Novel Meniti Impian merupakan novel terpilih yang menjadi rujukan Komsas Tingkatan 2 yang mula digunakan pada tahun 2016. Novel ini hasil karya Osman Ayop
Tema Novel Meniti Impian
Kegigihan seorang remaja dalam mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang usahawan. - Zahar gigih menuntut ilmu di IKM dalam bidang pertukangan kerana ingin mencapai cita-citanya untuk menjadi usahawan perabot yang cemerlang. Kegigihan juga dapat digambarkan melalui usahanya membantu bengkel Pak Yusuf dalam menyiapkan tempahan setiapa kali pulang bercuti di kampung.
Osman bin Ayob
LAHIR : 18 April 1951, di Kampung Alur Gelenggang, Sungai Daun, Yan, Kedah.ALAMAT : 6, Lorong 8, Taman Mewah Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Dikenali sebagai OSMAN AYOB mula mencipta namasebagai penulis apabila cerpennya bertajuk “Detik yang Tergugat” memenangi hadiah pertama dalam Sayembara Cerpen ESSO-GAPENA III pada tahun 1981. Walaupun beliau sering memenangi hadiah tetapi kemenangannya pada tahun tersebut begitu memberi erti terhadap kariernya.
Pendidikan awal Osman dari Sekolah Kebangsaan Bukit Besar dan pelajaran menengahnya pula diperoleh di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah dari tahun 1964 hingga 1967. Kemudian Osman meninggalkan kampung kelahirannya dan merantau ke Kuala Lumpur. Di sini, beliau mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan secara persendirian dan beliau lulus pada tahun 1977.
Di Kuala Lumpur, Osman berkhidmat sebagai kerani di Ibu Pejabat Hal-Ehwal Orang Asli Malaysia pada tahun 1976. Selepas itu, pada tahun 1979 beliau bertukar ke Jabatan Ukur Kedah/Perlis dan memegang jawatan sebagai juruteknik. Pada penghujung tahun 1976, Osman berpindah kerja ke Jabatan Telekom Malaysia (kini Telekom Malaysia Berhad) sebagai Pegawai Trafik.
Beliau mula meminati sastera ketika berada di tingkatan lima. Pada waktu itu beliau mula menulis rencana-rencana ringan dan disiarkan dalam Majalah Filem, iaitu pada sekitar tahun 1970-an. Bakatnya diasuh melalui karya yang disumbangkan dalam ruangan “Apa Pendapat Saudara”, terbitan majalah yang sama. Ruangan ini menjadi semacam latihan kepada Osman untuk mengasah bakatnya dalam bidang penulisan.
Setelah Osman berasa yakin bahawa beliau mempunyai bakat menulis dan menguasai bidang rencana, beliau cuba pula menghasil cerpen. Ternyata beliau juga berkebolehan dalam genre ini dan cerpen pertamanya yang berjudul “Membawa Damai” telah tersiar dalam Berita Minggu pada 23 Mac 1975. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan kira-kira 80 buah cerpen yang tersiar dalam pelbagai akhbar dan majalah tanah air. Setelah berjaya dalam penulisan rencana dan cerpen, Osman mencuba nasib menulis novel pula. Warna Sebuah Lembah merupakan novelnya yang terhasil daripada susah senang hidup di bandarraya Kuala Lumpur. Selain itu, Osman turut menghasilkan beberapa buah novel remaja kanak-kanak. Antaranya ialah Wira Malam, Hati yang Terguris dan Meniti Impian.
Sepanjang penglibatannya dalam kegiatan penulisan kreatif, Osman pernah memenangi hadiah pertama dalam Sayembara Cerpen ESSO-GAPENA III pada tahun 1981 dengan cerpen yang berjudul “Detik yang Tergugat”. Novelnya Meniti Impian, mendapat tempat kedua dalam Peraduan Sayembara Novel Remaja ASASI - kerajaan Negeri Kedah pada 1991. Osman juga sering mendapat hadiah sagu hati dalam Peraduan Cerpen Berunsur Islam anjuran Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1979 dan 1983, Hadiah Sastera Utusan–Public Bank (1990) dan tempat ketiga dalam Sayembara Novel Yayasan Sabah/GAPENA tahun 1990 dengan novel Meniti Impian. - sumber DBP
Sinopsis Novel Meniti Impian
Mengisahkan kegigihan seorang remaja, Zahar yang menjadi pelatih di IKM dalam bidang pembuatan perabot. Zahar merupakan seorang remaja yang amat yakin dengan pegangan hidupnya dan ingin berdikari untuk mencapai cita-citanya. Perjalanan hidupnya dipenuhi pelbagai konflik tetapi dia terus berusaha memastikan konflik yang dialami tidak menghalang cita-citanya. Kehadiran Suhaili dan Norimi dalam hidupnya mempertemukannya dengan konflik cinta, cemburu dan semacam dendam. Suhaili merupakan sahabat baiknya ketika di bangku sekolah seperti menghinanya kerana menyambung pelajaran di IKM dan meninggalkannya. Norimi pula cuba memahami keadaannya dan bersimpati tetapi agak cemburu. Dengan keyakinan yang tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh serta sokongan keluarga, rakan-rakan dan pihak MARA, akhirnya Zahar berjaya mendirikan bengkel perabutnya sendiri.
Sinopsis Ikut Bab Novel Meniti Impian
BAB
|
SINOPSIS
|
1
|
Pak Yusuf gelisah menanti sarapan pagi
daripada isterinya Mak Temah. Kegelisahannya itu dapat dikesan oleh anak
saudaranya Zahar yang sedang menggergaji kayu di bengkel kayu milik Pak
Yusuf. Mak temah datang membawa dulang
berisi air kopi dan dua pinggan bihun. Mak temah meminta maaf daripada Zahar
kerana lewat menghantar sarapan dan Zahar menyatakan Mak Temah perlu meminta
maaf kepada Pak Yusuf kerana dari tadi menunggu air kopi yang merupakan minuman
kegemarannya setiap pagi. Mak Temah berlalu dengan pesanan daripada Pak Yusuf
supaya menyediakan makan tengah hari dan juga mempelawa anak buahnya Zahar
makan tengah hari bersama mereka. Zahar mencadangkan supaya rak kasut yang
sedang mereka buat ini di siapkan lebih awal supaya masalah ketiadaan tempat
meletak kasut di surau dapat diatasi. Pak Imam pasti sangat gembira dan
mengucapkan terima kasih kepada Pak Yusuf kerana menyiapkan rak kasut lebih
awal daripada yang di minta. Pak Yusuf bukanlah tukang kayu yang berkelulusan
tinggi, dia hanya belajar sendiri untuk menjadi tukang kayu yang mahir. Hasil
tukangannya dapat dijual dengan harga yang murah dan berkualiti. Pak Yusuf
bertanyakan Zahar mengenai permohonan ke IKM namun Zahar masih lagi menunggu keputusan
yang dijangka keluar minggu hadapan. Zahar menyatakan jika suatu hari dia
menjadi seorang tukang kayu yang mahir dia akan memberitahu orang yang
pendorong utama dia berjaya dalam bidang ini adalah bapa saudaranya Pak
Yusuf.
|
2
|
Mak Kiah tersenyum melihat kepulangan
Zahar terus bertanya kenapa Zahar tidak pulang makan tengah hari di rumah.
Zahar makan di rumah Pak Yusuf kerana tidak sampai hati menolak pelawaan bapa
saudaranya itu. Mak Kiah menunjukkan sekeping surat yang dihantar Posmen pagi
tadi. Dari fizikal surat tersebut Zahar dapat mengagak surat tersebut
daripada IKM dan setelah dibuka Zahar tersenyum kerana telah ditawarkan
mengikuti kursus pertukangan perabut di IKM Sungai Petani. Setelah selesai solat magrib, Zahar, Bakar
dan Rahim duduk di bangku luar masjid. Bakar mengusahakan kedai peninggalan
arwah ayahnya dan sedang berusaha mengembangkan perniagaannya. Zahar
memberitahu rakannya bahawa dia telah ditawarkan untuk ke IKM dan rakanya
mengucapkan tahniah kepada zahar. Bakar mengusik Zahar tentang hubungannya
dengan suhaili yang merupakan rakan rapat Zahar sewaktu di bangku sekolah.
Suhaili kini melanjutkan pelajaran di ITM dan sudah berada tiga dan menunggu
keputusan peperiksaan akhir. Zahar membaca semula surat tawaran memasuki IKM
yang terletak di atas meja. Surat itu dengan pantas mengembalikan ingatanya
ke alam persekolahan yang telah ditinggalkannya lebih tiga tahun lalu. Namun
Zahar cepat sedar bahawa pelajaran yang akan diikutinya nanti amat jauh
berbeza dengan pelajaran yang pernah diikutinya semasa di sekolah menengah
dulu.
|
3
|
Zahar gelisah mencari jalan untuk
berhubung dengan suhaili. Kebetulan pada waktu itu jaringan telefon telah di
pasang di kampung mereka. Orang yang berkemampuan seperti Pak Karim iaitu
ayah kepada Suhaili telah memasang telefon di rumah mereka. Zahar berjaya
menghubungi Suhaili dengan bantuan Rahim. Zahar dan Suhaili berjanji untuk
berjumpa pada keesokan hari di City Point Alor Setar. Zahar terimbas kembali
kenangan sewaktu berada di bangku sekolah. Suhaili seorang pelajar yang
pandai tetapi pendiam. Sukar untuk pelajar lain terutama pelajar lelaki untuk
dekat dengannya kecuali Zahar. Mereka berdua sering diusik oleh rakan-rakan
sekelas. Zahar dicabar oleh Suhaili untuk mendapat keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan SPM. Beberapa hari sebelum peperiksaan Zahar demam dan
semasa peperiksaan berlangsung Zahar masih kurang sihat. Dia tidak mampu
menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Zahar membayangkan reaksi Suhaili
setelah tahu yang dia akan melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran.
|
4
|
Zahar ke Alor Setar untuk berjumpa
dengan Suhaili dengan menaiki bas. Zahar sengaja datang awal untuk
duduk-duduk sambil minum di sebuah warung. Mereka sengaja berjumpa di Alor
Setar supaya tidak di ketahui oleh orang kampung dan tidak mahu perjumpaan mereka
boleh menimbulkan cerita yang kurang enak. Zahar mundar-mandir di ruang legar
tingkat bawah City Point sementara menuggu kehadiran Suhaili. Ketika Zahar
berdiri di tepi tangga menghadap jalan, kelihatan Suhaili sedang melintas
jalan dan datang ke arahnya. Suhaili yang berpakaian skirt berwarna merah
jambu, kembang berkedut dan baju juga berkedut di bahagian hadapan cukup
menarik hati Zahar. Mereka ke Restoran KFC yang terletak di sebelah kompleks
MPKS. Selepas duduk membuat pesanan mereka bertanya khabar. Sambil menikmati
hidangan Zahar menyatakan tujuannya berjumpa dengan Suhaili. Zahar
memberitahu yang dia telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke
IKM. Suhaili memandang rendah dan mempersoalkan cabaran yang pernah
dilontarkannya kepada Zahar ketika di bangku sekolah dahulu. Zahar
menjelaskan yang dia tidak pernah melupakan cabaran yang pernah dibuat oleh Suhaili tetapi
memberikan alasan bahawa ibunya tidak mampu untuk menampung pengajiannya.
Zahar juga menyatakan walaupun gagal menyahut cabaran Suhaili dia tetap ingin
membuktikan bahawa masih ada jalan lain untuk berjaya dalam hidup. Suhaili
tetap dengan pendiriannya dan memperlekehkan hasrat Zahar. Suhaili
tergesa-gesa membuat bayaran dan terus meninggalkan Zahar. Zahar berasa
curiga dan mengikori Suhaili tampa pengetahuannya dan mendapati Suhaili
menaiki kereta yang dipandu oleh seorang lelaki tampan yang berusia
lingkungan tiga puluhan dan terus meninggalkan tempat tersebut.
|
5
|
Pak Yusuf menegur sikap zahar yang
dari pagi kelihatan muram. Pak Yusuf cuba bertanya tentang masalah Zahar yang
menyebabkan dia bersikap demikian. Zahar menyembunyikan sebab sebenar dan
memberikan alasan yang lain. Mak Temah bertanya Zahar kemana Zahar pergi
semalam dan tidak kelihatan. Zahar menyatakan yang dia ke Alor Setar untuk
membeli barang keperluan sebagai persediaan ke IKM. Pak Yusuf mempelawa Zahar
untuk makan tengah hari di rumahnya.
|
6
|
Zahar ditemani Pak Yusuf pergi ke
Sungai Petani dengan menaiki teksi kepunyaan Pak Usin untuk mendaftar di IKM.
Teksi tersebut juga dinaiki oleh Tauke Lim yang mempunyai hal mustahak di
Sungai Petani. Dalam perjalanan mereka bersembang mengenai masa depan pelajar
lulusan ITM dan IKM. Peluang kerja bagi pelajar lepasan ITM dan IKM dikatakan
mempunyai peluang kerja yang baik dalam
sektor kerajaan dan juga swasta. Ingatan Zahar terimbas kejadian Suhaili dan
pemuda kacak di Alor Setar tempoh hari. Sesampainya di IKM Zahar terus menuju
ke tempat pendaftaran. Setelah selesai mendaftar Zahar kembali mendapatkan
Pak Yusuf. Kelihatan Pak Yusuf sedang duduk di bangku simen dengan seorang
lelaki separuh umur, berbadan tegap dan bersongkok. Pak Yusuf memperkenalkan
Zahar kepada Pak Cik Kamil yang sama-sama datang mendaftarkan anak
perempuanya yang bernama Norimi. Ketika Norimi datang kepada mereka Pak Cik
Kamil memperkenalkan Norimi kepada Zahar dan Pak Yusuf. Mereka berbual
seketika dan seterusnya beredar ke asrama. Setelah mendapatkan kunci bilik
Zahar dan Pak Yusuf bergerak ke asrama. Mereka tertarik dengan beberapa orang
pelajar yang sedang berkerumun di hadapan papan kenyataan. Zahar membaca
poster berkenaan minggu suai kenal pelajar baru yang perlu berkumpul di
padang pada jam 230 petang. Zahar kembali melangkah di ikuti pak Yusuf dengan
persoalan yang bermain di fikirannya mengenai minggu suai kenal tersebut.
|
7
|
Bermulanya kehidupan Zahar sebagai
pelajar IKM. Pada waktu petang selepas pendaftaran bermula program oriantasi
pelajar baharu IKM. Pelajar senior mengarahkan semua pelajar baru berkumpul
di padang untuk tujuan gotong royong. Zahar bersama rakan-rakan baharunya
membersihkan kawasan belakang IKM yang akan didirikan bangunan asrama baharu.
Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang di ketuai oleh
seorang pelajar senior. Pelajar perempuan ditugaskan untuk mengangkat rumput
yang telah ditebas untuk dibawa ke tempat pembakaran. Selepas selesai gotong royong mereka
diarahkan ke dewan makan untuk minum petang. Setelah selesai minum pelajar
diberi masa untuk berehat dan menguruskan diri. Program disambung pada
sebelah malamnya.
|
8
|
Minggu suai kenal sudah berakhir.
Semua pelatih baru telah ditempatkan dalam kelas mengikut bidang kursus
masing-masing. Cikgu Baharum, guru kelas Zahar memulakan kelas dengan memberi
peluang kepada pelatih-pelatihnya untuk berkenal-kenalan dengan lebih dekat.
Seterusnya cikgu Baharum memberikan penerangan ringkas latihan Pertukangan
Perabut. Zahar berasa kagum melihat peralatan yang serba lengkap di dalam
bengkel. Cikgu Baharum membawa semua pelatihnya ke stor menyimpan pelbagai jenis kayu dan papan
bermacam-macam ukuran. Zahar dan pelatih-pelatih lain tertarik melihat
deretan mesin yang terletak di sebelah stor itu. Pada akhir kelas, Cikgu
Baharum membahagi-bahagikan alat pertukangan yang perlu kepada
pelatih-pelatihnya. Cikgu Baharum menyampaikan sedikit nasihat kepada semua
pelatih. Zahar berjanji pada dirinya untuk berusaha bersungguh-sungguh
menjadi seorang pelatih yang berjaya dan membuktikan anggapan sesetengah
orang yang memandang rendah terhadap lulusan IKM itu tidak benar. Selepas minum
petan, Zahar berjumpa dengan Norimi untuk kali pertama sejak selesainya
minggu suai kenal. Mereka berbual-bual sambil ditemani oleh Ramli dan Habsah.
Mereka merancang untuk keluar ke Sungai Petani untuk membeli alat-alat
lukisan untuk kegunaan Norimi dan Habsah.
|
9
|
Zahar pulang ke kampung pada pagi hari
sabtu setelah beberapa minggu berada di IKM.
Zahar berasa pelik dengan suasana kampung setelah mula melangkah masuk
ke kampungnya. Dua tiga orang laju berbasikal
menuju ke rumah Pak Karim. Di sudut halaman rumah Pak Karim yang luas
itu kelihatan orang sedang memasak menggunakan kawah yang besar dan suasana
agak riuh rendah. Zahar terfikir bermacam-macam perkara walaupun pada
hakikatnya dia tidak mahu memikirkan hal keluarga Pak Karim. Zahar terus
melangkah pulang ke rumahnya. Adiknya Zakri memaklumkan bahawa abang dan
emaknya pergi ke rumah pak karim makan kenduri. Zahar menyalin pakaian dan
terus turun untuk ke rumah Pak Yusuf. Rumah Pak Yusuf lenggan kerana Pak
Yusuf dan isnterinya ke rumah Pak Karim. Zahar masuk kebangsal pertukangan
Pak Yusuf melihat keadaan sekeliling yang tidak banyak berubah. Terdapat
sebuah almari pakaian yang sudah berdiri tegak. Dia teringat akan pesanan
Cikgu Baharum bahawa perabut yang bermutu tinggi bukan terletak pada ukiran yang
unik tetapi juga pada kerja yang cermat, teliti, halus dan berseni. Zahir
terbayang suasana kenduri di rumah Pak Karim. Zahar di sapa oleh Pak Yusuf
yang baharu saja tiba di rumah. Pak Yusuf bertanyakan zahar bilakah dia
sampai dan adakah dia pergi ke majlis kenduri di rumah Pak Karim. Zahar
mengatakan yang dia baru sahaja tiba dan segan untuk ke majlis tersebut.
Zahar terbayang bengkel baru yang lebih maju beroperasi di rumah Pak Yusuf.
Lamunan Zahar putus dan dia melihat Mak Temah berjalan menuju ke arahnya. Mak
Temah mengusik Zahar dan bertanyakan soal Suhaili. Mak Temah mengajak Zahar
untuk makan nasi kenduri yang dibawa pulang dari rumah Pak Karim.
|
10
|
Setiap awal bulan, suasana di pejabat
IKM agak sibuk. Zahar dan pelatih-pelatih berbaris menunggu giliran untuk
mengambil wang imbuhan masing-masing. Setelah menandatanggani baucar, wang
imbuhan sebanyak RM 200 yang diterimanya dengan perasaan gembira dan bersyukur.
Dengan wang itulah dia menampung perbelanjaannya di IKM. Setelah mengambil
imbuhan, Zahar segera keluar menuju ke tempat surat. Kelihatan Norimi dan
Habsah sedang melihat sampul-sampul surat yang hampir memenuhi rak. Habsah
menyatakan ada surat untuk Zahar. Norimi bertanyakan daripada siapa surat
tersebut dan Zahar menjelaskan bahawa surat ini datangnya daripada adiknya di
kampung. Norimi tidak berpuas hati dan merampas surat itu daripada Zahar
untuk melihat sampulnya. Norimi menyatakan surat itu bercop posnya di Shah
Alam dan tulisan orang perempuan sambil melirik senyuman kelat kepada Zahar.
Zahar meminta semula surat itu daripada Norimi dan menafikan dakwaan Norimi
itu. Perbualan mereka terhenti apabila pengetua keluar dari pejabat dan Zahar
melangkah pantas menuju ke kelasnya. Zahar membelok ke tandas dan menatap
sampul surat di tanganya. Dengan tidak sabar dia terus membuka sampul surat
dan membacanya. Rupa-rupanya surat itu dikirim oleh suhaili. Isi surat
tersebut menyatakan hasrat Suhaili untuk meleraikan ikatan hati kerana
masing-masing memilih haluan yang berbeza. Suhaili juga menyatakan rasa hampa
dengan jalan yang dipilih oleh Zahar dan beranggapan haluan yang dipilih oleh
Zahar tiada masa depan. Niatnya untuk membuang air kecil terbantut disitu
sahaja dan terus bergegas keluar dan berlajan pantas masuk semula ke
kelasnya. Zahar meneruskan kerjanya menyiapkan sebuah kerusi. Sementara
menunggu cikgu Baharum datang untuk melihat hasil kerjanya, fikirannya
terbawa kembali pada surat yang diterimanya. Surat itu tidak akan mematahkan
semangat, sebaliknya terus menguatkan tekadnya untuk mencapai cita-citanya
.Zahar berazam untuk membuktikan bahawa dia boleh menjadi manusia yang
berjaya dalam hidup yang penuh pancaroba ini.
|
11
|
Norimi dan Zahar bertengkar mengenai
surat yang diterima Zahar tempoh hari. Dengan rasa tidak puas hati Zahar
memberikan surat tersebut untuk di baca oleh Norimi. Setelah selesai membaca
barulah Norimi tahu perkara sebenar yang di hadapi Zahar. Norimi datang
menghampiri Zahar yang ketika itu sedang berdiri menghadap padang
memerhatikan rakannya bermain bola sepak. Zahar tidak menghiraukan Norimi.
Norimi meminta maaf atas sikapnya yang suka mengusik Zahar mengenai surat
tersebut. Zahar berharap agar Norimi berpuas hati dengan ini kandungan surat
tersebut dan meminta Norimi menjadi penawar luka hatinya. Ramli menjerit
memanggil Zahar dari tengah padang dan Maarof berlari-lari anak menghampiri
zahar dan mengajak Zahar dan mengajaknya berlatih bersama kerana kekurangan
pemain.
|
12
|
Bas yang membawa pasukan bola sepak
IKM Sungai Petani dan penyokong-penyokongnya bergerak meninggalkan
perkarangan IKM Alor Setar. Maarof sebagai ketua pasukan memuji Zahar kerana
menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan persahabatan tersebut dan meminta
rakan-rakan memberikan tepukan kepada Zahar.
Zahar dengan rasa rendah diri menyatakan kejayaan pasukannya bukan
hanya bergantung kepada dirinya seorang tetapi kerjasama semua pemain dan
penyokong-penyokong. Maarof juga meminta semua pemain turun berlatih untuk
memperkemaskan permainan bagi menghadapi perlawanan akan datang.
|
13
|
Perlawanan timbal balik pertandingan
bola sepak di antara pasukan bola IKM Alor Setar dan pasukan IKM Sungai
Petani berlangsung sengit. Namun pasukan bola sepak IKM Sungai Petani memenangi
perlawanan tersebut dengan jaringan 1-0. Kemenangan mereka dibantu oleh
ketangkasan Redzuan menjaga gawang dan sokongan pelatih dan tenaga pengajar
yang memberikan sokongan di tepi padang. Pasukan bola sepak Sungai Petani
tidak begitu meraikan kejayaan kerana menghormati pasukan lawan sehingga
mereka pulang. Mereka merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan
dengan pihak luar untuk mengeratkan perhubungan.
|
14
|
Sebelum bermulanya peperiksaan, semua
kegiatan luar ditangguhkan sementara waktu. Semua pelatih gigih membuat
persediaan untuk peperiksaan. Pelatih-pelatih baharu akan mengambil
peperiksaan asas. Zahar awal-awal lagi
berazam untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Tiba hari peperiksaan semua
pelatih awal-awal lagi sudah berada di dalam bengkel. Tanpa melupakan pesanan
Cikgu Baharum, Zahar memulakan peperiksaan dengan tenang. Hari pertama
peperiksaan berakhir, Zahar berasa
cukup puas hati dengan hasil kerjanya. Bila peperiksaan di sambung keesokan
harinya, Zahar semakin yakin dengan kebolehan dirinya. Dua minggu selepas
peperiksaan, semua pelatih bercuti semester selama tiga minggu. Cuti adalah
peluang yang dinantikan oleh Zahar untuk mempraktikkan kemahiran yang
ditimbanya di IKM bagi membantu Pak Yusuf di bengkelnya.
|
15
|
Kesempatan bercuti di kampung memang
menggembirakan Zahar. Apatah lagi keadaan ibunya sihat dan dapat bekerja
dengan baik. Cuma mengusik hatinya apabila terpaksa melintasi rumah Suhaili
untuk sampai ke rumahnya.Walaupun hatinya terusik, pada masa yang sama usikan
itu menguatkan lagi awamnya untuk mengorak langkah hingga ke mercu kejayaan.
Selepas sarapan pagi, Zahar terus ke rumah Pak Yusuf. Pak Yusuf terkejut
dengan kepulangan Zahar dan mereka berbual-bual dengan mesra. Kemunculan Mak
Temah membantutkan perbualan mereka. Mak Temah juga terkejut dengan
kedatangan Zahar pada pagi itu. Pada masa yang sama gembira kerana Zahar
dapat membantu Pak Yusuf yang akhir-akhir ini banyak mendapat tempahan
membuat perabot.
|
16
|
Setelah tiga bulan menunggu denga
penuh debaran, keputusan peperiksaan yang di nanti-nantipun diumumkan. Zahar
telah lulus dengan cemerlang. Cikgu Baharum juga tersenyum girang kerana
hanya seorang sahaja pelatihnya gagal dan dikehendaki mengulang semula
peperiksaan. Cikgu Baharum memberi nasihat kepada semua pelatihnya agar tidak
lalai dan berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai. Suasana gembira dengan
keputusan peperiksaan bukan sahaja tercetus dalam kalangan pelatih-pelatih
Pertukangan Perabut tetapi juga semua pelatih yang mengambil peperiksaan
asas. Norimi juga mendapat keputusan yang cemerlang.
|
17
|
Enam bulan yang dilalui terasa cukup
singkat. Pelatih-pelatih perlu bekerja keras menjalani latihan yang lebih
intensif kerana akan menduduki dua peperiksaan dalam masa yang singkat. Zahar
tidak menghadapi sebarang masalah. Doa restu daripada ibu dan dorongan
daripada Pak Yusuf membuatkan fikirannya sentiasa tenteram dan bersemangat
untuk berjaya dalam peperiksaan berikutnya. Dalam masa yang sama, ingatannya
pada Suhaili kian luput. Pengalaman pertama semasa menduduki peperiksaan
asas, bayak membantu Zahar dan rakan-rakannya ketika menduduki peperiksaan
peringkat pertengahan. Peperiksaan akhir
sijil IKM pula diadakan selepas tiga minggu peperiksaan peringkat
pertengahan. Zahar dan rakan-rakannya menduduki peperiksaan itu dengan lebih
yakin. Seminggu sebelum bermulanya cuti semester ketiga, pelatih-pelatih di
maklumkan mengenai latihan di dalam loji yang diwajibkan kepada mereka. Zahar
yang tidak banyak kerenah dan sanggup di hantar kemana sahaja, menerima
dengan senang hati tawaran latihan di dalam loji di sebuah kilang perabot di
Kemunting, Perak. Begitu juga dengan Ramli, Habsah, dan Norimi yang mendapat
tempat latihan dalam loji pilihan masing-masing. Satu majlis perpisahan telah
diadakan secara sederhana sahaja. Pengetua berucap memberikan kata-kata
nasihat kepada pelatih-pelatih yang telah tamat kursus mereka. Majlis
peperiksaan yang diatur secara tidak formal pada malam itu berlangsung dalam
suasana yang mengharukan kerana mengenagkan kemesraan yang terjalin selama
ini akan berakhir dengan peperiksaan.
|
18
|
Selama tiga minggu bercuti di kampung,
Zahar sibuk dengan kerjanya. Setelah seminggu membantu ibunya, barulah zahar
berpeluang pak Yusuf pula. Selepas menghabiskan cuti, Zahar ke Taiping untuk
menjalani latihan dalam loji di kilang perabot Usaha Bersatu Sendirian
Berhad. Ketua Unit Personel menyambut ketibaan Zahar dengan mesra. Seterusnya
Zahar diperkenalkan kepada Encik Manaf, Penyelia Unit Pengeluaran. Zahar di
bawa ke blok pengeluaran untuk melihat operasi pengeluaran perabot. Pada
waktu rehat tengah hari, Zahar berpeluang berkenalan dan beramah mesra dengan
pekerja kilang. Di situlah Zahar
berkenalan dengan Razali yang mengajaknya tinggal bersama-sama.
|
19
|
Suhaili gelisah apabila terpandang
Zahar dari dalam pejabatnya. Suasana pejabat yang dingin ibarat haba pada
waktu itu. Perasaan Suhaili bercampur baur dan dia berasa tidak bersemangat
untuk meneruskan kerjanya.
Suhaili berjalan ke bahagian
Personel yang terletak tidak jauh dari bahagian pemasaran untuk berjumpa Miss
Ooi, Ketua Unit Personel bertanyakan
tentang Zahar.
|
20
|
Setelah dua minggu mengikuti latihan,
Zahar sudah dapat menyesuaikan diri sepenuhnya dengan suasana kerja di
kilang. Dia mudah didekati dan hubunganya dengan rakan-rakan sekerja begitu
mesra walaupun baru dua minggu bertegur sapa.
Zahar bertuah dapat berkawan dengan Razali yang rajin dan tidak banyak
kerenah. Zahar yang ditugaskan di bahagian pemasangan, bekerja dengan tekun.
Zahar dikejutkan oleh kedatangan Encik Manaf yang memaklumkan Ketua Unit
Pemasaran ingin berjumpa dengannya. Zahar terus ke bahagian pemasaran dengan
perasaan berdebar dan tertanya-tanya. Zahar amat terkejut kerana orang yang
ingin berjumpanya ialah kawan lamanya, Suhaili. Zahar serius dalam perbualan
mereka namun Suhaili kelihatan cuba untuk senyum dan berbaik-baik. Kerana
berselisih pendapat Zahar dan Suhaili bertengkar sehingga menyebabkan Zahar
bangun meninggalkan bilik dengan tergesa-gesa.
|
21
|
Zahar duduk di meja ruang tamu
menghirup kopi setelah pulang dari kerja. Dia teringat rakan-rakannya di
kampung dan juga Norimi yang merupakan
kawannya di IKM. Surat tidak sempat untuk di hantar kerana dia tidak ada perasan untuk menulis surat. Ketika
mula menulis, Razali tiba dengan membawa bungkusan plastik berisi kuih. Zahar
berhenti menulis dan menikmati minum
petang bersama Razali. Ketika minum bersama, razali bertanyakn Zahar yang
kelihatan muram setelah berjumpa dengan Penolong Ketua Unit Pemasaran. Pada
mulanya Razali ingin merahsiakan hal tersebut tetapi akhirnya terpaksa
menceritakan perkara yang sebenar kepada Razali.
|
22
|
Setelah berbulan bulan menjalani
latihan, Zahar menerima berita gembira yang dia telah lulus dengan cemerlang
dalam peperiksaan pertengahan tahun dengan mendapat pangkat satu. Zahar sedar
Suhaili cuba berbaik semula dengannya tetapi dia masih mampu mengelak
daripada berselisih dengan Suhaili. Dia juga tahu Suhaili masih berhasrat
untuk menemuinya. Bukan dia tidak mahu menemui Suhaili, tetapi bagi Zahar
tiada gunanya dia menemui Suhaili untuk berbual kosong kerana hal tersebut
hanya akan mengembalikan kenangan lama. Kenangan lama akan tetap di padamkan
dengan apa jua cara. Dia lebih senang berehat selepas pulang dari kerja. Jika
tidak berjoging atau ke bandar Taiping untuk membeli keperluan, masanya
dihabiskan dengan menulis dan membalas surat kawan-kawannya. Zahar lebih
tertarik membaca surat daripada Norimi yang penuh dengan kata-kata
puitis dan ada persoalan yang sukar
untuk dijawab. Pengalaman telah mengajarnya supaya tidak terlalu emosional.
