Penghantaran Sampul & Kotak Prabayar Pos Laju


Berikut adalah panduan penghantaran surat & barangan menggunakan sampul & kotak pakej Prabayar Pos Laju dan senarai harga setiap jenis sampul & kotak serta berat barangan yang dibenarkan.

Pos Malaysia adalah peneraju dalam perkhidmatan penghantaran surat dan barangan dalam negara ini. Antara perkhidmatannya yang paling diguna pakai adalah Pos Laju.

Bagi memudahkan orang ramai, Pos Laju telah menggunakan sampul dan kotak prabayar sebagai pakej perkhidmatan penghantaran mereka. Ianya bagi memudahkan operasi berikutan penggunaaan sampul dan kotak yang standard saiz dan berat.

Penghantaran Sampul & Kotak Prabayar Pos Laju

Panduan Menggunakan Prabayar Pos Laju

Anda hanya perlu membeli sampul atau kotak prabayar ini mengikut kesesuaian saiz dan berat barangan yang ingin dihantar di mana-mana kaunter Pos Laju atau Pejabat Pos.

Isikan barangan anda dan 'seal' dengan kemas dan rapat. Lengkapkan nota/slip kiriman dan serahkan sampul atau kotak prabayar tersebut di mana-mana kaunter Pos Laju atau Pejabat Pos berhampiran.

Pastikan anda mendapat semula salinan nota kiriman kerana ianya penting untuk dijadikan bukti bagi mengetahui status atau mengesan bungkusan anda jika sebarang masalah berlaku melalui 'tracking number' yang tertera pada salinan tersebut.

Senarai Harga

Berikut adalah senarai harga, jenis sampul dan kotak serta berat yang dibenarkan bagi setiap perkhidmatan penghantaran melalui pakej Prabayar Pos Laju.

Harga Sampul & Kotak Prabayar Pos Laju
Harga Sampul & Kotak Prabayar Pos Laju

Pengumuman Terkini Dari Pos Malaysia

1. Mulai 1 Oktober 2016, semua produk Pos Malaysia akan dikenakan GST 6%
2. Kadar baru harga beberapa produk Poslaju mulai 15 Oktober 2016:
  • Document up to 500gm (Zone 1 - Zone 5)
  • Merchandise 2.0kg - 2.5kg (Zone 1)
  • Prepaid Envelope S & L (Red & Blue)
Pengumuman Terkini Dari Pos Malaysia

Sehubungan dengan itu, Sampul Prabayar bersaiz S & L bagi warna Oren (kini berwarna baru - Merah) dan Biru akan berubah harga. 

Berikut adalah senarai kadar harga baru bagi Envelope atau Sampul Prabayar Pos Laju (Merah & Biru) mulai 15 Oktober 2016.

kadar harga baru bagi Envelope atau Sampul Prabayar Pos Laju

Bagi pengguna yang telah membeli Sampul Prabayar yang berwarna Oren atau tarikh luput pengeposan sebelum Oktober 2016, anda masih boleh menggunakan Sampul Prabayar tersebut sehingga 31 Mac 2017

Caj Tambahan Melebihi Berat

Setiap sampul atau kotak Prabayar Pos Laju yang melebihi had berat, bayaran tambahan akan dikenakan. Oleh itu adalah penting anda mengikut had berat yang telah ditetapkan seperti yang tertera pada setiap produk Prabayar Pos Laju.

Berikut adalah caj tambahan terbaru bagi setiap pakej Prabayar Pos Laju yang melebihi had berat yang dibenarkan berkuatkuasa 1 Oktober 2015.

Kemaskini (10 Oktober 2016) - Tiada Caj Tambahan Melebihi Berat
Berita baik bagi pengguna Sampul & Kotak Prabayar Poslaju. Mulai 9 Oktober 2016, Caj tambahan melebihi had berat (seperti tertera di bawah) TIDAK lagi dikenakan!

Harga caj Sampul & Kotak Prabayar Pos Laju lebih had berat

Caj Perkhidmatan Penghantaran Ubat

Sebagai tambahan, berikut pula adalah senarai harga/caj bagi perkhidmatan Pos Laju bagi penghantaran ubat 1Malaysia dan perkhidmatan pungutan atas permintaan. 

Harga atau Caj Perkhidmatan Pos Laju

Semoga panduan ini dapat membantu mereka yang memerlukan.
sumber: http://www.poslaju.com.my/ dan http://www.pos.com.my/
0 Komentar untuk "Penghantaran Sampul & Kotak Prabayar Pos Laju"

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved