Semak Saman Polis (PDRM) & JPJ Secara Online atau SMS


Semak Saman Polis, JPJ Secara Online atau SMS: Segala informasi dan maklumat kini amat mudah untuk diketahui. Hanya dihujung jari... ianya dapat diakses. Inilah kecanggihan teknologi media dan tekomunikasi masa kini. Kemudahan yang amat membantu kita untuk menjalani kehidupan di zaman yang serba pantas dan mencabar ini.

Kini, kita juga boleh menyemak saman kesalahan trafik secara online untuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui beberapa cara sama ada di laman web atau melalui khidmat sistem pesanan ringkas (SMS).

Maklumlah...kadangkala tak tahu pun yang kita ini ada saman atau dah terlupa ada saman tertunggak yang belum berbayar. Maka, sebelum dikenakan sebarang tindakan yang lebih keras, ada baiknya disemak dan selesaikanlah dengan segera jika ada!


Antara cara-cara yang biasa dilakukan oleh pengguna untuk membuat semakan saman secara online dan SMS dengan mudah dan pantas adalah seperti berikut :

Panduan Semakan Melalui SMS

1. Semak saman PDRM Melalui SMS
PDRM menyediakan saluran mudah untuk semak saman trafik melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Cara semak saman melalui SMS :
  • Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No plat kenderaan] pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 32728 atau 15888.
  • Contoh: POLIS SAMAN 881111122111 atau POLIS SAMAN WWW1234 
Untuk jawapan terperinci, sila taip mesej seperti berikut:
  • POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan]<jarak>[email] dan hantark ke 32728. Perincian saman anda akan dihantar ke alamat email yang disertakan.
  • Contoh:POLIS SAMAN 881111122111 jengo88@yahoo.com
* Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap SMS yang di hantar dan 20 sen untuk setiap SMS yang diterima

2. Semak saman, lesen memandu dan mata kejara JPJ melalui SMS
JPJ juga menyediakan perkhidmatan semakan melalui SMS. Anda boleh lakukan semakan dengan cara berikut:
  • Taip JPJ your IC Number and send to 37773
  • Contoh: jpj 123456734000 hantar ke 37773 
Atau dengan cara berikut:
  • Taip JPJ<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan] pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 15888.
  • Contoh: JPJ SAMAN 881111122111 atau JPJ SAMAN WWW1234

Panduan Semakan Secara Online

1. Semak Saman Online PDRM Melalui Portal Rasmi PDRM
  • Untuk yang sudah mendaftar - boleh login di SINI
  • Untuk belum mendaftar sila daftar di SINI

2. Semak Saman JPJ Online Melalui Portal Rasmi JPJ
  • Sila klik link ini : Laman Web JPJ samada dengan menggunakan No Kad Pengenalan sahaja ataupun No Kad Pengenalan dan No Plat Kenderaan

3. Semak Saman Trafik Polis (PDRM) & JPJ serta Pembayaran Saman Online Melalui MYeG
Menggunakan kaedah ini lebih mudah untuk menyemak saman anda. Semua dalam satu halaman.
Anda boleh pergi ke laman berikut: MyEG Services Berhad
Untuk Pengguna Berdaftar MyEG, anda boleh terus login dengan username dan password anda

Untuk Pengguna yang pertama kali, anda perlu daftar dahulu butir-butir diri anda sebelum anda boleh mula semak saman anda.
  • Tekan butang Daftar Sekarang: Register Now
  • Setelah selesai anda boleh Log in menggunakan username dan password anda. Anda boleh pilih untuk Menyemak Saman yang mana satu samada semak saman JPJ atau semak saman trafik polis (PDRM)
  • Masukkan no plat kereta anda kemudian hantar. Serta merta saman akan keluar jika anda melakukan kesalahan. Anda boleh bayar menggunakan kad kredit. Jangan lupa print resitnya sekali sebagai bukti & simpanan

4. Khas untuk Pengguna Smartphone Android
  • Boleh download applikasi semakan saman di SINI

5. Melalui rilek.com
RILEK adalah Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan
  • Check saman anda di website RILEK

Semoga perkongsian di atas dapat membantu para pembaca menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak, serta mengelak termasuk dalam golongan yang disenarai hitam oleh JPJ atau PDRM. - sumber

15 Komentar untuk "Semak Saman Polis (PDRM) & JPJ Secara Online atau SMS "

Alhamdulillah bebas SAMAN dari JPJ dan PDRM :)

Mudah dan senang sekali cek saman guna online atau sms

lepas ni senang dah nak check saman

Wqm 6919 sama polis

Tanpa Nama
delete

WBT5421

Ple check for me jpj saman WGR4748

Tanpa Nama
delete

AHL 8706 kereta Honda pemandu gila suka mkn jalan motosikal dan hampir himpit pembonceng

Tanpa Nama
delete

Saman dah bayar trapik dah semlm ari ni nama dah padam nama

Macam mana mau bayar saman kereta yg senang

Tanpa Nama
delete

eleh

Sebelum pukul berapa boleh Bayar saman

Saman Speed trap boleh minta PENGURANGAN tak? Berapa paling minima boleh dapat?

Tanpa Nama
delete

POLIS SAMAN NCK6192

Saya dah selesai bayar saman jpj dari makhamah .agak2 bila boleh clear senarai hitam. Sb nak renew rotax xboleh sb nama masih dlm system

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved