Permohonan Masuk Kolej Vokasional & Sekolah Teknik 2017

Permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) 2017 akan dibuka secara online mulai Oktober 2016. Pemohon yang berkelayakan boleh memohon melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia.

Permohonan secara Online Mulai 11 Oktober 2016:
Cara memohon:


Permohonan Masuk Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik 2017 secara online

Program dilaksanakan sepenuh masa selama dua (2) tahun dan murid diberi latihan dalam dua (2) komponen iaitu:
  1. Komponen akademik – menggunakan kurikulum Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK)
  2. Komponen vokasional - mengikut National Occupational Skills Standard (NOSS)
Info Setiap Program Kursus : infokursus_pav.pdf
Senarai Kolej Vokasional di seluruh negara : senarai-kolej-vokasional-dan-kursus.html

JADUAL PROSES KEMASUKAN MURID KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK AMBILAN JANUARI 2017
  • Permohonan Secara Online: 11 Oktober 2016
  • Tarik Tutup Permohonan: 20 Disember 2016
  • Pemprosesan Permohonan (BPM): akan dikemaskini
  • Sesi Temuduga (Sekiranya perlu) & Pemilihan: akan dikemaskini
  • Semakan Keputusan Kemasukan Secara Online: akan dikemaskini
  • Pendaftaran Masuk: akan dikemaskini

Syarat-Syarat Kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) 2017

1. SYARAT UMUM DAN SYARAT KHUSUS PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ VOKASIONAL
(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Pendidikan Asas Vokasional)
  • Calon adalah Warganegara Malaysia;
  • Calon merupakan murid Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan Tiga (3) Tahun 2016;
  • Calon sihat tubuh badan ;
  • Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  • Calon bebas daripada masalah mental;
  • Calon berminat dengan program dipohon;
  • Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira); dan
  • Calon bidang elektrik dan elektronik, awam, industri kayu dan pembuat pakaian mestilah TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA.

2. SYARAT UMUM DAN KHUSUS PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA)
(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana)
SYARAT UMUM
  • Calon adalah Warganegara Malaysia;
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan /Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan;
  • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani , Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi) ;
  • Calon sihat tubuh badan ;
  • Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  • Calon bidang elektrik dan elektronik, awam, industri kayu dan pembuat pakaian mestilah TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA.
  • Calon bebas daripada masalah mental ; dan
  • Calon berminat dengan program dipohon.
SYARAT KHUSUS
  • Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup (Keputusan PT3); dan
  • Calon memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah-PS).

3. SYARAT UMUM DAN SYARAT KHUSUS KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) - ALIRAN TEKNIKAL
(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana)
SYARAT UMUM :
  • Calon adalah Warganegara Malaysia;
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan;
  • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani , Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
  • Calon sihat tubuh badan ;
  • Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  • Calon bebas daripada masalah mental;
  • Calon berminat dengan kursus dipohon; dan
  • Calon bidang *Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta Kejuruteraan Awam mestilah TIDAK RABUN / BUTA WARNA.
SYARAT KHUSUS
  • Khusus untuk Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Kejuruteraan Awam, Sains Pertanian Dan Perdagangan
  • Calon memperoleh sekurangkurangnya C bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Kemahiran Hidup
  • Calon memperoleh sekurangkurangnya D dan Band 4 bagi mata pelajaran Sains.

4. SYARAT UMUM DAN SYARAT KHUSUS PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ VOKASIONAL
(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana)
  • Calon adalah Warganegara Malaysia;
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan /Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan;
  • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani (PAJSK), Sukan dan Kokurikulum serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
  • Calon sihat tubuh badan ;
  • Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  • Calon bebas daripada masalah mental;
  • Calon berminat dengan program dipohon;
  • Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira); dan
  • Calon bidang elektrik dan elektronik, awam, industri kayu dan pembuat pakaian mestilah TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA.

5. SYARAT UMUM DAN SYARAT KHUSUS PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ VOKASIONAL
  • (Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Pendidikan Asas Vokasional)
  • Calon adalah Warganegara Malaysia;
  • Calon merupakan murid Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan Tiga (3) Tahun 2016;
  • Calon sihat tubuh badan ;
  • Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  • Calon bebas daripada masalah mental;
  • Calon berminat dengan program dipohon;
  • Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira); dan
  • Calon bidang elektrik dan elektronik, awam, industri kayu dan pembuat pakaian mestilah TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA.
29 Komentar untuk "Permohonan Masuk Kolej Vokasional & Sekolah Teknik 2017"
Tanpa Nama
delete

BAGAIMANA SAYA NK MDFTAR KE KOLEJ VOKASIONAL

1. Masuk ke website https://sptv.moe.gov.my/
2. Pilih Aliran
3. Log masuk dengan no my kad
4. Isi borang

Panduan mengisi borang, layari laman berikut : https://sptv.moe.gov.my/perdana/Panduan_Permohonan_SPTV_PERDANA.pdf

Tanpa Nama
delete

alaa .. sy nk minta teknik , tp sains E . takde harapan lah . :(

Assalamualaikum Macam Mana hendak Buat Rayuan Secara Online

Tiada permohonan rayuan secara online disediakan.
Permohonan rayuan hanya boleh dibuat oleh calon dengan mengunjungi (walk-in) mana-mana Kolej Vokasional mulai 27 Jan ~ 19 Feb.

adakan calon selepas tingkatan 5 diterima atau ada krusus lain yg ditawarkan

Kolej VK hanya utk lepasan Tingkatan 3.
Lepasan Tingkatan 5, selain IPTA dan IPTS, boleh mohon GiatMara

Salam,nak tanya sikit nih kalau saya tak terplih masok ke kv. Boleh tak saya nak mohon lagi sekali ?

Anda boleh memohon rayuan kemasukan dengan pergi terus ke kolej terlibat sebelum 29 Feb ini.

Assalamualaikum,nak tanya boleh tak nak minta kat institusi kv lain. Sebab saya dah mohon kv tapi tak dapat.

Boleh... Bergantung kepada jenis kursus dan kelayakan.

Tanpa Nama
delete

Saya dah lambat daftar sebelum tarikh permohanan
Bolehkah saya dapat kv?

Tanpa Nama
delete

boleh sye mohon masuk giatmara

Tanpa Nama
delete

Bila nak daftar masuk ke kolej kv ???

Tanpa Nama
delete

Kalau mau masuk vokasional mesti lulus kah?

Tanpa Nama
delete

Daftar menggunakan keputusan pt3 percubaan atau pt3 sebenar?

Tanpa Nama
delete

salam kalau sya lulus 3 subjek je xpe ke??

Tanpa Nama
delete

KV bleh trme ke plajar dpt gred ni bi c,bm b,math e,sains e,kh d,BC e

Tanpa Nama
delete

Kami msuk bleh mohon biasiswa tk

Tanpa Nama
delete

Encik..bm qnd kh lulus boleh dapat kv ke???

apasal aku tak dapat pukak potral kementerian ni

Tanpa Nama
delete

Brapa krdit masuk sni ?

saya begitu minat sekali salam aliran kv labih2 lagi dalam bidang automotif....bilakah pendaftaran akan dibuka

Tanpa Nama
delete

Dia blh amik keputusan pt3 tk

Tanpa Nama
delete

Klo x pkai borang online boleh x daftar?

Tanpa Nama
delete

Bila pendaftaran yang mau masuk sekolah ?

Sekarang semua dah tutup secara online.....kalau daftar cara lain takboleh ke???

Assalamualaikum, boleh saya tahu sesi walk-in ni bermula dari jam berapa sehingga jam berapa ?

Tanpa Nama
delete

kalau nk daftar bkn melalui online..blh x?????

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved