Cara & Syarat Kelayakan Masuk MRSM Tingkatan 1 & 4

Berikut adalah cara memohon masuk dan syarat kelayakan kemasukan MRSM untuk Tingkatan 1 dan 4 di seluruh Semenanjung Malaysia.  MRSM merupakan antara sekolah berasrama penuh terbaik bagi pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran setelah tamat peperiksaan UPSR atau PT3.

Sehubungan itu, syarat kemasukannya juga agak ketat dan pastikan anda cukup kelayakan umum untuk memohon kerana permohonan pasti tidak akan dilayan sekiranya tidak memenuhi walaupun satu syarat-syarat umum yang ditetapkan.

Selain itu tempoh masa permohonan juga terhad dan pemohon perlu peka akan tarikh buka dan tutup permohonan agar tidak terlepas. Cara permohonan pula hanya melalui secara dalam talian (online)

Cara & Syarat Kelayakan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 & 4

Syarat-Syarat Umum

Syarat Umum Kemasukan MRSM - Tingkatan 1
Berikut adalah syarat-syarat umum untuk Kelayakan Masuk Ke MRSM Bagi Pelajar Tingkatan 1 di Semenanjung Malaysia 
  • Pelajar dan Ibu Bapa Mesti Warganegara Malaysia 
  • Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia:
  1. Pelajar Bumiputera tahun enam 
  2. Pelajar Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan 
  • Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 
  • Pemohon hendaklah menjawab Online Self-Assessment (OSA) dalam tempoh yang ditetapkan
  • Pemohon akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 yang akan diadakan di semua MRSM di Semenanjung Malaysia 
  • Semua pelajar tahun enam di Semenanjung Malaysia boleh membuat permohonan kemasukan ke tingkatan 1 MRSM sekiranya berminat dengan sistem pendidikan MRSM walaupun keputusan UPSR sebenar belum dikeluarkan 
Note: Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan selepas keputusan UPSR diumumkan selain mengambil kira keputusan Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) dan syarat keutamaan lain

Rujukan: Syarat Umum Dan Tambahan Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 1 MRSM Semenanjung Malaysia 

Syarat Umum Kemasukan MRSM - Tingkatan 4
Berikut adalah syarat-syarat umum untuk Kelayakan Masuk Ke MRSM Bagi Pelajar Tingkatan 4 di Semenanjung Malaysia 
  • Pelajar dan Ibu Bapa Mesti Warganegara Malaysia 
  • Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia 
  • Pemohon merupakan pelajar tingkatan 3 yang sedang bersekolah di sekolah menengah atau sekolah menengah kebangsaan (SMK) 
  • Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM 
  • Memperoleh keputusan minimum 6A 4B dalam PT3 (tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian). Gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains 
  • Pemohon juga perlu menjawab Online Self-Assessment bagi subjek Keperibadian dan Bahasa Inggeris dalam tempoh yang ditetapkan di pautan (link) yang akan diberikan dalam cetakan borang permohonan 
  • Pemohon akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 4 yang akan diadakan di semua MRSM di Semenanjung Malaysia 
  • Semua pelajar tingkatan 3 di Semenanjung Malaysia boleh membuat permohonan kemasukan ke tingkatan 4 MRSM sekiranya berminat dengan sistem pendidikan MRSM walaupun keputusan PT3 sebenar belum dikeluarkan 
Note: Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan selepas keputusan PT3 diumumkan selain mengambil kira keputusan Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) dan syarat keutamaan lain

Rujukan: Syarat Umum Dan Tambahan Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 4 MRSM Semenanjung Malaysia 

Info Terkini! 
Satu berita yang baik untuk ibu bapa dan murid tahun enam UPSR 2016 yang masih lagi belum membuat permohonan untuk masuk ke tingkatan satu MRSM 2017.

Menerusi laman web MRSM, permohonan secara online kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 2017 telah dibuka semula mulai 18 hingga 20 November 2016.

Ini adalah susulan daripada pengumuman keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 baru-baru ini, MARA kini sedang meneliti semula syarat kemasukan ke Tingkatan Satu MRSM bagi sesi 2017.

Cara Mohon Masuk MRSM

Berikut adalah cara untuk permohonan masuk MRSM bagi Tingkatan 1 dan 4 secara online.
1. Hendaklah mendapatkan kata laluan (percuma) terlebih dahulu
2. Kata laluan boleh didapati dengan mendaftarkan sebagai pengguna untuk permohonan kemasukan MRSM menerusi sistem berikut:
3. Setelah berjaya mendapatkan kata laluan, pemohon boleh mula mengakses (log masuk) sistem borang permohonan online dengan menggunakan kata laluan tersebut melalui link berikut:
4. Isi dan lengkapkan setiap maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan tersebut

Untuk rujukan lengkap, anda boleh muat turun (download) panduan berikut (pdf file):
  1. Panduan Pengambilan Kata Laluan Dan Pengisian Maklumat Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1
  2. Panduan Pengambilan Kata Laluan Dan Pengisian Maklumat Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 4
3 Komentar untuk "Cara & Syarat Kelayakan Masuk MRSM Tingkatan 1 & 4"
Tanpa Nama
delete

Mengapa murid sekolah rendah Jenis keb TDK layak masuk MRSM?

Tanpa Nama
delete

Maknanya 5A dan kebawah tidak layak ?

Tanpa Nama
delete

maknanya keputusan 5A dan kebawah tidak layak?

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved