Panduan Membeli & Menjana Keuntungan Dari Rumah Lelong
Apabila kita punya perancangan untuk membeli rumah (bukan rumah perumahan baru), pada masa itu mesti kita sibuk melihat iklan-iklan rumah untuk dijual dikawasan yang kita kehendaki. Selain itu, kawan-kawan dan sesiapa sahaja akan menjadi mangsa soalan cepu emas kita bertanyakan jika ada rumah untuk dijual.
Tidak cukup dengan mencarinya didada akhbar dan internet, malah sanggup juga menjelajah ke lokasi tersebut dan sekitarnya sambil melihat jika ada rumah-rumah kosong untuk dijual atau dilelong. Pada masa itu, terlihat sahaja iklan rumah untuk dijual atau dilelong pasti akan diambil nombor telefon untuk bertanyakan informasi
Betul tak? Itu adalah situasi yang biasa dilakukan oleh semua orang termasuklah diri ini!
Pengalaman Membeli Rumah Lelong
Ini adalah satu kisah pengalaman sendiri ketika cuba membeli rumah lelong. Maklumlah... rumah lelong ni kalau bernasib baik anda akan dapat rumah yang mahal pada harga yang murah. Namun ianya tak semudah itu. Jika rumah tersebut sangat menarik, sudah pasti ianya akan dibida oleh ramai pembeli. Persaingan untuk memilikinya akan meningkatkan harganya sehingga diluar kemampuan anda!
Apa yang menariknya, jika seseorang yang terlalu berminat dengan rumah berkenaan, mereka akan melakukan apa sahaja sehingga sanggup menawarkan wang saguhati agar semua yang membida tidak bersaing membuat bidaan dalam lelongan. Jika anda bersetuju, nah! wang tergolek secara tunai boleh diperolehi. Malah ianya bukan sedikit, mencecah ribuan ringgit asalkan anda tidak bersaing dalam lelongan rumah tersebut!
Contoh mudah :
- Harga pasaran rumah lelong tersebut adalah RM150K
- Harga permulaan lelongan RM80K
- Jumlah pembida 11 orang
- Seseorang yang berminat dengan rumah tersebut akan sanggup menawarkan anda wang tunai RM2K ~ 5K (bergantung kepada negotiation sesama pembida) agar tidak bersaing dalam lelongan tersebut. Jika dibayar RM5K seorang pun, harga rumah tersebut masih beliau beli dibawah harga pasaran iaitu RM80 + (10 orang x RM5K = 50K) = 130K.
Harus diingat, mereka yang membuat tawaran ini adalah seseorang yang sangat inginkan rumah tersebut dan punya wang yang banyak. Mereka pasti akan bersaing sehingga ke tahap nilai yang tinggi walaupun melebihi harga pasaran!
Sekarang ini terpulang kepada anda, nak duit tunai tergolek ini atau mahukan rumah tersebut tetapi perlu bersaing dalam proses lelongan! Dan... jika anda gagal... Habuk pun anda tak dapat!
Pengalaman di atas adalah kejadian sebenar yang diperoleh ketika membeli rumah lelong suatu ketika dulu. Ianya bukti jelas dan benar bahawa proses pembelian rumah lelong ini juga mampu menjana pendapatan yang lumayan.
Itu belum lagi jika rumah lelong dijadikan aset pelaburan! Sudah pasti keuntungannya berlipat kali ganda!
Menjana Pendapatan Dari Rumah Lelong
YA! Sebenarnya ada banyak lagi panduan dan teknik untuk anda menjana pendapatan melalui pembelian rumah lelong ini. Tidak dapat dinafikan, ianya satu perniagaan dan pelaburan yang sangat menguntungkan! Namun AWAS, ia juga punya risiko yang besar!
Oleh itu, penting untuk mendapatkan panduan dan ilmu yang betul serta secukupnya sebelum anda benar-benar mahu mengorak langkah untuk berada dalam bidang ini. Panduan terbaik adalah melalui mereka yang berpengalaman.
Kini ianya telah dikongsikan melalui ebook Rahsia Rumah Lelong sebagai rujukan. Kandungan ebook ini akan memberikan anda panduan lengkap langkah demi langkah bagaimana membeli rumah lelong dan menjana keuntungan darinya.
Ketahui maklumat lebih lanjut tentang kandungan dan penulis ebook ini di sini : Rahsia Rumah Lelong
0 Komentar untuk "Panduan Membeli & Menjana Keuntungan Dari Rumah Lelong"
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”