Islam Bukan Pengganas Dan Pengganas Bukan Orang Islam


Islam Bukan Pengganas dan Pengganas Bukanlah Orang Islam! Assalamualaikum dan salam sejahtera. 'Pengganas(Terrorist atau Terrorism) merupakan  perkataan yang kini telah sinonim dilabelkan kepada umat Islam. Kenapa? Semuanya adalah disebabkan oleh media yang sentiasa mempromosi dan menyatakan perkara tersebut.

Anda boleh lihat sendiri... Apabila menggunakan Google Search Image dengan kata kunci 'terrorist', Jelas! Hanya gambar umat Islam yang keluar dan diketegorikan sebagai pengganas!

Islam Bukan Pengganas & Pengganas Bukan Orang Islam

Ini menggambarkan hanya orang Islam lah yang jahat dan ganas walaupun hakikatnya mereka sendiri lebih jahat dan ganas atau sebenarnya mereka takut dengan bayang-banyang sendiri! Sebagai seorang umat Islam... kita berasa begitu terhina dan betapa tidak adilnya masyarakat dunia terhadap umat Islam. Persepsi dan fakta ini perlu diperbetulkan!

Di dunia ini, siapa yang bukan Islam dan membunuh dengan jumlah yang ramai, pasti tidak digelar pengganas. Namun, jika orang Islam melakukan serangan atau pembunuhan walaupun hanya seorang yang mati, mesti akan di label sebagai pengganas walaupun ianya untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan negara serta agama.

Sejarah telah membuktikan...

"Hitler" di Jerman
  • Tahukah anda yang beliau adalah seorang penganut Kristian? Namun media tidak pernah sesekali menggelarnya "Christians terrorist".
"Joseph Stalin atau dikenali sebagai Uncle Joe".
  • Beliau telah membunuh lebih 20 juta manusia termasuklah lebih 14.5 juta yang mati secara disiksa.
"Mao Tse Tsung (China)"
  • Dianggarkan 14 hingga 20 juta telah dibunuh di atas arahannya.
"Benito Mussolini (Italy)"
  • Beliau telah membunuh hampir 400 ribu manusia.
"Ashoka" semasa peperangan Kalinga (India)
  • Belau bersama angkatan tenteranya membunuh 100 ribu manusia.
"Embargo di atas arahan George Bush di Iraq"
  • Seramai setengah juta kanak-kanak mati terbunuh hanya di Iraq.

Sekarang ini... Siapakah sebenarnya Pengganas? Namun, pernahkah anda mendengar mereka yang tersenarai di atas ini digelar pengganas? Kenapa? Ya! Sebab mereka semua bukan beragama Islam!

Islam Bukan Pengganas & Pengganas Bukan Orang Islam

Jihad

Hari ini, apabila umat Islam melakukan "Jihad", mereka dengan mudah digelar pengganas sedangkan mereka sendiri mengetahui bahawa Jihad itu bermakna "mempertahankan dan mengembalikan" maruah dan kedaulatan apabila terancam atau diancam bagi memerangi kejahatan demi untuk keadilan. Ianya bukan bermakna membunuh sesuka hati termasuk sesiapa sahaja walaupun tidak bersalah.

Jelas sekali... Dunia memerangi Islam dan bukannya kerana Islam itu bermasalah atau pengganas! Islam sebenarnya adalah mangsa kepada keganasan dan ketidakadilan!


Lihatlah apa yang telah dilakukan oleh orang bukan Islam...
  1. Perang dunia pertama - 17 juta kematian!
  2. Perang dunia kedua - 50~55 juta kematian!
  3. Bom Nuklear di Hiroshima dan Nagasaki - 200 ribu kematian!
  4. Perang di Vietnam - 5 juta kematian!
  5. Perang di Bosnia/Kosovo - 5 juta kematian!
  6. Perang di Iraq - 12 juta kematian!
  7. Perang di Kemboja - 3 juta kematian!
  8. Etnik Rohingya Di Myanmar dan banyak lagi...
Tidak cukup ganaskah ini? Namun, mereka semua tidak pernah sesekali digelar pengganas sebab... mereka semua bukan Islam! Kenapa perlu ada "double standard"? Kenapa Islam tidak diberi keadilan?

Lihat pula kepada isu terbaru ini...
Islam Bukan Pengganas Dan Pengganas Bukan Orang Islam
WHAT A BIASED WORLD ORDER...
Suspect of Bangkok bombing found to be a christian American citizen. Why the world are keeping silent. Why nobody shouting at him and calling him terrorist? What if the suspect is a Muslim?

ALANGKAH TIDAK ADILNYA DUNIA INI...
Pelaku Bom Thailand ternyata warga USA beragama Kristian. Kenapa media tidak menyebutkan sebagai Teroris? Bahkan beritanya di tutupi.. Bagaimana jika pelaku beragama islam?

Sila hentikan tanggapan serta tohmahan yang salah ini! Jangan sesekali berpandangan berat sebelah apabila sesuatu pembunuhan berlaku!

Oleh itu, Jangan dibutakan mata dan hati oleh propaganda media dan hanya mengikut tanpa mengetahui perkara sebenar. Kenali dan fahami Islam dan barulah anda tahu apa sebenar-benarnya agama Islam. Islam Bukan Pengganas dan Pengganas Bukanlah Orang Islam! Akuilah akan realiti dan kebenaran ini!

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dan keadilan akan terserlah jua. InsyaAllah... Hanya Allah SWT Maha Mengetahui dan pasti semua ini ada hikmah dan rahmat di sebaliknya...

Islam Bukan Pengganas & Pengganas Bukan Orang Islam

p/s : Definisi Terrorism oleh Wikipedia :
"Terrorism is commonly defined as violent acts (or the threat of violent acts) intended to create fear (terror), perpetrated for an economic, religious, political, or ideological goal, and which deliberately target or disregard the safety of non-combatants (e.g., neutral military personnel or civilians). Another common definition sees terrorism as political, ideological or religious violence by non-state actors. Some definitions now include acts of unlawful violence and war. The use of similar tactics by criminal organizations for protection rackets or to enforce a code of silence is usually not labeled terrorism, though these same actions may be labeled terrorism when done by a politically motivated group. Usage of the term has also been criticized for its frequent undue equating with Islamism or jihadism, while ignoring non-Islamic organizations or individuals. In the international community, terrorism has no legally binding, criminal-law definition."

2 Komentar untuk "Islam Bukan Pengganas Dan Pengganas Bukan Orang Islam"

Salam Ramadhan BM.. patutpun Nurul klik link banyak kali kat Blog Nurul tak sampai kesini, dah bertukar nama rupenye..

salam ramadan BM apa khabar...moga sdg berbhgia bersama famili tercinta menjelang sambutan raya.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved