Walaupun solat jenazah ini hanyalah fardu kifayah, namun sebagai seorang mukmin Islam, adalah satu keperluan untuk mengetahui dan melakukan solat jenazah ini. Ingatlah... Jangan sampai anda menyesal dikemudian hari kerana tidak dapat melakukan solat jenazah untuk ibu bapa anda sendiri!
Oleh itu, jika tidak dapat melakukan dengan cara selengkapnya, sekurang-kurangnya belajarlah panduan asas dan cara paling ringkas serta mudah untuk melakukan solat jenazah ini. Walaupun ringkas tetapi cukup rukun serta tertipnya. Ianya amat mudah diingat dan dilakukan.
Panduan ringkas tentang solat jenazah.
Persediaan kedudukan untuk solat jenazah:
- Mayat mestilah diletakkan melintang ke arah kiblat.
- Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
- Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
- Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
- Disarankan saf untuk solat jenazah dijadikan sebanyak 3 baris dan makmum yang menyolatkan mayat dituntut melebihi 40 orang. Dalam solat jenazah, tiada rukuk dan sujud, jadi makmum harus berdiri rapat antara satu sama lain dengan baris makmum yang di hadapan.
Cara Ringkas Solat Jenazah (lengkap rukun)
1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
- Niat Solat Jenazah, "Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala."
- Jika menjadi makmum, maka tambahlah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
- Baca surah Al-fatihah hingga akhir
2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
- Baca selawat ke atas nabi, "Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad" (sebaik-baiknya bacalah Selawat Ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir solat)
3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
- Baca doa. Doa yang paling mudah adalah seperti contoh di bawah ni :
- "Allahummargh firlahu warhamhu" (untuk mayat lelaki)
- "Allahummargh firlaha warhamha" (untuk mayat perempuan)
- Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.
4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"
- Beri Salam kanan dan kiri, "Assalamualaikum warahmatullah "
5. Selesai
Jika menjadi makmum, ikutlah dibelakang imam, berdiri rapat rapat dan ikutlah rukun dan tertip di atas. Cukup rukun, InsyaAllah... sah lah solat tersebut. Semoga ia menjadi penghormatan terbaik buat jenazah. Ingatlah...satu hari nanti kita juga akan disembahyangkan, maka jangan sampai tiada yang tahu nak sembahyangkan jenazah untuk anda pula... Sebarkan dan ajarkanlah ilmu kepada orang lain.
0 Komentar untuk "Panduan Ringkas Melakukan Solat Jenazah "
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”