Cara Aplikasi Header Tag Dalam Entri


Cara Guna Header Tag Dalam Entri sebagai heading
Header Tag
Header Tag adalah salah satu cara mudah untuk anda mengaplikasikan teknik On Page SEO didalam entri anda. Oleh itu kita mesti faham dan perlu tahu cara menggunakan Header Tag dalam entri sebagai Heading

Menulis entri yang baik dan berkualiti di blog umpama menulis karangan atau artikel dimajalah. Ianya bukanlah boleh ditulis sesuka hati seperti menulis status di facebook anda.

Entri mestilah menggunakan format dan teknik yang betul agar menepati kehendak serta mudah difahami oleh robot enjin carian untuk di indeks dan seterusnya menjadi mesra SERP dan SEO bagi mendapat layanan istimewa untuk dipaparkan di muka hadapan enjin carian.

Apakah itu Header Tag? (h2)

Sebelum pergi lebih mendalam lagi, anda perlu mengenali apakah itu Header Tag. Header Tag adalah Tajuk (heading) dan Sub Tajuk (sub heading) didalam entri anda yang telah diformat sebagai keyword untuk enjin carian mengenali dan memahami topik entri anda.

Ianya merumuskan apa yang terkandung dalam isi artikel dibawahnya. Ianya juga amat penting kerana robot enjin carian akan menggunakan heading sebagai keyword untuk mengenal pasti tentang keseluruhan kandungan entri anda.

Cara Memahami Header Tag (h2)

Cara Guna Header Tag Dalam Entri - susunan heading mengikut keutamaan
Heading itu adalah Tajuk Entri anda. 

Tajuk Besar (Heading h1) = Tajuk Entri anda
Tajuk Sub Utama (Heading h2) = Tajuk-tajuk kecil dibawah Tajuk Entri 
Sub-Sub Tajuk Utama (Heading h3) = Tajuk-tajuk kecil dibawah Tajuk Sub Utama
Sub-Sub Tajuk (Heading h4,h5,h6) = Tajuk-tajuk kecil dibawah Sub-Sub Tajuk Utama

Untuk memahami Header Tag dalam entri anda adalah seperti mengikut turutan imej diatas. Jika Tajuk Besar (h1) = Tajuk Entri anda adalah Bumi. Perenggan pertama (lebih dikenali sebagai pendahuluan) anda mestilah menceritakan tentang bumi dan keyword bumi mesti ada dalam 70 perkataan terawal entri anda. Pastikan saiznya mengikut keutamaan (ikut seperti turutan imej diatas) dan di tebalkan (bold).

Tajuk berikutnya pula adalah Tajuk Sub Utama (h2). Ianya adalah cerita kepada Tajuk Besar (h1) yang anda pecahkan telah kepada topik yang lebih kecil. Seperti contoh diatas iaitu Asia dimana Asia itu adalah salah satu benua di bumi, maka ceritakan pasal Asia disini. Tebalkan juga perkataan penting dan keyword

Begitulah seterusnya sehinggalah h6 jika perlu. Sub-sub tajuk (heading) ini lah yang akan dicari dan digunakan oleh robot enjin carian untuk memahami keseluruhan entri anda.

Tips Penting Memahami Header Tag (h3) :

  • Header Tag h1 hanya ada satu sahaja. Tak perlu risau kerana biasanya ia sudah diset didalam template anda tetapi perkataan tersebut perlu diulang dalam isi entri anda.
  • Header Tag h2 adalah sub topik utama (pecahan tajuk dari h1) dan boleh ada 2 atau lebih Heading h2 dalam sesuatu entri.
  • Header Tag h3 pula adalah sub topik dibawah sub topik utama h2 (pecahan tajuk dari h2). menceritakan lebih detail dan mendalam tentang sub topik utama h2. Boleh diletak lebih dari satu.
  • Begitulah juga dengan Header Tag h4,h5,h6...adalah sub-sub topik dibawah topik diatasnya. Ianya tidak semestinya perlu ada, kecuali anda memerlukannya.
  • Susunan Heading mestilah betul. Selepas h2 barulah boleh ada h3, dan selepas h3 barulah boleh ada h4. Tidak betul jika tanpa ada h2 terus ada h3 dan begitulah juga yang lain.

Cara Guna Header Tag (h2)

Cara untuk aplikasi Header Tag dalam entri adalah sangat mudah kerana ianya telah diset dalam blogger new post anda. Klik pada perkataan 'Normal' dan anda akan lihat perkataan heading, subheading, minor heading dan normal. Lihat imej dibawah untuk memahami dengan lebih jelas.

Cara Guna Header Tag Dalam Entri - heading setting di blogger post

Post title (tajuk entri anda) adalah (h1). Tulis sahaja tajuk anda sudah mengaplikasikan teknik On Page SEO ini kerana setiap tajuk entri sudah di set dalam template sebagai (h1) anda.

Untuk Heading Tag h2, anda perlu highlight Tajuk sub topik utama ini (ingat hanya tajuk! bukan keseluruhan isi perenggan artikel) dan klik pada perkataan Heading. Maka h2 anda sudah diset. Kemudian besarkanlah saiz perkataan tersebut serta tebalkan (selalunya ia telah di set saiznya). Begitu juga untuk Subheading h3 dan Minor Heading h4.

Tip saiz huruf Heading : h2 > h3 > h3 > h4 > Normal

Untuk Heading h5 dan H6.... tiada format yang di setkan oleh blogger. Anda perlu mengubah coding html template anda. (Ini perlukan sedikit kemahiran tapi setakat h3 pun sudah memadai sebenarnya)

Menjawab Persoalan Khir Khalid (h3)

Cara Guna Header Tag Dalam Entri - Pertanyaan dari Blogger Khir
Soalan Khir Khalid

Jawaban: Saya rasa Saudara Khir telah highlight keseluruhan perenggan untuk dijadikan Header Tag sebab itu ianya ada pelbagai saiz. Sebenarnya anda perlu membuat tajuk untuk perenggan tersebut dan hanya tajuk itu di highlight untuk dijadikan Heading. Jawapan saya ini mengikut kefahaman saya keatas soalan. Semoga ianya dapat menyelesaikan masalah Saudara Khir.

Teknik bertanya soalan (h4)

  1. Jangan beri soalan secara umum, spesifikkan soalan anda
  2. Khususkan soalan anda satu persatu mengikut apa yang anda tidak faham dan mahu penjelasan lanjut. Biar banyak soalan tak apa tetapi setiap satunya khusus pada perkara yang berlainan.
  3. Terangkan dengan jelas dan kalau boleh beri sekali contohnya. 

Maklumlah saya bukan seorang yang terlalu pakar dan dapat memahami dengan jelas apa yang sebenarnya yang anda mahukan.

Header Tag Mudah Di Aplikasikan (h2)

Semoga penerangan diatas dapat memberi penjelasan yang jelas dan mudah difahami untuk anda guna dan mengaplikasikan Header Tag dalam entri anda. Ianya sebenarnya mudah sahaja dan anda boleh lakukan terus semasa anda mengarang entri anda. Hanya perlu buat tajuk dalam entri anda dan jadikan ianya sama ada heading, subheading atau minor heading.

Ianya adalah salah satu teknik SEO yang penting terutama pada h1, h2, h3. Setakat itu pun riansudah memadai kerana jika terlalu banyak pun artikel jadi kurang menarik seperti artikel ini. Ianya tidak susah, hanya menuntut ketelitian dan kerajinan anda dalam membuat entri yang berkualiti dan mengikut format yang dikehendaki oleh enjin carian. 

p/s: untuk kemudahan anda memahami...artikel ini telah saya tanda Header Tag nya (berwarna merah) pada setiap heading (tajuk dalam entri). Itu lah heading dan lihat juga susunannya. Lihat juga apakah perkataan yang saya tebalkan dan italic.

2 Komentar untuk "Cara Aplikasi Header Tag Dalam Entri"
Tanpa Nama
delete

Test

Tanpa Nama
delete

test

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved