Sambal Tumis Ikan Bilis Lembut Bersantan

Sambal Tumis Ikan Bilis Lembut Bersantan: Sambal tumis ikan bilis boleh dikatakan menjadi menu kegemaran oleh sesiapa sahaja tanpa mengira kaum. Ianya enak dimakan dengan nasi, pulut, roti, lempeng dan sebagainya.

Campuran rasa pedas, masin, manis dan masam bagaikan sebati menjadikan menu sambal tumis ikan bilis adalah pembuka selera dan menjadi lauk sampingan yang digemari.

Terdapat pelbagai versi dan cara masakan sambal tumis ikan bilis ini. Salah satu darinya adalah sambal tumis ikan bilis bersantan. Ianya memberi tambahan rasa berlemak kepada sambal tumis dan amat sedap dimakan bersama nasi panas.

Sambal Tumis Ikan Bilis Lembut Bersantan

Sambal tumis ikan bilis bersantan ini tidak menggunakan ikan bilis bergoreng maka ikan bilis jenis lembut perlu digunakan kerana ianya lebih sedap, tidak keras dan ikan bilis ni akan menyerap kuah sambal agar lebih nikmat dirasai.

Resepi

Berikut adalah resepi dan cara membuat sambal tumis ikan bilis lembut bersantan. Ianya amat mudah dan boleh dimasak oleh sesiapa sahaja...

Bahan-bahan:
  • 200 grm ikan bilis - dibersih 
  • 6 biji bawang besar - dimayang nipis-nipis 
  • 1 keping asam keping atau asam jawa 
  • Cili kisar secukupnya. (Nak sedap... gunakan cili kering yang anda kisar sendiri) 
  • 3 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • Santan pekat secukupnya 
  • Garam dan gula secukup rasa 

Panduan Cara Memasak Sambal Tumis Ikan Bilis Lembut Bersantan : 
  • Kupas semua kulit bawang dan ditumbuk lumat. 
  • Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan tumbuk sehingga wangi. 
  • Masukkan 10 sudu besar cili kisar dan biarkan cili masak sehingga naik minyak. 
  • Jika anda suka pedas boleh tambah lagi cili kisar . Sila ubah suai jumlah kandungan bahan mengikut selera anda.
  • Masukkan semua bawang besar yang telah dihiris dan ikan bilis serta dikacau semua bahan cukup sekadar sehingga bawang layu. 
  • Kemudian masukkan asam keping dan santan secukupnya serta garam dan gula secukup rasa. 
  • Kacau bagi semua bahan mesra sehingga masak dan boleh lah ditutup api dapur.
Note: Gunakan minyak yang agak banyak bila tumis cili kisar supaya cili betul-betul masak serta pecah minyak. Ianya bagi mengelakkan perut memulas.

Bagaimana? Sudah bersedia untuk memasak sambal tumis ikan bilis lembut bersantan ini... Jangan lupa kongsikan pendapat anda tentang rasanya ya...

0 Komentar untuk "Sambal Tumis Ikan Bilis Lembut Bersantan"

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved