Sambal Ikan Bilis Goreng Kicap Yang Enak


Ikan bilis merupakan bahan yang paling sinonim dengan resepi masakan sambal. Sambal ikan bilis goreng kicap adalah salah satu resepi masakan yang sangat enak dan mampu membuka selera tidak kira masa jika dimakan bersama nasi panas.

Menu yang paling sesuai ketika bersahur kerana ianya mampu menaikkan selera makan anda. Ianya juga boleh dimakan dengan apa sahaja seperti ubi rebus, pulut, roti jala dan apa sahaja yang anda inginkan sebagai satu kelainan selera setelah asyik dengan sambal tumis biasa.

Sambal Ikan Bilis Goreng Kicap

Cara membuat sambal ikan bilis goreng kicap yang enak ini juga amat mudah dan cepat. Berikut adalah resepi mudah untuk membuat sambal ikan bilis goreng kicap yang enak:

Resepi Sambal Ikan Bilis Goreng Kicap

Bahan-bahan sambal ikan bilis goreng kicap:
  • 2 genggam ikan bilis.
  • 10 batang cili api yang dihiris memanjang.
  • 1 atau 2 biji bawang besar
  • 2 sudu kicap manis
  • Sedikit sos tiram
  • Secubit garam dan gula untuk perasa.

Cara-cara membuat sambal ikan bilis goreng kicap:
  • Ikan bilis di goreng garing dan diketepikan.
  • Keluarkan baki minyak dan tinggalkan sedikit sahaja untuk menumis.
  • Tumiskan bawang sehingga naik bau wangi.
  • Masukkan cili api yang telah di hiris tadi.
  • Masukkan kicap manis dan sos tiram dan gaul rata.
  • Taburkan garam dan gula secukup rasa.
  • Tutupkan apiMasukkan ikan bilis tadi dalam sambal kicap dan gaul rata. 

Note: Untuk mengekalkan kerangupan ikan bilis, masukkan apabila sambal kicap tadi sudah sejuk

Sedap dan enak serta mudah disediakan. Selamat mencuba resepi sambal ikan bilis goreng kicap ini!

0 Komentar untuk "Sambal Ikan Bilis Goreng Kicap Yang Enak"

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved