Cara Masak Nasi Goreng Kampung Ala Kampung


Nasi Goreng, salah satu makanan yang digemari oleh semua peringkat usia. Ia sebenarnya bermula apabila nasi putih yang di masak tidak habis dimakan maka, untuk mengelakkan pembaziran maka dengan idea kreatif orang dulu-dulu terciptalah resepi nasi goreng.

Pelbagai resepi nasi gorang boleh kita dapati di Malaysia. Lain bangsa, lain rasa, cara dan teknik memasaknya.

Ianya adalah satu resepi yang mudah namun perlukan juga sedikit kepakaran untuk mencampurkan bahan-bahan dan teknik memasak bagi menjadikan rasanya enak dan sedap.

Cara Masak Nasi Goreng Kampung Ala Kampung

Resepi Nasi Goreng Kampung

Berikut adalah resepi cara memasak nasi goreng kampung ala kampung yang sememangnya menjadi kegemaran ramai.

Bahan bahan Nasi Goreng Kampung Ala Kampung:
  • 1 mangkuk besar nasi putih
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2-3 sudu besar cili kisar - (bergantung kepada kepedasan yang anda inginkan)
  • Segenggam ikan bilis - tumbuk separa hancur
  • 2 biji telur
  • Sayur kubis/kacang panjang
  • Garam

Cara cara Memasak Nasi Goreng Kampung Ala Kampung:
  • Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Kemudian gaul bersama cili kisar hingga rata. 
  • Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak. (naik minyak)
  • Kemudian, masukkan pula ikan bilis yang telah ditumbuk. Gaul rata sehingga ikan bilis masak.
  • Masukkan pula sayuran. Kacau seketika sehingga sayur agak layu.
  • Seterusnya, masukkan telur dan kacau rata sehingga telur hampir masak, kemudian terus tuangkan nasi. Kacau sehingga rata dan taburkan garam secukup rasa. 
  • Setelah cukup rasa, bolehlah ditutup api. 
  • Kini telah sedia untuk dihidang.

Mudah dimasak dan enak dimakan... Nasi goreng kampung ala kampung yang menjadi resepi turun temurun kegemaran ramai... Selamat mencuba dan selamat menjamu selera...

3 Komentar untuk "Cara Masak Nasi Goreng Kampung Ala Kampung"

Resipi mudah..hasilnya sedap

terima kasih bagi resepi ni.. Saya try for the first time and i did it... Yeahhh... Act saya x pernah masak... And saya dicabar oleh family saya cuz saya pantang dicabar and the result is.. Yesss ! i proud with myself.. And thanks sbb share rahsia masakan ni..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved