Tahniah kepada calon-calon yang berjaya dalam Peperiksaan PT3 2016. Bagi calon-calon yang sekolah biasa kerajaan yang berjaya dengan cemerlang, anda pasti mahu melanjutkan pelajaran ke tingkatan 4 di salah sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) dalam negara.
Bagi pelajar yang layak, permohonan untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan empat (4) Tahun 2017 telah dibuka maka rebutlah peluang ini secepat mungkin sebelum ianya di tutup.
Permohonan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2017 - Tingkatan 4
- Ditutup pada 30 Disember 2016
Syarat Kemasukan SBP
Berikut adalah syarat umum Pemilihan Bagi Tingkatan Empat (4) SBP 2017- Murid mestilah warganegara Malaysia
- Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan
- Memperoleh keputusan akademik cemerlang dalam PBS (PT3) atau sekurang-kurangnya 6A (termasuk Sains dan Matematik)
- Aktif dalam kokurikulum
Permohonan SBP Tingkatan Empat 2017
Berikut adalah panduan untuk permohonan kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2017 bagi Tingkatan empat (4) secara atas talian atau online.Laman Rasmi Sistem Borang Permohonan Atas Talian (Online)
- Klik >>Aplikasi Sistem Permohonan Online Kemasukan SBP 2017 Tingkatan 4<<
- Klik Menu : [PERMOHONAN] dan isikan No. MyKad dan Angka Giliran Giliran. Setelah itu Klik Untuk Login.
- Isikan segala maklumat yang dikehendaki dalam borang permohonan dengan betul.
Semakan SBP Tingkatan Empat 2016
Berikut adalah cara semakan Keputusan Tawaran SBP Tingkatan 4 tahun 2016- Keputusan tawaran akan dimaklumkan melalui SMS (Hanya kepada yang Layak).
- Setelah itu, anda perlu mendapatkan tawaran kemasukan secara online di sini: https://sst4.moe.gov.my
- Klik Menu ; [SEMAKAN]
Pautan Portal Rasmi KPM
Semoga berjaya buat semua calon-calon yang layak dan telah memohon untuk kemasukan ke Tingkatan empat (4) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tahun 2016!
4 Komentar untuk "Permohonan Masuk Tingkatan 4 SBP 2017"
assalamualaikum admin.....kenapa banyak sbp tidak menawarkan pelajar baru tingkatan 4 sedangkan ada 7 buah sbp sahaja yg menawarkannya...mohon admin jelaskan
Waalaikumsalam,
Adalah sukar untuk saya menjawabnya kerana di luar pengetahuan. Mungkin kerana tiada kekosongan tempat si sbp tersebut... Wallahualam.
Assalamualaikum admin...
Adakah pelajar yang bersekolah di sekolah kerajaan negeri ..contohnya sekolah maahad muhammadi ...boleh memohon ke SBP untuk tingkatan 4????
Assalamualaikum admin. Mengapa saya mngalami kesukaran untuk memohon ? Portal tersebut mengatakan bahawa kombinasi no.mykad dan angka giliran tidak tepat. Walhal , saya telah merujuk slip peperiksaan saya. Saya juga bersekolah di sekolah kerajaan
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”