Panduan Guna SAPS - Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah


Panduan Menggunakan SAPS - Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah: Pada zaman kemajuan telekomunikasi dan multimedia hanya dihujung jari ini, segalanya boleh dilakukan dirumah. Sesibuk manapun, tiada alasan untuk tidak mendapat sebarang informasi. Begitu juga dengan maklumat prestasi pembelajaran anak-anak anda di sekolah.

SAPS atau Semakan Analisis Peperiksaan Sekolah adalah salah satu kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia buat ibu bapa dan penjaga untuk menyemak keputusan peperiksaaan (Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PMR, dan SPM) secara online.

SAPS - Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Mudahnya... tidak perlu untuk ke sekolah untuk melihat prestasi anak anda. Namun, malangnya tidak semua ibu bapa dan penjaga tahu kewujudan serta menggunakan kemudahan ini sebaiknya.

Sistem SAPS ini memberikan kemudahan untuk melihat dan memantau prestasi ekademik anak-anak anda dengan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan dan ujian bagi setiap subjek atau mata pelajaran yang diambil.

Sistem ini pula hanya menyediakan semakan untuk darjah tiga dan ke atas bagi sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah pula ia hanya menyediakan semakan bagi Peralihan dan Tingkatan 2 dan ke atas sahaja.

Cara Guna SAPS

Langkah-langkah menggunakan Sistem SAPS secara online:
SAPS - Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
  • Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (pastikan tanpa dash "-" atau space).
  • Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan.
  • Klik butang Semak Laporan dan anda akan dibawa sub-menu seperti paparan di bawah:
SAPS - Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
  • Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PMR, dan SPM dan sebagainya.
  • Kemudian klik Papar Slip Keputusan.  Untuk paparan yang lebih terperinci, sila klik Papar Markah Peperiksaan.

Terdapat perubahan dalam sistem gred baru pemarkahan peperiksaan dan ujian persekolahan tahun 2015 seperti makluman dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Perubahan dalam julat gred ini melibatkan tiga peringkat pembelajaran iaitu :-

Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian 2015
  1. Julat Gred Sekolah Rendah (SR) 2015
  2. Julat Gred Menengah Rendah (MR) 2015
  3. Julat Gred Menengah Atas (MA) 2015
Untuk maklumat lanjut sila layari pautan: Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian 2015

Gunakan Kemudahan Sebaiknya

Susah payah cikgu-cikgu mengisi maklumat dan status terkini keputusan peperiksaan anak-anak anda ini di SAPS namun adalah satu kerugian andai ianya tidak digunakan sebaiknya. Semoga dengan panduan dan informasi ini, ianya dapat memberi tunjuk ajar dan pendedahan akan sistem SAPS ini untuk ibu bapa dan penjaga mengetahui dan menggunakannya.

Jadikan kemudahan dan kemajuan teknologi maklumat serta multimedia ini satu kebaikan dan mempermudahkan segala urusan dengan betul dan bermanfaat.

p/s: kadang kala agak sukar nak masuk website MOE & SAPS ni...kena banyak bersabar ya. 

0 Komentar untuk "Panduan Guna SAPS - Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah"

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved