Panduan Semakan Status Permohonan BR1M 2017


Berikut adalah panduan semakan status permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 secara atas talian (online) bagi pemohon baru dan penerima sedia untuk mengetahui status terkini dan keputusan BRIM 2017.

Walau bagaimanapun, semakan mungkin akan mengambil sedikit masa lantaran prosedur semakan oleh agensi yang terlibat terhadap maklumat pemohon seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Semakan Status Permohonan BR1M 6.0 2017
Semakan Status Permohonan BR1M 6.0 2017

Cara Semakan

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BR1M 6.0 2017
Langkah-langkah seperti di bawah boleh diikuti untuk membuat semakan keputusan permohonan.
  • Buka laman sesawang semakan status permohonan disini : e-BR1M
  • Taip nombor MyKad anda di ruangan yang disediakan.
  • Klik pada butang [Semakan Status] Permohonan.
Note: Anda akan diminta untuk menjawab soalan keselamatan sebelum berjaya mengakses sepenuhnya ke sistem semakan.

SOALAN KESELAMATAN
Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan membuat semakan status.

Soalan keselamatan dan jawapan soalan keselamatan adalah berdasarkan maklumat yang telah diisi oleh pemohon

Jika anda tersilap jawab, anda diberikan percubaan sebanyak 3 jenis soalan untuk menjawab soalan keselamatan. Jika jawapan yang diberikan masih salah, peringatan akan dipaparkan.

STATUS SEMAKAN
Jika anda berjaya melepasi peringkat soalan keselamatan, anda akan dapat melihat status permohonan dan anda juga boleh mencetak lampiran tersebut.

Bantuan Semakan 

Sekiranya anda menghadapi masalah sewaktu membuat semakan atas talian, anda boleh merujuk cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan. Pastikan bawa bersama salinan kad pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan.

TALIAN BANTUAN :
Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian ini
  • 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan)
BR1M 6.0 2017

SOALAN-SOALAN LAZIM MASALAH BR1M DAN JAWAPANNYA :

1. Selepas menyemak, saya dapati status permohonan saya ialah [Diterima]
  • Ini menunjukkan permohonan anda telah berjaya dan akan melalui peringkat seterusnya
2. Status Permohonan Saya ialah [Dalam Proses]
  • Permohonan anda masih lagi dalam proses semakan dan pengesahan kelayakan
  • Sila semak status anda dari semasa ke semasa
3. Status Permohonan Saya [Lulus]
  • Ini menunjukkan permohonan anda telah diluluskan atau berjaya
4. Status Permohonan Saya ialah [Tidak Lulus]
  • Ini menunjukkan permohonan anda tidak diluluskan atau tidak berjaya
5. Saya ingin membuat semakan tetapi data menunjukkan no Mykad tidak wujud walaupun sebelum ini saya telah melengkapkan dan menghantar permohonan
  • Jika anda mengalami situasi sebegini, anda perlu berhubung terus dengan cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan dan nyatakan masalah anda
6. Permohonan saya berjaya diluluskan. Bilakah saya akan mendapat BR1M?

  • Bagi kategori individu belum berkahwin, anda akan dibayar sekaligus (tarikh akan diumumkan kelak)
  • Bagi kategori isi rumah (sudah berkahwin), anda akan dibayar tiga kali setahun. (tarikh akan diumumkan kelak)

7. Mengapa saya belum lagi menerima BR1M sedangkan rakan-rakan dan saudara-mara sudah?
  • Pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat, sila nantikan giliran pembayaran untuk anda
8. Bagaimanakah cara pembayaran?
  • Duit BR1M akan disalurkan terus ke akaun bank anda jika anda memberikan maklumat no akaun semasa membuat permohonan atau kemaskini
  • Sebahagian kecilnya akan menerima BR1M dalam bentuk baucer
9. Apakah punca permohonan tidak diluluskan atau tidak berjaya?
  • sila rujuk di SINI
10. Bolehkah saya membuat rayuan selepas permohonan saya disahkan tidak berjaya?
  • Anda perlu menunggu pengumuman lanjut daripada kerajaan yang akan dihebahkan oleh media rasmi (media arus perdana)
11. Adakah surat pemberitahuan status permohonan akan dihantar ke alamat pemohon atau penerima?
  • Ya, surat pemberitahuan status dan maklumat lengkap BR1M akan dihantar ke alamat yang telah anda berikan
12. Saya memerlukan keterangan lebih lanjut kerana info-info yang dinyatakan tiada kaitan langsung dengan masalah BR1M saya
  • Anda boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun terus ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berhampiran

kredit: http://br1m.org/semakan-status-br1m-2016/

4 Komentar untuk "Panduan Semakan Status Permohonan BR1M 2017"

tak mintak lagi dengan brim tahun nieh

Kepada yang berkelayakan bolehlah semak.
Mana tahu nama tersenarai:)

Tanpa Nama
delete

Adakah layak jika status pemohon adalah muflis?

Tanpa Nama
delete

Saya syorkan anda buat permohonan. Mungkin ada rezeki...sebab status tu bukan salah satu syarat kelayakan untuk dapat BRIM.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved