Panduan Lafaz Niat Ganti Puasa Ramadan
Puasa ganti atau qada adalah bagi menggantikan ibadat puasa Ramadan yang ditinggalkan. Puasa di bulan Ramadan itu wajib bagi mereka yang sudah temasuk dalam syarat wajib berpuasa maka jika ada yang tertinggal akibat dari sebab-sebab tertentu sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja, ianya wajib diganti.
Panduan Lafaz Niat Ganti Puasa Ramadan |
Namun ada yang melafazkan dua niat serentak pada satu masa iaitu untuk puasa ganti dan puasa sunat dengan bertujuan mengabungkan antara Puasa Qaqa dan Puasa Sunat (Puasa Enam)
Setelah merujuk kepada kandungan sesi soal jawab agama berkaitan perkara ini, Ia menjelaskan bahawa Puasa qada adalah menggantikan puasa yang difardhukan (Ramadan) sedangkan puasa enam merupakan puasa sunat. Justeru itu ia tidak boleh digabungkan.
Bagaimanapun ada segelintir pendapat mengatakan ia dibolehkan. Namun jika masih musykil tentang perkara ini sebaiknya mendapatkan penjelasan dari mereka yang lebih arif secara terus untuk mengelakkan sebarang kekeliruan atau keraguan.
Terdapat juga beberapa pendapat tentang mana patut buat dulu antara qada dan sunat ini, namun pendapat umum ulama’ mengatakan dibolehkan puasa sunat syawal dahulu baru puasa ganti kerana tempoh syawal adalah sebulan sahaja.
Puasa ganti pula boleh dilakukan pada bulan-bulan berikutnya sebelum menjelang bulan Ramadan yang akan datang, namun elakkan bertangguh. Wallahuallam... Jika masih ada keraguan, sila rujuk kepada yang ahli dan arif secara terus.
CARA DAN LAFAZ NIAT GANTI PUASA RAMADAN
نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى
"Nawaitu sauma ghodin an’ qada’e fardhu ramadhona lillahi taala"
Maksud : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala
Jangka Waktu Qada’ Puasa Ramadan
Waktu yang diberi untuk qada' puasa Ramadan adalah dari bulan Syawal sehingga ke bulan Ramadan yang berikutnya. Walaubagaimanapun qada’ puasa yang dilakukan dalam masa yang dilarang berpuasa adalah tidak sah.
Adapun bagi mereka yang melebihi tempoh qada’ Ramadan tanpa uzur iaitu sehingga tibanya bulan Ramadan yang berikutnya maka ia wajib juga qada’ dan disertakan dengan membayar fidyah
LAFAZ NIAT PUASA SUNAT ENAM SYAWAL
“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan Syawal kerana Allah Taala”
0 Komentar untuk "Panduan Lafaz Niat Ganti Puasa Ramadan "
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”