Novel Jejak Monpus merupakan novel terpilih yang menjadi rujukan Komsas Tingkatan 2 yang mula digunakan pada tahun 2016. Novel ini adalah hasil karya Zulaiha Paikon.
Tema Novel Jejak Monpus: Kecintaan seorang pemuda terhadap ilmu Sains dan dunia penyelidikan
Novel Komsas Tingkatan 2 (2016~2020)
ZON 1 : NEGERI PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG, DAN PERAK
1. Novel Jalan ke Puncak - Juri Durabi
ZON 2 : NEGERI SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA
2. Novel Meniti Impian - Osman Ayop
ZON 3 : NEGERI MELAKA, PAHANG, TERENGGANU, DAN KELANTAN
3. Novel Jejak Monpus - Zulaiha Paikon
ZON 4 : NEGERI JOHOR , SABAH, SARAWAK, DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
4. Novel Darah Titik di Semantan - Arman Sani
- Contohnya, Zahar, seorang pemuda yang berusia 22 tahun amat menyukai pelbagai jenis serangga dan gemar melakukan pelbagai penyelidikan terhadapnya. Minatnya itu tersemai sejak dia masih kecil lagi. Dia banyak mengumpul serangga seperti kumbang, ulat beluncas dan labah-labah. Dia juga mempunyai sebuah makmal khas untuknya memupuk minatnya dalam bidang penyelidikan terhadap serangga-serangga yang dikumpulnya. Dia kerap menghabiskan masa lapangnya di makmalnya itu melakukan penyelidikan.
Sinopsis Novel Jejak Monpus
Mengisahkan Zahar, mahasiswa Sains Kaji Hayat, juga seorang pencinta serangga, menghadapi dilema apabila ulat bulu spesies Pus Pus kesayangannya, hampir pupus. Zahar perlu segera menyelamatkan spesies itu. Dia bernasib baik apabila menemui Monarch, ulat bulu spesies baru, di sebuah pulau terpencil. Zahar berjaya mencantumkan spesies Monarch dengan Pus Pus, dan menghasilkan spesies baru, Morgan. Pada masa yang sama, Kampung Maju Jaya, kampung tempat Zahar tinggal, dilanda wabak. Penduduk kampung menuduh Zahar penyebabnya. Untuk membersihkan namanya, Zahar pun menyiasat. Dia akhirnya mengetahui bahawa wabak itu sebahagiannya berpunca daripada kilang kelapa sawit yang beroperasi di kampung itu. Zahar bertekad untuk mencari penawar. Dia bagaimanapun, terpaksa mengorbankan Morgan kesayangannya. Belum sempat penawar dihasilkan, bahan eksperimennya dicuri oleh Arifin, samseng kampung yang sangat memusuhinya. Masalah akhirnya selesai apabila Arifin ditangkap oleh pihak berkuasa kerana terlibat dalam kes penipuan dalam penjualan benih cambah sawit 'haram' serta pemalsuan dokumen urus niaga menggunakan logo Sime Darby Plantation Berhad dan Felda Agriculture Services Sdn. Bhd.. Zahar meneruskan misi mencipta penawar, dan akhirnya berjaya menghasilkan MONPUS – sejenis racun serangga biologi. Hasil inovasinya itu, Zahar meraih anugerah dalam majlis Anugerah Produk Inovasi, UTM. Kejayaannya mencipta MONPUS juga menyatukan semula ibu dan ayahnya yang lama terpisah.
Sinopsis bab demi bab Novel Jejak Monpus
Bab
|
Sinopsis
|
Penyelamat Pus Pus
|
Zahar seorang pemuda berusia 22 tahun
amat gemar pada serangga sejak masih kecil lagi. Kegemarannya itu tidak pula dibantah oleh
ibunya, kerana Qistina berpendapat Zahar mewarisi minat bapanya. Untuk menyokong minatnya itu, Zahar
mempunyai bilik khas untuk menyimpan dan menjalankan eksperimen terhadap
serangganya seperti ulat beluncas, kumbang, labah-labah dan kupu-kupu. Zahar banyak menghabiskan masa berbual-bual
dan memerhatikan serangga-serangga kesayangannya. Minatnya ini amat bertepatan dengan
pengajiannya di Fakulti Sains Hayat, Universiti Teknologi Malaysia.
Zahar mempunyai seorang teman baik bernama
Mawar yang juga merupakan rakan sekuliahnya. Semasa makan Zahar meminta izin daripada ibunya untuk ke Taman Paya Bakau
Tanjung Piai untuk mencari serangga spesies baru. Selesai makan tengah hari
Zahar masuk ke bilik perpustakaan mininya.
Dia ingin membaca buku untuk mengkaji punca Pus Pusnya kurang aktif
sejak akhir-akhir ini. Hal ini kerana
Zahar amat menyayangi Pus Pus yang ditemuinya dalam suatu ekspedisi
pengembaraan di Hutan Lipur Gunung Pula
|
Hasrat Terpendam
|
Untuk meneruskan hasratnya mencari
spesies pengganti Pus Pus, Zahar berhasrat ke Pulau Pisang. Kononnya pada
1818, orang Acheh telah membuka Pulau Pisang untuk dijadikan penempatan.
Namun mereka gagal menjadikan kawasan tersebut kawasan pertempatan akibat
sering diganggu oleh kuasa mistik. Wak Buik, seorang pawang Bugis Riau,
dipanggil untuk memulihkan keadaan itu dan dia berjaya melakukannya. Dia
menanam pokok buah-buahan di tanahnya itu.
Apabila Wak Buik meninggal dunia, penduduk di situ berpindah ke tanah
besar kerana mengelak ancaman lanun.
Menurut Tuk Munir, arwah datuknya, pulau
itu merupakan tempat tinggal orang bunian. Nek Yah pula mengatakan di pulau itu
terdapat sebuah gua yang tersimpan harta karun. Mengikut pandangan Zahar, bentuk pulau itu
kelihatan seperti orang sedang duduk berzikir. Semasa menunggu kedatangan Mawar, Zahar
membayangkan ketika dia sampai di pulau itu nanti, dia akan ditangkap oleh
sekumpulan orang asli dan dibawa ke perkampungan mereka. Di situ dia akan menemui pelbagai spesies
hidupan baru. Lamunannya terhenti
apabila disapa oleh kekasihnya Mawar. Mawar ialah anak sulung daripada lima
beradik. Dia sangat bertanggungjawab
terhadap adik-adiknya. Ayah Mawar, Encik Hassan merupakan peneroka di ladang
kelapa sawit. Disebabkan harga sawit menurun, ayahnya terpaksa melakukan
pelbagai pekerjaan bagi menambah pendapatannya. Mereka tinggal di Kampung Maju
Jaya yang terletak tidak jauh dari rumah Zahar. Zahar teringat kisah
pertemuan pertamanya dengan Mawar. Ketika itu Mawar terjatuh di depan
keretanya di Fakulti Pendidikan Sains Hayat.
Zahar ingin membantu Mawar tetapi ditolak dengan baik oleh gadis itu.
Mawar mengajak Zahar ke kedai buku
untuk mencari bahan bagi mendapatkan maklumat untuk portfolio Sains Biologi
mereka. Setelah itu mereka pulang ke
rumah.
|
Dilanda Misteri
|
Zahar menghantar ibunya ke sekolah
kerana bateri kereta ibunya rosak. Faridah,
seorang murid Qistina, menawarkan pertolongan untuk membawa beg yang berisi
buku guru kesayangannya itu. Qistina
berhasrat untuk mengambil Faridah sebagai anak angkat kerana dia tidak
mempunyai anak perempuan dan Faridah ialah seorang yang berhemah tinggi serta
tertib. Faridah merupakan anak tunggal daripada
keluarga pekebun. Sebelum ke sekolah
itu, dia bersekolah di SMK Bentong,
Pahang dan tinggal bersama neneknya.
Selepas PMR barulah dia berpindah ke Desa Mercu Jaya. Suatu hari, Qistina ternampak Faridah
berjumpa dengan seorang lelaki namun tanda tanya itu dipendamkan saja. Faridah memberitahu lelaki itu ialah bapa
saudaranya yang bertugas sebagai pensyarah di London apabila ditanya oleh
Qistina pada suatu hari.
|
Kembara ke Tanjung
Piai
|
Sikap suka menyelidik terhadap sesuatu
yang dimiliki oleh Azahar membolehkan dia mendapat anugerah inovasi dari
UTM. Sebenarnya dia telah menerbitkan
banyak hasil penyelidikannya dalam jurnal.
Selain itu, dia juga berazam mencari pengganti spesies Pus Pus sebelum
spesies itu pupus. Untuk tujuan itu,
dia mahu ke Tanjung Piai bersama Malcom, rakan sekuliahnya. Selain itu, dia juga mahu mengkaji hutan
bakau dan kepentingannya. Di sana
mereka menjumpai spesies baharu ulat bulu.
Apabila pulang dari Tanjung Piai, dia segera mengkaji dapatannya itu.
|
Meredah Hutan Kem
Kaizen
|
Zahar menyertai kursus Kembara Biologi
Alam di Kem Kaizen untuk meneruskan penyelidikannnya. Selesai kuliah pagi itu, dia dan Malcom
didatangi Munira yang ingin mengajaknya menonton wayang. Ajakan Munira ditolak secara baik. Akibat kegelian sesuatu yang lembut dan
hitam di pipinya, Munira terjatuh ke dalam kolam ikan keli. Zahar masuk ke dalam kolam untuk menolong
Munira. Esoknya, ketika meneroka hutan
sekeliling, Zahar terjatuh ke dalam gaung.
Fikri yang mendengar jeritan Zahar menaikkannya ke tebing dengan
bantuan dua orang pemuda yang melakukan aktiviti redah hutan. Luka Zahar tidak serius tetapi kepalanya
mengeluarkan darah yang banyak. Mawar
merawat luka tersebut. Apabila pulang,
Qistina bimbang melihat keadaan anak kesayangannya itu. Esoknya, Zahar menunjukkan spesies baharu
ulat bulunya kepada Fitri dan Malcom yang datang melawatnya di rumah.
|
Kejadian Misteri Di
Pulau
|
Kebanyakan penduduk Pekan Nanas bekerja
di ladang getah, ladang sawit dan kebun-kebun. Namun kedatangan pendatang asing menyekat
rezeki rakyat tempatan. Majikan lebih
gemar memilih pendatang asing sebagai pekerja kerana upah mereka lebih murah
daripada rakyat tempatan. Akibatnya, ada pemuda-pemuda yang terjebak dalam
aktiviti yang tidak sihat termasuklah Ripin.
Ripin pernah dipukul oleh Zahar kerana mencuri tong gas. Kejadian itu menyebabkan Ripin menyimpan
dendam terhadap Zahar.
Di
rumah pula, Zahar masih memujuk Qistina agar membenarkannya ke Pulau
Pisang. Qistina bimbang kemalangan
terhadap anaknya akan berulang.
Padanya, kedegilan Zahar sama seperti bapanya. Dia teringat pada bekas suaminya dan
kejadian yang menyebabkan mereka berpisah.
Selepas hidup sendiri, Qistina mendirikan rumah dua tingkat di atas
tanah yang dibelinya di Kampung Maju Jaya.
Baharudin dikatakan tinggal di London untuk meneruskan pengajiannya
pada peringkat Doktor Falsafah.
Qistina percaya lelaki yang ditemui Faridah tempoh hari ialah bekas
suaminya..
Setelah mendapat keizinan ibunya, Zahar
bertolak ke Pulau Pisang bersama-sama Fikri dan Malcom. Setelah dua jam menaiki bot merka sampai di
pulau tersebut dan disambut oleh kera-kera liar yang hanya menghilangkan diri
setelah ditakutkan oleh mereka. Mereka
terus meneroka pulau itu. Untuk
mencepatkan kerja, mereka berpecah.
Tidak lama kemudian, Zahar melihat baju Fikri tersangkut pada pokok dan kasut Malcom
berada di atas tanah tetapi kawan-kawannya itu tidak kelihatan. Tiba-tiba bau busuk menusuk hidungnya dan
dia ternampak seekor ulat bulu sebesar ular sawa. Serentak itu angin bertiup kencang hingga
memaksa Zahar menutup matanya untuk mengelakkan habuk. Apabila angin berhenti dan mata di buka dia
dapati ulat besar sudah hilang. Yang
ada hanya ulat bulu bersaiz biasa tetapi sangat cantik. Ketika itu Fikri dan Malcom muncul. Fikri terkejut kerana tadi dia melihat baju
Fikri dan kasut Malcom saja. Kedua-dua
sahabatnya mengatakan bahawa Zahar bermimpi.
|
Penemuan Baharu
|
Zahar berkurung dalam makmalnya. Monarch, ulat bulu baharunya tidak lalu
makan. Zahar risau. Setiap hari dia memantau perkembangan ulat
bulu tersebut. Setelah seminggu,
Monarch sepatutnya menjadi rama-rama tetapi di dalam balang Monarch ialah
seekor ulat bulu yang sangat cantik.
Zahar yakin ulat itu ialah spesies gabungan Monarch dan Pus Pus yang dinamakan Morgan. Dia gembira kerana kunjungannya ke Pulau
Pisang amat berbaloi walaupun terdapat pelbagai perkara misteri berlaku.
|
Serangan Waktu
Malam
|
Sebulan kemudian, ulat bulu menyerang
penduduk Kampung Maju Jaya pada waktu malam.
Ramai penduduk kampung mendapat penyakit gatal-gatal. Walaupun pelbagai ubat dan petua diamalkan
namun semuanya sia-sia. Pada waktu malam,
Morgan hilang dari balangnya. Waktu
siang, Morgan balik ke balangnya semula.
Ripin mengetuai penduduk kampung datang ke rumah Qistina. Mereka menuduh Zahar sebagai punca wabak
ini kerana minatnya memelihara ulat bulu.
Pak Naib sebagai ketua kampung datang untuk.memenangkan keadaan, Dua hari kemudian, Unit
Forensik Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor datang mengeledah makmal
Zahar. Sampel-sampel ulat yang
menyerang penduduk turut dibawa ke makmal Jabatan Kesihatan. Serangan ulat makin serius tetapi rumah
Zahar tidak diserang ulat. Beberapa
hari kemudian, Zahar diarahkan ke balai raya untuk memberi penjelasan kepada
penduduk kampung tentang serangan ulat bulu.
Ketua kampung mencadangkan Zahar mencari jalan untuk menyelesaikan
masalah tersebut. Zahar berjanji untuk
mencari jalan penyelesaian.
|
Tercetus
Perselisihan.
|
Warung kopi Pak Mail menjadi tempat
orang kampung berbual tentang masalah yang melanda kampung mereka. Ripin menghasut orang kampung menyalahkan
Zahar. Pergaduhan antara Ripin dan
Zahar tercetus apabila Zahar ke warung tersebut untuk membeli makanan. Walaupun Ketua Kampung cuba meleraikan
pergaduhan tersebut tetapi Ripin sempat mencederakan Zahar dengan pisau
lipatnya sehingga terpaksa dihantar untuk mendapatkan rawatan..
|
Merisik Khabar.
|
Di hospital, Mawar melawat Zahar dan
menasihatkannya agar berehat supaya cepat sembuh. Setelah keluar dari hospital, Mawar sekali
lagi melawat Zahar. Mereka berbincang
tentang kehilangan Morgan pada waktu malam.
Zahar menyatakan firasatnya tentang penunggu Pulau Pisang yang marah
kerana haknya diambil tetapi andaian itu dirasionalkan oleh Mawar dengan
mengatakan bahawa ulat bulu itu membiak di luar sana.
|
Misteri Terjawab.
|
Zahari membuat kajian melalui
internet. Dia dapati pada zaman
revolusi perindustrian, spesies rama-rama bintik terang berkurang bilangannya
manakala spesies rama-rama bintik gelap pula bertambah. Di kampung itu,
kilang sawit hanya beroperasi pada waktu malam dan kesimpulannya, asap
terowong penapis kilang telah merangsang ulat bulu membiak. Tambahan pula Morgan hanya hilang pada
waktu malam. Malam itu Zahar ke
makmalnya. Morgan ada di sarangnya. Tiba-tiba cahaya biru muncul dari sarang
dan Morgan mula terbang dan hilang dalan kegelapan malam. Kini dia insaf kerana hobinya telah
menyusahkan penduduk kampung kerana merangsang ulat bulu membiak. Selain gatal-gatal kulit, kanak-kanak yang
terhidu racun serangga yang digunakan untuk memusnahkan ulat bulu menyebabkan
mereka mendapat radang saluran pernafasan serta radang paru-paru dan selaput
mukosa. Penduduk kampung juga boleh
menghidap batuk dan sesak nafas.
Akibatnya klinik kampung itu terpaksa beroperasi 24 jam.. Wartawan yang membuat liputan juga
menambah-nambah cerita untuk melariskan jualan akhbar mereka..
|
Mangsa Baharu.
|
Pagi itu, semasa Pak Alias dan
isterinya, Mak cik Habibah ke kandang kambing, mereka dapati enam ekor anak
kambing telah mati. Terdapat benda
hitam melekat pada badan kambing-kambing tersebut. Kini penduduk kampung mulai bimbang kerana
musibah ini bukan hanya menyerang manusia tetapi juga haiwan ternakan. Namun ada juga yang mengambil kesempatan
dalam situasi ini.
|
Demam Perasaan
|
Dalam Program Perkampungan Ilmu, Umar,
seorang muridnya memberitahu Qistina, dia tidak menyiapkan kerja sekolah
kerana menjaga kambingnya yang beranak.
Dia juga perlu menyabit rumput untuk kambing-kambingnya. Umar lebih mementingkan kambing daripada
pelajarannya. Malam itu, Qistina ke
rumah Umar untuk berjumpa ayah Umar.
Adik Umar memberitahu bahawa ayah mereka masuk hospital kerana
diserang ulat bulu. Kambing-kambing
mereka juga mati kerana diserang ulat bulu. Qistina semakin bimbang tentang
fenomena ini dan keselamatan Zahar.
Dia terfikir untuk menetap di Alor Gajah buat sementara waktu
|
Ke Pulau Lagi.
|
Zahar bermimpi tentang lembaga hitam
lagi. Apabila tersedar,dia segera
mandi. Dia mahu segera memujuk Fikri
mengikutnya ke Pulau Pisang. Pada
mulanya, Fikri enggan tetapi setelah dipujuk oleh sahabatnya itu, dia bersetuju. Esoknya mereka ke Pulau Pisang. Ketibaan mereka disambut oleh juraian
hujan. Setelah beberapa lama meredah
hutan, mereka terlihat beberapa ekor ulat bulu spesies Morgan sedang makan
daun-daun hijau. Dalam hatinya
terdetik mungkin inilah daun yang disebut oleh lembaga hitam dalam
mimpinya. Beberapa ekor ulat di atas
tanah juga menuju ke arah daun lebar yang tidak berbatang itu.
|
Dendam Masih
Membara
|
Ripin marah kerana daun benih sawit yang
baru bercambah dimakan oleh ulat. Dia
menyalahkan Zahar atas semua musibah ini.
Dia lebih bimbang kerana wang pendahuluan daripada Tauke Ban Heng
sudah diambilnya. Ripin ke rumah
Zahar. Dia mahu bersemuka dengan
Zahar Akibat tidak sabar, dia menumbuk
Zahar tetapi Zahar dapat menewaskannya.
Peristiwa ini segera tersebar di kampung itu. Penduduk kampung berpendapat Zahar dan
ulat-ulatnya mesti diusir. Fikri dan
Zahar berbincang untuk menyelasaikan masalah kampung tersebut. Mereka berpendapat sesuatu perlu dilakukan
terhadap Morgan..
|
Misi Baharu
|
Zahar termenung panjang di dalam
makmalnya. Dia teringat kata-kata
ibunya yang menyuruhnya mencari jalan penyelasaian masalah tersebut. Zahar teringat kenangan bersama ayahnya
yang mempunyai kekasih lain dan menimbulkan kemarahan di hatinya namun ibunya
menasihatinya supaya tidak menderhaka pada ayahnya kerana masalah ini ialah
masalah ayah dan ibunya. Setelah
pasangan ini berpisah segala urusan keluarga dipikul oleh ibunya dengan
tabah. Sebelum ke Alor Gajah, ibunya
berpesan agar Zahar memusnahkan makmalnya.
Hal ini adalah untuk mengelakkan orang kampung mengganggu keluarga
mereka lagi. Dalam makmal, Zahar
menghasilkan penawar menggunakan cecair daripada badan Morgan. Penyelidikan itu dijalankan berdasarkan
kata-kata yang didengarnya dalam mimpinya dahulu.
|
Selamat Tinggal Morgan
|
Malam itu, Zahar tertidur di sofa. Pada pagi esoknya, dia segera melihat hasil
eksperimennya malam tadi. Dia
menyemburkan sejenis cecair pada Morgan.
Kepulan asap putih dan hijau kekuningan keluar daripada badan Morgan
menyebabkan ulat itu tidak berdaya dan akhirnya mengeras. Tiba-tiba dia dikejutkan bunyi kuat seperti
sesuatu jatuh ke tanah. Dia tidak
menyangka apa-apa. Apabila hendak
mengunci pintu makmal, kunci itu terlepas dari tangannya dan dia ternampak puntung
rokok di tanah. Dia kehairanan dan
cuba mengaitkan bunyi benda jatuh dengan puntung rokok tersebut.
|
Tertewas.
|
Zahar memberitahu Fikri bahawa dia telah
mencipta penawar walaupun terpaksa memusnahkan Morgan kerana spesiesnya akan
membiak dan merangsang pembiakan ulat bulu berbintik hitam. Zahar memberitahu bahawa daun lebar makanan
Morgan di Pulau Pisang boleh dijadikan penawar. Pokok itu perlu ditanam secara intensif di
kawasan yang sesuai, Fikri cuba mententeramkan
Zahar akibat kematian, Morgannya itu.
Selepas tamat kuliah Zahar pulang untuk melihat penawar yang
diciptanya. Ibunya tiada di rumah dan dia
berharap ibunya gembira mendengar berita dia sudah berjaya menghasilkan
penawar serangan ulat bulu.
Di dalam makmal, dia terkejut bahan uji kaji
dan buku formulanya sudah hilang,.
Zahar menghubungi Fikri dan mereka berjumpa di kopitiam. Mereka menyangka semua ini angkara
Ripin. Walau bagaimanapun, mereka
ingin menyiasat perkara ini dahulu.
Mereka mengeledah makmal itu dan menjumpai sekeping resit daripada
Syarikat Ban Hen. Zahar mahu ke gudang
tapak semaian untuk menyiasat. Malam
itu mereka dapati ada bahan seperti tepung dalam gudang itu. Esoknya Zahar membuat laporan polis tentang
kehilangan bahan dan peralatan makmalnya.
Polis membuat intipan di stor tapak semaian benih cambah sawit. Seminggu kemudian, Ripin diberkas di
rumahnya berhubung sindiket penjualan benih cambah benih secara haram dan
pemalsuan dokumen urus niaga menggunakan logo Sime Darby Plantation Berhad
dan FELDA Agriculture Services Bhd. Turut diberkas ialah Jusoh dan Ahmad. Polis turut menjumpai buku formula dan serta hasil eksperimen Zahar. Perkara ini amat mengembirakan Zahar.
|
Pertemuan Yang
Tidak Terduga.
|
Majlis Perbandaran Johor dan Jabatan Kesihatan
Pontian menjalankan operasi Nyah Ulat Bulu.
Mereka menyembur menggunakan agen Biologi yang dicipta oleh
Zahar. Masalah ulat bulu pun selesai. Zahar menerima ucapan tahniah
bertubi-tubi. Pengurus inovasi UTM
memaklumkan mereka akan mengkormersialkan ciptaan Zahar. Ciptaannya itu dinamakan MONPUS. Sebagai penyelidik, dia akan cuba
mendapatkan perlindungan harta intelek.
Dia amat bersyukur dengan kejayaan ini. Dia akan menerima RM50,000. Seorang tokoh dari Universiti Oxford akan
tiba bersama delegasi Menteri Sains dan Inovasi untuk melancarkan produk
MONPUS, harta intelek Zahar Baharudin.
Apabila tetamu masuk Qistina terkejut melihat tetamu itu ialah bekas
suaminya sehingga paluan gong mengejutkannya daripada lamunan.
Selepas itu Zahar diumumkan sebagai
penerima anugerah Biasiswa Kerusi Canselor mewakili pelajar Asia. Profesor Dr. Baharudin dijemput untuk
menyampaikan anugerah tersebut.
Qistina terharu kerana hari itu, dia menyaksikan seorang ayah menyampaikan
anugerah kepada anak yang tidak dikenalinya.
Naluri Zahar mengatakan bahawa lelaki itu ialah ayahnya. Perkataan ayah terpacul daripada
mulutnya. Dr. Baharudin memeluk
anaknya. Dr. Baharudin tidak berselera
menjamah hidangan kerana memikirkan anak yang dibanggakannya itu. Dia segera mencari Zahar dan Qistina. Dia menyapa Qistina dan memohon maaf atas
kesilapannya yang lalu. Qistina
diperkenalkan dengan Irdiana, isterinya.
Di dalam dewan, Qistina terdengar bisikan Dr. Baharudin yang
melamarnya semula. Bisikan itu juga
didengari oleh Zahar yang yang amat berharap agar ibunya menerima lamaran
tersebut. Baginya, kecintaan terhadap
ulat bulu dan dunia penyelidikan menyambung semula ikatan yang terlerai.
|
Persoalan Novel Jejak Monpus
Persoalan
|
Contoh
|
|
Qistina agak
keberatan melepaskan Zahar pergi ke Pulau Pisang untuk mencari spesies ulat
bulu Pus Pus kerana bimbang akan keselamatan anaknya itu. Hal ini kerana Zahar pernah cedera semasa
mengikuti Perkhemahan Kembara Biologi Alam.
Keadaan ini menunjukkan Qistina amat menyayangi anak tunggalnya itu.
|
|
Zahar telah
mengaplikasikan pengetahuannya dalam bidang Sains Hayat untuk mencipta
penawar bagi menyelesaikan masalah ulat bulu yang melanda Kampung Maju Jaya
|
|
Ripin menaruh
dendam terhadap Zahar yang telah menangkapnya mencuri tong gas. Walau bagaimanapun, kejadian tersebut tidak
dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Sejak kejadian itu, dia sentiasa mencari peluang untuk membalas
dendamnya.
|
|
Tok Ketua Kampung
membuat keputusan yang tepat dengan menasihati penduduk kampung agar tidak membuat
keputusan secara terburu-buru untuk mengelakkan pertelingkahan tercetus. Baginya sesuatu perkara boleh dibawa
berbincang untuk mendapatkan jalan penyelesaiannya.
|
|
Penduduk kampung
merancang mengadakan solat hajat sebagai salah satu ikhtiar untuk mengatasi
serangan ulat beluncas di kampung mereka..
|
Novel Komsas Tingkatan 2 (2016~2020)
ZON 1 : NEGERI PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG, DAN PERAK
1. Novel Jalan ke Puncak - Juri Durabi
ZON 2 : NEGERI SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA
2. Novel Meniti Impian - Osman Ayop
ZON 3 : NEGERI MELAKA, PAHANG, TERENGGANU, DAN KELANTAN
3. Novel Jejak Monpus - Zulaiha Paikon
ZON 4 : NEGERI JOHOR , SABAH, SARAWAK, DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
4. Novel Darah Titik di Semantan - Arman Sani
32 Komentar untuk "Novel Jejak Monpus - Komsas Tingkatan 2"
Terima kasih atas ulasan yang mantap.
Smg usaha anda mendapat rahmat Allah...syukran
apakah pengajaran novel jejak monpus???
eeiikk hahaha
Ada tak plot bagi novel jejak monpus
KPD ZULAIHA PAIKON KENAPA NAK SUSAH PELAjaR TINGKATAN@ NGAN NOVEL NI HAAAA..... KALAU X DE NOVEL KOMSAS X DE AH KENA BUAT HW
molek untuk pelajaran
mana nilai?
Dh kerja dia biarlah
betul tu
betul tu
ni boek
mmmmm
saya bagi 5bintang
Best
good
terbaikk laaa
THX BNDE NI BERGUNE SNGT
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
terbukti la yg kau tak nk berjaya dalam life
tq
latar masa dan latat tempat kat mane???😐
sangat hebat
bagus i like
Sngat membantu untuk last minute study for exam
Oi nak puji sikit sikit sudahla
Terima kasih, ini adalah sangat berguna
K
Sape masuk laman web ni nampak sangat meniru😂
Alhamdulillah siap hw aq
rip kene tulis semua bab...
Thanks
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”