Spesifikasi & Review Xiaomi Redmi Note 3 Malaysia


Spesifikasi & Review Xiaomi Redmi Note 3 Malaysia: Telefon Pintar kategori pertengahan kini menjadi semakin canggih dan menawarkan spesifikasi yang tidak terkalah berbanding kategori premium yang cukup mahal harganya.

Walaupun tidak akan memberikan sebaik kategori premium, telefon pintar kategori pertengahan merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang mahukan telefon pintar yang agak murah tetapi memberikan kualiti dan spesifikasi yang amat memuaskan untuk kegunaan secara tidak terlalu "hardcore"

Kini sebuah jenama yang semakin mendapat perhatian adalah Xiaomi. Produk dari China ini menawarkan sesuatu yang sungguh mengujakan pada harga mampu milik. Kini jenama Xiomi bukan sahaja sangat besar di China tetapi di seluruh dunia.

Xiaomi Redmi Note 3 Malaysia

Xiaomi Malaysia (Mi Malaysia) akan menawarkan produk terbaik mereka untuk pasaran tempatan iaitu telefon pintar Xiaomi Redmi Note 3. Sebuah telefon pintar yang telah mendapat maklum balas serta ulasan yang cukup baik sejak dilancarkan ke seluruh dunia pada Nov 2015.

Pada 29 Mac 2016 ini, pelancaran secara rasmi Xiaomi Redmi Note 3 untuk pasaran Malaysia akan diadakan.

Apakah keistimewaan Xaiomi Redmi Note 3 ini sehingga ianya menjadi antara telefon pintar terbaik peringkat pertengahan malah mampu menyaingi sesetengah telefon pintar peringkat premium?

Ya! Sudah pasti kerana spesifikasinya tinggi dan reka bentuk premium yang ditawarkan tidak akan anda perolehi pada harga yang sangat berbaloi! Jom kita lihat dan anda nilaikan sendiri:..

Spesifikasi Redmi Note 3 Malaysia

Terdapat dua pilihan untuk model telefon pintar Xiaomi Redmi Note 3 Malaysia yang hanya dibezakan oleh saiz RAM dan Memori iaitu:
  1. Xiaomi Redmi Note 3 16GB/2 RAM - Harga RM 749
  2. Xiaomi Redmi Note 3 32GB/3 RAM - Harga RM 849
Xiaomi Redmi Note 3

General Spesification
  • Body:   Metal Aluminum body
  • Network Bands:   2G & 3G & 4G
  • SIM:   Dual SIM (Micro-SIM, dual stand-by)
  • Dimension:   150  x  76  x  8.7 mm
  • Weight:   164 g (5.78 oz)
  • OS:   Android OS, v5.0.2 (Lollipop)
  • CPU:   Quad-core 1.4 GHz Cortex-A53 & Dual-core 1.8 GHz Cortex-A72
  • Chipset:   Qualcomm MSM8956 Snapdragon 650
  • GPU:   Adreno 510 - MIUI 7.0
  • Internal:   16 GB, 2 GB RAM / 32 GB, 3 GB RAM
  • External Memory:   No
  • Battery:   Non-removable Li-Po 4000 mAh battery
  • Stand By:   Up to 264 h (3G)
  • Colors:   Silver, Gray, Gold
Screen
  • Spec:   IPS LCD capacitive touchscreen, 16M colors
  • Size:   5.5 inches (~72.4% screen-to-body ratio)
  • Resolution:   1080 x 1920 pixels (~403 ppi pixel density)
  • Multi Touch:   Yes
Connectivity
  • GPRS:   Yes
  • EDGE:   Yes
  • 3G/4G Speed:   HSPA, LTE
  • Wi-Fi:   Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, dual-band, WiFi Direct, hotspot
  • Bluetooth:   v4.1, A2DP, LE
  • Infrared Port:   Yes
  • USB:   microUSB v2.0, USB On-The-Go
Entertainment & Features
  • Sensor:   Fingerprint, accelerometer, gyro, proximity, compass
  • GPS:   Yes, with A-GPS, GLONASS, BDS
  • Messaging:   SMS(threaded view), MMS, Email, Push Mail, IM
  • Radio:   Stereo FM radio; recording
  • Browser:   HTML5
  • Java:   No
  • - Fast battery charging
  • - Active noise cancellation with dedicated mic
  • - XviD/MP4/H.265 player
  • - MP3/WAV/eAAC+/Flac player
  • - Photo/video editor
  • - Document viewer
Camera & Video
  • Primary:   13 MP, f/2.2, phase detection autofocus, dual-LED (dual tone) flash
  • Secondary:   5 MP, f/2.0, 1080p
  • Video:   1080p@30fps
  • Feature:   Geo-tagging, touch focus, face/smile detection, HDR, panorama
Sound & Music
  • Alert Types:   Vibration; MP3, WAV ringtones
  • Loud Speaker:   Voice 66dB / Noise 66dB / Ring 75dB
  • 3.5mm jack:   Yes
  • Radio:   Stereo FM radio; recording

Pilihan Telefon Pintar Paling Berbaloi

Adakah anda berpuashati dengan spesifikasi yang ditawarkan? Jika ianya dalam kategori telefon pintar pertengahan yang berharga bawah RM1K, tidak dinafikan lagi, ianya adalah peneraju dan pilihan terbaik dalam kategorinya malah mengatasi kebanyakan model telefon pintar dilingkungan harga RM2K!

Paling memuaskan hati adalah penggunaan chipset Qualcomm MSM8956 Snapdragon 650 yang telah terbukti sangat pantas dan diakui tanpa masalah disamping kuasa bateri yang amat besar untuk kuasa yang lebih lama.

Xiaomi tidak lokek dengan memberikan pengimbas cap jari yang hanya ada pada model premium serta metal body yang membuatkannya kelihatan anggun dan mahal! Namun kelemahan yang ketara adalah tiadanya sokongan memori kad mikro untuk tambahan.

Berminat untuk memiliki Xiaomi Redmi Note 3? Untuk model Import/Ap (China Spec) anda boleh dapatkannya sekarang dikebanyakan website belian secara online.

Untuk belian model Xiaomi Redmi Note 3 keluaran rasmi Xiaomi Malaysia, anda boleh beli secara online melalui website MiMalaysia.Com atau pengedar rasmi Xiaomi seluruh negara mulai 6 April 2016.

Untuk sebarang berita, maklumat dan informasi... anda boleh ke halaman Facebook: https://www.facebook.com/XiaomiMalaysia/

Galeri Xiaomi Redmi Note 3

Xiaomi Redmi Note 3 Malaysia
Xiaomi Redmi Note 3 Malaysia
Xiaomi Redmi Note 3 Malaysia
Xiaomi Redmi Note 3 Malaysia
Xiaomi Redmi Note 3 Malaysia
Xiaomi Redmi Note 3 Malaysia
Xiaomi Redmi Note 3 Malaysia
Xiaomi Redmi Note 3 Malaysia

1 Komentar untuk "Spesifikasi & Review Xiaomi Redmi Note 3 Malaysia"

dah beli satu hari tu..cuma tak puas hati sebab saiz yang kecil..kalau xiaomi mungkin bagus kot..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved