Tema, Logo & Lagu Hari Kemerdekaan Malaysia 2016


Tema Lagu & Logo Sambutan Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan Malaysia 2016: Tanggal 31 Ogos 2016 merupakan ulang tahun kemerdekaan negara Malaysia ke-59.

Pada tahun ini "Sehati Sejiwa" dipilih menjadi tema hari kebangsaan ke 59 yang  mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat Malaysia. Ianya merupakan tema yang sama pada tahun 2015

Tema & Logo Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia 2015

Mulai tahun 2015, sambutan kemerdekaan negara Malaysia tidak lagi menggunakan ungkapan "Hari Kemerdekaan ke 58"  tetapi hanya "Hari Kemerdekaan 2015"  untuk menyeragamkan antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya adalah pada tarikh 16 September 1963 (Hari Malaysia) manakala 31 Ogos 1957 hanya melibatkan Semenanjung sahaja.

Maka tahun ini, Hari Merdeka di kenali sebagai Hari Kemerdekaan Malaysia 2016


Tema Rasmi Sambutan Hari Kemerdekaan 2016 - Sehati Sejiwa
Tema rasmi "Sehati Sejiwa" bermaksud bersatu hati dalam perpaduan antara negeri Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Ianya juga turut membawa maksud bersama saling memahami dan membantu antara satu sama lain.

Logo Rasmi Sambutan Hari Kemerdekaan 2016

Logo rasmi Hari Kemerdekaan Malaysia 2016 sama seperti tahun 2015
 Logo Hari Kemerdekaan Malaysia 2016
Maksud Logo Rasmi Kemerdekaan Malaysia 2016

Bulan Kemerdekaan

Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan 2016, beberapa acara akan diadakan sebelum tanggal 31 Ogos 2016. Semuanya boleh anda dapati dilaman sesawang khas JKMM iaitu http://31ogos.my/. Diantaranya adalah pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2016.

Berikut adalah lagu rasmi hari kemerdekaan Malaysia 2015-2016.
  • Tajuk : Sehati Sejiwa
  • Lagu : Muhammad Yuri Edris 
  • Lirik : Siso Kopratasa & Yuri Edris
  • Penyanyi : Alif Satar /choir Gemersik Chorus
  • Penyanyi Latar : Gemersik Chorus


Erti Kemerdekaan

Sebagai tambahan, mari kita fahami maksud/erti kemerdekaan :
Kemerdekaan ialah pemerintahan sendiri oleh penduduk-penduduk sebuah negara yang secara amnya menuntut kedaulatan.

Istilah kemerdekaan digunakan untuk membezakan dengan penaklukan yang merujuk kepada sesuatu kawasan sebagai "wilayah" yang dikawal oleh sebuah kerajaan luaran dari segi politik dan tentera. Perkataan ini kekadang juga digunakan dalam erti kata yang lebih lemah untuk membezakan dengan hegemoni yang merupakan kawalan sebuah negara secara tak langsung oleh sebuah negara yang lebih kuat.

Kemerdekaan boleh merupakan taraf permulaan bagi sebuah negara muncul (sering kali untuk mengisi kekosongan politik), tetapi sering merupakan pembebasan daripada kuasa yang mendominasi kawasan itu. Dari segi negatif, kemerdekaan juga boleh ditakrifkan sebagai keadaan yang tidak dikuasai oleh kuasa yang lain melalui penjajahan, dasar peluasan kuasa atau imperialisme. - sumber
 

Namun begitu, Erti kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada cengkaman penjajah semata-mata, malah kebebasan minda daripada terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang mahu melihat berlakunya perpecahan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Kemerdekaan telah mengangkat maruah dan kedaulatan negara. Ia adalah sesuatu yang tidak boleh dijual beli. Rakyat Malaysia yang cintakan negara wajar memelihara nama baik negara di mana sahaja mereka berada. Dari sudut keselamatan, maruah dan kedaulatan negara bukan sahaja dipikul oleh anggota keselamatan tetapi turut dipikul bersama oleh seluruh rakyat.

Kemerdekaan ini bukanlah takdir semata-mata tetapi adalah hasil usaha pejuang dan pemimpin terdahulu. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, marilah kita bersama-sama menjaga maruah serta kedaulatan negara. Sematkan juga di dalam diri semangat cintakan negara serta sentiasa menjaga dan menjulang nama baik Malaysia walau di mana kita berada.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia 2016
2 Komentar untuk "Tema, Logo & Lagu Hari Kemerdekaan Malaysia 2016"

puas saya cuma cari blog BM
lepas peristiwa yang tu, susah nak detect entry terbaru BM
apapun tak lewat lagi rasanya saya nak wish selamat hari raya buat BM
salam kemerdekaan juga buat BM =)

info yang ringkas tp padat :)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved