Sijil SVM Setara SPM Tetapi Bersyarat


Benarkah Sijil Vokasional Malaysia (SVM) kini sudah diiktiraf setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)? Ianya benar! Tetapi ada syarat kelulusan yang ditetapkan untuk Sijil SVM ini mendapat pengiktirafan penyetaraan tersebut.

Sijil Vokasional Malaysia (SVM) setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Syarat Penyetaraan:
  1. Purata nilai gred kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih daripada 3.3
  2. Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM kod 1104
  3. PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 3.67 dan kompeten semua modul vokasional.
Jika calon Sijil SVM memperoleh keputusan seperti syarat yang dinyatakan, ini bermakna mereka mempunyai peluang yang sama seperti calon SPM untuk melanjutkan pelajaran.

Berikut adalah kenyataan media oleh KPM tentang penyetaraan SVM dengan SPM

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERKAITAN PENYETARAAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM) DENGAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) DAN LALUAN PELAJAR

Sijil Vokasional Malaysia (SVM) setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

3 Komentar untuk "Sijil SVM Setara SPM Tetapi Bersyarat"

Pelajar lepasan svm boleh ke nak meneruskan pengajian ke uitm?

jika svm setaraf dgn spm mengapa tiada subjek ulangan sejarah utk pemegang svm. pemegang svm yg berminat melanjutkan pelajaran di ipta / ipts hanya berpeluang mengambil subjek sejarah pada bulan november. Tiada peluang mengulang subjek sejarah bg pemegang svm seperti mana pemegang spm di mana mereka bole mengulang peperiksaan ulangan spm pada bulan jun dan November. harap kementerian tidak terlepas pandang hal ini.

Kalau pngka 3.19 tak boleh ke pergi ke universiti?

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved