Panduan Masuk & Periksa Rumah Baru Anda


Panduan Masuk & Periksa Rumah Baru Anda: Memiliki sebuah rumah baru pada masa ini bukanlah sesuatu yang mudah. Saban hari harga rumah terus melonjak naik. Apabila sudah memiliki rumah yang dibeli, pasti kita mahukan yang terbaik.

Maklumlah...rumah bukan untuk tempat tinggal sehari dua dan pasti kita mahukan yang terbaik dan berbaloi setelah pelaburan yang banyak kita keluarkan.

Panduan Masuk & Periksa Rumah Baru Anda

Maka apabila mendapat kunci rumah, jagan terus teruja sangat sehingga terus dicuci dan lakukan uabah suai. Perkara yang paling penting adalah periksa dahulu setiap kecacatan atau kerosakan yang ada di setiap sudut dan ruang rumah seperti dinding crack, cat tanggal, plaster tanggal, tiles lompong, bocor dan lain-lain lagi.

Kebiasaannya pihak pemaju akan memberi tempoh selama 24 bulan atau 2 tahun untuk kita membuat inspection pada rumah dan kita boleh buat aduan (complaint) apa sahaja kerosakan atau kekurangan sama ada di dalam atau pun di luar rumah. Pemaju akan memperbaiki setiap aduan tersebut secara percuma.

Semua ini adalah hak-hak kita sebagai pembeli maka periksalah sebaik-baiknya keadaan rumah anda. Tetapi sekiranya anda telah melakukan sebarang ubah suai (renovation), maka pemaju tidak akan bertanggungjawab lagi atas sebarang kerosakan atau kecacatan rumah tersebut.

Masuk & Periksa Rumah Baru

Berikut adalah cara dan panduan untuk masuk ke rumah baru serta melakukan pemeriksan pada setiap kecacatan atau kerosakan.

Peralatan Yang Diperlukan :
  • Masking tape - Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda.
  • Marker Pen - Sebaiknya warna merah. Senang nampak tulisan, nombor dan jenis defect atas masking tape.
  • Kertas A4 - Tuliskan senarai kecacatan atau defect tu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari.
  • Kamera / Handphone berkamera - Ambil gambar kecacatan rumah
1. Masuk Rumah Pertama Kali
  • Pastikan lepas dapat kunci rumah, lawatilah rumah anda. 
  • Masuk rumah dengan lafaz bismillah, bagi salam dan pergi tingkat atas sekali, berdiri mengadap kiblat dan azan kuat-kuat bagi satu rumah dengar.
2. Pintu
  • Buka dan tutup pintu berkali kali. Periksa juga tombol pintu & kuncinya sekali.
3. Tiles Lompong
  • Sila ketuk semua tiles rumah anda satu persatu. 
  • Tandakan tiles yang kosong dan minta wakil pemaju pecah dan tampalkan yang baru dengan elok. 
  • Cara nak kenal pasti tiles yang lompong adalah ketuk tiles dengan duit syiling atau pemutar skru. Kita boleh kenal pasti tiles yang lompong (kosong) dan padat. 
  • Ketuk pada setiap kepingan tile tu dan ketuk keliling perimeter tiles, sebab di tengah-tengah selalunya ada simen, yang tiada simen selalu di bahagian tepi tiles. Biasanya tiles dipasang di dapur dan juga bilik air.
4. Elektrik
  • Untuk periksa elektrik, hidupkan suis utama dan periksa satu persatu suis lampu, kipas, soket dan sebagainya.
  • Pastikan periksa setiap punca elektrik dan soket.
5. Paip dan Meter Air
  • Apabila meter air sudah dipasang, sila pastikan pili air di rumah anda mengalirkan air dengan dengan sempurna. 
  • Buka semua pili air anda serentak. Periksa saluran air, toilet bowl, sinki dan sebagainya. Pastikan tiada yang tersumbat. 
  • Periksa juga kepala paip dan kepala shower. Periksa sambungannya betul, tiada yang tercabut atau pun longgar. 
  • Buka air kat meter, biar air masuk tangki sampai penuh. Kemudian, periksa keadaan tangki simpanan untuk pastikan tangki tidak bocor.
  • Apabila air dah penuh dalam tangki, pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti. Jika tidak, ada paip yang bocor sebelum air sampai ke tangki.
6. Tingkap dan Sliding Door
  • Buka tutup tingkap anda semaksimum mungkin. Pastikan tingkap boleh kunci sempurna. 
  • Pastikan juga sliding door dapat dikunci dengan rapat.
7. Tangga
  • Sila goyang-goyangkan pemegang tangga rumah anda, pastikan ia kukuh. Kadang-kadang ada yang longgar dan bergoyang-goyang.
8. Bilik Air Tingkat Atas Bocor
  • Pastikan bilik air tingkat atas tidak bocor. Caranya, ambil binding tape dan sealkan sepenuhnya lubang aliran air keluar. 
  • Penuhkan bilik air dengan air. Biarkan seminggu. Lepas seminggu, periksa ada kesan air bocor atau tidak di bahagian siling tingkat bawah rumah anda. 
  • Sekiranya ada, tunjuk dengan wakil pemaju dan sila minta kontraktor pemaju pecah semula lantai toilet tu dan pastikan letak sealer toilet dengan sempurna. 
  • Selalunya lepas letak sealer ni kena tinggalkan sehari bagi kering. Periksa sealer tu penuh atau tidak.
9. Dinding Retak
  • Periksa dinding rumah anda, kalau ada retak sila maklumkan segera.
10. Kunci Semua
  • Seterusnya adalah kunci rumah anda, pagar, tingkap, tingkap toilet, sliding door pintu dan segalanya yang memungkinkan akses mudah keluar masuk rumah oleh pencuri kabel letrik. 
  • Selepas dapat kunci rumah, pemaju takkan bertanggungjawab sekiranya ada berlaku kes kecurian kabel.
11. Spesifikasi
  • Pastikan semua jenis material, cat dan kelengkapan sempurna seperti mana spesifikasi yang telah dijanjikan semasa pembelian rumah.
Contoh cara melebel setiap kerosakan. Ambil gambar sebagai bukti dan simpanan untuk rujukan ketika pemeriksaan semula setelah ianya dibaiki.
Panduan Masuk & Periksa Rumah Baru Anda
Panduan Masuk & Periksa Rumah Baru Anda
Panduan Masuk & Periksa Rumah Baru Anda

Hati Senang

Apabila sudah siap diperbetulkan semua kerosakan dan kecacatan rumah baru anda dan anda juga sudah berpuas hati maka, barulah anda boleh masuk dan tinggal di rumah baru anda dengan senang hati dan aman.

Jika sepanjang tempoh jaminan masih ada kerosakan yang berlaku, laporkan segera kepada pemaju untuk dibaiki dengan percuma tetapi dengan syarat masih tiada sebarang ubah suai yang telah dilakukan.

sumber FB

1 Komentar untuk "Panduan Masuk & Periksa Rumah Baru Anda"

Nk tanya, kalau jmpa anai2 utk rumah baru kurang dr 2 tahun dr tarikh serah kunci. Boleh claim x?

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved