Cara Berkesan Menghalau Dan Membasmi Tikus


Cara Berkesan Menghalau Dan Membasmi Tikus: Tikus atau Mak Menti adalah sejenis binatang kalau berada di mana sahaja kehadirannya pasti mengundang rasa kurang selesa, geli dan menjijikkan. Apabila ada tikus bermakna sesuatu tempat itu sangat kotor tidak terurus.

Tikus bukan sahaja mengotorkan dan merosakkan tetapi paling bahaya ianya juga menjadi punca kepada pelbagai penyakit berjangkit yang merbahaya serta boleh membawa kepada wabak dan maut

Kadar pembiakan tikus yang sangat pantas dan kuantiti yang banyak akan mengundang lebih banyak masalah andai ianya tidak dibasmi atau dimusnahkan secepat mungkin.

Cara Berkesan Menghalau Dan Membasmi Tikus

Selain dari cara yang agak ganas iaitu dengan membunuhnya menggunakan racun tikus, boleh juga ditangkap dengan perangkap dan pelekat tikus. Namun setelah ditangkap pasti nak kena bunuh juga... Itu adalah saat yang paling sukar dilakukan...

Petua Menghalau Tikus

Berikut pula adalah beberapa cara untuk menghalau tikus. Maka tak payah nak tangkap atau bunuh. Harap-haraplah dengan cara ini akan berkesan dan tikus-tikus tersebut akan beredar serta tidak akan kembali lagi. 

  1. Minyak Mint - Sapukan minyak yang diperbuat daripada daun mint (MenthaCodifolia) pada sehelai kain dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan tikus kerana tikus tidak menggemari bau mint tersebut. 
  2. Daun Pandan - Letakkan daun pandan di lokasi laluan tikus ini kerana aroma wangi daun pandan tersebut amat tidak disukai oleh tikus. Selain dari tikus tiada, ruang pun harum. 
  3. Buah Mengkudu - Lebih kurang sama seperti daun pandan, tikus juga amat tidak suka kepada bau buah mengkudu yang membuatkannya beredar.
  4. Kapur Barus - Hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan tikus itu. Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat! 
  5. Daun Durian Belanda -  Letakkan beberapa helai daun durian belanda di laluan tikus. Ianya akan mengganggu deria hidu tikus dan membuatkan tikus tersebut terasa terancam lalu akan berlalu pergi.
  6. Pelihara Kucing - Kehadiran tikus di rumah sudah pasti menakutkan tikus kerana sudah menjadi lumrah kehidupan mangsa akan takut kepada pemangsa.  
  7. Cat BadanTikus - Tangkap seekor tikus, kemudian lumurkan badannya dengan cat berwarna terang seperti warna kuning atau merah, kemudian lepaskan. Pasti tikus tersebut tidak akan muncul dan tikus-tikus lain juga akan berasa takut. 

Cara-cara di atas hanyalah petua yang menjadi panduan untuk menghalau tikus yang diamalkan turun-temurun namun ianya belum tentu akan berkesan seratus peratus.

Maklum sahajalah, tikus sekarang ni dah bijak pandai dan sudah lagi tidak alah dan sudah lali (imiun) kepada benda-benda tersebut. Malah saiz tikus juga kini semakin besar dan sihat sehingga kucing pun akan lari ketakutan.

Cara Sebenar Dan Berkesan

Maka sebenarnya cara yang paling berkesan untuk membasmi dan menghalau tikus adalah dengan menjaga kebersihan.

Habitat dan tabiat semulajadi tikus adalah tinggal dan mencari makan ditempat yang bersepah dan kotor. Oleh itu dengan menjaga kebersihan akan membuatkan tikus ini tidak selamat dan selesa lalu dengan sendirinya ia pergi.

Apabila sumber makanannya kian terhad maka ia akan mati kebuluran dan seterusnya akan pupus dengan sendirinya. Inilah cara sebenar dan berkesan untuk menghalau dan membasmi tikus!

Jagalah kebersihan dan kesihatan diri dan tepat tinggal anda agar tiada tikus yang bermaharaja lela dan mengancam keselamatan anda dan orang lain.

2 Komentar untuk "Cara Berkesan Menghalau Dan Membasmi Tikus"

Tq cik atas infonya. 1st time saya dengar. Boleh jugak saya praktikkan nanti.
Mungkin saya boleh kongsikan satu cara untuk menghalau tikus ni kalau cara lain dah tak berjaya. Saya ada lihat satu produk dari Jepun dekat laman web ni
www.tenringgitshop.com.
Produk ni mengeluarkan bau yang menyebabkan tikus tak selesa dan beredar. Sangat bagus untuk pd sape2 yg geli atau takut sebab tak perlu berhadapan dengannya. Yang paling penting tak seksa binatang.
Selamat mencuba yer dan harap2 sekesai masalahnya.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved