Rahsia Dan Panduan Memikat Lelaki Idaman: Anda pasti akan berasa sangat bahagia apabila mendapat lelaki yang anda idam-idamkan bukan, dan berasa sangat sedih apabila lelaki yang anda impikan itu memilih orang lain, yang anda rasakan tiada apa-apa berbanding diri anda, bukan?
Anda ada kecantikan dan kecerdikan tetapi mengapa si dia tidak nampak? Mengapa dia memilih rakan anda yang pada anda tiada apa-apa kelebihan pun. Di mana silapnya?
Bagaimana Membuatkan Lelaki Perasan & Peduli Dengan ‘Kewujudan’ Anda
Sebagai wanita, anda tertakluk pada had-had tertentu. Anda tidak boleh terlalu terkinja-kinja menunjukkan anda amat menyukai seseorang lelaki itu. Anda ada maruah yang mesti dipelihara.
Tetapi dalam masa yang sama bagaimana anda dapat menunjukkan isyarat kepada si jejaka bahawa anda bermatlamatkan cinta suci terhadap jejaka itu. Anda bukan setakat mahu bercinta dengannya tetapi mahu kekal hidup bersamanya dalam istilah perkahwinan. Sungguh murni niat anda itu, tetapi mengapa terlalu banyak halangan hingga akhirnya anda langsung tidak dapat berkahwin pun. Sekali lagi, apa yang silap?
Tahukah anda, sebenarnya.... ada cara menimbulkan perhatian kepada lelaki dan membina penampilan diri dalam ruang lingkup yang selamat. Malah tanpa bersemuka pun masih ada teknik untuk menarik mereka ‘memandang’ anda wahai para wanita dengan pandangan ingin bernikah.
Bagaimana Membina Kendiri & Rohani Yang Menarik Lelaki Beriman SAHAJA
Sebagai wanita Muslimah, wanita semuanya mahu mendampingi lelaki beriman yang mampu membimbing ke syurga. Kalau boleh, yang bergelar ustaz atau pak imam.
Niat itu tidak salah. Namun sedarkah anda bahawa ada faktor-faktor lain yang membuatkan mereka ‘memejam mata’ dan tidak mahu melamari anda?
Kenali faktor ini dan ketahui teknik serta amalan yang mampu menarik lelaki beriman yang budiman SAHAJA, bukannya lelaki yang miskin budi. Mungkin ada yang anda belum mengamalkannya.
Bagaimana Menjadi Berani Mencari ‘Timba’
Sebagai wanita, tiada salahnya mencari lelaki, berbanding menunggu lamaran lelaki semata-mata. Kadangkala lelaki itu tidak perasan akan kewujudan anda, bukannya kerana tidak mahu.
Oleh sebab itu, dalam ebook ini, saya akan ‘basuh’ minda dan akal anda agar anda menjadi wanita yang lebih berani. Anda (wanita) perlu berani mulai hari ini. Berani yang saya maksudkan adalah:
- Bukan berani melakukan maksiat, tetapi berani menampilkan diri dengan kesederhanaan.
- Bukan berani yang memberahikan si lelaki, tetapi berani yang menarik hati lelaki untuk menikahi.
Bercakap untuk berani itu senang. Tetapi melakukan itu payah. Jadi, saya harap anda boleh berani (pada tempatnya) selepas membaca karya terbaru saya ini. Hayatilah dan saya harap keberanian itu akan ‘menghidupkan’ dirimu yang ‘tidur’ sebelum ini.
Ingin ketahui lebih lanjut... Anda perlu dapatkan ebook Rahsia Dan Panduan Memikat Lelaki Idaman.
"Ke hadapan seorang insan yang bernama wanita, ciptaan ALLAH SWT yang maha hebat dan cantik, yang penuh dengan sifat pemalu. Jika hari ini anda masih lagi belum bertemu jodoh, ketahuilah, ianya bukanlah silap takdir, cuma, usaha yang dilakukan, masih belum mengena dengan kehendak takdir.""Ini kerana, usaha itu perlulah ikhlas, mencari jodoh biarlah dengan ilmu, memburu cinta biarlah dalam syariat dan mengimpikan lelaki idaman itu sebenarnya tidak salah. Hari ini, saya akan bantu anda, bagaimana untuk berusaha dengan ilmu yang betul di dalam misi mencari jodoh. Mari kita gali ilmu pikat lelaki disini!" - DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj (Penulis ebook Rahsia Dan Panduan Memikat Lelaki Idaman.)
Dapatkan Maklumat Lanjut Di Sini
atau Membuat Tempahan
atau Membuat Tempahan
Rahsia Dan Panduan Memikat Lelaki Idaman |
0 Komentar untuk "Rahsia Dan Panduan Memikat Lelaki Idaman"
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”