Dia tidak mahu terperangkap dalam sangkar rasa yang boleh menggoyahkan
cita-cita yang belum tercapai. Tempoh enam bulan menemui kesudahannya. Begitu
cepat masa berlalu meninggalkan kenangan manis dan pahit sepanjang menjalani
latihan di dalam loji. Zahar terharu apabila diraikan dalam satu majlis
ringkas yang di adakan untuknya. Selepas majlis itu berakhir, dia sempat
bertemu dengan Suhaili.
|
23
|
Setelah berfikir masak-masak Zahar
membuat keputusan bahawa bengkel perabot yang akan didirikannya mestilah
terletak atas tanah milik ibunya sendiri. Zahar bersyukur dengan pembangunan
kampungnya dan berasa rugi jika pembangunan yang di salurkan oleh kerajaan
tidak di manfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat setempat. Ibunya cukup gembira
mendengar perancangannya untuk membina bengkel perabot di halaman rumah
mereka dan Pak Yusuf tidak membantah. Zahar berasa dirinya cukup bernasib
baik kerana pinjaman yang dimohonnya lulus dalam masa yang singkat. Sumbangan
Pak Yusuf dan wang elaun serta saguhati semasa menjalani latihan di dalam
loji dahulu membolehkannya membina sebuah bengkel lengkap dengan mesin utama.
Masyarakat kampung bekerjasama mendirikan bengkel tersebut dan disajikan
dengan jamuan makan tengah hari.
|
24
|
Bengkel Perabot Meniti Impian semakin
dikenali ramai setelah tersiarnya rencana “Kejar Kejayaan Selepas Dihina
Kekasih”. Zahar memilih nama “Meniti Impian” kerana nama itulah paling sesuai
bagi mendukung makna yang besar dan tersendiri pada dirinya. Perniagaanya
semakin maju, malah Zahar juga menawarkan tiga tempat di bengkelnya kepada
pelatih Pertukangan Perabot yang terlibat dengan latihan di dalam loji. Pak
Yusuf memainkan peranan penting dalam membantu Zahar memasarkan perabutnya.
Zahar sendiri juga berusaha untuk mendapatkan pasaran luar bagi mengembangkan
lagi perniagaannya. Pihak mara juga cuba membantu untuk memasarkan barangan
pengusaha-pengusaha perabut bumiputera. Ketika berehat di ruang tamu bersama
Pak Yusuf selepas makan tengah hari, posmen tiba dan menghulurkan dua pucuk
surat kepada zahar. Zahar mendapat dua pucuk surat daripada Suhaili dan
Norimi. Pak Yusuf dan Mak Kiah bertanyakan Zahar dari mana datangnya surat
tersebut. Zahar menyatakan surat tersebut daripada Norimi yang mengatakan
akan datang pada hari penyampaian sijil di IKM bersama ayahnya nanti.
|
Persoalan Dalam Novel Meniti Impian
|
|
PERSOALAN
|
1. Usaha yang membawa kejayaan
-
Zahar sangat tekun
berusaha menuntut ilmu di IKM dan menjalani latihan dalam loji yang akhirnya
berjaya mempunyai bengkel perabotnya sendiri.
2. Minat dan kebolehan diri
- Pak
Yusuf membuka bengkel perabot secara kecil-kecilan walaupun dia tidak
mempunyai sijil kemahiran dalam bidang tersebut.
- Zahar
sangat meminati bidang pertukangan dan banyak belajar daripada Pak Yusuf
sehingga dia berjaya menjadi pelajar cemerlang di IKM
3. Konflik percintaan dalam kalangan
remaja
- Zahar
mempunyai perasaan terhadap Suhaili tetapi Suhaili tidak menyukai Zahar kerana
taraf pendidikan mereka berbeza.
- Norimi
menaruh perasaan kepada Zahar tetapi amat cemburu.
4. Keharmonian hidup di kampung
- Majlis
kenduri kesyukuran yang berlangsung di rumah Pak Karim dihadiri oleh semua
orang kampung yang membantu dalam menyediakan hidangan untuk majlis tersebut.
- Orang
kampung bergotong-royong membantu Zahar untuk mendirikan bengkel perabotnya
dan Zahar menjamu mereka dengan hidangan tengah hari.
5. Persahabatan yang ikhlas
- Razali
ikhlas membantu Zahar ketika Zahar menjalani latihan dalam loji dengan
menumpangkan Zahar di rumahnya.
- Zahar
dan rakan-rakan di IKM serta di kampung saling memberi sokongan antara satu
sama lain.
|
Novel Komsas Tingkatan 2 (2016~2020)
ZON 1 : NEGERI PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG, DAN PERAK
1. Novel Jalan ke Puncak - Juri Durabi
ZON 2 : NEGERI SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA
2. Novel Meniti Impian - Osman Ayop
ZON 3 : NEGERI MELAKA, PAHANG, TERENGGANU, DAN KELANTAN
3. Novel Jejak Monpus - Zulaiha Paikon
ZON 4 : NEGERI JOHOR , SABAH, SARAWAK, DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
4. Novel Darah Titik di Semantan - Arman Sani
5 Komentar untuk "Novel Meniti Impian - Komsas Tingkatan 2"
seriously,lama dah tak baca novel2 macam ni
😲😲
Nak persoalan, tq
NICE JOB:HELPFUL FOR ME..TQ
panjang gile ah!
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”