Syarat Kemasukan & Kategori Pemohon ke IPTA Sesi 2017/2018


Untuk memohon memasuki IPTA/ Matrikulasi/  ILKA dan Politeknik Sesi 2017/2018, pemohon mestilah mematuhi dan menepati syarat-syarat am yang telah ditetapkan. Kegagalan pemohon mematuhi salah satu dari syarat-syarat tersebut akan menyebabkan permohonan ditolak.

Sila fahami dengan teliti dan jelas setiap syarat-syarat tersebut agar tidak melakukan sebarang kesalahan atau kesilapan. Rujuk "5 Prosedur atau Panduan Asas yang perlu diketahuiuntuk kemasukan ke IPTA Sesi 2017/2018

Syarat Kemasukan & Kategori Pemohon ke IPTA Sesi 2017/2018

Syarat Am Kemasukan 

Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA (akan dikemaskini dari masa kesemasa) adalah seperti berikut :-
A. Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf
  1. Warganegara Malaysia dan 
  2. Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.
  3. Program pengajian untuk Bumiputera dan Bukan Bumiputera:
  4. Semua program di UITM, program Asasi di UIAM, program Asasi Sains dan program Asasi Alam Bina di UM, program Asasi di UNIMAS, program Asasi di UMS terbuka kepada Bumiputera sahaja.
  5. Semua program asasi di UPM, UKM, UPNM, program Asasi Pengajian Islam di UM, program Tahmidi di USIM dan semua program Diploma di UPM, UTM, UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP dan UniSZA dan Politeknik Premier terbuka kepada pemohon Bumiputera dan Bukan Bumiputera.
B. Program Lepasan STPM/Setaraf
  1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/My Kad dan Bukan Warganegara Malaysia.
  2. Bagi Bukan Warga Negara Malaysia perlu memohon terus ke IPTA berkaitan.
  3. Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Melayu. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai diambil kira; dan
  4. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2016 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
  5. Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
  6. Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain, atau
  7. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi tahun 2016; atau
  8. Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM tahun 2016 atau 2015; atau
  9. Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; atau
  10. Lulus peperiksaan STPM Tahun 2016 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi/Asasi Tahun 2016 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau STAM tahun 2015 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; dan
  11. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Syarat-Syarat Khusus Kemasukan

Untuk syarat-syarat khusus kemasukan pula sila rujuk pada IPTA yang dipohon. Berikut antara link rujukan beberapa IPTA di seluruh negara.
  • UKM: http://www.ukm.my/v6/kpm-matriculation-certificate-um-foundation-uitm-foundation-matriculation-foundation/
  • UTM: http://www.utm.my/admission/files/2014/01/Syarat-Masuk-Lepasan-Matrikulasi-2014-20151.pdf
  • UM: https://www.um.edu.my/docs/default-source/syarat-kemasukan-bachelor/syarat-kemasukan-sarjana-muda-aliran-sastera-um-2014-new.pdf
  • USIM (requires SPM Arabic, but courses offered are pretty much the same with other IPTAs) : http://www.usim.edu.my/akademik-info-kemasukan/sarjana-muda/syarat-kemasukan
  • UPM: http://www.akademik.upm.edu.my/dokumen/92226_STPM_Matrikulasi_Diploma_2014-2015.pdf
  • UMS: https://bpa.ums.edu.my/images/dokumen/promosi_pengambilan_dan_kemasukan/Buku_Kemasukan_2015.pdf
  • UMP: http://bpa.ump.edu.my/index.php/maklumat-akademik/syarat-kemasukan/program-sarjana-muda/lepasan-matrikulasiasasi.html
  • USM: https://pohon.usm.my/include_ppjj/dokumen/SYARAT_KEMASUKAN.pdf
  • UMT: http://akademik.umt.edu.my/?page_id=1937
  • UIA: http://www.iium.edu.my/kptn/resource-centre/syarat-syarat-kemasukan
  • UniMAS: https://estudent.unimas.my/KemasukanSemesterKedua/KDSyaratKemasukan.jsp
  • JPA: http://esilav2.jpa.gov.my/
  • MARA: http://www.mara.gov.my/

Kategori Permohonan

Berikut adalah Kategori Pemohon yang layak memohon untuk kemasukan ke IPTA Sesi 2017/2018
Kategori permohonan untuk semua pemohon (Akan dikemaskini dari masa kesemasa):

1. Pemohon lepasan SPM/Setaraf
  • Kategori A • Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2016 sahaja. 
  • Kategori B • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2015 atau 2014.
  • Kategori C • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2013 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.
  • Kategori D • Pemohon yang menggunakan keputusan; SPM 2014 dengan sijil ulangan SPM 2016 (SPM 2015 dengan sijil ulangan SPM 2016 manakala SPM 2014 dengan sijil ulangan SPM 2015)
2. Pemohon lepasan STPM/Setaraf
  • Kategori A • Aliran Sastera Calon STPM 2016.
  • Kategori S • Aliran Sains Calon STPM 2016.
3. Pelajar Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM
  • Kategori N • Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM.
  • Kategori P • Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.
  • Kategori U • Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM.
  • Kategori L • Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL).
  • Kategori K • Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM.
  • Kategori J • Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM.
4. Lepasan Diploma/Setaraf
  • Kategori E • Aliran Sastera.
  • Kategori F • Aliran Sains:
  • Lulusan Diploma dari IPTA/IPTS atau,
  • Lulusan STP/ HSC/ STPM Tahun 2013 atau sebelumnya atau,
  • Lulusan STPM Ulangan atau,
  • Lulusan Matrikulasi Sesi 2016/2015 dan sebelumnya atau,
  • Lulusan STAM tahun 2015 dan sebelumnya atau,
  • Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bukit Jalil, Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bandar Penawar atau,
  • Lulusan Diploma Kemahiran Malaysia atau SKM Tahap 4 dari Institusi Latihan Kemahiran atau,
  • Lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.
5. Lepasan STAM
  • Pelajar Lepasan STAM tahun 2015 atau 2016 sahaja.
  • Pemohon yang mempunyai taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui BPKP JPT.
  • Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA.

Rujukan Maklumat dan Informasi:
  • Portal Rasmi: http://upu.mohe.gov.my
  • Facebook: FB Rasmi UPU
  • Instagram: INSTAGRAM @kemasukanbpkp
  • Talian Helpline:  (03) 88706767 atau (03) 8870 6777. (Hanya hari bekerja - jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang)

12 Komentar untuk "Syarat Kemasukan & Kategori Pemohon ke IPTA Sesi 2017/2018 "
Tanpa Nama
delete

Bagus....

matirkulasi sesi 2014/2015 boleh apply tak..?

sy pelajar Vokasional. sy nk apply U mana satu seseuai dengan sy. sebab skrang nie sy cuma akn ada sijil skm tahap 3 dan diploma vokasional malaysia. dan jiga sijil SVM yg setaraf SPM. . dapat ka sy mohon mana2 university?

Sy lepasan spm 2016...sy ingat nak hafal quran dulu dlm 3/4 thn...boleh ke sy gune result spm 2016 tu utk masuk u sesi 2019/2020?

diploma dlm bidang ap yea?? boleh jea apply utem ke uthm ke ump ke politeknik premier ke...

Bagi pelajar yang apply melalui SPM 2015 tetapi telahpun belajar STPM dan tak lulus, agaknya apa IPTA boleh dapat? atau ia akan mengatur i ke Matrik?

Tanpa Nama
delete

Assalamualaikum cik, saya memiliki skm level 2/3 Mekatronik dan sudah habis study untuk tahap 4 ( Diploma Teknologi Mekatronik) adakah bolh saya apply untk ambil degree di ipta, mohon pencerahan


pelajar politeknik yang dapat pointer 2.5> dan 3.0< boleh apply ke Unimap ke atau Uum untuk Ijazah ? mereka boleh dapat masuk ke University tersebut ? pointer saya 2.84 , saya layak masuk ke IPTA ?

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang. - Hapus

Asalamualaikum. Maaf saya ingin bertanya. Saya merupakan pelajar asasi ipts dari unisel. Saya berminat ingin menyambung pengajian saya di ipta iaitu UIA. Boleh ke pelajar ipts ingin menyambung pengajian ke ipta?? Bagaimana procedure tersebut. Harap maklum.

Tanpa Nama
delete

Assalamualaikum. Sy skrg tngh tunggu utk result spm tahun2018 bulan3 ni. Sy nak apply masuk UM. So ,sy kene apply slepas dpt result or menggunakan pin upu shj selepas mmbeliny nnt. So, klau nak apply scr onnline mcm mna ya ?

Salam.... Utk apply ke IPTA... Calon persendirian ada peluang tak? Coz takde PAJSK

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved