Peribahasa Berbeza Tetapi Sama Maksud


Indahnya peribahasa Melayu... Berkias secara halus memberi maksud yang tersirat. Berikut adalah himpunan beberapa peribahasa yang diungkap berbeda namun membawa maksud yang sama atau serupa

Peribahasa Berbeza Tetapi Sama Maksud


Peribahasa Berbeda Tetapi Sama Maksudnya
1.Maksud peribahasa - sangat karib
  1. Setikar seketiduran
  2. Dua badan senyawa
  3. Satu nyawa dua badan
  4. Sejiwa dua tubuh
  5. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran
  6. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu
  7. Selauk senasi
  8. Seperti dua senyawa

2. Maksud peribahasa - Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain
  1. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan
  2. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan
  3. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui
  4. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran
  5. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan

3. Maksud peribahasa - Sesuai benar
  1. Seperti telap dengan tudungnya
  2. Bagai cembul dapat tutupnya
  3. Bagai dulang dengan tudung saji
  4. Cembul dengan tutupnya
  5. Seperti telepa dengan tudungnya

4.  Maksud peribahasa - kembali ke asalnya / pulang ke asal
  1. Belut pulang ke lumpur
  2. Misai pulang ke bibir
  3. pulang ke kandang
  4. Ikan pulang ke lubuk
  5. Sirih pulang ke gagangnya

5.  Maksud peribahasa - Berturut-turut mendapat kesusahan
  1. Sudah basah kehujanan
  2. Lagi jatuh ditimpa tangga
  3. Sudah hamba diperhambakan pula
  4. Sudah jatuh ditimpa tangga
  5. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula
  6. Terjatuh dihimpit janjang

6.  Maksud peribahasa - Seia-sekata; sehina semalu.
  1. Sekebat bagai sirih
  2. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai
  3. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai
  4. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai
  5. Serumpun bagai serai, selubang bagai tebu
  6. Serumpun bagai serai, selubang seliang bagai tebu

7.  Maksud peribahasa - Besar belanja daripada penghasilan
  1. Masuk tiga, keluar empat
  2. Masuk bagai lubang penjahit, keluar bagai lubang tabuh
  3. Masuk sebesar lubang penjahit, keluar sebesar lubang tabuh
  4. Masuk lima keluar sepuluh
  5. Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh

8.  Maksud peribahasa - Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah
  1. Dapat durian runtuh
  2. Dapat harta karun
  3. Dapat kijang teruit
  4. Dapat tebu rebah
  5. Dapat harta timbul

9.  Maksud peribahasa - Lahirnya baik, batinnya jahat
  1. Di luar merah di dalam pahit
  2. Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu
  3. Di luar berkilat di dalam berongga

10.  Maksud peribahasa - Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan
  1. Malu bertanya sesat di jalan, 
  2. Malu berdayung perahu hanyut
  3. Segan bergalah, hanyut serantau

Oh, indahnya peribahasa Melayu!
0 Komentar untuk "Peribahasa Berbeza Tetapi Sama Maksud "

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved