Kemasukan ke IPTA/ ILKA/ POLITEKNIK Sesi 2017/2018


Kepada lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf, kemasukan ke IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam) / ILKA (Institut Latihan Kemahiran Awam) / Matrikulasi dan Politeknik bagi Sesi Akademik 2017/2018 perlulah melalui permohonan Secara Online yang dikendalikan oleh Bahagian Kemasukan Pengurusan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebelum itu, para pemohon mesti memahami prosedur permohonan serta perlu sentiasa peka dengan setiap maklumat dan informasi terkini yang dikeluarkan dari masa ke semasa.

Panduan Penting

Berikut adalah 5 Prosedur atau Panduan Asas yang perlu diketahui dan dilakukan tindakan untuk membuat permohonan Kemasukan IPTA secara Online (atas talian) 2017


1. Persediaan Awal
Pastikan pemohon memilih bidang dan kursus yang betul serta pilihan pusat pengajian yang bertepatan dengan kelayakan dan minat. Ini berikutan terdapatnya lebih dari 1000 program yang ditawarkan dipelbagai pust pengajian.

2. Kenal Pasti Tarikh Penting.
Pemohon mestilah sentiasa peka dan ingat akan tarik-tarikh penting disepanjang proses permohonan kerana tindakan mesti diambil segera dan tanpa tertinggal.
3. Semak Syarat-Syarat Kemasukan
Penting bagi pemohon memahami dan menepati setiap kriteria atau garis panduan yang telah ditetapkan dalam syarat-syarat kemasukan kerana kesilapan tidak mematuhinya akan membuatkan permohonan anda gagal.
4. Mengisi Borang Secara Online
Permohonan ke pusat pengajian tinggi hanya dibuka secara atas talian atau online.
5. Dapatkan maklumat terkini dan semasa yang tepat dan sahih. 
  • Portal Rasmi: http://upu.mohe.gov.my
  • Facebook: FB Rasmi UPU
  • Instagram: INSTAGRAM @kemasukanbpkp
  • Talian Helpline:  (03) 88706767 atau (03) 8870 6777. (Hanya hari bekerja - jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang)

0 Komentar untuk "Kemasukan ke IPTA/ ILKA/ POLITEKNIK Sesi 2017/2018"

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved