduk sekitar di Felda Jengka Pahang terutamanya dalam bidang pertanian adalah sangat penting dalam menjana pendapatan individu. Disamping itu, pertanian Kelapa Sawit juga merupakan antara salah satu sumber utama pendapatan negara Malaysia selepas minyak mentah (Petroleum).

6. Sumber/ Rujukan
Senaraikan sumber seperti internet, buku, jurnal, artikel, majalah, sumber temubual dan sebagainya.

Perhatian :
  • Contoh yang dinyatakan bukanlah lengkap dan tepat seratus peratus, ia hanyalah panduan serta rujukan untuk memberi idea bagaimana kerangka tugasan Geografi PT3 ini dilakukan. 
  • Untuk mendapat pemarkahan yang tinggi, anda mestilah menjadi lebih kreatif dan bijak mengolah laporan agar kelihatan menarik, unik, tersusun dan berkualiti mengikut kegiatan ekonomi kawasan kajian anda. 
  • Sebarang masalah atau kekeliruan, sila rujuk kepada guru anda.

Tempoh Pelaksanaan Geografi PT3 2016 : Akan dimaklumkan apabila tugasan Geografi PT3 2016 ini telah diumumkan.
Semoga berjaya buat semua calon-calon PT3 tahun 2016!


Sumber: Contoh Panduan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi | melvister.com 

30 Komentar untuk "Panduan Tugasan Geografi PT3 2016"
Tanpa Nama
delete

Okay

Tanpa Nama
delete

saya mau kajian di seberang perai, pulau pinang
terima kasih

Tanpa Nama
delete

kalau boleh tlg letak alasanyang sesuai dadn nyatakan sumbernya

Tanpa Nama
delete

Thank u so much
itz really help me a lot
thanks for u

Tanpa Nama
delete

thanks ...sangat berguna

Tanpa Nama
delete

Terima kasih....

Tanpa Nama
delete

Terima kasih...

Tanpa Nama
delete

Saya nak kajian di Bukit gambir ,Pulau Pinang
Thank you..

Tanpa Nama
delete

Thanks a bunch!!! God bless you :) :) :)

Tanpa Nama
delete

TAK PAHAM PUN ...

Tanpa Nama
delete

telah menolong saya banyak sepanjang minngu saya buat kerja lapangan geografi,,, terima kasih

Tanpa Nama
delete

Thanks ! Help Me A Lotttt (h) :) =))

Tanpa Nama
delete

:) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :)

Tanpa Nama
delete

tq a load..heeheh

Tanpa Nama
delete

syukkran

Tanpa Nama
delete

THANKS A LOT .NO WORDS TO DISCRIBE .JUST THANKS

Tanpa Nama
delete

takde ker latar belakang kegiatan ekonomi tentang perindustrian,perikanan dan perniagaan

Tanpa Nama
delete

:-)

Tanpa Nama
delete

TQ

Tanpa Nama
delete

TQQQQQQQQQQQQQQQQQQ

Tanpa Nama
delete

memang bagus juga nota ini sebagai panduan tq

Tanpa Nama
delete

saya tak faham kenapa tajuk kajian tentang kegiatan ekonomi sedangkan soalan suruh buat kajian tentang pekerjaan penduduk dalam pelbagai kegiatan ekonomi...sepatutnya latar belakang kegiatan ekonomi berdasarkan jenis2 pekerjaan yang perlu dihuraikan...pening laaa

Tanpa Nama
delete

tolong jgn harapkan internet. do it by yourself. nak A usaha sendiri, ini kan cuma rujukan so that we can get any more ideas. lol, can u just think.

Saya tinggal di bandar, so tugasan ni jadi agak susah. Contoh dekat internet semuanya kawasan perkampungan takpun desa. Takda idea langsung dah ni. Kawasan bandar dah memang maju nak majukan apa lagi. Haih peningg. Nak pmr please 😭

mujahidah
delete

Bolelah jga ada fhm skit2.. btw thanks

Tanpa Nama
delete

entah saya duduk kat bndar bila letak potensi kawasan yg blh dimajukan cikgu kata tak blh sbb tinggal kat bndr benda tu dh ada pun tak tau nk letak apa sedihhh

Tanpa Nama
delete

Wow..that's useful for me..thks:)

Tanpa Nama
delete

terima kasihh...nota diatas agak membantu saya...sekali lagi saya ucapkan terima kasihhhhh yeeee....

Tanpa Nama
delete

hi

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved