Setiap pemberian sedekah akan diberikan ganjaran pahala sekiranya dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Bahkan fadhilat atau kelebihan bersedekah adalah meliputi kehidupan di dunia dan juga di akhirat. Andai ganjaran bersedekah itu terlihat dihadapan mata, pasti semua orang tidak akan berhenti untuk menghulurkan sedekah.
Firman Allah SWT maksudnya : “Apa-apa yang kamu belanjakan daripada perkara yang baik, memberi sumbangan harta benda dengan tujuan dan nilai yang baik dimana kebaikan itu akan kembali kepada diri kamu. Dan apa-apa yang kamu belanjakan kerana mencari keredaan Allah” (Surah al-Baqarah ayat 272)
Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” (Hadis Riwayat Bukhari)
Hadis di atas menjelaskan bahawa selain daripada sedekah wajib iaitu zakat harta, zakat fitrah dan sebagainya, umat Islam umumnya digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda bersyukur di atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Sedekah merupakan saham akhirat yang akan mengalir terus pahalanya walau pun penyumbangnya telah meninggal dunia. Bukan setakat di alam barzakh sahaja mendapat kebaikan tetapi di Padang Mahsyar pula para dermawan akan mendapat perlindungan Arash Allah SWT ketika ramai umat manusia kepanasan yang amat dahsyat dan dijauhi daripada seksaan api neraka.
Mendalami Erti Sedekah
Sedekah bukan untuk kekayaan sahaja. Bersedekah mempunyai makna yang begitu luas, hinggakan tersenyum pun dianggap bersedekah, menolong orang yang di dalam kesusahan dianggap bersedekah, meringankan bebanan orang dianggap bersedekah, menanam pokok dengan niat agar buahnya dimakan oleh burung juga dianggap bersedekah.
Hulurkanlah sedekah anda sehingga tangan kiri tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanan kerana itulah lambang kejujuran dan keihklasan hanya kerana Allah SWT
Rahsia Sedekah
Ketahuilah apa lagi makna bersedekah yang sebenar dan jadilah orang yang rajin bersedekah melalui dengan cara yang betul menerusi ebook Rahsia Sedekah. Ketahuilah selok-belok bersedekah, kerana tidak semua sedekah diterima Allah.
"Hasil yang diperolehi setelah mengamalkan ilmu yang anda perolehi dari ebook ini adalah di luar kuasa saya kerana, rezeki itu adalah ketentuan Allah untuk setiap makhluk ciptaanNya. Jadi, tiada janji-janji manis yang anda akan kaya selepas membaca ebook saya ini. Walaubagaimana pun, yang berusaha pasti akan menerima hasilmya."
"Insyallah, sebanyak 10% dari hasil jualan ebook ini, akan disedekahkan kepada badan-badan kebajikan dan rumah-rumah anak yatim di Seluruh Malaysia." - Penulis ebook Rahsia Sedekah : Saudara Zahidan Abdul Aziz
Jika anda ingin menambah ilmu dan sekaligus beramal, sila dapatkan ebook "Rahsia Sedekah" dengan klik sahaja banner di bawah ini
1 Komentar untuk "Rahsia Sedekah - Tidak Semua Sedekah Diterima Allah SWT"
assalam...selamat berpuasa ...rajin bersedekah murah rezeki sentiasa.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”