Jana Pendapatan Online - Pekerja Digital Kerajaan eRezeki


Assalamualaikum dan salam sejahtera. eRezeki - Peluang jana pendapatan online dari rumah sebagai pekerja (kakitangan) digital kerajaan. Jika sebelum ini tawaran kerja secara online ini hanya dikendalikan oleh syarikat-syarikat swasta namun kini kerajaan Malaysia melalui Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia (MDeC) telah melancarkan tawaran kerja secara online kepada rakyat Malaysia atau dikenali sebagai eRezeki

Satu peluang dan inisiatif yang bagus dari kerajaan untuk meningkatkan ekonomi rakyat buat mereka yang mahukan kerja tambahan dan kerja dari rumah. Ia juga dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan melalui pengambilan tenaga kerja baru.

Ianya selari dengan kemajuan digital dan komunikasi di mana sesetengah pekerjaan itu tidak memerlukan kehadiran di depan mata tetapi dinilai dari hasil serta kualiti kerja.

Selain itu, program eRezeki ini lebih diyakini kesahihan kerja dan transaksi berikutan ianya dibawah kendalian kerajaan kerana sebelum ini terdapatnya rungutan mengenai program kerja melalui talian ini yang hanya mengambil kesempatan dan menipu.

Jana Pendapatan Online Sebagai Pekerja Digital Kerajaan eRezeki

Berikut adalah antara maklumat dan informasi yang perlu anda ketahui mengenai eRezeki ini.

Program eRezeki

eRezeki adalah program untuk membantu Rakyat, khususnya mereka yang terdiri dari golongan berpendapatan rendah yang memerlukan bantuan untuk mendekati kemudahan-kemudahan dan infrastruktur IT dalam usaha untuk menyertai program ini.

Program eRezeki ini membolehkan anda untuk mempelajari kemahiran baru dan menjana pendapatan tambahan dengan melaksanakan kerja-kerja yang menarik untuk syarikat-syarikat besar dari serata dunia serta syarikat-syarikat tempatan.

Terdapat permintaan tinggi dan banyak peluang untuk warga kerja digital kerana syarikat-syarikat kini mengalami tekanan yang tinggi untuk memberikan perkhidmatan dengan lebih cepat, memberikan maklumat yang tepat dan untuk menguruskan perniagaan mereka dengan lebih cekap dan lebih daya saing.

Sebagai ‘pekerja digital’ anda boleh mendaftar melalui Portal Kerja Digital eRezeki, melakukan pilihan kerja yang anda minat (contoh seperti mengkaji dan mengkategorikan imej-imej, mencari maklumat, menulis cebisan-cebisan kandungan dan sebagainya), mengamalkan sesuatu pekerjaan tersebut dalam suasana sebagai latihan tanpa sebarang tekanan, mengambil ujian mudah demi melayakkan diri anda untuk tugasan tersebut dan seterusnya melaksanakan pekerjaan tersebut untuk pelanggan sebenar, yang berada dimana-mana sahaja didunia, dan menerima bayaran untuknya!


Pusat eRezeki
Sila ke pautan (link) berikut untuk senarai lengkap Pusat eRezeki yang terdapat di seluruh negara:

Mesej Dari MDeC

Teknologi digital hari ini telah mengubah cara hidup dan kerja kita. Walau bagaimanapun, bukan semua berpeluang atau tahu bagaimana untuk mendapat manfaat daripadanya, terutama golongan yang kurang mendapat pendedahan. Oleh itu, menjadi sasaran kami di MDeC untuk memperkasakan rakyat Malaysia dengan teknologi digital.

Jadilah sebagai sebahagian daripada tenaga kerja diatas talian dengan menyertai inisiatif eRezeki. Sebagai seorang pekerja digital, anda boleh melakukan pelbagai tugasan dan mendapat bayaran untuk kerja yang dilaksanakan dengan jayanya. Tugasan tersebut terdiri dari kerja-kerja kecil, pantas, berjumlah tinggi sehingga kepada kerja-kerja yang memerlukan lebih banyak masa dan pengalaman.

Tiada temuduga, tiada borang permohonan, tiada bayaran dikenakan! Cuma daftar, latih serta layakkan diri anda untuk melakukan kerja pilihan anda dan mula meraih pendapatan tambahan!

Untuk maklumat lanjut:

Ringkasan Panduan Buat Pemohon eRezeki

Jana Pendapatan Online Sebagai Pekerja Digital Kerajaan eRezeki

Syarat Kelayakan E-Rezeki
  • Terbuka kepada pendapatan isi rumah RM4,000 dan kebawah
  • Pelajar IPTA/ IPTS
  • Suri Rumah
  • Pesara
  • Warga Emas
Cara Menjadi Kakitangan Digital Kerajaan
  • Daftar di portal rasmi eRezeki
  • Hadiri sesi latihan mengenai tugasan yang diberikan di pusat eRezeki
  • Setelah layak, akses platform untuk memilih tugasan yang anda ingin laksanakan
  • Pembayaran akan dibuat jika tugasan yang memuaskan sahaja.

Selain itu anda juga boleh mencuba program kerja online melalui Jobdirumah. Dapatkan maklumat lanjut di sini:

9 Komentar untuk "Jana Pendapatan Online - Pekerja Digital Kerajaan eRezeki"

Saya dah buat utk task hari pertama tetapi bila masuk hari kedua tiada task yang ada cuma qualification task dan dah buat qualification tu tapi tiada peningkatan eran pun? huhu

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Peluang Jana Pendapatan Secara Online

Sy da daftar melalui website..cuma belum pergi ke wakil erezeki terdekat lg utk pemilihan tugas...biasanyer sehari ker berapa lama kelas y harus kita ikut

Macamana nak dapatkan task?..saya bru je daftar

Anda perlu ke pusat e-rezeki yang terdekat utk mendapatkan maklumat task

saya dah daftar, wajib hadir latihan ke

saya dah daftar sebulan lepas...perlu ke pergi ke pusat e-rezeki?sy dah buat 2x task yg diberikan tp macam xde ape pn..

Dah lama join apa pun takde, asyik promote kata ada banyak kerja di dalamnya, lagi satu asyik dengan ujian kelayakan? Ujian kelayakan pun tak telus, kebarangkalian berjaya lulus memang kosong. Apa yang lagi teruk, ujian tu sekali je dalam seumur hidup, langsung tak boleh berulang. Sudah ambil masa baca manual ujian kelayakan, nak tahu apa? Manual tu entah siapa yang tulis, memang entah apa-apa, tak jelas langsung, memang tak membantu. Asyik promote kat laman sosial pasal testimoni orang yang dah berjaya dapat beribu-ribu ringgit la, apa la, gambar macam itu, nak buat dengan photoshop senang je. Last but not least, kerja dah la terlampau sikit, dengan qualification yang mustahil untuk lulus, awak rasa dapatkah program ini menjana pendapatan sampingan? Sah penipu besar.

aku pun daftar, tapi x pergi.... ak pikir panjang 3 bulan dalam tu, takot keluar x ada ap2... perlukan tanpa kursus? Just bagi step sampai dapat customer dah kira ok.... sebab ini part time then kalau dah bekerja pun boleh joint, lebih baik pergi sini https://www.fiverr.com/ x perlu ada kelas pun...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved