Rujukan Harga Barang Terbuang Kitar Semula


Berikut adalah panduan harga barang kitar semula (recycle) seperti Besi buruk, tembaga, aluminium, surat khabar lama, kertas, plastik, kabel, wayar kuprum, kotak, tin minuman, botol plastik, peralatan elektrik dan lain-lain barang terbuang yang berharga untuk di kitar semula

Rujukan Harga Barang Terbuang Kitar Semula

Namun harga barang kitar semula ini boleh berubah-ubah sepanjang masa mengikut kawasan, harga pasaran dan permintaan. Oleh itu setiap pusat pengumpulan barang kitar semula ini tidak mempunyai harga yang tetap dan seragam.

Berikut adalah harga barangan kitar semula di Lembah Kelang. Ianya boleh dijadikan panduan dan rujukan asas buat anda.

Panduan Harga Barang Kitar Semula
Panduan Harga Barang Kitar Semula
Harga barangan kitar semula - Pusat Kitar Semula UKM (Nov 2013)

Berikut pula adalah rujukan senarai harga barang kitar semula yang boleh dijadikan panduan atau sebagai penanda aras. Ianya ditawarkan oleh Syarikat Uzaya Trading pada 12 Januari 2015.

Bil
Jenis Barang Kitar Semula
Harga/ Kg (RM)
Bil
Jenis Barang Kitar Semula
Harga/ Kg (RM)
1
Surat khabar lama
0.20
11
Aluminium mengikut jenis
3.50-4.00
2
Buku-buku dan kertas bercampur (berwarna)
0.10
12
Wayar bercampur gred A
2.00
3
Kertas hitam/putih
0.30
13
Wayar rumah
6.50
4
Plastik 1 (lembut)
0.70
14
Copper (logam)
16.50
5
Plastik 2 (keras)
0.20
15
Monitor, TV,Peti sejuk.
Mesin basuh dan peralatan elektrik yang rosak atau lupus.
Harga boleh runding sama ada dikira besi atau plastik keras.
6
Kotak
0.20
7
Besi  (logam)
0.40
8
Steel (logam)
1.00
9
Zink (tin kosong) (logam)
0.20
10
Wayar bercampur gred B
0.30

Catatan: Harga kertas yang sudah dihancurkan pun sama dengan kertas belum dihancurkan.

Untuk tahun 2016, harga di atas boleh dijadikan asas rujukan dan sudah pasti sebenarnya ia semakin tinggi harganya

Tingkatkan Harga Barangan Kitar Semula

Untuk mendapatkan harga yang tinggi, setiap barangan terbuang yang boleh di kitar semula mestilah diasingkan mengikut jenis material.

Selain itu taktik menjual barangan terbuang ini juga perlu terutama jualan melalui pembeli barangan terbuang yang datang ke rumah-rumah. Mereka selalunya akan meletakkan harga yang teramat murah sekiranya anda tidak tahu atau tiada rujukan akan harga asas pasaran barang terbuang ini.

Oleh itu dengan adanya panduan harga ini, anda tidak mudah akan tertipu.


Tips, kaedah dan cara tingkatkan harga barangan kitar semula
Berikut pula adalah contoh biasa situasi proses jual beli barangan terbuang kitar semula ini melalui pembeli yang datang ke rumah-rumah. Anda perlu bijak dalam berurusan... Semoga perkongsian yang diambil dari FB ini dapat membantu anda...
Senang hati betul rasanya berbual dengan taukey besi buruk (scrap, recycle) Cina muda tadi. Mungkin disebabkan umur kami tidak jauh berbeza maka banyak bicara bagai senada. Dia puji tulisan saya cantik, "Wah tulisan lu manyak cantik maa, ini mesti manyak rajin sekolah."

"Ini TV lama dua puluh lapan inchi berapa you berani angkat,tokey?" Saya cuba nak main harga dua buah TV ibunda yang telah lama rosak dan tersadai.

"Ini TB, hmm... Gua angkat sama you dua ringgit sajalah."

"Apa? Tv ini macam besar lu mau angkat dua ringgit saja ka tokey? You pun tahu, dalam ini tv ada macam-macam, wayar kuprum,body tv plastik, rangka dia besi, skrin dia kaca. Paling sikit RM15 boleh dapat tau, tokey."

"Haha (ketawa sakan), lu memang banyak sekolah banyak pandai. Kalau lu mahu gua angkat mahal, boleh. Lu kasi bukak ini TV sekarang dulu la, kita timbang kira lain, apa macam?"

"Ala, lu balik kasi buka ini TV sendiri la, tokey, Kita kira kasi lumsum lah sekarang."

"Haiya, lu tahu tak, kalau gua jual balik bulat-bulat ini TV harga tujuh ringgit sahaja tau. Lu tarak mau tanya ka, kenapa gua tarak buka sendiri ini tv, maa?"

"Hah, kenapa?"

"TV kalau salah buka boleh kasi terbakar, boleh meletup woo. Gua tarak sekolah pandai, tak reti macam mana nak buka ini TV. Tapi gua tarak bodoh, kalau terbakar, meletup, bayar insuran pun mahal wo."

"Haha (gua gelak besar). Itu lagi pandai, taukey. Pandai risiko."

"Okey-okey. Sekalang, jom tolong gua angkat ini TV masuk lori. Satu orang angkat mana boleh,maa."

"Amboi. Kalau ini macam, mesti mahu kasi upah lah, taukey. Gua bukan pekerja lu."

"Bolehlah, duit minum-minum gua boleh kasi. Lu tolong gua angkat, gua kasi lagi naik dua ringgit satu TV."

"Wah, patutlah lu mau angkat ini tv RM2 saja. Awal-awal lu sudah plan mahu mark-up upah angkat."

"Hahaha, lu memang sekolah pandai. Selalu hidu itu taktik gua. Hahaha!"

Begitulah perbualan kami. Dari sini dapatlah dipelajari, "Always think one step ahead." Kalau sudah tahu bahawa harga akhir boleh berubah, maka siap-siap 'pancung' lebih awal. Kalau sudah jangka risiko ada dihadapan, maka cuba elakkan dari menanggung rugi atau ambillah untung daripadanya.

18 Komentar untuk "Rujukan Harga Barang Terbuang Kitar Semula"

Tiang lampu jalan yang rosak boleh dijual? Berapa rm?

Bos...mau beli botol bekas ka?
Macam bekas botol aqua.bekas botol air meneral
Sy banyak sudah kumpul

Bos...mau beli botol bekas ka?
Macam bekas botol aqua.bekas botol air meneral
Sy banyak sudah kumpul

Nak jual tembaga berape harga

Botol kosong lequare, dan botol kosong wine ada tak kedai ambk.

Sy nk mtk no utk jual barang kitar semula.area springhill

Sya nk jual stainless steel pnya brg...bleh taw x harga per kg?

Bossku harga tembaga kuning berapa per kg yer? Contoh tembaga kepala paip ?

Bossku tembaga jenis kepala paip tu berapa yer per kg?

assalamualaikum tuan..ingin bertanya tentang cooper..saya ade teman yg bekerja di dermaga membuat kipas kapal..di mana untuk jualbilah kipas yg rosak..berat selapas dipotong hampir mencecah 2 tan untuk satu block..minta pencerahan tuan..

assalamualaikum tuan..ingin bertanya tentang cooper..saya ade teman yg bekerja di dermaga membuat kipas kapal..di mana untuk jualbilah kipas yg rosak..berat selapas dipotong hampir mencecah 2 tan untuk satu block..minta pencerahan tuan..

Boss mai beli botol putih 3L tak?botol sudh byk dirumah

Tanpa Nama
delete

Bole whtsp atau cal sya
Sya akan.beli dgn htga tingi msti puas hati..0109880228 mohd

Boss saya Yang Cari barang washing machine gear box Toshiba 9kg.ada Jual tak sesiapa2 . Saya mau beli.
Kalau Ada wattsup saya ini nombor 0182419482. TQ..

hi bos . nk tanya di mana ada jual barang~ii stepper motor yg recycle punya .

Saya ad kereta yg tak pakai ingin dijual sbg besi buruk untk pngesahan pemilikan geran semua ad. . Bolh hbgi sya jika mahu mmbeli.. 01128608184

Untung barangan kitar semula itu dibeli dengan harga yang mahal. Di Kelantan tidak. Seguni botol dibayar hanya RM10 saja. Kalau ditimbang secara kilo, penjual barangan terbuang boleh bernafas sikit. Kalau penjual barangan itu cuba komplen dengan harga, penjual berkenaan akan diboikot pula. Namun, mereka tetap meneruskan usaha itu kerana tidak ada kerja lain lagi.

Timah pukat yg kelaut tu laku ke?? Bnyk sgt 2 guni beras kt rmh

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved