Novel Tirani - Komsas Tingkatan 5


Novel Tirani merupakan novel Komsas Tingkatan 5 yang telah digunapakai mulai tahun 2016 sehingga 2020. Novel Tirani merupakan hasil karya Beb Sabariah adalah terbitan DBP. Novel ini digunakan oleh pelajar di  zon 2.

Novel Tirani - Komsas Tingkatan 5

Penulis Novel Tirani iaitu Beb Sabariah atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet, lahir di Kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior Cambridge dari SMK Green Road Kuching beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas @ diploma dari Maktab Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Baharu.

Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre cerpen, puisi, rencana serta rencana kritikan sastera. Menetap di Bandar raya Kuching, Beb Sabariah adalah ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan PEKASA (Persatuan Karyawan Sastera Sarawak).

Berikut adalah Sinopsis dan Ulasan Novel Tirani yang ditulis oleh Rosani Hiplee yang boleh dijadikan rujukan untuk mengupas keseluruhan intipati novel Tirani

Sinopsis Keseluruhan Novel Tirani karya Beb Sabariah

Novel Tirani karangan Beb Sabariah tidak sekadar sebuah novel yang sarat dengan penceritaannya tetapi lebih daripada itu. Pengarang turut menyelitkan warna budaya dan resam masyarakat setempat khususnya etnik Sarawak. Keunikan etnik Sarawak diketengahkan oleh pengarang menerusi usaha gigih watak utamanya, Waheeda dalam mempromosikan industri pelancongan negeri Sarawak di mata dunia.

Lumrahnya, kebanyakan novel akan menjalurkan pelbagai permasalahan semasa, terutama dalam skema hubungan interpersonal, seperti persahabatan, rumah tangga, ukhuwah, agama dan kekeluargaan. Watak-watak dalam novel Tirani nyata tidak terkecuali mengutarakan persoalan seumpama itu. Malah, pengarangnya bijak memanipulasikan gaya bahasanya bagi membangkitkan inti pati penceritaannya walaupun dengan menggunakan frasa daerah dan istilah saintifik yang sesuai.

Membaca novel Tirani juga persis menaakul dunia kehidupan manusia yang agak luas. Justeru pengarangnya berupaya membawa pembaca melangkau batas geografi dan budaya setempat.

Sinopsis Ikut Bab Novel Tirani

BAB 1: MELONTAR PUING DUKA
Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang kecantikan diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obsess dengan kecantikan.  Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet  yang menjadi ejekan kepada kawan-kawannya seperti  Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah perasaan benci  dan bergelora terhadap kawan-kawannya dapat diredakan.

Di perkarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan lamunan Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan kesibukkan dan persediaan yang sedang dilakukan oleh pekerja homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani untuk menyambut kedatangan pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay ini adalah menyediakan makanan asli masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan bubur pedas, pansuh manok dan udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak. Selain makanan dan tempat tinggal, pengurusan homestay Waheeda    menyediakan pengalaman pergi ke dusun buah-buahan di Matang dan juga pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga diberi penerangan tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk memajukan lagi homestay itu.

BAB 2: DAYANG MUDA
Semasa di pejabatnya,  Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang  2 lawatan institusi pelancongan dan lawatan Putera  Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke Dusun Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan  barang-barang yang penting untuk dipamerkan bagi menggambarkan indentiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan yang hadir.

Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun disebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang tidak cantik dan Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkankan kerana  bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak melakukan  apa yang dihajatinya.

Tidak  beberapa lama kemudian, keadaan chalet  pada malam itu menjadi kelam kabut. Seekor  monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura.

BAB 3: KATARSIS
Perjalanannya  menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado). Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah pulang ke pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya, perjalanan mereka agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob, keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang pasir pada malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya menyamput kata-kata ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah banyak bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui oleh mereka yang semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak. Raidah juga sangat kagum tentang bandaraya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia.

Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan katarsis.

Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju kerumah  Bazilah iaitu kawan satu university dengannya. Waheeda akan tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.

BAB 4: SEMARAK API SEMARAK HATI
Sebelum Waheeda menuju ke  rumah Bazilah, Waheeda  kagum  dengan kebersihan bandaraya Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya bukannya untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang sedang berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan fakta sejarah yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah. Dia sudah dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Wheeda akan tinggal di salah sebuah bilik dirumah  kepunyaan pakcik Bazilah.Semalaman mereka berbual mengenang kembali peristiwa-peristiwa semasa mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia. Keesokkan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr Zahari. Kebetulannya Dr Zahari merupakan doctor pakar pembedahan plastik di Hospital Sultanah  Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastic yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda juga menyatakan  bahawa dia berhajat untuk melakukan pembetulan di kelopak matanya.

Waheeda dan Bazilah sudah berada di  Silicon Medical Centre (CMC). Disini, Waheeda berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan dokumen perubatan dari hospital  di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan semua borang yang diperlukan untuk proses pembedahan tersebut.

BAB 5: DOA SELAMAT
Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mail yang menceritakan rawatan yang akan dilaluinya. Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10 jam kepada ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak  dengan menyediakan sejenis makanan yang bernama ketupat lepas. Penyediaaan ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu kononnya untuk menolak bala.

Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia sudah sampai di Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada didepan pintu rumahnya. Ibunya membawa ketupat lepas dan menyuruh Waheeda membuka ikatan ketupat lepas bagi menolak bala lalu dimakannya. Bazilah juga memakannya. Waheeda amat gembira dengan kehadiran ibunya.

Pada keesokkan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka terus ke bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah memeluk anaknya dan mendoakan keselamatan Waheeda. Begitu juga dengan Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati yang tabah demi  kecantikan wajahnya.

BAB 6: METAMORFOSIS
Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes (Dr.Rushdi).  Di dalam bidik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela menjalani pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa selama 12 jam.

Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang menunggu diluar  bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama ibunya selepas membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda berasa lega kerana hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca satu tawaran  pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.

BAB 7: KE PULAU SENTOSA
Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda bersama rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakkan masa dihabiskan dengan membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai  anugerah alam disitu. Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon ketapang yang mengingatkan  Waheeda kepada kampong halamannya. Suasana di situ juga menjadi sumber inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan bapanya.

Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya  Dr Averroes. Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran Dr Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman dan pandangan.

BAB 8: HADIAH ALAM
 Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa  kecantikan ialah tirani yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah  tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek. Persoalan ini menjadi topik berbualan yang panjang antara mereka berdua.

Pada malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang disampaikan oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyo. Cerita Dr Rushdi juga mengingatkan  Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampong halamannya. Sejurus selepas itu, Fatimah telah menelefonnya  tentang ke hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya bersama-sama rombongan tersebut.

Selepas itu, melalui e-mail Fatimah juga   tentang projek perhotelan yang dijalankan oleh syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar.Waheeda teringat semula akan chalet ayahnya yang mugkin jauh ketinggaln berbanding dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda memasang tekad untuk kembali ke Chalet Tajau Emas.

Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri satu temuduga pegawai Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah membuat persiapan diri  dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan Ketrampilan diri sebelum ini. Sebelum tidur pada malam itu, Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah kerana Flamingo Resort terletak jauh di sebelah selatan Singapura.

BAB 9: WAJAH PESONO
Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort telah mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat menyenangkan hati beberapa orang staff di situ seperti Lais, Anati dan Kong.  Dalam pada itu, Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau Emas. Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan Waheeda di café, Waheeda sempat melihat seorang  lelaki yang bernama Zahid setelah dibisikkan oleh Alex kepadanya.

Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda sedar sejak kebelakangan ini, Dr Zahari selalu dating ke rumah mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra dan seakan-akan tidak memperdulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan yang mugkin menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda menganggap  tirani itu memang benar. Dengan alas an ini, Waheeda mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo Resort.

Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat yang diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat Singapura dengan masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh, kebudayaan suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan.

Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway telah menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam pertandingan ratu antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan   hadapan. Waheeda terkejut mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila Halloway memuji kecantikan Waheeda.

Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui perbualan tersebut, Waheeda  dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.

BAB 10: SENYUM SEPULUH ELA
Datuk Yasser berkinjung ke Sngapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan untuk menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang  Islam, rasuah, cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka  tinggal di sana kerana beberap isu negative terhadap Malaysia dan islam. Datuk Yasser berasa bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar kepada pengembangan perniagaan di Kuching, SSeri Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan Zahid.

Selepas menikmati makanan tengahari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh Zahid. S eterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan Waheeda dengan Datuk Yasser  semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat gembira dan mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu.

Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya dengan Zahid yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang bermakna.

Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibut memberi idea  tentang pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai feksyen yang berbelah sampai ke paha. Sebliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang merupakan pakaian tradisi Sarawak.

BAB 11: ORANG RUMAH SEBELAH
Fatimah menerima E=Mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan bahawa Zahid yang yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya Sri Gading holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut

Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International  disebarkan kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti.

Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser akan dating merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura.  Acara merisik ini diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda.  Walaubagaimanapun, Raidah mengharapkan Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti.

BAB 12: BIDADARI DARI LANGIT
Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibut. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelar digelar Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas yang perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamango. Waheeda tetap menjalankan tugas yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang sibut  mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.

Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus menelefon Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir.

Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan kepada Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selsema.

Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari dokto di klinik panel Flamingo tetapi kesihatannya tetap tidak berubah. Selsemanya masih berlarutan. Selepas bersin berpanjangna, Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi. Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk mendapatkan rawatan.

BAB 13: MATI HIDUP SEMULA
  Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaaah statistic pelancongan yang semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira kerana rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannuya bernilai RM60juta. Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin Hazirah, isterinya menyatakan  kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja lagi.  Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan baiknya iaitu Aiman.  Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali cara Kong dan Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati.

Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis kenduri doa selamat di rumah Dtuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana dia sedang berada di SMCuntuk menerima rawatan.

Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi ke Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah dan telah menembahkan kerungsingan kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang mengetahu hal sebenarnya bahawa Waheeda di masukkan semula di SMC kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang telah mengalami satu komplikasi. Walaubagaimanapun, proses tersebut Berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi.

Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu  oleh Anati bahawa Waheeda berada di SMC. Zahid bergegas ke sana.  Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin  menguji deria bau dengan menyembur minyak wangi selepas mengalami selsema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.

BAB 14: BAGAIKAN PUTERI
Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas sangat meriah. Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan Tajau emas juga menjadi tetamu undangna majlis ini. Antaranya pelancong dari Arab, inggeris, Jepun dan lain-lain lagi. Adat-istiadat Melayu Sarawak dipamerkan dengan teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan jayanya. Lafas nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafas sahaja. Selepas acara akad nikah dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan kepada saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama dua hari berturut-turut melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser a.kan mengadakan majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang bersatu itu sungguh gembira

BAB 15: HIDUP RANGGI
Permandangan di kawasan kampung Matang  dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang yang menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan mengapung awan.  Senario  pemandangan  dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid  semasa dia berada di kampungnya. Malahan pelancong asing juga memuji permandangan di kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa kawasan  yang menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid juga terkenang  kehidupannya semasa berada di luar Negara bersama beberapa wanita. Malahan gaya afsunnya boleh mencairkan hati wanita.

Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid  tentang cinta dan kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak sampai ke mana sedangkan usia semakin meningkat.

Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh antara Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya serta keterampilan sentiasa meniti dibibirnya.

BAB 16: MIMPI LAIN-LAIN
Zahid membaca akhbar dibilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak member gambaran negative kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-tiba dan menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini pada tahun depan.  Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut yang datang ke Sarawak nanti.

Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia  yang menyatakan Malaysia jatuh ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sector pelancongan. Kemudian dia pula mengambilsekeping wadahberkaitan alam sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang sudah terputus  hubungan dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kembali kawan karibnya  itu semasa di sekolah dahulu.

Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya.  Dalam masa yang sama, zahid menanti isterinya, waheeda untuk  makan tengah hari di restoran Sri gading bersama-sama. Namun, Waheeda tidak  muncul-muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka banyak membuat aluan masing-masing.

Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari situ bagi mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid.

Zahid perasan apabila sesekali terserempak   pandangan pelanggan terhadap isterinya. Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat. Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya mengendalikan perniagaan dengan baik. Datul Yasser akur dengan kehendak menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda ingin berdikari.

Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Dimana ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin. Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.

BAB 17: KONFLIK
Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya seolah-olah manusia individulistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri. Walaupun begitu, Waheeda  sentiasa bersedia datang ke Seri Gadinguntuk membantu.

Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Dimana masa santainya biasanya diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya.

Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula dihina.Awal tengahari, Waheeda ke farmali di Mall Matang Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit kepalanya. Mungkin Stress, tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-macam lagi.

Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid merupakan seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati Waheeda begitu tergores apabila Zahid mengungkitlan insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa semasa di SMC dahulupun masih dalam ingatan Waheeda.

Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya. Waheeda sudahpun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda baring di atas katil mengingatkan kenengan dalam kenangan yang melingkari  hidupnya.

Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga pergaulan dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan dan sensitivity hanyalah pembawaan anak dalam kandungan.

BAB 18: DILANDA NOSTALGIA
 Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup kehidupan Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah disambut oleh Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort. Kemesraan yang terjalin   mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung jogging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi.

Zahid melenting dihujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu zahid      tidak pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola.

Nostalgia pada peringkat awal begitu romantic bagi pasangan Waheeda dan Zahid terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya. Waheeda rimas melihat suaminya yang terlalu cemburu.

Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan diri. Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan suaminya lalai akan tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah dengan laluan yang dihadapinya.

Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, waheeda ke dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha dan kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka dating bersama team BRP bagi menyisat kes seorang menteri kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin. Pada petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran Zahid.

BAB 19: BAGAIKAN BONGKAH BATU
Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad ekslusif Hospital Normah, raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa Zahid tidak dating. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuannya menyatakan Zahid sibuk kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa.

Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak bersabar bagi meredakan perasaan tersebut.

Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di Makmal Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma Ria. Di sini, Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan.

Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian DNA yang diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia membaca berulang kali demi untuk member kefahaman tentang ujian DNA. Dibilik tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala rambut  lebat seperti dengan . Hidungnya peset tidak sama dengan hidung Waheeda danZahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah menunjukkan   DNA yang telah dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya.

Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh sikap Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah menenangkkan Waheeda. Sekiranya Zahid dating,  datangnya untuk menambahkan luka dihati Waheeda.

Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.

BAB 20: KE PUSAT RAWATAN ISLAM
Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda di PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais  menjelaskan kepada Waheeda bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak CikAziz ke pusat rawatan tersebut. Lais juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan mereka ke situ bertujuan untuk mendapatkan  rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas bekerja di Flamingo Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun strawberi di Cameron Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin menjualkan perusahannya. Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan alamat mereka di Cameron Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr.Qamariah. Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan sikap suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada Dr.Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah berubah dan tidak murung lagi.Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan berjumpa mereka pada keesokan harinya.

BAB 21: SINAR DI HUJUNG TEROWONG
Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan cucunya Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-Iwani sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis kerana penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat berminat untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih  Chalet Iwana-Iwani di Cameron Highlands   setejah pergi melihat sendiri   esok.Urusan mengambil alih berlaku dan urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar.  Dalam pada itu Waheeda menyuarakan hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan pahit antara dia dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan Waheeda mengharapkan anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.

BAB 22: BAGAIKAN AIR GUNUNG
Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh tahun dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya. Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati hairan  melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa kecantikan rupa paras tidak semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama baru kepada Chalet Iwana-Iwani) telah berkembangmaju dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan luar negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan curahan air dari gunung. Ketrampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi  Lais melihat Izzati menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula mendaftar di chalet itu.

BAB 23: SEJUK-SEJUK TROPIKA
Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil menghirup kopi panas dan  menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid sudah keseorangan semula sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah tirani. Zahid juga mengakui bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada bila-bila masa manusia boleh menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi tempang akibat kemalangan. Lais sentiasa berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan antara Zahid dan Aiman.

Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para pelancong yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka menghabiskan masa dengan bersiar-siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar perbualan antara dua orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat dan mereka banyak bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati bersetuju untuk menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan Aiman masuk ke cafe. Zahid sempat bertembungan mata dengan Lais dan Izzati di kaunter. Wajah dan senyuman Izzati amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada Aiman bahawa gadis di situ anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang kekesalan Zahid yang menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh isterinya curang melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah mereka berdua.Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang sikapnya yang tidak mahu membaca laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid juga kesal kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan kakinya tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat zuriat. Izzati yang mendenagar terkedu.anakala Lais pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat mengaitkan Zahid, seseorang pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di Flamingo Resort ketika dia bekerja di sana dahulu.  Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter, Zahid sempat menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak berlainan dan menyatakan bahawa apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya. Apabila ditanya, Zahid mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati pulang dengan wajah yang agak pelik dan berlainan menyebabkan Waheeda juga agak hairan melihat tingkah laku anak gadisnya itu.

BAB 24: KAMA HATI
Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya terpaku kepada gadis di cafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya.Senyuman, wajah, bulu matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah entiti dirinya.dan gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah disayanginya. Zahid amat menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu sekurang-kurangnya dia akan pasti anak itu anaknya atau bukan.Zahid memohon agar Allah memberi petunjuk kepadanya. Pada pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran Iwana.Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati dengan lebih dekat lagi.Akhirnya pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapan rasa kesal, sedih, dan reda kerana gadis yang dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini dirinduinya. Zahid juga ingin menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat tindakannya mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun. Pertemua Zahid dan Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu seolah-olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat bertuah kerana Allah telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan meminta ibunya memaafkan ayahnya.

Watak dan Perwatakan
Malah watak dan perwatakan (walaupun sekadar watak sampingan) turut digarap dengan pelbagai urna bangsa, selari dengan jalan cerita yang banyak menyorot dalam industri pelancongan antara Sarawak (Tajau Emas), Singapura (Flamingo Resort), dan berakhir di Kuala Lumpur (Calet Aya-Sajinah). Selain itu, Tirani juga seperti mencitrakan jati diri kewanitaan yang mahu diungguli pengarangnya menerusi watak Waheeda.

Kecantikan selalunya disinonimkan dengan wanita. Waheeda, wanita terpelajar dan tersenarai dalam kelompok wanita korporat masih diasak rasa tidak wajar akan fizikalnya yang yang bermata kuyu dan berhidung pesek. Imbasan digunjing rakan-rakan semasa zaman kanak-kanak sering menghantui emosinya. Tetapi keyakinan bahawa setiap kekurangan itu harus ditangani dengan wajar selalu dipupuknya dalam diri sehingga beroleh kejayaan yang lain.

“Kekurangan yang disedari secara bijaksana dapat menjadi pendorong yang tidak terduga.” Tiba-tiba Waheeda menyuarakan satu ungkapan kata-kata hikmat daripada diari Muslimah miliknya, yang sering ditatap, disimpan dan menjadi perangsang kepadanya.

Keterujaannya mahu menjadi wannita tercantik dan sempurna melalui proses pembedahan plastik sentiasa meluap-luap. Tetapi halangan kedua orang tuanya kerana bimbang menyanggah tuntutan agama sentiasa menunda niatnya. Oleh itu, novel Tirani dikesani masih tegar kepada kekuatan dan kebenaran agama Islam yang syumul dalam setiap rungkaian komplikasi watak-wataknya.

Tirani sebuah novel yang benar-benar mengupas nilai sebuah pemikiran yang kritis dan sinis dalam mempersoalkan makna sebenar kecantikan seseorang wanita. Kerakusan dan ketaasuban naluri wang mahu memiliki segala kesempurnaan fizikal nyata tidaklah menjanjikan sebuah kebahagiaan. Kecantikan wanita mudah menggugah naluri lelaki, malah mengalpakan dirinya. Lantaran itu, persahabatan Waheeda dengan Bazilah tergugat apabila Dr. Zahid mula prihatin terhadap Waheeda.

“Betullah kecantikan itu tirani. Sudah menjadi lumrah alam, manusia lebih tertarik pada kecantikan daripada kebijaksanaan”, Waheeda meraup perasaan serba salah dan muak dan kesal dengan sikap lelaki, apatah lagi jika yang bermata keranjang.

Begitulah takdir hidup Waheeda, walaupun berjaya "menipu” atau mengubah asal kejadian diri tetapi kuasa Yang Maha Pencipta (Allah) sukar dibatasi. Rumah tangga yang dibina atas dasar saling mencintai nyata mudah tergugah kerana cemburu akan suaminya, Zahid, dan akhirnya menemui kehancuran selepas kelahiran anak pertama (Izzati) mereka.

Tertib kepengarangan juga nyata telus dalam pengolahan ceritanya, justeru kronologi ceritanya yang bersifat realisme seperti lazimnya kebanyakan novel. Barangkali pengaruh pembawaan diri pengarang yang tergolong dalam kalangan pendidik. Maka tidak janggal jika ditakrifkan bahawa pengarang banyak mencorakkan nilai-nilai murni dan memberi impak etika yang baik dalam Tirani.

Tema dan Persoalan
Tema dan persoalan yang digarap lebih menyeluruh kepada pergolakan dalam diri, terutama perspektif naluri kewanitaan. Hal ini cukup terkesan dalam watak Waheeda, Raidah (ibu Waheeda) dan Bazilah (rakan baik Waheeda). Watak dan perwatakannya juga sesuai dengan jalinan penceritaan sehingga ia berupaya memberi kesan rasa dan pemikiran yang telus dalam pembacaan.

Gaya Bahasa
Gaya bahasanya biasa tetapi tetap mempunyai nilai-nilai kontemporari. Pemakaian istilah saintifik dan susuk frasa daerah turut terjalin dalam sintaksisnya. Paling ketara dengan penggunaan istilah dan susuk frasa seperti rinoplasti, blefaroplasti, rhytidectomy, lidocaine, ketupat leas, ketupat periuk kera, bubur pedas, pansuh manok, mereya, tekol, tajau, jong sarat dan banyak lagi.Penyerapan istilah dan frasa tersebut memaknakan lagi olahan penceritaan, terutama tentang pemvisualan latar budaya dan resam.

Novel Tirani - Komsas Tingkatan 5Pelukisan flora yang pelbagai turut melatari beberapa bahagian plot penceritaan dalan Tirani. Misalnya, ru laut (casuarinas), purple bauhinia, weeping willow, orkid merah jambu, Vanda Miss Joaquim dan lain-lain.

Keseluruhan naskah Tirani nyata berupaya memberi urna dalam memaknakan kehidupan yang akrab dengan budaya dan resam setempat menerusi proses kreatif prosa yang penuh estetika. Pengarang sesekali bijak bertamsil tentang keindahan alam.

Membaca naskah Tirani persis menaakul ke dunia psikologi wanita yang mahu mencapai kecantikan (kesempurnaan) menyeluruh dalam hidupnya. Wanita yang sentiasa gigih menongkah arus modenisasi dan futuristik. Malah tetap bertekad memelihara dan melindungi segala peradaban dan susila budaya bangsanya walau berada di mana sahaja. Pengarang mengaspirasikan suatu nilai yang cukup murni dan berjiwa dalam Tirani, khusus kepada kaum wanita masa kini.

Sumber : Dewan Budaya Jun 2008

Ulasan Rosani Hiplee tentang Novel Tirani

Pengarang jelasnya, meletakkan diri dan karyanya tidak hanya bergelut pada masalah wanita sahaja, tetapi turut berhubung dengan erti kecantikan sebenar dan citra feminisme yang tepat bagi seorang wanita yang sempurna.

“Selepas membaca Tirani, sejujurnya saya dibekasi oleh tiga tanda titik yang menjadi jeda bagi mentafsir erti tirani. Tirani yang pada konteks ertinya dalam Kamus Dewan edisi keempat ialah corak pemerintahan yang zalim (oleh pemimpin negara, puak dan lain-lain) yang menggunakan kekuasaan sesuka hati.

“Barangkali judul Tirani yang digarap oleh pengarangnya adalah suatu kesengajaan dalam memaknakan betapa tiraninya kecantikan itu jika tidak ditangani dengan sebaiknya. Dalam novel ini, nyata Waheeda (watak dalam novel) menjadi mangsa kuasa tirani yang ada pada kecantikan yang diciptanya melalui proses pembedahan kosmetik apabila gagal menikmati kebahagiaan sejati dalam perkahwinannya yang juga singkat usianya.”

Feminisme dan ideologi gender yang digarap oleh Beb Sabariah katanya, secara tidak langsung meminggirkan tanggapan tersebut dengan mengutarakan bahawa wanita tetap mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri dengan menguasai pelbagai bidang yang sebelum ini dimonopoli oleh lelaki.

Elemen feminisme dalam watak Waheeda sangat tinggi, dan persaingan yang wujud tidak mampu melemahkan semangat Waheeda dalam menempa kecemerlangan diri walaupun menyedari akan wujudnya persaingan yang hebat dalam perusahaannya.

“Terkadang realiti kehidupan sukar diterjah. Pengarang sengaja mengambil pendekatan kehambaan kepad-Nya dalam konteks memberi maaf kepada watak Waheeda memandangkan juga Izzati yang sedia memaafkan kekhilafan bapanya yang sudah menyesali segala perbuatan lalunya. Ia sebenarnya sebuah citra wanita yang cukup cantik dan penuh susila.”


Novel Komsas Tingkatan 5 (2016~2021)
Novel Songket Berbenang Emas - Khairuddin Ayip
ZON 1 : NEGERI PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG, DAN PERAK

Novel Tirani - Beb Sabariah
ZON 2 : NEGERI SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA

Novel Bimasakti Menari - Sri Rahayu Mohd Yusop
ZON 3 : NEGERI MELAKA, PAHANG, TERENGGANU, DAN KELANTAN

Novel Silir Daksina - Md Nizar Parman
ZON 4 : NEGERI JOHOR , SABAH, SARAWAK, DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

13 Komentar untuk "Novel Tirani - Komsas Tingkatan 5"

Terdapat beberapa kesalahan ejaan...

Untuk rujukan isi kandungan sahaja dan bukan untuk disalin 100&. Sebarang kesalahan ejaan adalah kekhilafan dalam menaip...harap maaf

Tanpa Nama
delete

Banyak sangat kesalahan ejaan dalam ni.Harap anda boleh baiki segala kesalahan ejaan dengan segera..harap maklum.sekian terima kasih.Kerjasama anda amat saya hargai.

Terima kasih di atas teguran anda. Admin hanya berkongsi dari salinan artikel asal tanpa sebarang edit. Diharap sebarang kekhilafan tatabahasa dan ejaan tidak dijadikan rujukan... Sila rujuk disclaimer blog ini.

Tanpa Nama
delete

Terima kasih atas bantuan anda walaupun banyak typo hehe

Tanpa Nama
delete

susah nak memahami ayat kerana penggunaan tatabahasa yg kurang memuaskan..

Terima kasih. Izinkan saya kongsi.

Tanpa Nama
delete

Tak ada ke peristiwa menarik pssal novel Tirani ini.

terima kasih. memang ada kesalahan ejaan namun mari sama-sam membetulkannya.

salam nak tanya.saya ni ambil Spm Ulangan BM cumanya boleh ker klo saya nak jawab soalan Novel Bima Sakti menari punya negeri pahang saya jawab kat selangor boleh ker atau pon kena jawab novel yang selangor punya macam tirani tu jugak>

Tanpa Nama
delete

Kepada,
Penerbit Buku,
Penulis Buku Rujukan:
1. Novel Tirani dan
2. Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
Guru-guru dan pelajar Tingkatan 4&5

Tuan,
*PROGRAM BEDAH KARYA NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5*

Saya Asyiqeen Amin merupakan penganjur program ini ingin me maklumkan bahawa program tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:-

*PROGRAM BUAL BICARA ILMU* :
Titisan Ilmu Taburan Budi Siri 8/2018 (Selangor)
29/9/2018 : Sabtu
8.00 pagi - 2.00 petang
Dewan Jubli Perak, Selangor

*Pengisian seminar* :
1. Kupasan novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 (ZON 1 : KL, SELANGOR, PUTRAJAYA, NEGERI SEMBILAN)
2. Penguasaan Teknik Menjawab Soalan KOMSAS, Tatabahasa dan BM Kertas 1/SPM.

*Penceramah* :
1. Puan Hajah Beb Sabariah - Penulis Novel Tirani Tingkatan 4
2. Abdul Latip bin Talib - Penulis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa Tingkatan 5
3. Cikgu Tan CL

*Hubungi*:
Asyiqeen Amin - 0168332757
Maybank - 1580 5185 4383
Guru : RM30
Murid : RM20

Sehubungan itu saya ingin mengundang pihak tuan untuk sama-sama memeriahkan program di samping berpeluang berjumpa dengan penulis sebenar kedua-dua novel tersebut.

Sekiranya tuan sudi hadir, pihak penganjur ingin memohon tuan membawa 3 naskhah buku setiap jenis untuk tujuan promosi.

Sekian, terima kasih

Saya yang benar,
Asyiqeen Amin
Penganjur Program.
0168332757

Tanpa Nama
delete

10 q

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved